Archive for April, 2007

PTK

April 25, 2007

Periksa @ exam

Before crita pasal exam, kv nak ucap trima kasih buat kawan2 yg beri komen pasal en3 kat bawah tu. Baca komen kawan2 pun air mata penuh bergenang. Sensitip sungguh! Awat ya? Heheheh… kv pun doakan kebahagiaan buat semua. Sama2 kita menjalani hidup dgn penuh keceriaan.;)

Berbalik pada cerita periksa. Eh, cam budak skolah pulak rasanya. Nak wat lagu mana, tempat kv keje ni mmg nak kene periksa. walo pun tak wajib, tp kalo kita tak mohon dan hadiri peperiksaan, akan merugikan masa depan gitew. Kalo lulus tahap yg dikehendaki, naik gaji. Walopun skt, tp tu lah cara nak naik gaji lbh skt. Kalo tak, nak gaji level biasa jek la. Walopun beza skt ja, tp lama kelamaan byk jugak kan?

Kv dah lulus kertas umum. Seb baik. Padahal kertas umum la yg memeningkan. Mana nak ingat pasal cuti, elaun, pekeliling bagai tu. Bukannya selalu gunapakai pun. Kv masih tak mencapai aras IV utk kertas khusus. Sbb kv ni org teknikal, solannya pun teknikal jugak lah. Lbh kurang menjawab soalan dlm dewan exam kat utm dulu rasanya. Bezanya yg ni objektif. Kalo malas nak pikir, tembak jer. Hahahaha… silap tembak, sesat peluru tu.

Kertas khusus ni, kv baru dpt aras III. Hanya layak dipertimbangkan utk kenaikan pangkat. Tp belum layak utk kenaikan gaji. Naik pangkat tu mmg masih di laut dlm la. Tak yah nak angan2. Hehehehe.

Kalo dulu, kv study gak skt2. Mmg konfiden boleh jawab. Sengih jek kluar dewan tu. Tp bila mai result, hancuss. Frust sgt, kv tak study pun. Malas nak tension2. Sbbnya, bos kv tak pernah hayat hayun pun hadir exam dpt aras III, cemana tu? Sapa nak jawab?

Ramai yg kata ikut kuota. Kalo nasib baik, kita dpt aras IV dgn mudah. Kalo nasib tak baik, kena tunggu giliran. Tp, bila dibuat pemerhatian, golongan muda cam kv ni takde pun yg dah dpt aras IV utk kedua2 subjek. Yg dpt mesti yg dah separuh umur. Hmm… apa maksudnya ek? Ala, tak yah pikir ler. Kalo cuepacs berjaya dlm misi memansuhkan ptk ni, harus kv org yg borsorak skan. Hehehe. Buat masa ni, gi jer exam tu. Apa susah. dah hari exam, tak pyh masuk ofis dah. Boleh menebeng ke mana yg mahu.

Kv ngan hubby pun, apa lagi. Ambik pluang han nadim takde ni, berdating la. Mula2 makan colek jemput malas dan ayaq sunquick depan pantai timur tu. Suka makan jemput malas kat situ sbb rasa dia sedap, ada udang dan tepung dia mmg lembut. Colek dia pun lazat. Heheheh. Sebijik besar penumbuk tu, 50 sen. Order 2 bijik, sekak perut kv. Hubby yg habiskan.

Pastu gi maidin beli brg kedai mek. Sudah kat situ gi pasar siti khadijah nak beli lauk mentah. Kv tak ikut hubby masuk pasar. Tunggu dan duduk kat luar tu jer. Tak larat jek rasa panas2 ni. Cam nak pitam. Pastu gi beli jagung dan kacang tanah rebus utk hang nadim. Mmg kegemaran dia.

Hubby tanya, nak blk terus ker? Sbb tatau nak gi mana. Mati kutu. Hehehe. Last2 singgah kat kb mall (lagih?) sbb sejuk kat situ. Tempat lain panas. Hehehe. Mula2 tu lepak sambil tgk org lalu lalang. Pastu gi minum lagi kat kiosk muhibbah cake tu. Kali ni jus oren plak. Lama lepak kat situ. Mcm2 kita org borak. Tgk jam dah masuk waktu, solat zuhur kjp. Pastu tatau nak makan apa. Hubby pun cdg beli mcD tapau jek. Masih kenyang lg rasanya.

Masuk pasific dulu beli stok buah buahan. Beli kek utk hang nadim jgk. Pastu kami pun balik. Ingat nak landing kat pangkin belakang rumah tu. Tp bila sampai jek, hang nadim tak tido pun lagi. Hancur harapanku. Makan sama2 ngan dia kat pangkin tu. Cam berkelah plak kata hubby. Hiks

Sambil baca majalah yg baru beli, hang nadim layan main pasir plak dgn segala jentera berat dia tu. Hubby bantai tido, kv pun ngantuk giler tp tak boleh nak tido sbb kejap2 hang nadim panggil. Kalo tak menjawab, harus boleh dengar tempikan halilintar nanti. Heheh

Wah, dah pjg kv menaip. Tp crita tah apa2. Ok lah, stop sini dulu. Babai.

KV dan Hubby

April 22, 2007

Mlm semalam, kv berborak ngan hubby. Berborak mcm2. Salah satu isu fasal plan nak buat rumah (masih dlm angan2). Kv ngan hubby jenis berterus terang. Kv ni jenis tak sabar dan tak boleh memendam perasaan. Hubby pun galakkan kv luahkan apa yg terbuku. Dia akan dengar dulu apa luahan kv, baru lah dia bagi pendapat atau nasihat.

Sebelum maghrib hubby dok terangkan kat mil pasal plan rumah yg kami baru design. Susun atur dan letak pelan lokasi. Walaupun lambat lg nak buat, tp kami tgh mencari pelan yg sesuai. Senang nanti.

Rententan drp itu (ewah, ayat sastera pulak), kv tanya la hubby pasal kedudukan kv kalo apa2 yg terjadi nanti. Masa depan mana kita tau kan? Kami sebenarnya plan nak buat loan rumah bersama. Tanah dah sedia ada. Mil akan tukarkan nama pd hubby. Malas nak buat loan sensorang takut nanti dekat slip pemotongannya ribu riban. Nanti nak buat benda lain tak boleh pulak kan.

Kv tanya ngan hubby, apa jaminan dia pd kv setelah kv berkorban potong gaji untuk rumah kami. Sedangkan tanah nama dia, duduk pun dgn mil, che dan mak. Kalo apa2 jadi nanti, apa nasib kv. Heheheh.. saja nak test hubby. But, at least kv boleh tau apa dlm fikiran dia.

Kata hubby, dah selesai buat rumah nanti, hubby akan pecah lot tanah yg satu lg tu (dekat dgn tapak rumah). 1 lot tu dia akan beri pd kv terus. Kv tanya lg adakah berbaloi dgn potongan gaji kv setiap bulan tu. Mana la tau kut2 dia ada hati nak berbini lagi suatu hari nanti (minta lah dijauhkan).

Nak tau apa jawapan hubby? Hubby ckp, sekiranya ditakdirkan dia ‘pergi’ lebih dulu dr kv, semua insurans dan apa2 tu mmg jd hak kv. Kalo lah ditakdirkan kv tak boleh duduk dgn mil masa tu, dia mintak kv kluar dulu dr rumah tu. Tp MESTI tinggalkan sorang anak buat mil. Sbb dah takde sapa dah akan jaga mil nanti. Nanti lps mil dah ‘takde’ kv masuk balik dok rumah tu walau pun kv dah berkahwin lain. Dia dgn rela hati izinkan.

Dengar jer dia ckp mcm tu, kv terus menangis terisak – isak. Rasa sedih sgt2. Kv tanya soalan mcm tu, kv tdk mengharapkan jawapan dia mcm tu. Kv pikir pasal lain, hubby plk fikir lain. Mmg tak boleh tahan. Rasa sayu sesangat. Kv tak pernah terlintas pun di fikiran hidup kv suatu hari nanti tanpa hubby. Maksudnya bercerai mati.

Semua org akan alami ‘benda’ ni. Kita tak tau sama ada kita yg ‘pergi’ dulu atau suami kita yg ‘pergi’ dulu. Kuasa Allah swt, siapa lah yg tahu. Hubby pujuk kv, katanya, kita just teruskan kehidupan. Apa yg nak jd masa depan nanti, kita serahkan pd tuhan. Hubby tanya kv, napa kv nangis sampai mcm tu sekali. Kv ckp ngan dia, kv takut benda ni terjadi. Kv betul2 tak sanggup nak hadapi. Dlm hati, kv mintak kv yg ‘pergi’ dulu sebelum hubby. Namun kv tak ckp ngan dia.

Pastu kv ckp balik ngan dia, kv bukan tanya pasal mati. Tak pernah pun terlintas perkara mcm tu. Kv tanya pasal manalah tau suatu hari nanti hubby beralih arah. Ke mana kv nak pergi. Hubby ckp, mintak doa dgn Allah agar dia tdk berubah hati.

Tak pasal2 kv menangis. Rasa sesal plk tanya hubby mcm tu. Terus solat isya’ dan mintak doa dgn Allah semoga suami kv dipanjangkan umur agar boleh membimbing dan mentadbir keluarga kami dgn aman dan bahagia.

p/s: menaip en3 ni pun air mata kv mencurah – curah. Kv publish kan pasal ni kat blog bukan bermaksud lain. Sekadar mencurah perasaan. Harap kawan2 paham.

pusing – pusing

April 18, 2007

Kv baru balik dr site. Tp musim panas membahang ni mmg berat punggung rasanya nak pegi. Mau pitam jadinya. Dah la aircond pajero yg tgh malu2 alah tu. Tensyen.

Pagi ni byk rumah yg dijenguk. Tempat kv kerja ni ada kaitan dgn permohonan skd (sijil kelayakan duduk). Sambil menyelam sambil minum air org kata. Byk rumah design baru. Sempat masuk dlm rumah yg telah siap dan rumah yg tgh dibina. Oh, tak sabar rasanya nak bina rumah sendiri. Sabar.. kv, sabar! Hehe

Kos kat kampung berbeza dgn kos kat bandar. Tp bagi pekerja yg gaji ciput cam kv ni berpinau bijik mata gak bila recci harga ngan tukang rumah tu. Hehehe.. Insyaallah, rumah ni mmg impian semua org. Suatu hari nanti kita akan berusaha utk memilikinya jugak, kan?

Byk kemasan luar dan dlm yg terbaru. Mcm2 idea tuan rumah. Siling dibuat dgn buluh anyaman pun ada. Pagar larik yg kebiasaan ditukar jd pagar berupa batang kayu pun ada. Mcm2. Mmg kreatif la. Tp terlupa lak nak ambik gambar. Kalo tak, boleh share kat sini.;)

Lps dah pening tgk bentuk rumah yg mcm2 tu, kami terus gi site dekat tok bali. IV mesti tau kawasan ni. Panorama kat sini mmg lawa. Lagi pulak kalo time teduh. Tp, kalo panas tak sanggup jugak. Hehehe..

Site yg kami pergi ni kat tepi sungai. Mmg lawa permandangan nya. Kalo petang hari mmg ramai kaki pancing. Dah lewat mlm pulak, ramai kaki khalwat. Hehehe. Minggu lps hubby terpaksa overtime kat site. Ramai pasangan tertangkap, diserbu geng amru. Bila dah kena tangkap tu, mula la merayu bagai. Menangis tu, mmg dah lumrah.

Wokeh, nak gi lunch dulu. Selamat menjamu selera yer.

satay

April 17, 2007

Satay Obor – obor

Ada sesapa pernah makan satay obor2 tak? Kv dah mula kenal satay obor2 ni sejak dr celik mata di alam fana ni lagih. Hehehe..

Kedai runcit kawasan rumah kv ni mmg ada jual satay obor2 ni. Satu cucuk sepuluh sen.


Kalau beli dekat gudang, dia dipacking dlm plastik mcm kat atas ni. Harganya seringgit. Ntah berapa cucuk ada dlm tu, kv pun tak perasan. Dulu, kv tak percaya bila mak ckp benda alah tu dibuat dr obor2. Dah besar dan pandai membaca baru yakin dan percaya. Heheheh


Rasanya cemana ek? Manis2 pedas mcm keropok sira pedas tu la lbh kurang. Tp tak rangup dan keras mcm keropok tu. Dia lbh lembut dan kv suka rasa dia. Tp, kat kelate takde pun pengusaha satay obor2 ni. Ia diimport dr seberang. Mungkin kat kedah pun ada benda alah ni tak? MR, pernah ko jumpa tak benda ni?

Eh, ada yg sanggup try dak?

RUMAH BARU

April 17, 2007

Salam buat semua.

Rumah lama kv dah tak aktif. Tp kalo ada yg nak jenguk sila – sila kan lah. Hehehe

Kv start buat rumah baru sbb byk masalah dgn rumah lama. Terpaksa pindah. Mungkin pilihannya agak sukar, tp terpaksa dilakukan. Rumah lama langsung tak boleh masuk. Cemana la tuan rumah tak boleh masuk rumah sendiri? Hikss

Tak pe lah. Utk mengelakkan dr kv terus tak boleh blogging, kv bina rumah baru lah.

Enjoy ya!!