Archive for June, 2007

APA EK

June 28, 2007

Hari ni takde tajuk khusus nak meraban. Kv baru balik dr pasar minggu depan ofis kv ni. Entah ler, walopun gaji baru masuk tp mcm tatau nak beli apa pun. Boleyy?? Haha

Kv beli kain pasang utk MIL. Kiranya utk raya lah tu. Walopun lambat lg puasa, kut2 kv bersalin awal ker (mintak doa supaya tdk lah), atau kv dah tak larat ke nanti, lbh baik beli awal2. Lg pun sekarang ni tailor masih terima lg. Alamak, lupa nak beli kain baju melayu utk danish plk dah! Hayyoh!

Pusing punya pusing last2 beli ubi keladi rebus, air asam jawa dan buah manggis. Seumur hidup kv tak pernah beli buah manggis. Mak sedara kv ada byk pokok manggis. Bantai kat situ jek la. Bila kawin pun, blkg rumah hubby ada 2 btg pokok manggis. Tp bila hujan ribut tahun lps, dua2 dah kiok. Tumbang. Huhuhu..hanya tinggal kat kebun nun jauh skt dr rumah. Tu pun baru berputik. Kut2 kempunan tak dpt mkn manggis nanti, kv beli dulu yg dok jual kat pasar ni. Hihi

Cari2 org jual buah kuini, tp tak jumpa. Buah macang ada ler. Tp takmo, nak buah kuini jgk. Kemaruk sungguh! Selalu kalo jumpa hanya kat pasar besar siti khadijah. Tu pun hanya ada sorang dua jek makcik yg ada stok. Selalunya kv beli dlm 6-7 biji. Catu mkn satu biji sehari. Hahaha… takde la nak catu bagai. Tp, lps gian nak rasa. La ni hanya tinggal sebijik jer dlm peti ais tu. Buruk betul peel sejak mengandung ni.

Hmm…terliur jgk buah laici segar. Besar2 dr biasa. Tp ingat nak tunggu hubby yg tak blk2 dr site ni. Nak suh dia belanja. Hahaha.

Buah lain pun byk, rambutan, mangga, nangka dan byk lagi la termasuk durian. Durian hubby dah start luruh . Durian ni pun byk peringkat jgk. Elok jgk mcm tu, takde la jd timbunan sgt nanti. Tp yg dah mula gugur ni mcm tak berapa elok lg. Org kelate ckp, buang buruk. Tak semua dlm satu biji tu boleh makan.

Rambutan pun dah memberat. Meluyut ke tanah dah. Nak ke pangkin tempat kv dan hubby selalu lepak tu pun dah kena tunduk. Tp tu buah rambutan che embung. Ramai org tak gemar sbb buah dia nipis skt. Tp kv suka sbb isi dia rangup. Tu yg hubby gelar kat kv selalu ” wah, lebat rambutan mama!” Hiks.

Yg pokok satu lg tu tu namanya anak sekolah. Jugak dah memberat. Buah dia bulat2 dan ramai org suka. Kv pulak, kalo yg baru2 nak menguning tu mmg suka la sbb dia tak berair sgt. Tp kalo dah merah tu kurang mendapat perhatian kv la.

Eh, lupa nak tanya hubby yg buah dokong berbuah atau tidak. Kv la ni, balik keje jer terus lepak depan tv atau landing atas katil. Takde gi mana2 dah. Tu yg belakang rumah (jauh skt la dr rumah) sendiri pun tak tau apa yg berbuah, apa yg tidak. Malas nak berenyoh org kelate kata. Haha

Weh, rupanya dah masuk musim buah peringkat awal ek? Untung la sapa2 tuan pokok2 tu yg masak awal, boleh buat duit. Sbb bila dah byk nanti, automatik harga pun turut merudum.;)

Nanti, org bandar pun mesti cari celah nak balik kampung. Nak masuk kebun jgk. Hahaha

Advertisements

DEMAM

June 27, 2007

Kelmarin kv bercuti sbb danish demam teruk sehari sebelum. Alkisahnya, MIL call hubby tgh hari isnin tu bertanya kat mana ubat demam danish. Terkejut jgk kami sbb tetiba jek budak tu demam. MIL cerita yg cikgu hantar dia ke rumah sbb dia demam dekat sekolah. Rupanya kwn2 sekolah dia pun berbelas org tak dtg sekolah sbb demam. Hmm.. berjangkit kat skolah lah tu.

Kv suh hubby balik dulu sbb kv ada kerja yg tak boleh ditinggalkan pd sebelah ptg tu. Terpaksa tumpang ofismate balik kerja. Pkl 3.30 hubby sms bagi tau yg danish dah tido lps mkn laksam dan ubat. Lega sikit dgr nya.

Blk kerja, hubby jemput dekat simpang. Danish pun ada sekali. Kv pegang tubuh dia, panas sungguh. Nampaknya mcm tak memberi kesan sgt ubat bontot tu. Ptg nya, dia dah mula meragam. Tubuh dia panas terus dan kaki sejuk cam air batu. Naik risau plk kv takut dia kena demam panas. Kami tak pernah ada pengalaman bab demam panas ni. Dia dah mengamuk ajak pi klinik. Ptg2 mcm tu mana ada klinik bukak. Kena tunggu jam 8. Menangis, meraung, melalak, tu je kerja dia. Sakit tgn, sakit kaki, lenguh situ, lenguh sini dan siap menggeletar bagai. Last2 dia mintak nak tido dlm bilik.Kv temankan dia rehat kat bilik. Kejap jer tgk dia dah lentok lena.

Lps solat maghrib kejutkan dia nak gi klinik. Mujur tak meragam. Demam langsung tak kebah. Doc injek dan bagi antibiotik. Tido mlm tu pun panas dia tak kebah2. 2 kali kami bangun cucuk ubat. Tp panas langsung tak hilang. Pukul 6.30 tu kv sentuh tubuh dia, dah mula berpeluh. Lega rasanya. Dia pun bangun dgn ceria. Kv sms bos bagitau cuti kecemasan. Risau gak nak tinggal kan dia kat MIL takut demam teruk kembali.

Kebetulan pg selasa tu kv ada appoinment dgn doc sbb kes protein dlm air kenc*ng kv tu. Tgk dia pun dah start main dan gelak2, kami bawak dia sekali. Sambil tunggu kv, hubby bawak dia masuk ofis dulu. Makan laksam. Hubby ckp dia mkn byk. Lega kv. Urin kv dah ok, tp berat badan turun sekilo. Padahal baru dua hari lps timbang. Attendan tu ckp ngan kv, “aitt, kut dah nak bersalin dah ni?” Terkejut gak kv. Harapnya takde apa2 lah kut.

Dah siap kat klinik, kami singgah supermarket nak cari ole2 utk baby anak buah kv. Lepak kat rumah kakak kv (sambil ziarah baby baru) sampai tgh hari. Mak kv mai, pastu danish ajak blk rumah mak nak jumpa sepupu dia. Kat rumah mak ceria jek dia main tp sesekali ngadu nak muntah. Agaknya dia rasa loya kut. Solat zuhur kami bertolak balik rumah mil. Mak kv bekalkan buah nangka. Dah lama rasa nak mkn buah nangka.

Alhamdulillah, danish dah makin ok. Cuma pagi ni meragam nak ikut kv mai kerja. Haru betul. Tak sampai hati tgk dia dok meraung tu, tp kena keraskan hati jgk. hiks..

PERKEMBANGAN TERKINI

June 25, 2007

Ingat td nak buat en3 bergambar, tp terbizi pulak. HIks…

Kv cerita fasal lain la.

Kandungan kv dah masuk 29 minggu. Kalo ikut sejarah danish dulu, 30 minggu dah bersalin dah. So sekarang kami dlm keadaan berjaga jaga. Mana la tau kut2 sejarah berulang, kan.

Kelmarin kv gi klinik, hadiri rutin check up. Tetiba urin kotor pulak dah. Haru betul. Patut la senak ari2 dan sakit pinggang semacam. Nurse refer pd doc, tp doc buat hal plak dah. Tatau cuti ke, mc ke apa ke, tp tak masuk kerja. Kalut puak misi dibuatnya. Tunggu dlm 1/2 jam mcm tu, nurse suh kv balik dan suh dtg hari selasa utk jumpa doc. Dah 29 minggu ni, kv kena 2 minggu sekali ke klinik.

Kesempatan gi klinik tu, kv tanya pasal kulit perut kv yg gatal2 tu. Dah pecah2 plk dah. Hiiii…dulu tak pecah pun. NUrse bagi lotion berubat, apa tah nama dia. Kaki kv pun dah kdg2 sembab. Buruk betul nengoknya. Dulu, takde sembab pun. Hehehe…setiap kandungan, mmg berbeza kan.

Dah tak boleh jumpa doc tu, nurse ckp ngan kv suh minum ayaq masak byk2. Kalo dulu, kv minum air barli. Cepat jer hilang protein dlm urin tu. So, sejak kelmarin, selain air masak, kv minum air barli la. Karang tak pasal2 kena tahan dekat wad pulak. Takmo lah.

Brg2 baby semua dah siap. Dah pack dlm satu beg. Brg kv pun dah siap dlm satu beg lain. Nanti senang, kalo apa2 hubby capai jek 2 beg tu. Katil baby pun dah siap beli. Bukan apa, nanti kalo dah bersalin hubby tatau nak beli yg mcm mana. Danish langsung tak nak bertolak ansur dgn baby cot dia. Tak nak kasi dekat adik baby, dia suh adik baby tido dlm bakul baby tu. Hahaha..walo pun dah besar pjg, tp dia masih tido dlm tu. Terpaksa la kami beli katil lain.

Baby pulak, aktif nya ke main. Tendang sana sini setiap masa. Takde masa diam. Nak tido mlm pun kdg2 susah sbb baby asyik dok tendang. Kalo time subuh tu lagi la. Harapnya dah ‘kluar’ nanti dia tak berjaga mlm la. Hik hik

Apapun, kv berdoa semoga semuanya selamat. Doa kan kv yer.;)

ikan bakar

June 21, 2007

Malam td kv dan danish ikut hubby gi tok bali. Hubby sebenarnya ada kerja dekat situ. Kena overtime. Mulanya malas nak ikut, tp danish selalu kecoh kalo abah dia gi kerja. Nak2 kalo overnight dekat sana. Mmg sedih dan meragam kalo tak dibawa sama. Hubby pun malas nak tido kat site, nak gi kejap jer. Jadi dia pun mmg nak bawak lah anak dia skali. Bila anak ikut, mama pun kena ikut sama.

Lps solat maghrib (dlm jam 8) kami bertolak. Azan isya’ sampai dekat site. Terus solat dlm kabin site ofia. Karang dah balik rumah, tak larat pulak. Huhahuha prung prang prung prang, hubby pun ajak gi makan ikan bakar. Tp nak cari kedai area tok bali jer. Nak gi kuala besut, rasa cam jauh sgt.;)

Kami cuba satu kedai. Kalo tak silap namanya Pak Su Leh ikan bakar. Just try n error. Kalo tak sedap tak yah gi situ lg.

Danish tgh boring tunggu air teh beng dia yg belum sampai.

Sotong goreng celup tepung. Sedap dan rangup. Dah habis separuh makan baru ingat nak snap gambar.;)

Nasi goreng dan ikan pari bakar. Mmg sedap sgt. Ikan kembung yg kami order tak sampai2. Rupanya budak2 restoren tu pening sebab byk sgt tempahan. Kami pun malas nak tunggu dah, menu yg ada ni pun dah memang kenyang membuntal. Hahaha..

Sambil makan, sambil pujuk danish yg kecoh nak tgk bot2 nelayan dekat pelabuhan tok bali. Haru sungguh.

Akhirnya, siap makan kami pun bawak dia gi jeti tu.

Danish posing dekat pelabuhan bot nelayan.

Pemandangan kat pelabuhan tu waktu malam.

GANTI NAMA

June 20, 2007

Sebenarnya dah lama kv train panggil abang dekat danish. Before pregnant pun lg. Bukan apa, persediaan awal. Dia pun ada sepupu2 yg lbh muda dr dia. Budak2 tu bahasakan dia abang danish. Tp keadaan kat rumah sendiri selalunya lain.

Masalahnya, kv selalu tersilap. Hiks..antaranya:

Mama: Abang, jom mandi dik!
(hahaha…dah panggil abang still lg ada adik tu)

Dia pulak, bila dah bersekolah, byk betul pengaruh rakan sebaya. Penggunaan ganti diri AKU mmg berleluasa. Dekat rumah pun dia selalu ckp AKU. Dulu kalo marah2 dia mcm blur jek. Yer lah, bila dgn atuk nenek pun ckp aku. Mmg nampak kurang ajar sgt la. Apatah lg kalo org dengar.

La ni, bila dia tersasul ckp AKU, kv akan tanya dia “AKU mana?”
Cepat2 dia akan tukar gantikan dgn DANISH.

Kiranya ok lah tu walopun dia tak bahasakan diri dia ABANG, tp dia guna DANISH.

Bila dah lama dia dok guna DANISH dan kv guna ABANG, abahnya pulak tetap guna ADIK! Adoii…haru betul. Pening jadinya budak tu. Atuk nenek dia pun masih panggil ADIK. Masalah pulak bila tak de persepakatan. Hahaha…pening budak tu.;)

Abang Danish.

SEGAN

June 19, 2007

Kawan2 pernah tak alami rasa segan nak bagitau cikgu sama ada nak buang air kecit atau air besar semasa zaman pra sekolah dulu.

Hang nadim sekarang mengalami masalah itu. Kelmarin dulu, MIL bagitau dlm jam 10 pg cikgu hantar dia balik coz dia terbuang ayaq besar dlm seluar. Kv pun rasa heran sebab dah lama dia bersekolah, tak pernah plk alami masalah cam gitu. Kami dok pikir2, mungkin be4 ni dia tak pernah rasa nak membuang masa dekat sekolah kut. Tu yg dia tahan sampai terburai.

Kalo tanya mmg dia akan terus menyondol dekat kv. Tutup muka dia. Mmg dia malu sgt2. Kv dgn hubby pun tak nak usik dia lebih2. Tp kami ambik pendekatan psikologi. Cuba pujuk dia supaya bagitau dekat cikgu kalo terasa nak ke toilet. Berkali kali pesan pun, dia masih ckp yg dia nak guna tandas kat rumah dgn MIL. Rasanya dia segan kat cikgu.

Ingatkan masalah tu dah lesai. Tp blk kerja kelmarin, mak bagitau yg dia buang ayaq kecil dlm sluaq pulak dah. Adoii…haru betul. Kesian pulak dekat cikgu. Mcm dekat taska pulak. Mula2 tu mmg dia takmo bercakap isu tu, tp selalu kena sakat dgn org, last2 dia bagitau kv yg dia kenc*ng dab b*r*k di sekolah. Tersengih sengih jer. Sabar jer lah.

Pg td kv lupa nak bekalkan pakaian tambahan dlm beg skolah dia. Harapnya MIL ingat lah tu.

Kat bawah ni gambar dia pakai uniform sekolah. Mulanya kv nak kandid gambar dia yg tgh nyonyot botol susu dlm baju sekolah. Tp dia perasan pulak dah. Terus bangun posing. Walopun dah mandi, masih kelihatan muka dia yg ‘poyo’ tu. Maklum ler, org baru bangun tido. Kena paksa mandi.

Bantal kat belakang dia tu antara alatan yg mesti ada kalo nak nyonyot botol susu.;)

hepi father’s day

June 18, 2007

kv lupa nak wish selamat hari bapa kelmarin. Hiks..ada ke patut. Apapun, buat lelaki yg bergelar bapa, kv ucapkan selamat menyambut hari bapa. Jadi lah bapa yg mampu menjadi idola dan kebanggaan anak2.

Sbg org kampung, kv tak pernah sambut hari bapa. Tak pernah tau pun kewujudan hari bapa sehingga lah remaja. Tp, suasana dan didikan yg kv terima membuatkan kv segan nak menyambut hari bapa. Kalo hari raya pun, setakat salam jek. Takde cium tgn bagai. Malu dan segan. Tp semenjak masuk u, kv amalkan cium tgn sehingga sekarang. Namun ayah kv telah tiada. Telah ‘pergi’ menyambut panggilan Ilahi.

Sbg org kampung yg mempunyai ramai anak (8 org), ayah kv hanya melakukan kerja2 kampung. Tanam padi, berkebun dan menjaja ikan. Tp masa tu, kv boleh dikira beruntung berbanding org lain sbb ayah kv menjaja ikan2 besar, so kami sekeluarga pun selalu makan ikan besar2. Sampai sekarang pun bertabiat mcm tu. hiks..

Apa pun kenangan bersama arwah ayah tetap tersemat disanubari. Takkan kv lupa sampai bila2. Cuma kv sedikit ralat sbb tak sempat berbakti pd arwah krn dia meninggal akibat serangan jantung. Masa tu kv baru beberapa bulan kerja. Semoga arwah ayah kv dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama – sama org yg beriman. Hanya doa yg mampu kv iringkan. Mmg dah wajib ‘tugas’ kita sbg anak.

**************************************

Sabtu ari tu, masa kat kb mall, kv lalu butik boni*. Ingatkan nak beli kemeja selai utk hubby. Hadiah hari bapa. Tp dia tatau niat kv. Hubby tu, kalo kv nak beli apa2 utk dia, mmg dia akan tolak. Selalu ckp yg kv ni suka membazir. Kena paksa2 baru dia terima. Nanti la, kalo gi semula kv ingat nak beli jgk. Mega sale kan baru bermula.;)

Selalunya kalo nak beli hadiah apa2 dekat hubby, mmg payah nak wat surprise. Sbb nya, kv tak kluar kalo tanpa hubby. Susah, selain gi kerja, hubby tak benarkan kv bawak kete sendiri gi mana2. Kalo nak hadiahkan sumthin’ utk dia, kena ckp ngan dia nak beli apa, pastu suh dia pilih sendiri. Senang crita. Hahaha

Selamat hari bapa utk semua…

cerita 2,3 hari

June 17, 2007

Hmm..byk hari tak sempat nak wat en3. Nak kata bizi tu, takde la sgt. Entah la, kv pun lupa awat tak sempat nak update blog! Boleyy?? Hahha

Khamis lps, ada majlis perpisahan dgn budak2 training from poly. Ada jamuan makan tgh hari, ucapan dan kiss kiss good bye. Mmg sedih gak rasanya. Sbb, dlm reramai yg buat training kat sini, batch ni yg plg rapat ngan kv. Bila dah rapat tu, mmg terasa kehilangan.

Buat batch jan – jun 2007, kak kv wish all the best. Moga hidup korang akan terus bersinar. Dgn dorang (yg kv dah anggap mcm adik sendiri), mcm2 isu boleh borak. Pernah dorang ckp ngan kv, yg kv ni mcm belum sesuai nak jd ibu sbb perangai gila2 mcm dorang. Hahaha. Adoii… takkan la kv nak berlagak mcm org tua pulak. Kv pun pernah lalui usia dorang, so mmg dah kepala huha. Hiks..

Hari jumaat pulak, kv tak balik rumah mak sbb hubby mulanya nak gi menebas dlm kebun. Durian dah nak tiba musim gugur. Rupanya MIL dah upah org bersihkan. Lepak aje la kat rumah. Dah dekat tgh hari baru kami gi kebun. Best jer lepak bawah pokok2 teduh.

Petang skt kv meround sakan. Sambil2 cari kedai perabut terpakai singapore. Ada satu kedai tu, mmg cekik darah. Nak tergelak kv dengar harga dia. Ada satu kedai tu, perabut dia mmg lawa giler dan harga mmg berpatutan. Set kerusi rotan mmg nampak bukan terpakai. Baru lg. Ada satu set sofa kayu jati yg merah menyala, juga mmg lawa giler. Adoii…kalo kv dah start buat rumah, harus kv borong dah. Terpaksa la telan ayaq liur dulu. Kalo beli sekarang, takde tempat nak parking. Hehehe..

Pastu kami menuju ke bachok. Hang nadim kalo lalu situ mesti kecoh nak gi pantai. Mmg budak ni tak boleh nak kelentong la. Cam jek dia. Ramai betul org. Rupanya baru habis pertandingan wau. Patut la ramai org bawak wau. Eh, rugi rasanya tak sempat menengok sama. Kami singgah minum air kelapa dan makan colek kat tepi pantai tu. Hari jumaat mmg ramai sungguh pengunjung kat pantai irama tu. Dah jam 7.00 ptg tu, kami beransur pulang.

Pagi sabtu, MIL nak gi kedai plastik. Nak tambah stok brg kedai dia. Kv pun ikut sekali, boring kat rumah sorang2. Punya la sendat kancil tu diisi dgn brg. Hehehe. Pastu gi pasar siti khadijah. Ingat nak beli lauk mentah. Bila dah sampai tu, mcm2 la terbeli. Hahaha.

Tgh hari rush balik nak masak utk lunch. Dah solat zuhur tu, tido kan hang nadim dulu baru makan. Pastu lepak dekat pangkin bawah pokok rambutan yg tgh lebat berbuah tu (belum masak lg) sambil baca paper. Hubby sempat terlelap lg. Lps asar, kemana lagi. Tak sah kalo tak gi kb mall. Hahahaha

Kami pun tatau nak buat apa kat rumah. Selain boring, panas jgk yg tak tahan tu. Tu yg cari tempat sejuk (alasan tu).

Tatau nak makan apa, last2 kami cuba makan kat ayamas restoren. Best jgk menu dia. Darat sungguh. Hahaha. Hang nadim pun suka makan nasi ayam kat situ. Nanti boleh gi lg. Lg pun dia kemaruk main gelungsur dan bola2 kat dlm tu.

Ok, habis crita 2,3 hari kv & co;)

APA APA AJE

June 11, 2007

Kelmarin, kv tak sempat langsung nak mengadap blog. Pagi nya sibuk skt. Skt jer tau. Hahahaha… Hmm.. dlm 10.30 mcm tu kami kena menyambut ketibaan pengarah yg buat lawatan ke daerah. Majlis sekali dgn majlis perpisahan kakitangan yg bertukar dan sumbangan kelab kpd ahli keluarga staff yg meninggal dunia.

Habis segala ucapan tu, apa lagi, acara makan la. Menunya nasi minyak berlauk ayam masak merah, dalca, daging kerutup, acar dan tembikai merah dan kuning. Pencuci mulut plg best, rojak buah. Fuyyo! Terangkat beb! Pastu ada lg kek icing. Errrk… kenyang mamam.

Lesai solat zuhur, kv dan hubby kluar dr ofis. Plan nak gi ambik surat release bank dan nak gi jpj nak batalkan hak milik bank kete kv yg dah jual ari tu. Punya la lama tunggu hubby berurusan kat bank tu, mengalahkan karenah birokrasi badan kerajaan plk. Hak hak hak. Sampai separuh kv khatam novel ombak rindu yg entah dah berapa kali kv baca.

Pukul empat lebih baru lesai kat bank tu, terkejar kejar plk kami ke jpj. Nasib baik sempat. Tp urusannya tak boleh nak diselesaikan sbb kami kena berurusan dgn jpj kuantan dulu. Tp at least kami dah tau cemana prosedurnya. Ok lah tu. 😉

Memula tu kv ingat nak ronda2 kota bharu kalo urusan lesai awal. Tp hampeh. Dah la cuaca panas terik, urusan pulak lambat lesai. Mlm td, tak pasal2 tubuh kv panas semacam. Terpaksa telan panadol sebijik setelah sekian lama dok tahan. Dah byk mlm kv rasa panas badan. Hiks

Mlm td, dpt la jgk kv tgk ulangan csi LV dan NY. Miami tak sempat tgk sbb kv terpaksa tido awal. Takut pg malas nak bangun, hahaha…

selamat pengantin baru

June 7, 2007

baru kelmarin kv bercerita pasal org kawin. Tup2 Pak lah kita umum yg dia nak kawin sabtu ni. Hiks…mmg Pak Lah pun pilih musim cuti skolah jugak yer.

Rupanya bakal isteri Pak lah tu bekas biras dia. Takpe lah, janji pak lah berkenan. Asal dia bahagia. Kv doakan.

Selamat pengantin baru Pak Lah.;)