Archive for July, 2007

danish dan adik

July 31, 2007

sejak sarat ni, kv mmg tak banyak bergerak kalo kat rumah. Selain masak2 kat dapur dan menonton crita manjalara ptg hari, kv byk landing kat katil dlm bilik. Nak hilang kan bosan, baca novel. Dah berapa kali khatam pun tatau lah. Hehehe

Danish pulak, bila tgk kv rehat kat bilik, dia pun sibuk sama. Apa lg, dgn botol susunya lah. Pastu mainan kereta lumba mesti ada. Yg geramnya, biasanya dia masuk bilik tu, hanya bawak tubuh dia jer. Pastu sibuk mengarah mama ambilkan kete mainan dan botol susu dia. Yg mama ni, bila dah duduk atau baring, kemain payah nak bangun. Sakit badan.

Lg pulak, ada kawasan jajahan takluk masing. Hehe.. Kalo hubby join sekali, mmg kecoh dia marahkan abah dia sbb dah termasuk dlm jajahan takluk dia. Haru betul.

Adik baby pulak, mmg aktif sesangat. Nak2 time malam. Mmg senak perut dibuatnya. Hubby selalu usik baby dan main2 dgn baby. Biasanya danish pun akan menyibuk sama. Masalahnya, kalo danish sibuk nak sentuh adik baby, adik baby akan dok diam. Takde respon. Mcm sengaja nak buli abg dia. Kecoh la pulak jadinya.

Bila kv dok bersungut sakit kena tendang dan cucuk ngan adik baby, danish pun akan sibuk sama marahkan adik dia. Cakap ngan adik baby supaya jgn tendang mama, nanti mama sakit. Pastu keluar lah dialog :

danish: Mama, nanti kalo adik baby ‘keluar’, mama gi spital kan?

mama: yer lah, nanti mama kena gi spital. Abah kena gi skali. Danish tunggu kat rumah dgn mek. Danish tokleh ikut.

danish: ok, tp mama jgn gi lama2 deh, balik cepat2.

mama: ok

Hiks..kv pun tatau dr sapa dia dapat maklumat gitu. Agaknya mil dah bercerita ngan dia kut. Yer lah, nanti kalo kalut2 kv sakit perut, dia pulak sibuk nak mengikut, lg lah kelam kabut keadaan. Harapnya, dia berpegang pd janji lah.

Oh ya, kelmarin kv dok survey klinik atau pusat bersalin swasta. Tgh tgk2 dan banding2 kan antara pakej2 yg menarik. Tp kv tak mendaftar lg sbb takut terpaksa bersalin kat husm jugak. Tp mengikut klinik yg kv survey2 tu, at least buat medical check up sekali jer. Pastu terus boleh masuk labour room. Ok lah gitu, sekurang kurangnya takde la rasa ralat bagai kalo kena refer ke husm.

pizza

July 30, 2007

Mlm td terasa nak makan pizza. Disebabkan kat kelate ni hanya ada pizza yg berjenama pizza hu** jer, so segerombolan che kiah ke situ la.

Kami gi pizza hu** kb mall. Kalo yg dlm bandar tu mmg susah nak parking. Danish mmg excited bila kv ckp nak gi mkn pizza. Dia ingat nak makan kat ayamas. Kat ayamas tu ada mainan gelungsur dan bebola. Tu yg dia seronok sgt. Tp bila kv ckp kat pizza hu** takde papan gelungsur, dia diam jer. Ingatkan dia nak meragam. Nasib baik ‘jurus’ jer. Hik hik

Makan pizza ni, sekali makan kv akan rasa muak berbulan bulan. Lama nak hilang muak. Tp nasib baik jgk, kalo tak haru ler asyik nak makan pizza jer. Hehe

Danish makan byk jugak. Dia suka deli wings cicah sos tomato. Dan jgk sup cendawan. Pizza dia tak makan sgt. Last2 bungkus bawak balik sbb tak habis kami tiga beranak makan.

Sempat pusing seround dua. Ingat kan ada pc fair kat situ sbb kami ada tgk banner pc fair kat kb mall. Dah berangan angan nak beli printer baru. Rupanya non ado. Tipah tertipu. Agaknya kv salah tgk kut.

Balik tu, sempat nonton csi. Danish pulak sibuk main doh tanah liat yg abah dia baru belikan. Sebenarnya kv gi kedai buku popular nak tgk novel2 baru. Saja tgk2. Tp tak beli sbb novel yg kv beli minggu lps belum pun abih baca. Lg pun selalu gi kb mall. Bila2 masa pun boleh beli. Tgh tunggu kv membaca sinopsis novel2 kat situ la danish terjumpa playdoh tu. Terus mintah kat abah dia suh belikan. Memula tu hubby nak belikan dia white board, tp dia takmo. Merengek rengek nak kan play doh tu. Balik tu kemain lagi dia dok buat bentuk mcm2. Ok gak la sbb boleh menguji kekreatifan dia.

SAKIT PERUT DAN CUTI

July 26, 2007

Sejak danish sekolah ni, mcm2 ragam dia yg kami kena layan. Punca nya dia malas nak gi sekolah.

Tp masalahnya hanya sebelah petang atau malam. Bila bangun pagi, walo pun mood kurang baik, dia tetap gi skolah.

Antara alasannya:

1. Mama, esok danish cuti. Cuti byk2. (agaknya maksud dia musim cuti skolah)
2. Mama, esok danish takmo gi skolah, danish sakit perut. (dah tau besoknya dia akan sakit perut)
3. Mama, esok danish takmo gi skolah, danish demam. (Dah tau besoknya dia akan demam)

So, bagi mengelak kami bertekak panjang lebar, kv ia kan saja apa pun alasan dia. Kalo bantah mmg haru biru lah suasana. Dia akan mengamuk dan meragam mcm2. Kalo ia kan, dia rileks dan sengih2 jek. Sampai masa besok pagi, dia tetap pegi mandi dan sarung uniform skolah. Jadi, takde masalah lah kalo kv ia kan saja pelbagai alasan dia tu.

Kalo dgn hubby, bila dia ckp yg besoknya dia cuti, hubby akan jawab, “yer lah, besok petang danish cuti, tp sebelah pagi danish sekolah, kan?” cepat jer dia angguk. Hahahaha..pandai jugak si abah auta kan anak dia.

Minggu lps, sepupu dia (anak saudara kv – umur beza muda setahun dr kv), dtg ke rumah jenguk dia bersama adik dia yoe. Anak buah kv ni keje kat kl, bila dia blk, kami langsung tak sempat nak jumpa. So, dia dtg rumah nak jumpa danish la sbb masa danish kecik2 dulu dia suka mengasuh budak tu.

Bila kak na dia (anak buah kv tu) balik, seminggu tu mmg dia ckp dia cuti sbb nak balik rumah kak na. Dia sakit perut, tak boleh gi sekolah sbb nanti dia nak gi ber*k kat tandas rumah kak na. Hadoi..mcm2. Bangun pagi (6 pg) dia gesa kv gi mandi sbb nak balik rumah yoe (adik kak na). Mmg seminggu tu, mcm2 kami kena auta kat dia sbb kalo ckp betul2 mmg dia tak boleh nak terima. Kena la bohong sunat skt. Hehe

Hari ni, dah kendur sikit kekalutan nak balik rumah kak na. Nasib baik. Kak na pun dah balik kl. Kalo pegi rumah kak na pun, sure dia akan meraung sbb tak boleh jumpa ngan kak na dgn yoe pun.

Bila difikirkan balik. Teringat masa kak na dia kecit2 dulu. Mmg org nya gak malas gi skolah (masih skolah tadika). Hari2 alasannya sakit perut. Sampai dah mati kutu kakak kv nak pujuk dia. Dan sampai satu tahap, kakak kv bungkuskan kain baju dia (ala2 org zaman dulu2 tu), suh dia pegi mana2. Kengkononnya halau dia dr rumah sbb dia mmg malas nak gi skolah. Satu hal pulak abg ipar kv mencari anak dia tu. Padahal kak na tu gi cari kami kat skolah kebangsaan dgn bungkusan kain baju nya. hahahaha. Labih kurang jer perangai dorang, kan?

Hari ni, kak na danish dah pun kerja ngan satu badan kerajaan kat kl dan kak na memiliki ijazah dr usm. Harapnya danish pun akan menjadi org yg berguna bila besar kelak. Amin..

UPDATE SIKIT

July 24, 2007

Pagi ni lps sarap kv gi klinik ibu dan anak. Routine check up. Ramainya umat. Selalunya takde la ramai cam gitu sekali.

Nak jadi cerita. Misi yg check blood pressure tu naik angin. Gaduh ngan member2 dia depan2 patient. Ade ke? Malu la skt. Tak pasal2, terus dia ambik borang cuti dan blah. Eee..menyampah pulak tgk nya. Cepat2 misi lain ambik alih.

Pastu plk, puak2 misi ni dok kalut pulak yg doktor tak masuk kerja sedangkan patient yg nak direferkan pd doktor mmg ramai. Naik sakit jari jemari misi menelefon. Tdk berangkat. Nak kata cuti, tak de inform pun. Tgh misi check kv, ada doktor call, bertanya pasal doktor bertugas tak masuk tu. Rupa2 nya bos doktor tu, so dia gantikan kjp. Seb baik dia baik hati nak gantikan.

Ish..kalo ikutkan hati, rasa nak report jer. Dah berapa kali kv kena. Tunggu punya tunggu, tp doktor langsung tak masuk. Ni nak komplen skt, kalo nak kerja ngan gomen, nak2 pulak jenis kerja yg berdepan dgn org ramai gitu, buat la perangai elok2. Kv pun keje gomen gak (wah…isytihar ni). Cuba la duduk tempat org ramai tu, kalo kita diperlakukan sedemikian, mau tak rasa marah dan geram.

Seb baik tak payah tunggu lama giliran kv utk jumpa doc. Tp hari ni tak jd scan sbb minggu dulu kv dah jumpa doc dan takde masalah. So, doktor ganti ni bagi ubat utk masalah ke******* (masalah biasa bg org peknen).

Pastu plk, gi la farmasi nak ambik ubat yg doc sarankan tu. Ahli farmasi plk hilang. Gi minum. Masa tu dlm 10.30. Kv dah call hubby suh gi ambik sbb selalunya kat farmasi kjp jer. Haru btul. Lama gak nunggu sampai hubby mai. Kv call hubby suh tunggu kjp. Tetiba keluar sorang misi dr bilik ujian pap smear. Dia lah yg tolong berikan ubat pd kv.

Adoi..haru biru betul.

Oh ya, masalah pening2 lalat dan nak pitam kv tu, misi nasihatkan supaya kv makan skt2 dan kerap. Jgn tunggu sampai lapar. Lps tu kalo berdiri atau berjalan, jgn lama2. Kena duduk kjp. Sbb nya tekanan darah dan urin test semuanya ok.

PENING LALAT

July 23, 2007

Sehari dua ni kv rasa pening2 jer. Kadang2 pandangan gelap mcm nak pitam. Tp sekejap jer. Tatau la napa.

Masa rutin check up kat klinik, tekanan darah ok jer. Tp ptg kelmarin kv makan buah bachang/machang sebijik. Sebelum tu mmg dah pening2 lalat, cuma tak kuat sgt. Lps solat maghrib, terus muntah. Mabuk buah bachang kut.

Lps muntah tu, terus tak boleh angkat kepala. Baring jer. Loya masih tak hilang. Hubby ajak gi klinik. Tp kv rasa mcm tak perlu. Rehat jer mungkin hilang kut. Tak pasal2 hubby tension ngan kv pulak dah. Geram betul. Hik hik.

Kv pun ikut la nasihat dia. Makan nasik skt. Terus gi klinik. Tp dr razali takde. Ada doc ganti. Ganti pun ganti lah. Janji puas hati dpt tau tahap kesihatan. Bila doc check, tekanan darah 130+/80+. Kalo ikutkan bukannya darah tinggi pun. Tp untuk bacaan biasa kv, 110/70.

Bila kv bgtau gitu, doc check sekali lg. Mmg bacaan lbh kurang dgn yg pertama td. Doc tanya pengalaman mengandung danish dulu. Dulu pun, mmg kv selalu gak ada rasa nak pitam. Tp takde lah pening gini.

Dia pun ckp ngan kv yg kv kena gi check kat klinik ibu anak jgk sbb nanti ada blood test dan urine test. Lg jelas kalo ada apa2. Temujanji kv dgn klinik ibu dan anak tu besok (selasa). Kalo pegi awal pun boleh sebenarnya, tp takut tak dpt jumpa doc. Kalo hari selasa mmg confirm doc ada. Lg pun kv ada appoinment utk scan selasa ni.

Doc ckp kv kena jaga skt. So, makan pun tak boleh bantai ikut suka. Kut2 darah naik lagi tinggi. Hik hik.

Doc just bagi ubat pening jer sbb dia takut kv tak tahan pening. Kv tak makan pun lg ubat tu. Ermm…semalam kv habis RM 5 jer untuk rundingan dan ubat. Murah kan?

DATING

July 22, 2007

Dah lama kv dan hubby takde peluang dating berdua. Err…sarap dan lunch tak dikira sbg dating sbb kerja satu ofis. Hik hik

Dulu2, kami selalu kluar jln2 atau mkn2 dgn tak bawak danish. BIla dia dah tido, kami pun cabut ler. Takde la rasa ralat sgt tinggalkan dia kat mil pun sbb dia dah lentok.

Tp, bila dah besar pjg ni, dia dah pandai tido lewat, asal bergerak skt jer, terus tanya mama nak kemana. Langsung tak boleh berenggang.

Mlm sabtu lps, hubby ajak kv kluar makan chicken chop. Takde niat pun nak tinggalkan dia actually. Tp bila dia tak tido siang, mlm nya mmg dia cepat lentok. Bila hubby blk dr klinik (mak/tok kena darah tinggi tp tak teruk sgt), terus kami kluar. Selamba jer hubby angkat dia ke katil mil. Hak hak hak….

Kami pegi tak jauh pun. Food court kat traffic light kubang kerian jer. Mmg dah plan dr awal nak kluar, so kat rumah kami tak makan apa2. Hubby order chicken chop. Kv order rojak ayam. Menu tambahan colek perut campur pelempung (paru2). Mmg best. Air pulak barli sejuk dgn limau kasturi jeruk campur asam boi. Mmg terangkat ler!

Baru jer nak menjamu selera, mai ex bos kv dulu. Hahaha. Siap perli2 kat kami, sbb selalunya mesti danish ada sama. Tak pernah dia jumpa kami berdua cam gitu. Borak2 kjp, dia join geng dia semula. Kami pun sambung makan dgn penuh berselera. Hahaha…kv mmg selalu berselera.

Makanan kat situ murah dan sedap. Untuk semua tu just 16.50 sen jer. Ok lah kan.

Besoknya, kecoh si danish ajak gi makan chicken chop kfc. Dia dah dgr perbualan antara kv dgn hubby mlm tu. Dia ingat kami tak pegi lg. Kononnya naik main gelungsur kat kfc kubang kerian tu. Hubby usik lah dia, ckp yg kami dah pegi masa dia tido. Bengang jer budak tu. Hahaha

Sesekali, syok jugak dating berdua. Teringat zaman berchenta dulu2. Hik hik

TAKZIAH

July 18, 2007

sedih rasanya menonton buletin utama mlm td.

takziah buat keluarga ke enam enam anggota tudm yg terkorban dlm nahas helikopter di genting sempah.

ajal maut di tangan tuhan. Tiada kuasa yg mampu menghalangnya. Namun terkilan juga sbb wira2 kita ni ‘pergi’ bukan kerana peperangan mempertahankan negara. Tp sbb keuzuran heli yg negara kita ada.

entah lah, cakap byk pun tak guna. nanti tersalah cakap pulak.

al fatihah. Moga roh arwah ditempatkan bersama sama org2 yg beriman. Amin

KULAT GELAM

July 12, 2007

Hari ni nak crita pasal makan. Makanan eksotik kelate.

Kenal pokok gelam tak? Ala, pokok yg tumbuh di kawasan air payau. Dekat dgn pantai. Kayu gelam mmg tahan lasak. Tp pokok dia ni dibawah pelindungan jabatan kerajaan. Tak boleh nak tebang sesuka hati.

Antara keistimewaan pokok gelam (selain lebah suka bersarang setelah menghirup madu bunga gelam), dekat akar dia tumbuh cendawan. Cendawan dia kaler coklat kehitaman. Rasa dia pahit dan lps makan rasa manis. Magik kan? Tp bahasa kelate, cendawan tu kami panggil kulat. Bukan berkulat tau!

Biasanya kat pasar org jual yg mentah2 dan kena balik masak. Tp disebabkan dia jenis tak tahan lama, ramai yg ambik inisiatif buat mcm jeruk gitew. Maknanya yg telah direbus dan di peram dlm air. Kv tak pernah rasa yg dah separuh masak ni. Kalo yg jenis gini biasanya org just buat air asam dan makan dgn nasik.

Selalunya kv beli yg mentah nak mintak tolong mak buat kerabu. Cendawan ni direbus dulu kasi masak baru buat kerabu santan mentah tu. Tp bila dok berjauhan ngan mak ni, malas nak buat sendiri. MIL tak pandai sbb tak pernah tumbuh pun kulat gelam ni kawasan dia. Mana ada pokok gelam kat kampung hubby. Hik hik

So, dlm pasar dpn ofis kv ni ada satu gerai makan tu yg jual kerabu kulat gelam ni. Satu plastik yg dah siap dikerabukan tu just 2 ringgit jer. Lg best, dicampur dgn buah macang putik. Kiranya 2 in 1 lah.

Ni ler rupa kerabu kulat gelam yg bercampur dgn buah macang putik tu. Sorry, visual kurang memuaskan.

Kv cuba close up tang kulat gelam tu, tp gelap la pulak. Pakai henfon n73 jek. Malas nak ambik digicam.

Lg satu sudut pandangan kulat gelam tu. Kelopak dia bulat bulat dan dah terpisah dari batang. Mcm mushroom dlm kartun tu.;)

Wokeh, selamat menjamu selera.

BAJA

July 9, 2007

Balik kerja kelmarin, takde benda nak buat. Hubby tanya mil yg buah manggis kat kebun dah masak ke belum. Tp mil ckp dah ada org yg petik utk jual seminggu lalu. Kami pun agak2 la, mungkin dah ada yg masak baki dr org tu petik, kan.

So, berbonceng ler kami tiga beranak ke kebun. Dekat jer. Tp malas nak jalan kaki. Syg nak kluar peluh. Hahaha. Sampai tu tgk rumput pjg. Hayyoh…mesti ada pacat ni.

Hubby ajak dok bawah pokok. Area bwh pokok manggis kan terang benderang. Baru jer nak mula misi mengait/menjolok buah, danish dah ckp sakit perut nak ber*k pulak dah. Ha…satu masalah pulak.

Danish ni hari2 meragam perut. Puas dah dok pikir awat perut dia bermasalah tu. Detect punya detect, agaknya perut dia tak seswai minum ayaq milo kut. Kat skolah, hari2 cikgu beri air milo. Tu yg hari2 perut meragam. Hmm…dah kena pesan dekat cikgu tak yah kasi air nilo dah dekat dia. Nanti kena bawak air bekal sendiri.

Dah sakit perut tu, kena la proses seterusnya. Tak pasal2 pokok manggis tu mendapat ‘baja’. Hubby start motor gi ambik air rumah mak sepupu dia. Tinggal kv dgn danish.

Buah manggis tu tak byk lg yg masak, tp boleh ler lps kan gian. Hik hik. Hubby malas nak panjat sbb dah ptg sgt. Jolok yg mana sampai jer. Tp syg buah byk tak elok. Boleh makan separuh2 jek. Buah jd keras bergetah. Awal2 hari tu lupa nak takik btg dia kasi getah2 tu kluar.

HARI MINGGU

July 8, 2007

Rutin biasa hari minggu kv & co, jalan2. Hiks nanti kalo tak wat en3 baru, takut ada yg menganggap kv masih bergundah gulana. Kita biarkan luncai terjun bersama labu2 nya. Kan?

Jumaat

Sementara tunggu hubby meracun anak padi sebelah pagi (hiks..masih tak cukup makan gaji tu, siap tanam padi bagai, maklum ler anak petani), kv ngan danish lepak2 sambil baca majalah. Bila hubby balik, baru sibuk nak mandi dan siapkan baju selai dua nak balik rumah mak kv.

On d way tu, singgah kebun ambik durian 4-5 bijik nak bawa balik. Durian tak best la tahun ni. Byk yg kena serangan serangga. Kulit luar elok, tp isi dlm mmg hancus.

Singgah pasar cari lauk mentah dan kuih. Sampai rumah mak dlm jam 11. Lepak kejap, kv ngan danish gi lawat cucu saudara kv. Alahai, kesian baby, kecit2 dah sakit mata. Pastu balik masak. Menu ringkas jer. Goreng pedas udang dan mak gulai telur ikan. Nak jd cerita, masa nak masak nasik tu, kv terkena renjatan letrik. Pucat hubby dan mak. Yer lah, bimbang kat baby dlm perut ni. Tp kv cuba berlagak cool sbb takmo dorang susah hati. Dlm hati punya lah tuhan tahu betapa risaunya kv. Mcm2 terlintas di fikiran. Dlm 5 minit tu, ada gerakan. Lega kjp. Pastu senyap blk. Risau weh. Petang skt, baby dah aktif semula. Over pulak dah. Agaknya dia pun terkejut sakan. Tp pinggang kv dah sakit2. Mula risau dah.

Ptg blk rumah mil. Mlmnya hubby urut tulang belakang. Serta merta rasa ringan tubuh. Jalan pun dah tak terhencot hencot. Alhamdulillah…

Sabtu

Hubby gi baruh. Meracun anak padi yg masih belum selesai. Kv lepak sambil baring2. Sejam kendian, hubby dah balik. Baru nak sibuk mandi bagai. Hik hik. Gitu lah kalo hari minggu. Bersiap siap nak gi pasar siti khadijah.

Kat pasar kami beli ikan kerapu bara yg besar bagak tu. Pastu beli ikan bawal dan talapia merah. Beli jugak jagung muda utk mak buat ulam. Pusing2 pasar beli petai dan limau barli. Gi pasar kuih beli bubur pulut hitam, ubi keladi rabus, cek mek, dan kacang rebus. Eh, pelawat dr luar kelantan mmg sentiasa ramai walopun bukan musim cuti sekolah. Tempat jualan barang kemas dan batu permata tu penuh dgn dorang.

Kami pun balik rumah. Hubby tolong siang ikan dan kv mula memasak. Makan bubur tp tak habis pun. Rasa cam nak pengsan dan semput nafas sbb kenyang sgt. Hik hik. Lepak kat pangkin belakang rumah sambil suap nasik kat danish. Sementara tunggu zuhur.

Danish ikut mil gi kenduri. Dia balik tu, tidokan dia dulu baru kami lepak kat pangkin. Hubby nak tido lepaskan penat, tp dia kesian kat kv takut boring plk. Hiks, sayang hubby! Plan nak gi kebun nak tgk buah manggis dah masak kebelum. Tp bila hubby ckp rasanya belum masak, malas dah nak pegi. Borak2 sampai masuk asar.

Lps asar terus kluar gi kb mall. Hahahaha

Pusing2 sambil tgk pameran hitachi. Wah, murah2 brg sekarang ek. Tekonologi pun canggih betul. Tak sabar rasanya nek memiliki brg2 cangih ni. Tp kena sabar, rumah kena buat dulu. haha..angan2 jer lebih.

Mula2 tu ingat nak makan sizzling mee. Tp bila tgk satu kaunter bayaran jer yg bukak terus tak jadi. Tak kuasa ah nak Q pjg2. Hubby ajak makan sandwich kebab kat kyros kebab. Beli gak spagetti sos lada hitam. Balik tu makan puas puas. Kenyang perut senang hati. HIks..