Archive for August, 2007

SALAM MERDEKA

August 30, 2007

Esok dah merdeka yg ke 50. Selamat hari merdeka MALAYSIA. Fuyyoh…begitu patriotik che KV. Hik hik

Oh ya, menambahkan semangat menyambut kemerdekaan, tahniah ler buat skuad bawah 23 kerana menghadiahkan piala pesta bola merdeka buat malaysia mlm td.

Ironiknya, kv ni kan, kalo tgk siran langsung apa2 perlawanan yg membabitkan malaysia mesti la pasukan malaysia tu tak berapa nak menang. Tu yg terpaksa tukar channel lain dan tgk kejap2 jer. Bila tgk 1-0 masa dah masuk separuh masa kedua, rasa surpised githoo. Pastu cemas. Hik hik..kena la tukar channel lain plk. Tgk csi. Bila tgk kembali dah 3-1. Lagi la surprised kaedahnya.

Hohoho…best aa. Feeling tu tak leh nak cerita. Mmg syok abih. Nak2 time tgk sultan pahang peluk pemain2 yg basah kuyup berpeluh tu. Bergenang ayaq mata. Terharu beb! Tahniah pasukan bawah 23 malaysia. Caya lah!!

Cuti merdeka kv & co takdak plan nak gi mana2. Mlm ni hubby ajak gi tgk bunga api kat stadium. Bukan dlm stadium pun acctually. Kat2 luar tu jer. Katanya nak bawak danish tgk bunga api besor. Budak tu tak pernah tgk pun in real. Tp kv tak mo pegi lah. Karang tak pasal2 bermasalah kat sana, baik kv rehat kat rumah jer. May be hubby pegi ngan danish. Tu pun kalo danish tido lewat. Hik hik.

Salam merdeka lah buat semua rakan2 blogger. Apa pengertian merdeka buat kita? Bagi kv, merdeka itu nikmat, nikmat berdiri atas kaki sendiri. Rasa puas kan? Mmg byk jasa pemimpin2 dulu yg memperjuangkan kemerdekaan.

Balik cerita lain. Dr hari ke sehari kv rasa makin tak larat. Berat baby yg kv dok usung ke sana ke mari ni rasa dah tak tertanggung dah. Makin berat rasanya. Bila la baby ni nak keluar? Tak sabar rasanya nak tgk baby yg asyik dok berjoget dlm perut mama ni. Yg tak tahan nya, time 10 malam mmg aktif giler. Sampaikan terbeliak bijik mata danish tgk perut kv bergerak gerak. Hik hik..

Di kesempatan ini juger, kv nak mohon maaf buat semua rakan2 blogger. Mana la tau mana2 tulisan (taip benornyo), ulasan, komen dan sebagainya yg menyakitkan hati mana2 blogger. Mungkin kv tak perasan. Kalo disengajakan tu mmg TIDAK sekali. Mana lah tau kan, kut2 minggu depan kv bersalin ker. Doakan kesejahteraan kv, occay! Takut weh..

Oh ya, dah nak tiba bulan puasa ni. Dlm seminggu lbh lg. Cemana persiapan? Puasa dah abih ganti? Kat rumah kv tu, bunyi mercun dum dam sana dum dan sini. Mmg havoc lah. Mcm mlm2 ramadhan plk rasanya. Cepat betul stok mercun sampai. Mcm2 lah.

Advertisements

JAMU SELERA

August 29, 2007
Beberapa hari lepas, kv & co makan kat restoren ayamas. Sedap jugak. So, enjoy da pics.;)

Danish sebelum makanan sampai ke meja.;)

Ni yg danish punya. Drummet cicah sos.;)
Ni menu abah punya. Chicken chop. Kv suka roti garlic dia.;)

Ni menu kv. Nasi ayam perap lada hitam. Best..nyum nyum.;)

danish dan adik

August 28, 2007
Pagi ni kv gi rutin check up. Takde benda yg menarik pun. Misi tak scan pun. Geram betul. Vitamin pun kv malas nak ambik. Hmm..
Baby kuat sungguh gerak nya. Senak perut kena cucuk, kena tendang. Sampai abg dia si danish tu selalu tanya adik baby tgh buat apa. Mcm2 kv jawab. Dia geliat, dia menari, dia tido. Danish pulak ye ye jer. Entah dia paham ke tidak. Hehe
Satu yg kv perasan ngan perangai si abang ialah tak nak berkongsi. Dia kan dah terbiasa sorang2. Takde nak syer bagai dgn sesapa. So, bila kami dok usik2 dia pasti dia tensyen. Hik hik..
Baby kot tak nak bagi dekat adik baby. FYI dia masih tido dlm baby kot. Terpaksa la kami beli satu lg. Bila diusik tanya adik baby nanti nak tido kat mana, dia ckp “mama kan dah beli katil utk adik baby, bakul pun ada, tido dlm tu lah”. Mama balas balik ” abih tu, abg danish ak tido kat mana?” Sengih2 dia jawab, “tido atas katil abah lah”. Huhu..dia tido ngan abah, adik baby tido sensorang dlm baby kot tu.
Lagi satu, dia perasan yg bila dah ada adik baby nanti dia dah tak nak nyonyot botol dah. Hmm… boleh caya ker? Kv tanya dia gitu. Sungguh2 dia mengiakan. Segala mainan dan kenderaan dia (walo pun dah tak sepadan) tak nak kasi dekat adik baby. Alasan dia adik baby kecik lg. Tak boleh main.
Hehe..kv ngan hubby mmg suka usik dia. Selalu buli dia. Lagi pun mulut dia tak berhenti menceceh. Penat nak menjawab segala soalan dia. Harapnya, dia boleh menjadi abang yg betanggungjawab lah pd adik dia.;)


Adik baby danish yg berusia 38+ minggu.


Gambar abang danish yg bergaya dgn spek mata tersembul. Tatau la kat mana dia ambil. Dlm kedai MIL kut. 😉

Ni ler rupa dr dekat spek mata tersembul tu. Siap urat mata merah bagai lagi. Haha..mcm2 mainan bebudak sekarang.

Ni video yg hubby ambik masa dia naik kapal terbang masa kat funfair hari tu. Kv try masukkan dlm blog. Tak sangka dpt plk. Hiks

DULU DAN SEKARANG

August 27, 2007

Salam semua..

Hari ni kv nak catat sikit pengalaman peknen yg dahulu dan sekarang. Hehe..sekadar kenangan sajork kaedahnya.

1. Dahulu – kv peknen hanya sempat 30 minggu sajork. Terus delivery. Hehe
Skrg – la ni dah masuk 38 minggu. Masih belum ada tanda2 nak delivery. Harap semua ok.;)

2. Dahulu – Berat badan mula2 peknen 58kg (dah besar sgt rasanya masa tu)
Skrg – Berat badan mula2 peknen dah 63kg (huhuhu…lg sadis)

3. Dahulu – Berat badan masa melahirkan danish 63 kg
Skrg – Berat badan semasa dah 75kg beb! Mati hidup semula pun rasanya susah nak turunkan bawah 60kg. Cemana ek?

4. Dahulu – berat baby semasa dilahirkan hanya 1.25kg. Senang jer…kecit.
Skrg – maybe berat baby dekat 3kg kut. Takut weh!

5. Dahulu – Masa peknen tak sempat sembab kaki
Skrg – dah 6 bulan peknen kaki dah sembab (buruk semacam jer tgk)

6. Dahulu – Masa peknen takde strechmark bagai
Skrg – huhuhu…sedih melihat. Doktor kata benda tu takkan hilang sbb kulit dah regang. Cuma, ton warna akan bertukar ikut warna kulit semula. Ada petua dak?

7. Dahulu – Walo pun dah tamat tempoh alahan, tetap tak selera nak makan.
Skrg – asyik nak makan jer. Stok buah buahan mesti ada dlm peti ais. Lg plk musim buah.
sesedap hati jer makan buah buahan.;)

8. Dahulu – Tak sempat shopping barang baby. Terpaksa pinjam jiran punya. Nasib baik
kakak ipar tolong pi shopping. Tak yah nak guna brg org.;)
Skrg – Pantang jumpa barang baby, asyik nak membeli saja. Kes balas dendam ni! Hahaha

9. Dahulu – Takde sebarang rujukan ilmiah pasal peknen ni. Hanya kakak2 ofismate yg byk
bantu.
Skrg – Byk rujuk internet, majalah, blog ibu2 dan bakal2 ibu. Alhamdulillah, teknologi
memudahkan kita. Tp masih takut2 weh!

10. Dahulu – tak sempat nak bergambar bagai masa peknen.
Skrg – hiks..hari ni buang tabiat. Kv paksa hubby ambik gambar kv. Sebagai kenangan masa
mengandungkan adik baby.

11. Dahulu – Awal2 dah tau jantina baby.
Skrg – masih saspen weh. Apa pun kv terima aja, tak kisah. 😉

12. Dahulu – tak sempat nak sakit pinggang, sakit belakang bagai. Cuma cramp masa tido.
Skrg – hari2 terpaksa merajuk dgn hubby nak mintak dia urut. Kalo tak lg tak larat rasanya.

Apa lg ek, may be byk lg. Tp itu jer yg sempat kv pikir. Hehe. Yg nyata, persamaan peknen dahulu dan sekarang ialah… ALAHAN TERUK pd trimester pertama. TENSYEN betolll!!!

Dan sekolah pun dibuka

August 26, 2007

Hari ni, kelantan dah bermula sesi persekolahan. Musim kenduri pun dah habis lah gamaknya. Pagi ni, suasana sibuk semula di jalan2. Maklumlah, hari pertama sekolah, nampaknya parent2 pun sibuk hantar anak2.

Dah sibuk kalut mcm tu, mcm2 pesen kita akan jumpa cara org bawak kereta. Yg pasti, hati mendidih pagi2. Sejuk embun (masih bersisa) tak dpt nak sejukkan panas di hati. Entah lah, tp kv perasan sejak akhir2 ni, ramai org bawak kereta ikut dan. Nak kluar, nak masuk tanpa signal. Mlm tadi, berapa kali kv & co melihat suasana yg boleh menyebabkan kemalangan. Hanya nasib baik, mungkin cepat sesaat. Tp kita yg melihat tu bagai tiada jantung di dada. Terbang entah ke mana. Mengucap panjang. Entah berapa kali kv berdoa supaya diselamatkan perjalanan kami. Mmg gerun.

Kv pun tatau la nak komen sikap pemandu ni. Bukan nak ckp kita best, kita baik. Tp kalo sama2 hati2 dan timbang rasa, kan elok. Jgn la bawak membabi buta. Rasa nya kalo org luar kelantan yg mai jalan2 kat kelantan, mmg harus kena serangan sakit jantung kut. Kv yg dah terbiasa dan mmg pure org kelantan pun rasa ‘semacam’. So, pelancong2 luar, lain kali kalo mai kelantan, hati2 skt yach!

Kita tinggalkan lah isu tu. Kata org ajal maut ditangan tuhan. Walau perjalanan jauh atau dekat, tp kalo dah ditakdirkan berlaku kemalangan mmg tak boleh nak elak. Tp kalo langsung tak berusaha mengelak pun tak boleh jugak kan?

Nak cerita apa ek? 2-3 hari tak bukak blog, byk jgk cerita rasanya. Hari rabu, tgh hari kv blk rumah mak. Selain nak menunjukkan diri pd mak (kesian dia risau kan kv), kv gak nak jumpa anak2 buah yg belum sempat kv jumpa. Sekolah dah nak buka pun. Balik jenguk gak kakak kv yg dah terlantar 2 minggu tak larat nak bangun tu (dia sakit kanser pangkal rahim).

Katanya, dia dah rujuk pd husm, tp bila di scan (eh apa benda nama scanner yg lbh canggih dr ct scan tu?). Penyakit dia dah ok. Takde tanda baru yg tumbuh. Tp dia tak larat langsung nak bangun. Kv pun tatau nak komen apa la plk. Cemana ek?

Ziarah jgk cucu saudara kv yg dah 2 bulan tu. Baru habis pantang (mak dia anak buah kv yg tua setahun dr kv). Dah selamat sampai kl pun ptg kelmarin. Raya ni insyaallah dpt jumpa kembali.

Hari khamis, kv ambik mc. Mc menipu. Tp kalo ikut kan mmg kv layak ambik mc pun. Dah tak berapa larat nak jalan. Dah selalu cramp kaki dan peha. Tp kv geram dgn perangai bos kv yg macam takde otak (sori bahasa sedikit kasar). Ada ke patut, dia takmo gi meeting dekat HQ dia paksa kv pegi. Kononnya alasan dia, org nak meminang anak buah dia. Meeting tu belah pagi, meminang nya sebelah ptg. Mmg hantu betul!

Kv dah ckp ngan dia kv tak larat nak jalan. Lg pun tingkat tiga nak panjat tangga tu, kalo apa jadi, bkn dia blh bertanggungjawab pun. Malas nak bertekak kv ia kan aje. Hmm..balik kerja terus beli mc. Kalo bkn sbb masalah kesihatan, kv takde hal pun nak hadir meeting tu. Agaknya kalo bini dia gitu, sanggup tak dia buat lagu tu. Hish…Mmg kalo panjat2 tangga ni selalu kaki kv akan cramp. Kalo jalan biasa tak kisah lg. Lg tambah geram sbb di beri alasan bodoh tak nak pegi meeting tu. Bukannya takde org lain pun selain dr kv yg masih ‘gagah perkasa’.

Hari jumaat takde benda yg menarik. Mlm nya ingat nak bawak danish gi kfc kubang kerian. Dah lama dia dok tuntut nak main gelungsur kat kfc tu. Kesian jgk. Budak2 kan. Bila sampai, umat punya la ramai. Mmg padat lah. Kv n hubby dah mati kutu tatau nak bawak dia pegi mana. Mmg kalu nak bawak dia gi mana2, kami takkan ckp ngan dia dulu, sbb kalo tak jadi mmg dia tensyen sgt2.

Pusing2 bandar kota bharu. Tgk ramai betul org. Kat mana2 pun penuh. Hubby decided gi taman indera mahkota sebelah pejabat SUK. Kat situ pun ada playground. Makan chicken chop kat mama chop papa grill kat situ. Seronok bukan main danish main segala mainan kat situ. Benar lah kata org, senyuman anak penawar segala duka dan penat lelah. Kan?

Pagi sabtu gi kota bharu kejap. Hubby beli stok prepaid kat stadium. Balik dah tgh hari. Lps mkn dan solat zuhur tak boleh nak tido (huhu) sbb tunggu satu rombongan.

Hiks.. nak tergelak jgk rasanya. Mcm org zaman dulu2. Hubby ada sorang kawan lelaki (kwn kv jgk sebenarnya). Umurnya tua setahun dua dr hubby. Org nya setakat kami kenal mmg baik tp pemalu sgt2. Masih takde gefren. Hubby plk kenal kan dgn 2 pupu dia kami kenal mmg sesuai lah dgn kwn hubby ni.

Dorang berkenalan dgn telefon jer. Yg pompuan kerja kat cheras. Sang jejaka kerja kat kampung. Dorang belum lihat wajah masing2. Hubby plk, bila dah sampaikan hajat sang jejaka nak berkenalan tu, terus tak campur tgn. Nak biarkan dorang uruskan sendiri. Tetiba, sang jejaka ni dtg dgn family dia nak berkenalan dgn bdk pompuan ni beserta ngan family dia.

Aduh..kut ye pun kenal lah dulu masing2. Ni belum tgk wajah dah masing2 family nak jumpa. Haru betul. Terpaksa la kami mainkan peranan sbg org tgh plk. Majlis berjalan lancar. Tgk dr respon masing2 rasanya akan dipanjangkan lg. Insyaallah kalo ada jodoh pertemuan. Kv doakan kebahagiaan buat mereka.

Mlm nya gi kb mall. Bak kata korang lah, tak lengkap hari minggu kv n co kalo tak gi kb mall. Hahaha (eh, cemana dlm pantang nanti yer??). Makan kfc lg (permintaan danish). Kv ngan hubby pun layan jer. Balik tu, pusing bandar, saja nak tgk org. Masih lg penuh dn umat. Ramai betul org balik kampung ye? Pelancong luar pun ramai.;)

BIZI LA SIKIT

August 22, 2007

2 hari tak hupdate. Terbizi sikit kaedahnya. Bukan bizi kerja pun. Tp byk urusan lain.

Hari Isnin (pagi) danish masih demam. Kv tinggalkan jugak dia utk dtg kerja. Janji ngan dia nak kerja separuh hari jer. Terpaksa lah ponteng. Balik tu dia dah makin ok. Alhamdulillah.

Rehat kejap, lps solat asar kv gi ziarah baby baru kawan kv, pn. Sukma. Dekat jer ngan rumah. Sementara ada peluang lg ni, kut2 ‘meletup’ dah karang, tak boleh gi mana2 dah. Balik dr rumah sukma, kv mengadap tv, tgk manjalara. Hiks! Hubby lak gi ambik buah dokong kat kebun sbb nak bawak gi ofis.

Bila dah ada buah dokong tu, apa lagi. Makan tak ingat la. Lps satu, satu. Sampai ‘sekok’ perut. Hahaha. Tido mlm, walopun dah ok demam, tp danish meragam plk. Bangun utk tenang kan dia, tetiba prut kv sakit. Memulas mulas dan pinggang dah rasa cam nak putus. Walau pun selalu sakit gitu, tp tahap kesakitan utk yg ini mmg kuat sgt. Berpeluh peluh tahan sakit.

Kv tgk jam baru 12 mlm. Jam 1 lbh, kejutkan hubby bagitau dekat dia. Hubby plk jenis panik. Geram betul. Kena cool down dia dulu. Kv bukan apa, at least boleh lah bincang2. Ni dok sakit sorang2, suspen jer rasa.

Hubby ajak gi spital, tp kv takmo dulu sbb takut bukan sakit nak bersalin. Lama berkeadaan gitu, hubby nak kejutkan MIL tp kv kata, biar dulu. Hubby urutkan belakang dan pinggang. Sakit masih tak hilang tp kv baring jer. Lama2 tu berkurangan sikit. Kv suh hubby tido dulu. At least dia boleh rehat kjp. Kalo apa2 kv kejutkan dia balik.

Sampai pkl 5 pg baru kv lena balik. Perut dah mula meragam sbb dah kembung. Tp alhamdulillah keadaan makin stabil. Lega rasanya. Kv gi jgk kerja sbb pg tu ada appoinment kat klinik. At least boleh tau kalo apa yg ‘mencurigakan’. Ingatkan misi/doktor nak scan bagai bila dah bagitau sakit2 tu. Tp takdenya pun. Malas nak kecoh kv biarkan lah.

Masuk ofis semula, hubby ajak gi buat pemeriksaan kat pusat rawatan islam annisa. Nak buka buku, in case kalo nak bersalin kat annisa, kami dah daftar. Before tu ke jpj dulu ambik surat pelepasan hak milik bank kereta yg kami jual dulu. Lambat betul baru blh tukar nama. Pastu ke pejabat tanah nak tanya status permohonan pecah bahagian tanah kami tu. Alhmadulillah DO dah sign. Kami ambik surat tu utk diberi pd juru ukur. Harapnya semua perancangan berjalan lancar.

Lps tu baru singgah annisa. Bukak buku dan buat pemeriksaan. Semuanya ok. Mengikut scan, keadaan baby ok. Kedudukan uri pun ok. Tulang belakangnya ok. Ukuran kepala bersaiz 33 minggu (kv sekarang dah 37 minggu). Kecik jer kepalanya. Keratan rentas badan bersaiz 34 minggu. Ukuran pjg peha 37 minggu. Tinggi lah tu. Hik hik… jantina nya mmg suspen. Doc tak dpt gambaran jelas. Cuma agak2. Nanti baby keluar baru boleh tau. haha. Oh ya, berat semasa 2.44 kg. Lerr…kv ingatkan 3.++kg. Rupanya kulit perut ku tebal. Nampak sgt gemuk nya weh!

Tp yg frust nya, kv lupa nak suh doc tu printkan gambar baby. Aduh…dah keluar bilik pemeriksaan tu baru ingat. Hmm…seb baik dah ada gambar masa baby 5 bulan hari tu.;(

So far, hari ni condition nya ok. Harapnya semua ok.

tambahan;
td, kakak kv mai ofis. Bertanya khabar sbb dah 2 minggu kv tak balik rumah mak. Mak dah bising takut kv masuk wad sorang2. Aduh…terharu betul rasanya. Itu lah kasih seorang ibu,kan? Padahal hari tu anak buah kv dah sms sbb nenek dia sibuk suh dia dtg jenguk kv kat ofis. Kv dah bagitau anak buah supaya mak tk pyh risau. Kalau apa2 nanti hubby akan call rumah sana.

Kv bukan apa. Dah sarat2 ni mmg tak larat nak balik rumah mak. Danish tu, kalo balik rumah mak mmg nakal dan aktif overdose bila jumpa sepupu sepapatnya tu. Kv tak larat nak bertempik bagai. Nak bangun duduk pun seksa sgt. So, tak nak nyusahkan mak dan hubby, kv just rehat jer kat rumah. Kepala pun tak sakit, jiwa pun tenteram. Bila dah semua ok nanti, keadaan akan kembali ke para normal. Tp bila begitu, mak kv terlebih risau pulak sbb tak tgk kv dgn mata dia sendiri.

CUTI SEKOLAH

August 19, 2007

Musim cuti sekolah tiba lg. Bagi anak2 yg akan menghadapi upsr dan peperiksaan lain, mungkin sibuk dgn tuisyen dan sbgnya.

Byk jgk acara dianjurkan sempena cuti sekolah ni. Mlm jumaat tu, kv n co gi kb mall. Ada pc fair anjuran pikom. Saja nak survey printer hp. Tp sengap sungguh, takde offer pun utk brand hp. Bukan apa, printer dekat ofis kv byk guna brand tu. So senang nak cari cartridge nya nanti. Hik hik.. Lps tu gi cari baju raya utk danish kat pacific.

Pagi jumaat, masak mee goreng utk sarap. Sementara tu hubby gi meracun kat bendang. Biasa ler, hidup sbg anak petani kan. Balik tu, hubby ajak gi kampung hadhari. Sementara boleh bergerak lg ni, kv pun excited jgk. Hehe

Kat kampung hadhari takde benda yg menarik pun. Dpt ler tgk zakiah anas, azura karim dan artis2 yg tak berapa nak gelemer. Tak snap gambar pun. Masa tu Pak Lah tgh berucap. Danish plk cepat boring, asyik ajak balik jer. Membeli pun tak byk. Beli biskut utk danish jer. Dpt ler beg2 comel. Tgk jgk produk healin utk mkn lps bersalin nanti. Tp tak beli pun. Tak pe la, hubby boleh belikan nanti.

Awal sgt kami keluar, kami singgah billion. Saja pusing2. Beli gak baju raya selai utk danish dan sikit barang dapur. Keluar dr billion singgah beli nasik kak wok belakang balai islam tu. Kalo org kota bharu mesti tau pasal nasik kak wok ni.;) Petang takde gi mana2. Lepak kat rumah sambil tgk badminton.

Pagi sabtu goreng mihun pulak. Hubby gi bendang, meracun anak padi kat tempat lain pulak. Tgh hari skt, kluar gi beli barang kedai. Singgah pkt pasir tumbuh nak beli termos. Buat bekal dekat ward nanti. Hik hik

Ptg nya takde gi mana. Tido jer. Cuaca pulak mendung. Best ler. Mlmnya kluar nak gi pusat bersalin annisa sbb nak melawat kawan kv, Pn. Sukmawati yg baru melahirkan baby boy jam 11.35 pagi. Singgah makan dekat sizzling house kubang kerian. Baru jer siap order, danish mengadu sakit gigi. Haru betul.

Nak melawat baby baru terpaksa dibatalkan. Terbakar lidah dibuatnya sbb danish dah nak menangis. Makan cepat2. Bergilir dgn hubby. Siap makan kv tunggu dlm kereta. Hubby sudahkan makanan dia. Geram betul. Kalo dr awal dia ckp sakit gigi, tak payah nak keluar bagai. Nama lagi budak2 kan. Tp kv dan perasan mata dia bengkak dan merah. Agaknya nak demam kut.

Sampai jer kat rumah, terkejut MIL sbb sekejap sgt keluar nya. Bila kat rumah, takde nya nak sakit gigi apa. Siap main lompat2 lg. Hmm…nak marah pun rasa kelakar pulak tgk gelagat dia. MIL tanak beras skt sbb dorang dah habiskan nasik yg kv masak utk dinner. Danish tak makan apa pun lg. MIL kesian kan cucu nya takut lapar.

Mlm nak tido tu, bukan main hangat lg tubuh dia. Kv injek ubat demam takut melarat. Pgi ni, bila tgk kv iron baju dia dah start enjin. Mula lah nak manja2. Tubuh dia panas skt tp takde lah teruk mana. Dah janji ngan dia kv mai kerja sekerat hari jer. Nak naik kete tu dia sibuk pesan suh mama gi kerja sekejap jer. Harap demamnya beransur baik lah.

CAMPUR – CAMPUR

August 16, 2007

Pertama sekali, tahniah buat Puan Oren yg berada nun di Penang, telah selamat melahirkan baby boy kelmarin (15 Ogos 2007). Moga Pn. Oren dan baby sihat. Dan dgn kehadiran org baru ni moga bertambah kebahagiaan dan moga membuka pintu hati En. Ayah untuk hidup bersama menjalankan tanggungjawab dgn penuh kasih dan sayang. Moga ada sinar!! Kv selalu doakan.;)

____________________________________________

Gambar2 kat bawah ni kv upload buat kenangan kv sebenarnya. Gambar danish menaiki kapal terbang kat funfair. Dulu, dia selalu berangan – angan nak naik kapal terbang (masa hantar kv dekat airport) dia selalu ckp yg “mama naik kapal terbang kecit, danish dan abah naik kapal terbang besar”. Huhuhu

Sebenarnya dulu kv yg pujuk dia begitu masa nak tinggalkan dia dgn abahnya. Masa kv nak gi kl kenduri anak buah. Tak nak kasi dia meraung sbb nak ikut kv terpaksa lah auta dia sikit. Lps tu, tiap2 hari minggu kena bawak dia gi airport sbb nak tgk kapal terbang mendarat dan berlepas. Nasib baik ketagihan tu tak lama. Sekarang dah hilang dah.

Cuma bila tgk dokumentari pasal air bus kat astro, mesti dia sibuk menceceh pasal kapal terbang. Sampai kv dgn hubby tak boleh berkomunikasi sibuk kena dengar cerita kapal terbang ‘hebat’ tu.




Sori, gambar sedikit kabur.;)

__________________________________________________

Petang kelmarin lps solat asar, kv ajak hubby ambik buah dokong kat kebun. Yer lah, karang kalo dah bersalin mmg tak boleh makan dah. Kena ambik kesempatan ler. Lps tu cepat2 balik sbb takut terlepas siri manjalara. Huhuuhu..kv dah jadi fanatik manjalara dah. Dari siri 3 sampai sekarang masih tak terlepas. Hubby ngan danish pulak gi pasar malam lps tu.

Buah dokong sebelum di petik.

Balik dr pasar malam tu, hubby dgn excited nya bagitau kv yg perkampungan hadari dah start 15 ogos. Macamana kita org tatau? Hahahaha

Punya lah ketinggalan. Rupanya ofismate ckp hari2 dok iklan dlm tv. Saje kv ngan hubby jer tak perasan kut. Tgk tv3 pun just buletin utama dan majalara jer. Heheh

Tgk lah, kalo larat ingat nak join jugek. Heheh

kereta api THOMAS

August 14, 2007

Dekat kawasan rumah kv la ni ada funfair. Danish pulak, bila ada funfair mmg dia over excited ler. Selalunya pegi ronda, pusing2 dan tengok jer. Tak pernah pun main apa2 mainan yg ada kat situ sbb dia penakut sikit. Eksyen jer lebih.

Dah byk mlm hubby janji ngan dia nak bawak gi funfair. Selalunya tertangguh dan kdg2 dia sendiri pun terlupa.

Ada satu mlm tu, hubby boring sbb takde siri csi. So, dia ajak danish g funfair. Kv malas nak ikut. Lbh baik baca novel kat bilik jer. Hehe

Balik dr funfair tu, kat kat tangga dah dengar suara kecoh dia. Dia cakap yg dia naik kete api thomas. Keliru gak kv pd mulanya. Hubby pulak gelak2 tgk gelagat anak dia tu. Kata hubby “kalo bi tak snap gambar ni, may be mama tak percaya”.

Hubby tunjuk gambar dlm henfon dia. Danish naik kete api thomas. Sakit perut kv gelak kan dia. Nampak sgt muka cemas. Hubby cerita yg danish sungguh2 mintak nak naik thomas tu (gara2 hari minggu dok tgk crita thomas lah ni). Memula tu hubby tak berapa yakin sbb dia tau yg anak dia tu mmg penakut. Tp dia tawakal jer lah sbb kesian tgk danish mcm nak sgt naik kete api tu.


Danish dok plg depan. Jadi driver kete api. Hehehe…

Mlm td pulak, che nak gi klinik. Kebetulan, klinik yg dia nak pegi tu, sebelah tapak funfair. Danish kemain lg la happy sbb dia sibuk nak naik kete api thomas.

Sekejapan dorang pegi tu, hubby sms bagitau yg anak dia dah menangis sbb berebut nak dok depan. Kebetulan dah org lain naik dulu. Last2 hubby usung dia bawak lari. Kalo pujuk kat situ pun mmg dah tak jalan dah.

Kv yg kat rumah ni rasa sedih pulak. Yer lah, budak tu kemain excited lg nak gi naik kete api thomas. Last2 jadi mcm tu plk. Kesiannya! Kalo kv ada kat situ, mesti bawak dia gi semula dan tunggu giliran lain. Lg pun org bukannya ramai pun.

Dlm setengah jam, kv sms hubby tanya “adik ok ker”. Hubby balas balik “on d way balik”. Kv dok terbayang dah muka danish. Huhuhu..

Dah sampai tu, bila bukak pintu kv tgk dia tersengih sengih. BIla tanya naik ker tidak kete api, dia ngan excited jawab naik. Siap naik kapal terbang lagi! Kv dah was2. Bila pandang hubby, hubby angguk dekat kv. Serta merta perasaan sedih dan kesian td hilang.

Rupanya, hubby pun tak sampai hati tgk dia diam jer masa kat klinik (lps menangis tak dpt dok seat depan tu). Mungkin dia sedih dan takut abah marah. Hubby bawak dia gi semula. Kebetulan hanya sorang jer penumpang yg nak naik. Dpt ler dia dok depan. Kemain suka lagi.

Dah siap turun kete api tu, abah dia offer naik kapal terbang pulak. Laju jer dia angguk. Hmm… agaknya sbb dia excited sgt, mmg dia control macho habis habisan la lawan rasa takut dia tu. Kalo sebelum ni mmg dia penakut habis. Org lain syok main, dia syok tgk jer. Hehehe

Turun kapal terbang tu, abah dia offer naik kete api lg. Tp dia dah takmo dah. Dah ajak hubby balik. Hehe..Bagus punya anak.

Hubby ada ambik gambar masa dia naik kapal terbang tu, tp kabel henfon terlupa bawak daa..

Kebun

August 12, 2007

Musim buah sudah di pertengahan. Buah rambutan byk yg sudah ranum. namun, kebun masih lg penuh dgn semak samun. Hahaha…

Nak mengelakkan tak jumpa jalan dlm kebun, setiap kali hujung minggu, hubby bawak mesin galah ke kebun. Mesin la semak samun mana yg patut. Walo pun tak boleh siap semuanya. 1 ekar setengah, mana la mampu. hahahaha

Kv ngan danish akan menyusul kemudian. Kalo ikut sekali ngan hubby, nanti boring menunggu. Walo ppun buah buahan kurang menjadi tahun ni, tp harga tetap murah mcm selalu. Yer lah, dah ramai yg tanam sendiri dan dah mengeluarkan hasil.

Cam biasa, kv ngan danish tunggu hubby kat bangsal. Sambil2 makan buah dokong. Ada jugak nenas hijau. Tp ya allah, masamnya. Hiks. Danish pulak, nak hilangkan boring, mcm2 dia main. Buat gayutan tarzan tak menjadi (hiks..kv ada snap gambar)

Antara gayutan tarzan yang tak berapa menjadi (hik hik… masih pakai baju tido sbb byk nyamuk kat kebun)

Pastu dia akan mencangkul ntah apa2. Puas larang takut kena kaki, tp tetap dgn cangkul buruk tu jugak. Last2 dengar dia meraung. Terkejut gak kv. Hah..dah kena kaki skt. Kv buat tak layan. Biar dia rasa! (Bukannya teruk pun..hehe). Terdengar dia mengomel sendiri ” seb baik tak penyek kaki aku”. Tergelak kv sensorang.

Lama menunggu abah dia abihkan kerja, dia dah boring dah. Asyik ajak kv balik jer. Last2 jumpa anak pacat, abih anak pacat tu dikerjakannya.

Sebelah petang pulak, MIL ajak hubby gi kebun nak panjat pokok dokong. Ada peraih yg nak dtg ambik. Nak tergelak kv. Hubby dah la membesar bagai di pam2, lagi pulak dah lama tak memanjat. Seb baik pokok2 dokong tu tak tinggi mana.

Mula2 hubby guna baldi. Kv ngan danish tunggu kat bawak pokok. Ada yg tak boleh guna baldi. terpaksa kv ngan MIL sambul pakai kain sarung tak nak kasi buah tu terlerai dr tangkai. Aduh..sampai semput kv di buatnya. Dah sarat ni, nak bergerak byk skt pun dah rasa lain macam. Padahal elok utk kesihatan.

Pagi ni hubby bersungut sambil tergelak yg kaki dia sakit. Katanya, ‘gajah panjat pokok, dahan pulak dah la kecik, nak kontrol tu mmg ler sakit2 kaki dibuatnya’. Hiks