Archive for September, 2007

TAHNIAH

September 12, 2007

Assalamualaikum Semua Pengunjung Blog KV ….

Dengan ini , dimaklumkan bahawa KV telah

selamat melahirkan seorang bayi perempuan .

Seberat 2.90 kg di Hospital ANISA’ KOTA BHARU tepat jam 5.03 pagi ini.

Semoga KV dan baby akan sihat walafiat …….

psst… tak saba weh nok kelik klate royo ni , nok g kelih baby KV …

Advertisements

SALAM RAMADHAN

September 11, 2007

Saat masih lagi berkesempatan ini, kv nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak buat semua. Lusa (13 sept) bermula la bulan yg penuh ibadah. Moga beroleh kesempatan untuk menunaikan ibadat puasa dgn sempurna. Selamat semuanya.

Bila ramadhan, mesti ada nostalgia dlm hidup kita kan. Ada yg manis dan ada yg pahit. Bagi kv sendiri, kemeriahan bulan ramadhan tu plg seronok masa kecik2. Kv adik beradik ramai. 8 orang. Masa tu hanya abg sulung dan kakak no 2 yg tak tinggal dgn mak. Yang lain penuh satu rumah.

Time berbuka puasa mmg kecoh. Geng lelaki berbuka kat meja. Yg pompuan ni kena la hampar tikar berbuka kat lantai. Minuman wajib masa berbuka mesti air tuak (nira) bukan tuak yg memabukkan tu tau. Lg satu air kelapa. Mesti ada. Kuih tak perlu sgt sbb semua org dok terkam nasik. Tp mak kv selalu buat buah mulung (onde2) atau puteri mandi atau kuih2 klasik lain. Lg pun kakak kv yg sorang tu mmg mahir memasak.

Ayah kv pulak, kerjanya penjaja ikan. Dia selalu dpt bekalan kat bandar. So, lauk mentah yg dia dptkan utk family mesti segar dan mewah(mewah dlm erti kata org kampung yg susah mcm kami ler). Berebut rebut keropeh ayam percik antara kv, kakak dan abang. Sayap atau peha mesti menimbulkan kekecohan sampai kena marah2 dgn mak. Hik hik

Dah kena marah tu, mesti nak merajuk bagai lah kan. Tp buat rugi jer merajuk. Kalo org lain makan semuanya, tak ke rugi. Rajuk nya kena la simpan dlm hati. Hahaha

Kalo bab bersahur mmg ler kv plg teruk. Langsung tak berselera. Kv pun tatau napa. TP abg dan kakak kv, selagi tak imsak, selagi tu la depa dok pulun makan. Naik heran gak kv. Yg kv ingat satu jer, nak sambung tido. Teruk betul kan?

Tu belum lg bab gi solat terawih. BUkan nak bersolat pun. Main yg byk. Balik dr surau, mesti singgah kedai runcit beli bunga api. Seronok nya masa tu hanya Tuhan yg tahu. Kat kampung kv takde org pasang pelita. Entah mengapa, bukan amalan dorang. TP la ni, ramai yg dah melanggar ‘peraturan’ tu.

Masuk bab ponteng puasa lagi la lawak. Bukannya makan apa pun. Tp kalo time mandi, mesti nak mandi lama2. Pastu curi2 minum air. Hik hik…teruk betul kv kan? Ada sekali tu, kv tak tahan tgk jambu batu tepi rumah yg masak meranum. Terus petik dan lari masuk bawah rumah. Makan puas2. Pastu rasa menyesal. Tp apa guna sbb dah tak puasa.

Kdg2 mak kv perasan yg kv tak letih sgt. Terus dia syak kv ponteng puasa. Plg lucu, kakak kv. Dia kena marah teruk dgn mak sbb mak syak dia curi makan. Masa tu kami tgh siap2 juadah berbuka. Sbb tension sgt kena marah dia tak perasan yg dia gi minum air dlm gelas. KV tgk dia, tp dia buat selamba jer. BIla mak tgk, apa lg, berteriak la org tua tu. Kakak kv punya la terkejut, terlepas gelas kat tangan. Hahaha…dia pun tatau napa dia gi minum air tu.

Byl lg kenangan ramadhan zaman2 kecik2 yg mmg meninggalkan nostalgia buat kv. Kalo lah masa boleh diputar kembali, alangkah seronok nya. Tp hidup perlu diteruskan. Kenangan itu menjadi satu harta yg bernilai buat kv.

Salam ramadhan buat semua. Mungkin ni en3 terakhir kv sebelum bersalin sbb kv ingat nak ambik mc utk esok dan lusa. Kalo masih tak bersalin pd ahad, mungkin akan ada lg en3 baru. Oleh itu, salam maaf buat semua. Moga ceria selalu.

GITAR

September 10, 2007

Dah lama danish mintak kv beli kan gitar. Puncanya, sepupu dia dpt hadiah gitar di hari jadi awal tahun hari tu. Tp kv dan hubby wat tatau jer. Kdg2 dia ingat dan kdg2 dia lupa balik. Hiks

Akan tetapi, bila dia menonton gorengan gitar kumpulan kristal masa AE 07 lagu memburu impian tu (fuyyoh nostalgia sungguh!), semangat membara nak memiliki gitar. Mlm tu sampai pkl 12 mlm dia masih belum tido sbb dok aim gitar. Penat nak pujuk. Geram betul.

Bangun tido (pagi) dia takmo pi skolah, tp nak gi kb mall beli gitar. Tudiah. Kemain lagih. Mula2 tu kami ckp ngan dia, kena gi skolah seminggu tanpa ponteng, baru boleh beli gitar pd hari sabtu nanti. Tp, amukan hang nadim bergema satu rumah. Takde kompromi langsung. Last2 dia senyap sendiri.

Masa time kerja, hubby gi survey supermarket depan ofis kami ni. Tp takde gitar mainan. Ada gitar kapok ori jer. Harganya cuma RM 45.00 utk yg kecik saiz budak, tp bila dok fikir karang dia menghempas mengamuk bagai, dan gitar kapok tu jd mangsa, buat rugi jer. Hubby pn tak beli. Ingat hari minggu baru nak gi beli. Kesian gak sbb setiap saat dia dok mintak.

Balik kerja tu dia dah tak sabar2 nak gi kb mall, nak beli gitar. Kv usik dia suh beraksi main gitar. Tgk la video kat bawah. Siap nyanyi lagu pencinta wanita lagi tu. Hik hik…abaikan tubuh nya yg kurus keding tu. ;P

Sampai ke mlm rengekannya tak berhenti. Makin kuat pulak tu. Lps solat maghrib dan makan mlm kami kluar. Penat dengar dia dok meraung. Ingat nak gi pasir tumboh jer, dekat ngan rumah. Tp takde la pulak. Ad yg cinonet je. Last2 kena gak gi kb mall. Kemain suka lagi. Tersengih sengih mcm kerang busuk. Dia yg pilih sendiri patent mana yg dia nak. Seb baik murah jer (mama + abah kan versi kedekut). Siap bayar tu (tak nak masukkan dlm plastik bag tu) kami terus balik. Letih badan rasanya. Belum pun sampai di rumah dia dah lentok. Tak tido siang la tu.

Ni ler rupa gitar danish. Siap ada aksesori tambahan lagi tu.;)
Pagi ni senang jer kejutkan dia bangun bila sebut gitar. Terus angguk bila tanya nak pegi sekolah ke tidak.

Bergambar dengan gitar baru. Muka tak basuh lagi tu.

Kat bawah ni video dia tgh goreng gitar. Nezjoe, jgn makan hati ngan anak kak kv tu yer. Hehehe…

(Sori video tunggang terbalik. Hehe)

PENANTIAN

September 9, 2007

Penantian suatu penyiksaan. Itu la perasaan kv saat ini. Betul, mengikut jangka, lusa baru DD kv. Hari selasa. 11 sept. Tp takut overdue la, mcm2 dok mikir benda yg tak berfaedah. Hik hik

Takmo pikir, tp terpikir. Haru sungguh. Kv still mai kerja. Tak pekdah nak cuti ke mc ke. BUkannya ada apa2. Mai kerja pun dok releks jek. Tak bizi sgt. So, dari dok kurang kan jumlah cuti, baik kv kumpul utk imbuhan pencen kelak. Bijak tak kv. Haha

SEksa nya menunggu. BIla la baby ni nak kluar? Abg nya dulu tak sabar2 nak kluar tgk dunia. Sampai terkejut mama ngan abah. Si adik ni, agaknya best sgt dok dlm perut mama kut.

Bila dok menunggu gini, sakit perut nak buang angin pun rasa saspen jer. Haha..teruk betul kv ni. Abih org kv tanya pengalaman sakit dan tanda tanda nak bersalin. Mmg la setiap org pengalaman nya berbeza. Mana la tau ada pengalaman dorang tu sama dgn kv nanti. Takde la panik. Huhuhu..jgn la panik.

Kv bimbang overdue. Nanti kena paksa bersalin. Kena induce bagai pulak. Org kt sakitnya melampau. Betul ke? Kalo salah tolong perbetulkan fakta ni, okeh! Kawan kv, due date 31 ogos ari tu, tp sampai skrg masih belum bersalin. Doc ckp, kalo lbh 10 dah kena paksa bersalin. Mmg tensyen la bila dah jadi gitu.

BIla borak ngan mak kv, dia kata org zaman dulu2 tak kisah pun lambat ke cepat. Abg kv yg sulung sampai 13 bulan. Errrr…kv susah nk percaya. Betul ker? Karang mak kv salah hitung. Hehe. Masalah plk bila baby dah ber*k dlm perut. Karang kena jangkitan kuman bagai. Tp mak kv jawab pulak, abih tu abang long ko tu hidup molek2 takde masalah tu, siap nak dapat cucu dah! Tu dia, tak terjawab pulak kv. Hehe..

Kv sebenarnya plan nak bersalin kat spital swasta. Bukan mengada ngada ke apa. Tp gerun memikirkan suasana dlm ward dan layanan nurse kat spital gomen. Tak sanggup nak hadapi. Pengalaman dulu rasa perit sungguh. Tp bila dengar cerita org lain, lbh teruk dr kv lagi la rasa tensyen. TAPI, kalo overdue atau bermasalah nanti, mesti nak tak nak kv terpaksa ke spital gomen jugak. Tu yg buat kv makin tensyen. HUhuhuhu…

Tak pelah, serah pada DIA kan? DIA lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita. Dah belum sampai masa baby nak kluar, dia takkan kluar walopun hari2 dan setiap masa kv dok ckp kat baby “adik baby, kluar la cepat2, mama tak sabar nak tgk muka adik baby yg kiut tu” hehehe

Sebenarnya kv yg tak sabar kan? ;(

CERITA BERGAMBAR

September 6, 2007

Yuhuu…kv masih di sini. Masih bersiaran sbb belum bersalin kaedahnya. Hik hik..

Kv nak buat en3 bergambar lah..

Pernah makan buah merkang dak? Kalo bahasa kelate kami sebut buah ‘ngekae’ (ikut loghat kelate la). Kalo dekat sempadan perak/kelantan dorang panggil buah tampoi. Buah ni pun asal buah hutan jugak. Kulit tebal. Isi mcm buah rambai.

Ni ler rupa buahnya. 2 kilo entah berapa bijik jer. Berat dgn kulit. Hehe

Isi dia yg di closed up. Maaf mutu gambar kurang memuaskan. Tp rasa dia best la. Isi dia lbh pejal dr buah rambai.;)

Oh ya, kv dah buat persiapan raya untuk danish. Yer lah, kv kan berpantang sepanjang puasa ni. Kesian jgk kat dia takde baju raya. Nak harap kan abahnya nanti dia beli tah apa2 ( hik hik…sori bi!)

Ni baju melayu dia, dah 2-3 hari lps tailor hantar kat rumah. Sengih2 dia tgk baju raya dia dah siap. Kain sutera siam. Sengaja kv pilih kain jenis ni sbb dia lembut dan sejuk. Karang takde lah berpeluh peluh. Malam tadi kecoh dia cari baju raya. Bila tau kv simpan dlm almari, dia marah2. Terpaksa lah abah dia pujuk2. Nak pakai time raya, kena lah simpan dulu. Nanti dah buruk. Hish..budak ni, mcm2.

Ni pun selipar raya danish. Keluaran anakku sempena filem tikus comel tu. Sengaja kv tak beli kasut tahun ni sbb dia dah ada 2 pasang kasut tp jarang dipakai. Rasa tak berbaloi pulak. Selipar pulak, tak leh beli yg pelik sbb susah nak berlari nanti. Hik hik.. dah berapa jenis selipar ada kat rumah tu tp dia still pakai yg 2 tu jer sbb senang nak sarung. Konklusinya, beli yg jenis selipar jepun jer. 😉

Td, kv pusing2 pasar minggu. Lalu kut baju baby. Sempat lagi sambar 2-3 pasang. Mula2 tu ingat dah malas nak beli. Tp bila mikirkan sikit lg musim hujan, kena ada stok baju byk skt. Lg pun geram tgk baju2 baby tuh. Heheh

Sbb saspen jantina baby, kv beli kaler campur2. Tak kisah lah, lg pun baby kan kecik lg. Kaler apa pun, jalan jer lah. Hehe

BERURUT

September 4, 2007

Malam semalam, kali kedua kv berurut sejak mengandung lg ni. Yg first nya, masa kandungan masuk 8 bulan.

Nak kata best tu, tak berapa sgt. Menurut mak bidan, mengurut org peknen ni tak sama ngan mengurut yg biasa. Kena byk jaga. Kedudukan pun kena hati2. Takut apa2 kat baby. Tp at least hilang sikit sakit2 badan dok usung adik baby ni. Huhu…

Mengandung kali ni mmg teruk rasa nya. Sakit situ, sakit sini. Seawal 4 bulan kv dah rasa sakit2. Phobia dan serik. Menurut bidan, punca nya masa melahirkan danish dulu, kv tak cukup pantang. Tak berurut dan bertungku dgn sepenuhnya. Tambah plk, 2 kali sehari kv ulang alik ke husm nak pam kan susu utk danish yg masa tu dlm icu. Macam org tak beranak pulak. Tp terpaksa nak wat cemana.;(

MMg masa tu kv tak rasa apa2. Tp kesannya begitu ketara masa mengandung yg kedua ni. Nak bangun duduk pun susah. Hubby terpaksa bantu. BIla duduk lama skt, dah bangun tu jalan terbongkok2 dulu mcm robot. Lama skt baru jalan biasa. Kdg2 solat pun terpaksa sambil duduk. Aduhai…tp takpe lah, demi zuriat g kv dok idam selama ini. Apa guna merungut,kan?

Kv kena ambik pengajaran. Ari tu, segala ubat periuk tak boleh makan sbb danish masa tu kat wad sebulan lebih. Karang bagi susu kat dia, bercampur ngan ubat spital, jd benda lain pulak. Mungkin bersalin kali ni kv boleh berpantang dgn betul. Harap semuanya ok.

Kv tau mungkin kv akan rasa terseksa nak habiskan tempoh berpantang tu. Tp sedaya upaya kena la tabahkan hati. Demi kesihatan. Dah terbayang dah bulan puasa yg penuh dgn pelbagai jenis makanan tu. Pastu dgn pasar ramadhan nya. Huhuhu…kena kuatkan hati. Plg teruk, minuman berais yg tak berapa nak boleh pantang. Kena kuatkan semangat ni. Hehe..

Kv selalu sakit pinggang. Plg teruk sebelah kiri. Menyucuk nyucuk. Menurut bidan, masa berpantang dulu kv tak berdian (cemana ejaannya ek?). Tau dak berdian tu apa. Kalo org kelantan, dia akan buat satu pangkin, mcm katil, taruk bara kat bawah. Kita ni kena salai atas tu la. Tp sekarang dah takde dah. Plg dasyat pun bertungku jer. Kv ingat nak pinjam tilam kakak ipar yg boleh dipanaskan tu lah. Hehehe..jimat belanja. Kalo beli rm 1.5k jugek. Tangkai jering noh?

Mak bidan tu offer utk berurut dan bertungku selama 15 hari masa ramadhan ni. Baik sungguh hati dia. Makcik tua yg byk pengalaman. Kalo nak lbh dia tak sanggup sbb bulan puasa. KV pun rasa takde la sampai 15 hari. Mungkin seminggu pun dah ckp. Lps tu bertungku sendiri.

p/s: jantina baby, menurut ramalan mak bidan tak sama dgn yg doc scan. Cemana tu? Saspen sungguh! Hik hik

MASIH DI SINI

September 2, 2007

(amaran: en3 ni agak pjg, jgn semput nafas udah!)

Yuuhuuu….kv masih lg bersiaran. Hik hik.

Now dah masuk minggu ke ampat pulus (40). Bila la dak baby ni nak kluar melihat dunia. Tak sabar2 dah rasanya mama nak melihat ni wei. Agaknya sedap jer dok dlm perut mama yer?

Kv still mai kerja. Lg pun tak de buat apa sgt. Puas blogging, jalan2 pusing ofis ni. Ni pegi kedai tak larat dgn panas membahang. Pas tu borak2 ,anyam ketupat. Hik hik. Kalo dok rumah pun boring sbb hubby takde. Yer lah, apa kejadahnya dia nak cuti sedang kan kv takde apa2 lg. So, kv pun mai la kerja. Ofis mate hari2 dok perli boring tgk mak buyung. Huhuhu…kalo boleh kv pun malas dah nak usung perut ni. Tak larat nak naik tangga nak gi bhg admin. Pastu nak gi solat. Tak pe, senaman bagus utk proses bersalin. Kena la jalan byk2.

Okeh, cerita pasal cuti2 merdeka kv n co.

Sebelah pagi (jumaat) lps hubby balik meracun semak samun/ lalang dlm kebun (tak habis2 lagi weh), kami pun gi pasar siti khadijah. Dah lewat dlm 9.30 lbh kurang. Masih ramai lg manusia walopun perarakan merdeka dah habis. Masuk pasar, beli ikan kerapu bara, ikan talapia dan ikan tuko (ikan pari saiz kecik – sedapnya hati ikan ni).

Ni ler rupa ikan kerapu bara dan talapia tuh. (abaikan kaki dak danish tu)

Danish sempat posing ngan ikan kerapu bara tu sblm di potong kecik2 oleh abahnya.

Lagi posing maut.

Tak lupa jugak, beli kacang rebus, cek mek, asam limau nipis, asam limau kasturi dan buah perah rebus.

Ni ler rupa buah perah tu. Pokok dia dlm hutan. Lbh kurang pokok getah. Ni makanan org kampung. Org dulu2 mana ada canggih cam org skrg. Kv beli ni pun nak mengimbas nostalgia masa kecik. Kak pb, masa dok dabong mulo dae kenal ko dok buoh pperroh ni?

Isi buah perah. Kv selalu makan yg dijeruk. Isi dia rangup. Rasa dia pelik. Kalo tak biasa mmg tak boleh makan. Hubby kv mmg tak gemar langsung. Yer la, kv kan anak jati kampung. Hik hik
Tapi yg ni versi rebus. Rasa mcm ubi. Tak berapa nak kaw rasa dia.

Ni pun satu lagi gambar isi buah perah tu.

Sambil2 lepak kat pangkin (slps masak utk lunch), hubby ngn danish suka layan anak kucing yg dua ekor tu. tatau la kucing sapa, tp beranak kat rumah tu. TP yg bagusnya, kucing ni dok lepak kat bawah tumah jer. Tak naik ke rumah. Kv tak suka pelihara kucing sbb malas nak uruskan makan minum dan bersih kan najis dia.

salah sekor anak kucing tu. Ni hubby taruk nama manja sbb dia manja overdose. Bulu dia cantik dan comel. Mcm kapas. Agaknya mak dia dulu tuut ngan kucing ala2 whiskas tu kut. Ada sekor lg kaler hitam. Full black. Yg tu lg gemok. Hubby letak nama parang kontot sbb dia langsung takde ekor. nak snap gambar tak boleh sbb parang kontot tu garang overdose. Menyembur nyembur mcm ular senduk!

Ptg lps solat asar tatau nak buat apa benda. Hubby kempunan nak makan nasik kukus. Tatau la kakak taruk spenda ke apa. Tiap2 minggu mesti beli. Selalu hari khamis dia meniaga pasar mlm kat rumah jer. Tp hari jumaat, nun jauh di pantai irama bachok. So, moh ke bachok ler kita.

Sebelum ke tapak pasar mlm tu, danish merengek nak maian kat playground. Main gelungsur. Layan dia sat.

Kv n co kat pantai irama bachok.;)

Kat pasar mlm tak de beli apa sgt. Nasi kukus, apam balik, putu halba dan milo beng utk danish. 7.40 mlm baru sampai kat rumah

Lps solat isya’ hubby racun kv ajak gi tgk perarakan kereta berhias kat pasir puteh. Nanti boleh tgk pertunjukan bunga api sekali. So, layan jer lah sbb ambang merdeka kami tak pergi.;)

antara kereta berhias yg tak berhias pun.

perarakan merdeka. Tp tak sempat nak tgk bunga api sbb takde port nak letak kete. Penuh ngan manusia. Last2 balik jer.11.30 mlm sampai kat rumah.

Hari sabtu pagi2 lg gi kota bharu. MIL nak beli stok selipar utk kedai dia. Tp syg, kedai tutup ganti cuti merdeka. Mulanya ingat nak singgah kedai perabut yg nak tutup gudang (sblh hotel perdana tu) tp awal sgt, kedai masih blum bukak. SO, balik jer lah.

Lepak kat pangkin sampai gelap. Solat maghrib tu kami kluar. Jalan2 cari makan. Singgah food court ‘teh o beng 50 sen’ (nama betul ni) dekat traffic light kbg kerian. Makan satay, colek paru + perut dan 2 pinggan chicken chop. Air teh o beng dan teh o beng limau. Semua tu 16 ringgit jer. Huhuhu

Pastu kemana lg kalo bukan ke kb mall. Hahaha. Kasik la can, lps ni 2 bln tak leh gi. Hik hik. Pusing sana sini dah 10 lbh. Singgah pasar mlm tgh bandar sbb hubby nak beli kopiah. Nak tunggu org balik mekah lambat lg. Heheehe

Berakhir lah cuti2 mrdeka kv n co. Pjg nya en3 kv.;P