Archive for November, 2007

DETIK CEMAS

November 27, 2007

Selepas buat en3 ahad lalu, kv terima call dari kak M yg mengatakan doc nak oretae mak serta merta sbb doc pakar kesan usus mak dah pecah. Kalut kv lesaikan tugas dan tunggu hubby blk dr site nak gi spital cepat2 sbb takut tak sempat jumpa mak sblm masuk OT.

Singgah kejap kat rumah nak salin baju. MIL nak ikut sama. Terpaksa heret danish sekali. Masa sampai tu mak masih dlm wad 28. Menunggu utk di bawa ke OT bila2 masa. Punya lah seksa perasaan time tu bila mak asyik mengerang kesakitan. Mmg nampak dia penat sgt2.

Dr pukul 11 pg, pukul 5 baru ditolak ke OT. Masa tukar baju, kami semua (adik beradik) salam dan peluk cium mak. Kv ambik kesempatan utk mintak maaf dan halal kan semuanya. Mak jawab dia pun sama. Masa air mata mmg langsung tak boleh tahan.

Menunggu di depan dewan bedah sri intan mmg menyeksakan. Adik beradik mak, anak2 saudara dan ramai saudara mara mula tiba. Msg2 dgn wajah sugul. Kak K wakilkan kami utk jumpa doc bedah.

Doc bedah ckp yg mak kv tu tak tau kena usus dia pecah. Operate dibuat sbb usus dah pecah. So, sambil operate sambil mencari sbb dan punca. Lg pulak doc tidak menaruh harapan besar sbb jantung dan tekanan darah mak tak stabil. Doc tanya adakah semua anak2 mak ada kat situ. Pesan nya jgn kemana mana sehingga dia memanggil. Hanya Allah yg tahu perasaan kami. BERSERAH PADA YANG KUASA. DIa maha mengetahui.

Hampir 8 mlm, pemgumunan dibuat. “Waris Che Jah bt Awang, sila masuk ke bilik bedah sekarang”. Rasa luruh jantung kv. Terlompat dan berkejaran kami semua. KV, Kak K, Abg I dan Abg K yg masuk. Nak menunggu dtgnya doc tu punya la seksa perasaan. Namun kami redha walau apa pun yg terjadi.

Doc dtg dan bagitau yg mak dah dihantar ke ICU. Keadaan dia stabil. Alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Terima kasih Ya Allah kerana mendengar rintihan kami. Berkejaran kami ke ICU. Nurse mintak kami tunggu 10 sbb mak baru dihantar ke situ. Lps tu kami bergilir gilir masuk. Mak sedar cuma keletihan.

Malam tu kami berkampung depan ICU. Lps subuh hubby mai ambik kv dan kami ambik kesempatan jenguk mak. Mak tgh tido. Mungkin krn ubat bius dan jgk penenang. Tgh hari skt kv dtg lg hospital. Mak dah sedar tgh hari tu. Siap boleh borak walo pun slow2. Alhamdulillah. Dah boleh bernafas dgn sendiri.

Ptg tu hubby dtg ambik kv bersama dgn che dan danish. Kv masuk jumpa mak sekejap. Kv ckp ngan mak, kalau semgat mak kuat, mak akan lebih cepat sembuh. Kami semua doakan.

Pagi td lps subuh kv dan hubby ke hospital lg. Mak mengadu yg dia masih sakit dan tak boleh tido. Wajah dia masih kuning. Hempedu (batu karang) masih belum di operate. Agaknya sbb tu lah. Tp kesakitan mlm td tak sama tahap sakit yg sebelumnya. Kalau takde aral, mungkin hari ni pindah wad biasa. Tp tak tau la. Kena tgk dulu. Yg ralatnya, sampai sekarang kami masih belum dapat jumpa doktor bedah mak. Nak juga dengar penerangan dia pasal mak. Nak tau sakit apa, sbb apa dan apa yg dibuat. Dan apa juga yg seterusnya.

Terima kasih pd semua yg turut mendoakan kesihatan mak kv. Moga mak makin sembuh. Terima kasih buat saudara mara yg dtg meberi sokongan. Penuh depan dewan bedah dan ICU tu. Ujian ini menambahkan kekuatan hubungan kekeluargaan kami. Alhamdulillah.

Advertisements

MAK

November 25, 2007

Pagi jumaat tu kv dikejutkan dgn panggilan dr kakak kv Kak M. Kak M bagitau yg dia nak hantar mak ke ER segera sbb mak menggelupur (kasar rasanya perkataan ni) kesakitan. Siap menangis bagai. Kv dah terbayang dah tahap kesakitan yg mak kv tanggung. Sbb mak kv ni jenis org yg sabar dan kuat semangat. Kalau setakat sakit biasa, dia mmg langsung tak nak gi klinik. Dia tahan gitu jer.

Masa tu hubby dah gi kedai gunting. Byk hari dia dok rimas yg rambut dia pjg dah. Penat tunggu dia tak blk2, kv pun call mintak dia segera balik. Mulanya kv nak gi spital HSZII dgn teksi jer. Hubby kena dok rumah uruskan anak2. Tp hubby decided nak jgk hantar kv.

Sampai kat ER, hubby masuk dulu sbb dia kena blk lps tu. Masa kv masuk tu, mak tgh terketar ketar tahan sakit. Entah bagaimana, masa kat spital baru kita org perasan yg tubuh mak dah kuning. Tu pun doc yg tegur.

Kat ER, bukan main lama menunggu mendapatkan rawatan. Mmg kdg2 prosedur dan birokrasi menyusahkan utk kes2 kecemasan begini. Doc terpaksa study history dulu. Kv faham semua tu, karang kalo silap rawatan lg haru. Tp bila mak tergapai2 tgn mintak tolong sbb kesakitan, mmg tak tau nak ckp apa perasaan kami. 2 kali bagitau doktor. Last2 ada MA yg perasan. Terus dia injek ubat tahan skt. Tu pun tak berapa nak hilang.

Lps tu daftar masuk wad. Masa kat wad tu, beberapa kali mak kesakitan yg amat. Doktor dlm wad sekali lg buat siasatan. Mak nak bercakap pun tak boleh. Doktor pindah kan mak ke bilik rawatan rapi (dlm wad tu jgk). Masukkan air dan tambah dos penahan sakit. Air kencing mak kaler coklat. Gerun kv tgk.

Mak bertahan mcm tu jgk. Sakit tp blh sabar. Langsung tak boleh nak tido. Cuma tak larat nak buka mata. Ptg hubby ambik kv sbb baby dina kat rumah pun kena jgk bagi perhatian.

Pagi sabtu, kv ingat nak gi spital. Tp baby dina meragam teramat sgt. Last2 dlm pkl 12 pengasuh dia dtg ambik. Kami bergegas ke spital sbb kak M mintak kv bawa diapers dewasa. Tak lama kv kat spital sbb dok risau jgk kat dina tu. Ptg tu dina meragam lg. Berpeluh peluh kami dibuatnya. Last2 MIL ajak gi jumpa bomoh.

Bukan kami percaya benda tahyul ke apa. Tp salah satu iktiar dan dgn niat kerana Allah taala. Blk mlm tu dina dah tak meragam mcm biasa. Alhamdullillah. Mungkin iktiar dan doa kami Allah swt makbulkan. Dia tido 8.30 dan 5 pg baru bgn menyusu. Lps tu tido blk.

Pagi ni kv call kak M nak tanya sapa yg tunggu mak pagi ni. Kak M kata kakak kamk Kak K tak balik, lps tu kakak ipar kami Kak N pun ambik cuti ak jaga mak ari ni. Kv pun pikir tak guna kv cuti hari ni. Lbh baik kv cuti besok utk jaga mak. Lg pun mengikut temujanji mak akan dioperate hari ni dan besok.

Kawan2 doakan kesihatan mak kv ye.

SEMOGA SELAMAT

November 22, 2007

Hari ahad dan mungkin jgk isnin, kemungkinan kv cuti sbb nak jaga mak kat sepital. Mak kv disahkan mengidap batu karang dlm hempedu. Bila buat appoinment dgn HKB, doc kesan selain batu karang, usus dia dan kawasan rahim jgk membengkak.

Patut ler setiap masa dia akan sakit perut. Kadang2 sampai tak boleh tido. Tp doc belum tentukan sama ada bengkak dekat usus tu sama ada akibat gastrik yg teruk atau pun ketumbuhan. Jadi, sabtu ni mak kv akan masuk wad dan kena puasa utk pemeriksaan susulan. Masa tu doc akan decided sama ada nak operate atau sebagainya.

Dia selalu sakit perut. Jd mak kv ni terlalu menjaga bab makan. Bila tak makan, perut plk masuk angin. Lg la sakit. Nak2 plk doc pesan supaya tak makan buah, sayur, susu, daging dan ada lg yg kv tak ingat. La ni mak kv makan bubur nasi dgn ayam bakar jer. Tu pun tak berselera langsung. Kena paksa2, kalo tak tubuh lg lemah.

Kakak kv pulak (yg sakit kanser pangkal rahim tu), hari ni gi jumpa doktor pakar dekat husm. Kalo mengikut ct scan, takde dah unsur kanser yg baru. Tp kakak kv tu jadi penat dan letih. Mungkin kesan raditerapi dan ubat bius masa rawatan dulu2. Selera makan langsung hilang. Tubuhnya kurus hanya tinggal kulit dan tulang. Kulit dia pucat putih. Kv kalo pandang dekat dia mmg akan berlinang air mata.

Masalah baru pulak, bila di x ray, tulang belakang dia dah senget. Patut la bila dia berdiri (waktu rasa boleh berdiri) tubuh dia senget sgt. Hari tu lg kv dok sibuk. Agaknya sbb dia dok tahan sakit, sentiasa mengerengkot dan berbaring memberi effect pd tulang belakang dia. Minggu lps dia masuk wad dekat hospital Tg Anis kerana kurang darah. Patut la dia pucat semacam.

Susulan drpd Hospital Tg anis tu ler, dia kena jumpa pakar hari ni. Kalo dia masuk wad, tak tau la sapa yg nak menjaga. Mak kv mmg langsung tak boleh sbb dia pun sakit. Nak harap kan anak2 semuanya masih kecik. Kena jgk ada org tua. Suami dia pulak kerja jauh. Kalo tak kerja sapa yg nak beri makan pd anak2. Nak bayar kos rawatan lg.

Tu yg kv pikir, kv kena jaga mak masa siang hari. Sbb mlm hari kv kena uruskan baby dina pulak. Takkan kv nak harapkan MIL sepenuh masa. Lg pun baby dina baru 2 bulan lbh. Adik beradik yg lain boleh bergilir jaga mak sebelah malam sbb bila ptg kv kena balik Kerna masa tu ler kalo si dina tu nak meragam pun.

Takpe lah, at least kv tidak mengabaikan mak dan jgk anak sendiri. Win win situation, kan. Nak harapkan kakak kv yg sorang lg tu, mmg kesian sungguh. Hanya dia yg tak kerja pejabat. Tp dia pengusaha pasar malam. Jual makanan. Kalo tak berniaga, mmg pulus tak masuk. Sampai demam2 dia nak uruskan kakak dan mak. Nak berniaga lg.

Harapnya kedua dua org yg kv sayang selamat lah hendakNYA. Kawan2 tolong doakan ek.

NAMA

November 21, 2007

Masa peknen ari tu, kv mmg dok tercari cari nak taruk nama apa dekat baby. Junior dekat ofis ni awal2 dah bagi pinjam buku yg mengandungi nama2 dgn maksud sekali. Hari2 dia dok tanya dah jumpa ke belum nama yg berkenan.

Sbb dok konfius pasal jantina, jadi kv kena cari nama utk baby girl dan jgk baby boy. Naluri kv ntahapapantah masa tu. Sekali rasa baby boy. Sekali rasa baby girl. Hubby pulak langsung tak pikir. Kv jer yg dok kalut sensorang. Hehe

Last2 kalo baby boy kv nak taruk nama Iffat wajdi. Alamak, kv dah lupa la maksud iffat tu. Wajdi tu maksud dia ‘kesayanganku’. Tp dlm dok cari nama baby boy tu, kena jgk cari nama baby girl. Dok terpikir ler nak taruk nama irdina maisarah. Maksud dia kehormatan dan kekayaan/kesenangan.

Bila tanya hubby, dia pun angguk jer. Tp bila kv jenguk blog kopi suam, anak dara dia pun nama irdina maisarah. Tu yg dia dok panggil deena tu. Kv pun dah hilang idea. Last2 pikir nak letak dania maisarah la pulak. Sbb dania tu dekat2 ngan nama danish. Hiks

Tp bila nak gi daftar, hubby ckp dia kurang berkenan dgn nama dania. Kv pun dah tak tau nak letak nama apa. Bila kv ckp yg kawan blog pun nama anak dia sama, hubby kata tak kisah lah. Lg pun bukan hari2 jumpa. Hik hik…betul jgk. Sbb malas nak pikir, kv setuju jer lah. Terus isi borang. Mmg anak kv tu dah ditakdirkan nama irdina maisarah lah kan? ;P

Yg nak tergelak nya, nama baby boy yg pengasuh dina jaga tu nama danial. Kalo la dina tu nama dania, agaknya pening pengasuh dan baby2 tu pun sama pening. Haha

Itu ler sedikit sebanyak cerita fasal nama anak. 😉

CEMAS

November 20, 2007

Kv pun taktau la kenapa yg kv ni lemah semangat sgt. Huhuu….

Dada rasa berdebar, gementar dan gemuruh tak tentu fasal. Aduh…sesak nafas gara2 irdina maisarah meragam. Kalo meragam biasa kv tak kisah sgt. Tp mungkin sbb colic.

Dia akan menangis petang hari. Nak2 time maghrib. Tu yg rasa cemas skt. Selalunya kv ok jer sbb dlm 30 – 40 minit dia akan berhenti melalak dan tido. Lps tu dia akan bangun menyusu dan tido semula. Sehari dua ni dia melalak lain macam skt. Langsung tak berhenti dan dekat2 nak hilang suara. Hmm..panik sungguh jd nya.

Kv teringat cerita kak wear yg bagi air musoffa dekat baby dia. Kv pun sms kak wear la tanya pendapat. Tp kv tak beli pun lg air musoffa tu sbb ada org yg tolong tgk kan dan buat ‘air tawar’ sekali. Pas tu teringat kut2 dia sakit perut. Org kelantan panggil ‘sarat’. Kv pun tak tau la istilah apa tu. Hubby gi beli ubat ‘sarat’ dekat satu makcik tua dekat Chica Kubang kerian. Kami beri ubat tu sbb tgk najis dina dah campur hitam2 skt.

Tak tau la sbb ubat tu ke hapa, tp dina nampak ok skt. Cuma time maghrib tu dia menangis jgk tp tidak seteruk yg sebelumnya. Lps tu dia tido ok. Takde bangun menangis malam2. Tak tau la hari ni, harap semuanya kembali ok.

Kelmarin kv bawak dia gi klinik nak injek yg dua bulan. Berat semasa 4.5 kg. Meraung sakan bila kena injek. Yg kv nak tergelaknya bila doktor komen yg cara dina menangis sama cam abg dia danish. Hehe

Dia duduk rumah pengasuh ok jer. Takde meragam pun. Tido dan nyusu eok jer. Bagus jgk la mcm tu. Risau gak takut pengasuh bosan dgn dia kalo asyik melalak jer. Kv ni kan, tgk baby org meragam pun dah kenaling perut. Berdebar debar. Uish…apa la lemah semangat sungguh. Semua org ckp baby akan berhenti meragam bila umur empat bulan. Tp nak menunggu empat bulan tu rasanya macam bertahun. Kesian tgk baby dok menangis gitu. Tu pun kv dok ngan org tua. Kalo mcm org lain yg dok sendiri, lps tu jauh dr parent, tak tau la. Agaknya kv yg menangis dulu dari dina. Hhehe

JIRAN

November 15, 2007

Memang sejak dari awal megandung, kv berhajat tak nak kasi mil mengasuh baby dina. Bukan tak suka ke apa, tp boleh menyelesaikan byk masalah. Antaranya, selain mil sibuk ngan karenah danish (antar dan ambik dia skolah), sibuk jgk dgn kedai runcit dia. Pastu byk benda lain dia nak uruskan selain makan minum mak dan che (atuk dan nenek hubby). Kalau mil yg jaga baby dina, mmg memenatkan lah. Kesian kat dia.

Lagi pulak, kv kat ofis rasa tak tenang sbb rasa membebankan dia. Itu yg kv rasa masa dia jaga danish kecik2 dulu. Bila dah dia yg jaga danish, kalo ada apa2 yg kecemasan, kami dah takde tempat nak letak danish utk jagaan sementara sbb danish tak biasa dgn org lain. Nak hantar dekat mak kv pun tak boleh sbb dia tak biasa.

Untuk mengelakkan masalah ni berulang, kv mmg tekad nak letak dina bawah jagaan pengasuh. Aim kv adalah jiran sebelah rumah sbb dia biasa menjaga baby. Lagi pulak anak2 dia ramai dan sudah remaja. Bebudak tu mmg gemar main dgn budak2.

Nak jadikan cerita, sblm bersalin hubby tak suarakan benda ni pd mil takut dia kecik hati. Kami tunggu hingga delivery dulu. Tetapi, jiran sebelah rumah yg kami dok aim tu pulak dah terima baby lain yg lahir awal sebulan dr dina. Haru betul. Mati kutu kv dan hubby dibuatnya. BUkan apa, sbb dia sebelah rumah kami jer, senang kalo apa2 mil dah dekat. Boleh dia pantau sekali. Hiks..

Satu hari dlm bulan ramadhan tu, hubby cuba berdiplomasi ngan mil. Dia terangkan kelebihan kalo dina org lain yg jaga. Kami pun takde lah rasa susah hati dok memikirkan dia yg penat jaga anak kami tu. Alhamdulillah dia bersetuju. Syukur. Risau gak kalo dia terasa hati ngan kami. Susah nak baca hati org tua. 😉

Masalahnya, nak cari pengasuh lah pulak. Org yg kami target dah ‘terlepas’. Hik hik… Tp mil ckp dia nak gi slow talk ngan jiran kami tu. Mana la tau kut2 dia boleh jaga dina jgk. Bila mil surakan hajat kami tu, jiran kami tu macam tak kisah kalo jaga dina sekali. Kv dah rasa lega dah pd mulanya.

Tp masa dlm pantang tu, kv asyik terdengar baby yg jiran kami jaga tu menangis sepanjang masa. Tak berapa makan pujuk. Aduhai..masalah pulak ni. Last2, 5 hari sebelum kv masuk kerja, mil dan hubby gi rumah jiran kami tu sekali lg. Mmg kami faham kalo dia tak boleh terima dina sbb baby yg dia jaga tu kuat menangis. Mana la dia mampu. Penat sakan dia nanti. Nak masak utk family lg.

Hubby dan mil gi bincang ngan dia nak tau sama ada dia sanggup atau pun tidak. Kalo tak sanggup kami kena cari pengasuh lain. Kv dan hubby dah sedia plan B kalo tak jumpa pengasuh lain. Hantar dina ke nursery dlm tempoh 6 bulan, lps tu hantar kat jiran kami tu semula. Rasanya masa tu baby yg jiran kami jaga tu dah hilang meragam kut.

Masa hubby ngan mil pergi tu mmg kv rasa saspen sungguh. Risau dok pikir, sapa la yg nak jaga anak kami nanti. Hilang semua perancangan awal. Huhu.. Tp nasib baik anak sulung jiran kami tu (umur awal 20an) sanggup nak jaga dina. Selalunya dia bantu mak dia jaga baby. Tp kali ni dia nak jaga sendiri si dina tu. Alhamdulillah, syukur sgt2. Lega rasanya.

Yg menjadi terkilan, ada dua tiga org jiran kami yg lain ambik kesempatan. Sesaja jer gi tinggal kan anak2 mereka rumah pengasuh si dina tu. Jiran kami yg mengasuh baby ni mmg dia baik dgn semua org. Tu yg bebudak suka main kat rumah dia. Umur bebudak tu lebih kurang danish. Tgh lasak dan tak berapa nak dengar arahan. Haru betul. MIL pun naik angin tgk. Dorang tu bukan ada masalah apa pun, sesaja nak balik tido atau pun nak gi bandar. Teruk betul perangai dorang tu.

Kami letak dina kat situ tentulah kami bayar. Yg dorang ni, saja je sesuka letak anak2 depa kat situ. Bukan bayar apa pun. Kesian pengasuh anak kami tu. Tentu lah dia penat. Bila dah ramai gitu, tentu la gaduh2 dan bising2. Baby nak tido pun kurang senang. Kenapa la ada org yg teruk macam ni? Geram betul! Kalo jiran kami tak pi hantar balik anak2 dorang tu, mmg satu hari la dok kat situ. Dah la cuti sekolah sudah bermula ni. Lagi tambah masalah.

Tp bila ingat yg baby dina si kak long yg jaga, kv rasa lega skt sbb kak long mmg tak layan bebudak tu. Kurang la sikit penat dia. Tp mak kak long la yg penat extra.

Macam2 kan?

BARANG MAINAN

November 14, 2007

Kv selalu geram dgn danish kalo bab brg mainan. Ada saja mainan yg menjadi target dia. Hari ni nak excavator, besok pulak nak kren. Lusa pulak nak lori. Macam2.

Dlm 2 minggu ni entah berapa dah mainan yg dia mintak. Haru sungguh. Kalo kv zaman kecik2 dulu mmg tak pernah bermimpi pun mak nak belikan barang mainan. Anak patung pun dapat sekali jer sepanjang umur kanak2 tu. Maklum ler, kita bukannya org senang.

Tp zaman sekarang mainan mmg byk kat pasaran. Kalo buatan dr china tu mmg murah giler. Kdg2 terfikir, kalo kv pandai buat sendiri, mmg kv takkan jual dgn rege murah gitu.

Bila sebut bab murah ni, bila anak dok merengek dua tiga hari nak kan mainan. Sampaikan tido mlm pun siap mimpi2, tak sampai hati plk tgk. Kesian. Nenek hubby selalu perli, yer lah, masa anak tak ramai ni, ikut kan aje. Bukan mcm tu, bukan nak merajakan anak, tp bila tgk anak tersenyum dan excited bila dpt brg yg dia nak tu rasa semacam jer. Tp, ada syarat jgk. Bab tegas kena lah tegas. Karang pijak kepala mak bapak pulak.

Ok lah, dah la membebel. Tgk apa yg dah danish beli sepanjang 2 minggu ni.

Kren bomba. Masa nak cari botol susu anticolic dekat baby dina, dia terlihat ada mainan kren kat kedai mother house tu. Tp kami tak layan. Dekat seminggu dok merengek sampaikan kv dan hubby dah tak tahan mendengar, terpaksa la gi beli. Hmm…

Ni pulak, masa kat pasar malam. Walopun ‘barbie’ tp kereta tu berpusing dan bangun balik walau pun langgar dinding, tetap jgk dia nak.

Ni pulak belon yg dah seminggu umur dia. Beli kat pasar malam jgk. Kalo belon getah tu, belum cukup 24 jam dah menyembah bumi. Tapi belon plastik ni dah seminggu umur dia tp masih gagah ‘berdiri’. Cuma dah kurang angin.;)

Yg ni pulak kuda rotan yg boleh ayun. Aduh…penat mencari sekitar kota bharu. Last2 jumpa kat sbelah stesen petronas tunjong. Nasib baik ada. Meragam sakan dia nakkan kuda ni sbb sepupu dia ada jgk menda alah ni. Masalahnya, kakak kv beli kat kedai bundle singapura. Mana la kv nak cari. Mujur ada kat kedai perabut tu. Tauke dia budak lg. Muda2 dah jadi usahawan. Bagus ler. Sempat lg usha sofa rotan dekat adik tu. Nanti boleh gi tempah ngan dia. Hik hik..

TERAPI MINDA

November 13, 2007

Dah lama kv tak shopping kasut / selipar. Jugak handbag. Selalunya kalo ada sales gegiler kv tak dapat nak beli. Bukan apa, kv mendapat larangan keras dari hubby sejak peknen ari tu. Alasan dia, kalo beli pun bukannya kv boleh pakai atau bergaya sbb asyik pening jer. Takde masa atau perasaan pun nak melawa. Hik hik

So, dia berjanji, lepas bersalin kv boleh ler lepaskan gian. Kebetulan kelmarin hubby ada exam ptk. Kv dah lulus tau! Tunggu naik gaji dulu baru boleh exam tahap dua. Kv saje mengekor dia sbb kami ada urusan dekat pejabat tanah dan jpp berhubung dgn proses nak wat rumah tu. So, ponteng dgn izin bos ler.

Bila dan berjalan takde bawak anak, syok la skt nak meronda. Kv berpecah ngan hubby sbb nanti kang dia boring ikut kv. Tp dia bagi duit belanja sbb besday kv 2 nov ari tu dia belum bagi adiah pun. Haha..

Kv pun apa lg, shopping sakan le. Nasib baik byk jgk sales.

Barang yg kv sempat beli…

Tak banyak, sikit jer. Tp syok bukan main.





Bila dah byk beli utk diri sendiri, teringat yg kv pun tak beli lg adiah besday hubby 7 ogos ari tu. Yer la, selalu kurang sihat jer. Tak sempat. Kv pun beli kan hubby sepasang selipar.

Dah la sepasang jer, harganya pun murah. Huhuhu…zalim sungguh! Hik hik

Ingat nak shopping henbeg bagai. Tp macam takde yg berkenan pulak. Takpe la ansur2.;P

Ingat nak beli henbeg g*ess. Cuba nak cari patent yg jauh sikit dr yg dijual kat pasar malam tu. Tp takde sales la pulak. Rasa sayang pulak nak buang duit lelebih. Tunggu sales lah!

Hmm…syok nya shopping. Terapi minda sungguh!

November 11, 2007

IRDINA MAISARAH

En3 ni kv cuba ringkaskan. Mungkin akan habis hari ni jgk, atau mungkin berepisod. Haha.. harapnya dpt habiskan lah.

11 sept 2007
Jam 8.15 mlm, kv dan hubby nak solat isya’ dan makan mlm. Tetiba perasan ‘turun air’. Makan dan siapkan barang2.
Jam 9.00 mlm sampai di pusat perubatan an-nisa’. Cek apa yg patut, masuk wad.

12 sept 2007
Jam 4.00 pg ~ sakit tak tertanggung. Cuba rileks.
Jam 4.30 pg ~ rasa mcm nak meneran tetiba. Kejutkan hubby. Hubby call bilik bersalin. Nurse dtg ambik dgn wheel chair. Bergegas doc mai sbb baby dah nak keluar. 3 kali push, jam 5.03 pg, selamat keluar irdina maisarah. Hubby pegang tgn dan gosok kepala kv sepanjang masa. bagi semangat. Sayang hubby!

Baby dina beberapa minit slps lahir dan dimandikan oleh nurse.

Doc Suzy ckp uri kv terlekat. Langsung tak ada tanda nak keluar sendiri. Setengah jam tunggu pun masih takde apa2. Doc cucuk ubat tido, cuba buang cara manual. Kv dibekalkan oksigen bantuan. Uri hanya dpt keluar 20% jer. Doc suzy ckp, kena buat dnc. Doc bincang dgn hubby. Katanya, kalo dnc pun tak lepas, kemungkinan besar rahim kena buang. Bayangkan lah, belum pun umur mencecah 29 tahun kv akan menopous. Tp kalo dah terpaksa, nak wat lagu mana. Nyawa yg lbh penting. Hubby bersetuju sahaja dgn segala saranan doktor.

Teringat lg masa tu hubby pegang tgn kv dan minta kv yakin dan percaya dgn segala keputusan yg dia buat. Hubby kata dia redha kalau Allah dah tentukan dia hanya mampu memiliki 2 org zuriat. Nyawa kv lbh penting.

Jam 8.00pg, pakar bius sampai. Doktor bedah (Dr mama) dan pakar ginekologi (Dr suzy) berganding masa buat dnc. Sebelum masuk OT, dr mama berkali kali bincang dgn hubby. Tak putus2 mintak hubby dan kv berdoa, berselawat agar proses dnc berjaya.

Hubby iringi kv ke OT. DR mama panggil hubby sebelum kv di tolak ke bilik OT. DIa bagi hubby peluang nak ckp atau bagi semangat dekat kv. Kata dr mama, insyaallah peluang berjaya buat dnc cerah. Kv dan hubby hanya berserah. Perasan masa tu mmg tak boleh nak cerita. Plg penting, selamatkan nyawa. Kalau diizinkanNYA.

Setengah jam dlm OT, alhamdulillah proses dnc berjaya. Masa buat dnc tu, pembantu2 bilik bedah bergilir gilir pegang tangan kv berselawat dan memberi semangat. Rasa terharu sgt2.

Selesai semua kv ditolak ke wad utk pengawasan nurse sementara dihantar ke bilik kv. Dr suzy dtg bercakap dgn hubby. Masih ada uri yg tertinggal sbb ia mcm dah sedaging dgn dinding rahim. Kalo buat jgk mungkin tumpah darah. Doc injek ubat kemo dos plg rendah utk mengecutkan tisu2 yg tertinggal.

Bilik kv masa dekat Pusat perubatan an-nisa’. Alhamdulillah walopun kecik tp kemudahan cukup dan selesa.


baby dina masa dihantar ke bilik kv. Lps tu nurse jaga dia kat nursey sbb nak suruh kv rehat sepenuhnya.

Pemeriksaan susulan.

Seminggu sekali kv akan jumpa dr suzy utk buat pemeriksaan susulan. Setiap kali ultra sound dibuat, ’tisu’ tu tetap melekat di dinding rahim walo pun rahim dah mengecut elok dan kembali duduk tempat asal dia. 3kali sampel darah kv diambik untuk dilihat kadar hormon HCG. Ujian darah menunjukkan proses penyembuhan yg ketara. Mula2 tu sekiranya ujian darah terakhir tidak menunjukkan perubahan doktor bercadang nak injek sekali lg ubat kemo. Tp tak jadi sbb dah ok. Cuma untuk pemeriksaan seterusnya, kv perlu menunggu period yg pertama. Sbb pendapat doktor2 pakar, mungkin tisu yg mati tu akan gugur semasa period. Moga2 macam tu lah.

Walo pun dah 61 hari (hari ni) darah nifas masih ada. Yer lah. sbb kv bermasalah, mungkin proses penyembuhannya lain sikit dr yg normal. Ubat spital doktor dah tak bagi. Cuma sekarang kv makan gamogen dan jamu utk pemulihan dan menambahkan tenaga.

Alhamdulillah dr hari ke sehari kv rasa makin sihat. Masa 3 minggu pertama slps kelahiran mmg kv langsung tak bermaya. Tak boleh bangun sbb pening. Selalu muntah2. Masa tu kv rasa risau takut berlanjutan macam tu. Emosi terganggu dan betul2 tertekan. Sampai satu tahap kv rasa kv takkan sembuh. Sbb setiap kali tisu mati nak keluar, akan terjadi tumpah darah. Ada sekali tu mmg darah memancut macut keluar macam air paip. Kv kontrol perasan, tabah kan hati dan kuatkan semangat. Kalo kv ikut dan layan perasaan, kesian dekat hubby sbb dia betul2 risau dekat kv sampai tido pun tak lena. Sepanjang itu, hubby yg uruskan rumahtangga, danish dan baby dina. Dah la bulan puasa. Kv menagis sorok2 sbb terlalu kesiankan dia yg kepenatan. Mmg depan kv dia selalu ckp yg dia ok, asal kv sembuh dan sihat jer.

Tak terucap bagaimana perasaan kv. Masa tu mmg betul2 kv rasa kasih sayang seorang suami. Rasa menyesal sbb kdg2 selalu menyakitkan hati dia. Betapa besar nya pengorbanan dia pd kv dan anak2. Alhamdulillah, kv benar2 bersyukur dikurnia dan dijodohkan dengan dia.;)

Baby dina sekarang. Dah pandai senyum dan gelak bila di agah. Dan jugak pandai nak meragam bila kemahuannya lambat dituturi. Nak susu diberi soother, nak soother di beri susu. Apa lg, melalak sakan ler.

Dikesempatan ini juga kv nak ucapkan terima kasih byk2 buat kakitangan pusat perubatan an nisa terutama dr suziati, dr.mama, kak wan dan yg lain2. Juga adik2 nurse yg buat training kat situ.

Terimakasih jugak buat kawan2 alam maya yg sudi meng’sms’ bertanya khabar dan mengucapkan tahniah.

Buat keluarga dan kawan2 yg tak putus2 dtg menziarah bertanya khabar sama ada di hospital atau pun dirumah. Buat abang angkat kami, Zaidi yg sampai sejurus kv keluar dr bilik bedah dan smua yg mungkin kv terlupa catatkan di sini.

Dan istimewa buat kak pb yg sudi mengumumkannya kat blog kv. Sayang akak. Maaf raya hari tu tok leh jumpa sbb masalah kesihatan. Mugkin lps ni ada jodoh, manatahu,kan?

SINGGAH SEBENTAR

November 1, 2007

Assalamualaikum semua…

Kv singgah sebentar dekat blog. FUhh….baru 51 hari, tapi mmg rindu gilerrr kat blog. Rindu kat kawan2 semua.

Kv tak sempat nak bercerita pjg. Nanti masuk kerja 11 nov ni kita sambung deh. Hik hik. Ni pun mai ofis sbb ada keje sket. Tinggal baby dina dekat mil.

Oh ya, pertama sekali, teriam kasih pada kak PB yg sudi buatkan entry utk blog ni sempena kelahiran baby. Mmg kalo nak harapkan hubby rasanya tak sempat (masa tu ler). Tu yg ada PSSTTT. Hahaha. Terjawab segala persoalan kan? 😛

TQ juga Buat kawan2 atas ucapan tahniah. Tak sempat kv nak jawab satu persatu kerana masa kurang mengizinkan. Dah nak balik ni. Teringat kat baby.:p

Kesihatan baby ok. Tidak byk ragam. Cuma kv yg ada sedikit komplikasi. Nanti kita cerita panjang. Namun alhamdulillah, makin hari makin ok. Syukur…

Wokeh, stop sini dulu. Nanti boleh cerita panjang. Salam lebaran buat semua. Ada sapa2 yg buat open house ker?