Archive for December, 2007

SELAMAT DATANG 2008

December 31, 2007

Insyaallah besok kita akan menempuh tahun baru, tahun 2008 kalo dipanjangkan umur. Moga 2008 membawa lebih keceriaan buat kita semua. Kv takdak apa2 azam pun. Cuma perancangan tu ada la skt2.

Tahun 2007 tahun plg mencabar bagi kv. Awal tahun (disember sebenarnya) kv alahan teruk mengandungkan irdina maisarah. Peritnya masa tu sampai bertaubat dah tak mau mengandung lg dah. Punya la emosi. Very der mengada ngada one kaedahnya. Pastu mcm2 cabaran masa mengandung. Kesihatan on n off. Kerja pun ala kadar. Asyik ponteng je. Mcm ofis bapak i yg punyerrrr. Hubby la yg jd mangsa buli kv. Sian kat dia.;)

September, lahir lah irdina maisarah tatkala umat islam nak menyambut puasa. Lekat uri pulak masalah bagi kv. Mmg rasa serik dah nak bersalin lg. Mmg betul despressed. Cabaran dlm pantang di bulan org lain puasa mmg memeritkan. Sekali lg rasa tak mau dah berpantang lps ni. Huhu..punya lah emosi. Sokongan dan semangat hubby jd penguat. Org lain beraya sakan, kami takde mood raya pun.

November dah mula kerja, tp dina pulak start meragam. Punya la serik rasanya. Sekali lg beremosi sakan. Kv betul2 tertekan. Syukur dan bertuah bagi baby org lain yg meragam biasa je. Tdk melalak sepanjang masa mcm dina. Hik hik. SEkarang dina dah kurang (sikit je) meragam. But kv masih trauma. Fuh..ayat, mcm dasyat betul!

November jugak mak kv sakit teruk. Usus pecah, BIla tau kanser kena strok pulak. Kv pulak tak boleh sepenuhnya jaga mak sbb dina asyik nak meragam saja. Mmg betul2 tertekan. Anak dgn mak sama2 penting dlm hidup kv. Hubby pun tertekan jgk sbb kv mcm lipas kudung berlari ke spital dan bergegas balik utk dina kat rumah. Mmg penat fizikal dan mental. Benda lain langsung tak sempat fikir atau buat. Dua perkara ni yg dlm fikiran kv sampai sekarang. Mak walo pun takkan sembuh (ckp doc) tp makin ceria. Kv cuba rapatkan diri dgn mak. Cuba bercakap dan bergurau senda. Mak pun asyik tersenyum dan tak segan2 mintak kv bantu dia bergerak. Mintak picitkan. Kalo nak tau mak kv ego dia tinggi tau. Mmg perangai dia tak suka menyusahkan org. Kalo dulu (sblm mak sakit) takde pun gurau2 gitu. Mungkin rahmat dan hikmah sebalik ujian itu.

Disember ni, walo pun dok kalut2 gitu (tq buat semua yg meringankan masalah kv), hubby start jugak projek rumah kami seperti perancangan. RUmah dah di demolish kan separuh dan buat sikit renovation utk bilik air dan tandas. Jugak dapur dan bilik2 tido sementara. Walo pun sempit dan kurang selesa, kira ok lah. Takkan nak menyewa kat tempat lain pulak. Nak mengemas segala harta karun tu pun mmg memenatkan jiwa dan raga.

Namun apa pun dugaannya, insyaallah kv akan tabah dan kuat semangat menghadapinya berkat doa semua. Alhamdulillah.

Harapnya, 2008 membawa lebih sinar bahagia buat kv sekeluarga. Insyaallah.

milestone

December 27, 2007

MENIARAP

Hiks..dah lama dina cuba meniarap tp tak dpt2. Yg lbh nya kecoh mulut jer.

Tp mlm td, tak pasal2 berjaga jam 2 pagi sampai 4 pagi. Dpt juga dia meniarap akhirnya. Alhamdulillah…takde lah lewat sgt kan dgn umur dia 3bln lbh tu. Tp anak buah kv Dayat lg dasat, umur 2 1/2 bulan dah boleh. Huhu

Ni video masa dia tgh cuba2 meniarap tp tak lepas (15/12/2007)

Ni pulak video yg hubby rakam pagi td. Asal letak terlentang jer pasti meniarap. Yg kecohnya, tak dpt terlentang balik. Hehe..baru first time kan, tak expert lg.

pssttt…abaikan imej nenek dia kat belakang tu. Hehe

BUDAK

December 26, 2007
Semenjak dok berulang alik kat spital ni, kv perasan satu perkara. Hik hik…sekali pikir nak tergelak juga rasanya. Kalo tgk profile kv kan, usia kv dah mencecah 29 tahun. Kalo ikut tahun, 2008 ni kv dah 30 you. Dah kertu kaedahnya.
Tp kan, agaknya cara pemakaian kv stail mcm budak2 kut, org anggap kv ni anak remaja. Hik hik. Selalu doktor yg merawat mak (doktor lain2) akan was2 sama ada kv ni anak atau pun cucu mak. Bila ckp anak, sempat jgk mata dorang terbeliak.
Misi pun mcm tu jugak. Kalo nak ckp apa2 info pasal mak, mesti dorang tak berapa mesra nak bagitau dekat kv sbb dorang anggap kv ni cucu mak. Penjaga2 pesakit lain pun selalu bertanya, adakah kv ni cucu mak. Bila ckp kv anak mak yg bongsu, dorang tanya pulak kv dah kawin ke belum. Pastu bila jawab dah kawin, bertanya lg, ada anak ke belum.
Hmm..mungkin sbb kv anak bongsu dlm keluarga. Adik beradik 8 semuanya. So, perbezaan umur kv dgn mak munkin ketara. Mak melahirkan kv masa umur akhir 30an. Lagi pun anak kakak kv tua setahun dri kv. Kv dah punya seorang cucu saudara dan sorang bakal lahir sehari dua lg. Kdg2 kv pun terlupa yg umur kv dah tua. Hik hik..selalu nya kv ikut je apa keputusan kakak dan abang. Tp la ni kv perasan dorang akan mintak pendapat kv jugak berhubung isu keluarga.
Ada satu kes yg kv tergelak sakan. Danish kalo tau kv nak ke spital mesti nak ngekor sama. Bukan apa, seronok nak main dgn sepupu2 dia. Selalunya kalo hari cuti, kv pegi ngan teksi jer. Bila pemandu teksi bertanya adakah danish tu adik kv, mmg terkejut badak le. Dia ingat kv kawin awal. Kv kawin masa umur 24. BUkannya awal pun. Danish dah nak masuk 5 tahun. Dah ada adik pun sorang. Besok2 kalo danish kawin umur 25 (ikut sejarah abah dia) masa tu kv dah umur 50. Dah tua kan?
Bukan nak ckp kv awek muda. Jgn salah faham. Kv rasa lah, mungkin cara pemakaian kv kut. Nak dok kat wad tu bukannya boleh nak melawa bagai. Kv pakai tshirt dan jeans atau tshirt dan seluar sukan. Yg penting selipar jepun. Lipstik pun tak pakai. Err…moskelnya, badan gempal mcm ni pun org anggap mcm budak2. Huhu
Agaknya kv kena ubah penampilan kut. Tp tak selasa la pulak nak berfeminin bagai. Hik hik
Hah..walo pun mcm budak2, ni gambar terbaru anak2. HIks…
Irdina maisarah terlena dgn jaya nya dm buaian setelah penat meraung time maghrib malam semalam. Tgk sarung tgn tu, main capai ikut dan jer. Tak sempat nak cari sepasang. Hehe

Ni pulak danish azran ‘adik kv’ (ckp pemandu teksi tu). Kalo snap gambar adik, mesti kena snap gambar dia jugak. Kalo tak., satu hari dengar omelan dia.;)

CERITA RAYA HAJI

December 23, 2007

Huhu…tak best nya raya tahun ni. Ntah le. Takde mood raya langsung. Kv dan hubby hanya pakai track suit di hari raya. Malas nak melawa bagai. Mood raya betul2 hilang. Tatau kenapa. Mungkin sbb dina masih dgn ragam nya. So, takde apa2 perasaan.;P

Upacara sembelih dan proses daging lembu pukul dua lbh baru siap. Bergegas lunch dan solat sbb kami nak ke spital pulak. TQ very much buat kakak ipar kv che na dan anak dara dia liya yg sanggup berkorban malam raya dan pagi raya utk jaga mak kat spital. Kv mmg tak boleh nak excuse langsung sbb dina tu asyik meragam sajork. Kalo tak de masalah dgn dina mmg kv tak kisah beraya dekat wad pun.

Mak mcm tu le, hari ni (ahad) doc nak masukkan kamera pulak dlm tubuh dia sbb doc ckp saluran hempedu mak tersumbat. Duduk kat wad tak lama sbb mak suruh kv blk jenguk kakak (yg sakit kanser pangkal rahim tu). Mak ckp, kesian dekat kakak sbb takde sapa2 di hari raya. Mesti dia sedih.(kakak N duk ngan mak kv)

Lps kat spital singgah dekat rumah dulu ambik idrina maisarah (kak long tolong jaga kjp). Rush balik kampung. Huhahuha dah 6.45 ptg. Irdina asyik tak setel jer. Huk hek huk hek, asyik nak meragam jer. On d way balik tu mmg meraung tak hengat dlm kete. Last2 dia tertido. Hik hik…kering tekak dibuatnya.

Raya kedua tak pegi spital. Sibuk kemaskan rumah. Almari semua bawak keluar ke ruang tamu. Buat bilik sementara dgn almari2 tu. Mcm kedai perabot la pulak. Hujung minggu ni, rumah kami akan dirobohkan separuh. Lemas la skt. Dah biasa dok ruang yg luas. Tetiba tinggal separuh. Tak pe la, berkorban utk keselesaan nnti.

Lps zuhur gi majlis menghantar menantu. Dina kak long yg jaga. Kak long ckp sepanjang kami pegi tu (dlm 2 jam), dina tido je kerja nya. Tu yg heran, kalo kat rumah sendiri asyik nak melalak je kerja dia. Kat rumah pengasuh, bebaik je. Tp ok jugak gitu kan, at least pengasuh tak boring ngan peel dia.

Pagi sabtu, lps goreng nasi kami bergegas ke spital. Selalu nya pagi dina tak meragam sgt. Dlm 2 jam setengah kami pegi. Balik tu MIL tgh usung ke hulu hilir. 10 minit je kami pegi dina dan meragam. Puas MIL cuba call, tp tak dpt. Mmg kv rasa bersalah sgt2. Mana tak tensyen MIL. 2 jam asyik nak meraung jer.

Tgh hari skt kami gi kenduri dekat gong kedak. Mula2 MIL tak berani nak pegi sbb takut dina meragam. Kv ckp, dah mmg peel dia gitu. Dah puas meraung dia tido lah dgn jayanya. Kami pegi jgk. Masa pegi langsung tak meragam. Tp kv makan tak kenyang pun. Makan takdak perasaan kaedahnya. Takut dina meraung. Hik hik…mcm tu le kalo anak jenis meragam.

Dekat sejam duduk kat situ baru kami balik. On d way balik tu, aksi meraung pun bermula. 10 minit kemudian tertido lah dia. Alhamdulillah. Ptgnya dah teduh skt, hubby kerjakan bangsal lembu. Sbb tapak rumah kat situ, kena la buang semua. Kv apa lagi, aktiviti dokong dina ler. Mlmnya sempat tgk sehati berdansa baru tido.

Terjawab tak napa kv takde mood raya?

Hik hik..

Abg danish beraksi di pagi raya dgn adiknya irdina maisarah.

Posing mata terbeliak.

Walaupun dah melawa. Dgn skirt jeans bagai, susu tetap nombor satu. Hik hik. Perasaan tak soother kat tgn kv tu. Kena ready, abih je susu terus sumbat menda alah tu. Baru tak menangis. Hmm…anak dara ku sorang.

HADIAH

December 18, 2007

Sbb dah lama dok mengidam nak anak pompuan, kv pun selalu angan2 nak beli kan anak sendiri gelang emas. Tgk anak dara org pakai comel jek. Geram tgk. Anak sulung kan lelaki. Takde maknanya nak beli emas bagai. Hahaha…cincin suasa pun kv tak beli. Ada sebentuk yg bermata delima, ofismate bagi hadiah masa danish umur satu tahun.

Ingatkan malas nak beli lg sbb dina asyik dok meragam jek. Nak melawa pun tak sempat neh. Tp bila fikir tahun baru ni harga emas melonjak naik dgn jaya nya, maka kv ngan hubby pun buat keputusan beli jer lah. Nak tunggu harga turun mmg takkan turun. Kalau turun pun skt sgt. Makin naik ada la.

Rantai tangan. Kiut sgt. (sorry gambar kabur lo!)

Rantai kaki.

Ingat nak beli jugak rantai leher. Tp hubby tak kasi dulu sbb dina kan masih kecik sgt. Tak seswai dia kata. Tak pe la, nanti2 boleh beli.;)

Sbb dah beli utk anak dara, maka mamanya pun gatal sama nak jugak. Ingat tak entry kv pasal hadiah peknen yg masih tertunggak tu? Ha…kv tuntut dgn hubby. So, hubby pun terpaksa lah angguk walaupun ‘pahit mulut’. Hahaha..

Ni rantai tangan kv. Lebih kurang sama jek dgn dina punya rantai tgn. Anak dan mak mesti lah sedondon. Kan? Kan?? Kan???

Ingat memula tu nak mintak hadiah payung dari kedai emas tu. Tp dah abih stok pulak. Musim hujan ni. Tp dia bagi beg yg comel.

Ni beg kecik utk simpan barang kemas. Boleh gak taruk koin.

Ni satu lagi. Comel kan? Kv suka sgt2. Kiut jer. Nanti boleh bawak gi jalan2. Satu lg dia bagi kalendar. Malas nak snap gambor.

Ni pesen beli emas kat kelate. Kalau negeri lain pesen mana pulak ek?

p/s: harapnya lps pakai rantai emas ni dina berhenti meragam. Hik hik

4 in 1

December 16, 2007

Anak

Dina masih lg dgn peel comel (menangis) dia tu. Kalo nak tido, melalak puas2 baru nak tido. Tak boleh terus masuk buai. Kena dokong, pusing2 makan angin dulu. Dah lalok baru boleh masuk buai. Tak pe la, anak perempuan sorang. Hik hik

Hari ni gi injek imunisasi umur 3 bulan. Langsung tak menangis. Heran jgk. Selalunya melalak tak hengat. Berat semasa dah 5.3kg. Dia tembam tp tubuh dia kecik jer. Err..boleh lenguh jgk lengan dibuatnya.

Poyo jer muka dia pagi td (sementara tunggu nak gi klinik)

Danish pulak, selalu seronok main ngan adik dia. Selalu berkhayal bila adik besar, mcm2 aktiviti nak dibuat. Nombor satu sekali nak tolak adik dgn stroller nak gi kb mall. Tak sabar nak tunggu adik abih peel menagis tuh. Hik hik

Kv pulak, sbb dok sibuk pasal mak dan dina kdg2 terlupa pasal dia. Kami uruskan dia benda yg wajib2 jer. Benda lain dia buat sendiri. Takde manja sgt mcm dulu dah. Dah boleh berdikari la skt2. Kesian dia, kv terlupa beli kain utk baju sekolah dia. Hari ni baru beli. Tp tak perasan plk yg kv beli tu kain chiffon. Haha..nipis la skt. Yg terbeli tu sbb kain tu lembut dan sejuk. Takde la dia rimas sgt. Mesti MIL tak berkenan (sbb dia yg gi tailorina tu).

Danish & Dina

Mak

Mak kv mcm tu ler. Kami masih tak putus harap. Masih bersemangat. Doktor ckp yg mak dah tak mampu dioperate lg. Rawatan kemo pun dah tak terdaya dia nak tanggung. Cuma tunggu ct scan 18hb ni, masa tu doktor akan cari jalan bagaimana nak buat mak rasa selesa, tak sakit dan cara mak nak makan. Sekarang ni mak bergantung pd susu berzat yg disalur melalui saluran darah.

Dia dah boleh bersembang. Cuma yg perit bagi kami bila mak soal apa lagi yg doktor nak buat dgn dia. Dia ckp dia dah tak larat sgt2. Terlalu letih. Kami cuba pujuk dia. Sbb kalau balik ke rumah pun, bila dia sakit kami tak mampu nak buat apa2. Nak makan pun tak boleh. Lagi menyiksakan dia. Harap mak kuat semangat!

Pengajaran

Kv pun taktau apakah patut kv tulis benda ni kat blog. Tp benda ni betul2 menghantui kv sejak kelmarin. Maaf pd yg rasa cerita begini tak bersesuaian..

Bila dok jaga mak kat spital, mcm2 jenis pesakit yg kv jumpa. Ada satu pesakit ni (katil sebelah mak kv) sakit batu karang dlm hempedu. Tp melihat keadaan dia sakit tu mmg teruk. Hari pertama dlm wad dia diam jer. Nampak letih sgt.

Tp subuh kelmarin dia meracau – racau. Dia cakap dia panas sgt2. Dia ckp dia terasa azab dan seksa. Dia memanggil2 nama m***t. Byk kali. BIla kak K tanya anak dia sapa m***t tu, anak dia kata ayah dia (suami pesakit tu).

Kak K tanya la kenapa dia nak sgt jumpa suami dia. Terus pesakit ni ckp yg dia telah berzina di belakang suami dia. Terkejut besar kami. Setiap cerita dgn detail lg. Kami mintak dia mengucap, tak nak bagi dia teruskan kata2. ANak dia dah menangis dah. Mmg terkejut betul. DIa mintak suami dia maaf dan halal kan segala perbuatan dia. Dia ckp seksa dan azab nya dia dah tak tertanggung dah.

Kami mintak dia mengucap. Tp dia takmau sbb dia nak mintak maaf dgn suami dia dulu. Katanya tuhan takkan ampun kan dia selagi suami dia tak ampun kan segala dosa dia. Kak K mintak anak dia call si ayah. Bila si ayah sampai, mcm dlm drama. Si ayah mmg terkejut, tp memandangkan si isteri menanggung siksa, dia mintak isteri dia mengucap. Kak K mintak si ayah bisikkan ke telinga isteri yg dia halalkan semuanya. Si ayah td buat seperti yg kak K suruh, lantas pesakit td terdiam.

Kesian sungguh melihat anak2 pesakit tu. Pucat semuanya. Menjelang tgh hari dia meracau lg. Benda sama yg diulang. Kesian sungguh. Entah lah, kv taktau nak komen mcm mana. Tp rasa takut dan insaf menghantui diri. Betul kv setia pd suami (insyaallah) tp ada masa selisih faham jgk. Takutnya…

Banjir

Banjir dah surut tp ada tempat yg naik air semula. Ada satu ptg tu (2-3 hari lps), kv masuk bandar nak cari kipas kecik utk mak. Sampai kat depan mahkamah tu, tertengok air dlm longkang tgh naik. Hah terkejut salan la. Dah agak stesen pergau lepas kan air. Air sungai kelantan naik mendadak. Dekat bulatan jam lg org dah mula panik. Masing2 sibuk dan kalut nak kluar. Tak pasal2 jem pulak. Takut jgk tersekat dlm banjir.

Kesian tgk kawasan jambatn wakaf che yeh dan pasir tumboh. Air ‘besar’ sekali. Tp teruk lg tahun 2004. Balik kelmarin kv tgk dah surut tp bila pandang ke sungai nampak air jernih. Maknanya air naik lagi. Kesian sungguh dekat mangsa. Kotor sungguh tinggalan banjir tu.

Banjir sekitar jambatan pasir tumboh

SISA HARAPAN

December 12, 2007

Hari ni kv masuk ofis sekejap utk setel kan kerja yg tertinggal. Tgh hari nnt kv nk ke hospital semula temankan mak.

Kondisi mak kv makin teruk. Dia dah sedar dari koma. Tp mmg dia terlalu letih dan penat. Tubuh dia makin kuning. Doc suspek yg kuman kanser dah menjalar habis ke seluruh tubuhnya. Terlalu cepat.

Nurse cuba beri susu ikut hidung. Tp lps je masuk susu, berlaku leaking dekat luka pembedahan di perut dia. Keluar habis semua susu. Bau nya masam. Bila dua tiga kali berlaku mcm tu, doc check balik dan bagitau kami; tampalan dekat usus yg doc buat masa operate ari tu dah bocor semula. Usus dia dah teruk. Kuman kanser dah makan semua lemak tampalan tu. Jd mak kv tak boleh makan cara biasa.

Bagi mengelakkan mak kelaparan, doc cuba masukkan tiub kut lengan. Nak kasi makanan kut saluran darah. Tp dua kali mencuba, mmg tak dapat. Tubuh mak dah tak boleh nak terima. Last2 kelmarin, doc pakar sendiri cuba buat kut leher. Berjaya. Tp menunggunya siap mmg lama.

Doc ckp ngan kv yg dorang akan cuba sedaya upaya. Mintak kami semua bersabar dan tabah. Doc akan panggil semua adik beradik kv utk berbincang. Tp sampai ke hari ni masih belum ada perbincangan. Maklum lah, doc pakar bedah, mmg appointment OT penuh setiap hari. Kami faham dan kami tetap menunggu apa saja yg bakal disampaikan oleh doktor.

Bila sedar dr koma, mak boleh bercakap tp terlalu lemah. Mak siap tanya khabar baby dina (yg sampai ke hari ni masih meragam, nak kena cubit budak ni tau!). Mak boleh ckp yg dia lenguh dan sakit. Dia terlalu penat sehinggakan nk angkat tgn pun tak berapa larat. Mmg sedih melihat riak wajahnya. Namun kv harus kuat semangat dan tabah. Kalau kv tunjuk kan kv lemah pd mak, emosi mak makin terganggu. Oleh itu, kv harus kuat sbb kv tgk mak juga kuat semangat.

Kami hanya menunggu dan berharap. Apa pun takdir yg diberikan kami sudah bersedia. Namun harapan kami masih bersisa.

EPISOD SEDIH

December 9, 2007

Tgh hari khamis lps, kv terima call dr abg ipar. Abg P bagitau yg mak kv tetiba kekejangan. Kakak suh semua adik beradik tiba di hospital dgn segera. Mmg shock betul. Sbb tatau kenapa.

Masa sampai hospital mk masih kekejangan. Anak matanya memandang ke atas. Kak T tgh bca yasin. Lps tu kv sambung. Sebentar kemudian, ada gerakan pd kaki dan tangan sebelah kiri (menurut kak K, mak kejang dlm 2 jam dah).

Menurut cerita kak M lg, pagi tu mak mmg dah ok. Semua tiub dah dibuang termasuk bantuan oksigen. Cuma tiub yg menghubungkan ubat anti kuman ke jantung yg belum dibuang. Tp mak dah berselera makan (walau pun sesudu dua, tp dah mintak nak makan itu ini). Mak dah boleh duduk dan boleh ke bilik air dgn bantuan wheel chair. Tp bila budak2 training nak buang tiub kat leher tu, mak tetiba terbeliak mata, kekejangan dan berbuih mulut. Kak K terus marah bebudak tu sbb buat mak mcm tu. Berkejaran staff nurse. Semuanya terkejut. Doktor dtg 4-5 org berkerumun. Semua menafikan mak jd gitu disebabkan perkara itu. Tp doktor tdk dpt beri jawapan kenapa mak jd mcm tu. Mmg terkilan sungguh rasanya.

Nurse dtg pesan supaya kami jgn putus baca surah yasin dekat mak. Dorang mmg panik gila. Kami apatah lg. Lps dtg sorang doktor. Dia mintak anak2 mak ke satu sudut sbb nak berbincang. Doc inform yg sakit perut mak (sampai dah pecah usus tu) bukan sbb ulser. Tp mak kena kanser usus. Kv tak terkejut sebenarnya sbb kak K dah bagitau. Doc dah inform pd mak pagi kejadian tu. Kak K kata mak tenang je bila doc bagitau.

Doc tak boleh ckp yg kanser mak tu dah stage berapa. Tp bila dah sampai tahap pecah, maknanya mmg dah kronik lah. BIla kami soal pasal peluang, terus dia mengeleng. Katanya, penyakit mak tu dah takkan sembuh. Cuma bertahan mcm tu je lah. Kami soal lg pasal ‘tempoh’. Masa ni mmg kami dah bersedia mendengar. Berat hati doc nak jawab pd kami. Tp katanya mungkin setahun atau pun mungkin kurang. Dia tak dapat beri jawapan. Tp Allah Maha Berkuasa. Kita tak tahu apa perancanganNYA.

Bila kami soal pasal kekejangan mak tu, doc kata dia tak dpt beri jawpan masa tu. Mungkin sbb kuman dah merebak ke otak atau kuman dan menyerang saluran limfa. Doc buat ct scan. Bila dpt result, doc bagi tau yg mak kena serang strok. Mmg kami dah agak pun. Tp bukan sbb darah tinggi. Sbb kekurangan oksigem dlm darah. Tp kenapa dan sbb apa kurang oksigen dlm darah, doc tak dpt beri jawapan.

Doc nasihat kan kami sentiasa lakukan gerakan pada anggota badan mak sebelah kanan (yg tak bergerak tu). Lps tu mak kena selalu di ‘senggeng’ (kata org kelate) sbb mak dah lama berbaring, takut berkudis belakang mak.

Tubuh mak selalu panas. BIla panas teruk sgt, mak akan kekejangan walaupun dlm koma. Kami kena selalu lapkan dgn towel basah. Doc masukkan tiub air n makanan pd mak. Tp kami sentiasa kena awasi mak sbb ada gerakan pd luar kawalan dia. Takut tercabut mana2 tiub kat badan dia tu. Tekanan darah kurang stabil.

Kelmarin, mak dah ada respon bila kami panggil. Ada terdengar suara dlm tekak. Mata pun dah buka buka dan berkelip. Kaki dan tangan yg sebelah kanan tu ada juga gerakan walau pun jarang2. Alhamdulillah ada juga perubahan positif. Kv harap mak pulih dr serangan stroknya.

Apa pun yg bakal terjadi, kv dah mmg bersedia menghadapi. Tolong doakan kekuatan buat kv sekeluarga.

RUMAH

December 4, 2007

Perancangan kv dan hubby nak mula dirikan rumah awal januari mungkin mengikut jadual. Alhamdulillah setelah penat naik turun pejabat tanah (mmg menyesakkan nafas betul), akhirnya urusan pecah bahagian tanah selesai jugak. Syukur sgt sbb kami dah dapat memiliki geran bersendirian dah. Kelmarin lps ke spital, kami ke pejabat tanah semula utk menuntut geran yg ditukar nama dari MIL kepada hubby. Mujur dah siap.;)

Permohonan mendirikan rumah telah diluluskan oleh pbt sejak minggu lepas lg. Hari ni kami nak proses borang loan perumahan pulak. Rasanya dlm 2 minggu (prosedur sekarang dah cepat) akan selesai. Utk modal sementara kami gunakan duit sendiri dulu. Kelmarin dah singgah kedai hardware utk bayar harga reinforcement. Fuh…belasan ribu jgk ler. Tak pe lah, utk keselesaan kami jgk nanti.

Kalau nak ikutkan, kos bahan mentah utk pembinaan mmg teruk naik harga (barang lain pun). Kami sempat bayar harga besi semasa. Lusa, tauke kedai dah tak dpt beri harga tu. Berpinau bijik mata mendengarnya. Tp bila di fikirkan, terpaksa jgk kalau nak duduk lbh selesa. Bukan kami sorang jer yg menghadapi nya. Org lain pun sama jgk kan?

Mungkin lps raya haji ni, rumah papan yg kami duduk tu akan dirobohkan 1/3. Terpaksa buat mcm tu sbb tapak rumah kat belakang tu tak muat utk rumah baru. Lg pun rumah papan yg kami duduk sekarang ni akan dirobohkan bila rumah baru siap nanti.

Padahal kalo mengikut keluasan tanah 520 depa (1/2 ekar) tu mmg lbh dr muat. Tp kena pikir masa depan jgk la. Mungkin tanah kat belakang tu boleh buat kebun ker, atau mungkin salah sorang anak kami nanti boleh dirikan rumah dekat situ. Lagi pun buat masa sekarang, tok sedara hubby menumpang duduk di tanah kami tu (dekat belakang rumah sekarang). Jadi nak undur banyak dah tak berapa muat. Bila dia dah takde nanti kami cadang nak robohkan rumah nya tu. Kami pun dah plan nak buat mcm2 lps tu. Tgk keadaan fulus jgk ler. Hehe

Dah terbayang mcm mana kami nak duduk dgn rumah yg tinggal separuh tu. Mungkin kurang selesa sedikit. Tp terpaksa la berkorban dulu. Insyaallah kalo mengikut perancangan dan takde aral melintang, raya tahun depan (mungkin sebelum puasa) kami dah boleh duduk rumah baru. Tp itu hanya perancangan. Tuhan yg menentukan. (Fuh…brg2 tak abih packing lg nih!)

P/s: tahniah pd kawan kv, matmie(karmiza) yg baru menimang cahaya mata (baby girl) pada jam 4.26 pm 3 dis 2007. Selamat berpantang dan selamat tinggal tidur malam yg lena. Hik hik. Pengorbanan ibu terlalu besar. Bersyukur sgt sbb diberi rezeki menjadi ibu.;)

SIBUK

December 2, 2007

Fuhh…bizi nya kv dgn hal family. Nak bernafas pun mcm tak sempat rasanya. Dugaan yg diberi menjadikan kita tabah dan insaf. Takkan nak senang sepanjang masa kan?

Kondisi mak kv masih on dan off. Kdg2 ok. Kdg2 sakit sampai tak boleh tido mlm. Siang hari apatah lagi. Berkejar kejar kv ke hospital jenguk mak. Ofis di Pasir Puteh dan hospital di kota bharu memakan masa sejam jgk perjalanan kalo tak jem. Kalo jem tak tau la berapa lama.

Kdg2 kv mintak dgn bos keluar sblm tgh hari nak gi spital. Balik semula ke pejabat dlm pkl 3. Pastu berkejaran balik ke rumah. Mengendong dina yg asyik nak menangis saja. Entah lah, agaknya mmg dia pesen suka menangis kut. Setiap sabtu ragam tangisnya menjadi jadi. Kv pun dah mati kutu dibuatnya. Asal org ckp kat mana ada org boleh tolong tgk2 kan. Laju jer kami sampai. Berikhtiar. Tp tak nampak perubahan. Penat nya usah lah dikira. Penat memikir, dan penat tubuh badan.

Dugaan ini kv perlu hadapi dgn tabah. Maaf ye, jgn salah faham. Bukan merungut dgn takdir. Sekadar meluah perasaan. Suatu masa nanti mungkin mak kv akan sembuh dan dina jgk akan hilang ragam tangisnya.

Kelmarin (sabtu), berkejaran kami ke rumah abg kv yg sulung. Acara meminang plk. Tinggalkan dina dekat rumah pengasuh kejap. Balik tu MIL ckp dina meraung tak hengat. Haduu…tak boleh nak komen dah rasanya. Biar lah, satu masa nanti hilang lah tu. Hehe

Gambar dina bersama abangnya danish. Gambar ni kv ambik masa usia dina 2 minggu. La ni mmg rasanya nak snap gambar anak pun tak sempat. Hehe..

Kalo semua org perasan, muka danish tu berparut. Dia jatuh masa 2 minggu kv dlm pantang. Luka teruk jgk sampai kena bawak gi jahit. Tp sekarang dia dah tak jahit dah. Ada sejenis bahan mcm gam UHU tu. Walopun sakit2, terpaksa gak kv bawak dia gi klinik. Kalo abah dia sorang mmg susah ler. Tu pun meraung satu klinik terkejut dengar. Kv ada snap gambar masa muka dia membengkak (sehari slps kejadian), tp tak sempat nak publish kat sini. Nanti lah bila keadaan dah tak kelam kabut.

Kv tgh bercadang nak gi survey buaian letrik dekat dina. Buaian dina tu terpaksa kena ayun sokmo. Kalo dak tido kejap jer. Bila dah bangun tu, tak sampai 5 minit terus meraung. Susah nak diam pulak tu. Puas pujuk tak jalan. Grrrrr…..