Archive for January, 2008

penantian satu penyiksaan

January 31, 2008

malam semalam kv terima call dr salah sorang kakak kv. Kak M bagitau yg doc nak operate mak besok pagi (rabu). Dia pesan jugak, kalo nak jumpa mak sblm masuk OT, dtg pagi2. Doktor bercadang nak bedah mak kv tu sbb usus dia byk yg dah rosak kena jangkitan kuman kanser. Bila minum air kluar kut perut yg telah dibedah dulu. Tp doc tatau lg apa yg bakal dilakukan, bila dah bedah baru tau prosedur mana yg patut dibuat.

Kv ngan hubby pun bergegas lah ke hospital pagi tu. Bila sampai kakak bagitau yg doc dtg bagitau yg mungkin giliran mak lewat skt sbb operation yg bakal dilakukan mengambil masa dlm 7-8 jam atau lbh. So, dorang nak sudahkan dulu mana2 patient yg sakit apendik dan batu karang.

Menunggu la kami kat situ sambil2 borak sambil2 temankan mak. Doc 2-3 kali dtg. Mintak kami berdoa dan mintak mak bertenang. Mlm sebelum nya masjid kat kampung buat solat hajat. Doc yg selalu merawat mak pun ckp dia buat solat hajat. Ada manusia2 yg baik hati (yg kami kenal kat spital) pun buat jugak solat hajat kat surat spital. Mintak Allah permudahkankan urusan dan selamat semua. Sungguh terharu rasanya.

Tetiba tgh hari skt nurse dtg bagitau yg operation terpaksa dibatalkan sbb bilik icu penuh. Sebenarnya, prosedur yg bakal dibuat pd mak kv; lps operation mak akan menghuni icu selama seminggu dua. Dia akan di injek ubat tido sbb doktor takut mak kena strok macam hari tu. Tp tiba2 ada patient yg lps di bedah terpaksa menggunakan khidmat icu. Emergency case.

Mmg sungguh rasa terkilan. Mak kv menangis bila dpt tau yg operation tak jadi. Bayang kan lah dah 2 bulan setengah dia menghuni katil dlm wad tu. Kv dok tak sampai seminggu dlm wad pun dah menangis nak balik. Sebelum dpt tau berita pembatalan tu, mak dah bersungut, kalo doc tak jadi nak bedah dia, dia nak balik rumah. Tak kisah lah apa nak jadi. Dia dah redha. Tp kami pujuk dia mintak bersabar.

Bila dia menangis kv pun rasa sedih sesangat. Kv n adik beradik lain pujuk mak. Ckp ngan dia ada sebab tuhan jadikan ‘benda’ ni. Dah prepare bebaik tp tak jadi. Kita je yg tak tau ‘kenapa’. BIla ckp mcm tu mak dah tenang semula. Lps tu dia tido.

Doc dtg dan mintak maaf dekat mak. Dorang pun frust bukan main. Pembedahan seterusnya tak tau dah bila. Doktor pun tak boleh nak ckp. Kalo icu ada tempat pun mungkin pakar2 atau bilik bedah pulak yg tak boleh. Kena susun jadual semula.

Mmg penantian satu penyiksaan. Namun apa pun kami tetap bersabar menunggu. Mungkin ada sinar harapan. Buat kawan2, tolong doakan apa2 kebaikan buat mak kv jika ada kelapangan. Kv ucapkan jutaan terima kasih. Tidak terbalas rasanya.

Advertisements

AJL 22

January 28, 2008
Hiks, mcm profesional gitu kan. Kononnya nak ulas pasal ajl. Hmm…kv bukan pakar mujik tau, so kv ulas dari pandangan mata cik kiah yg menonton di rumah sambil henjut buaian anak.

Oh ya, sblm tonton ajl, kv bersilat kat dapur nak masak spageti lah konon. Tak mo makan nasik. Mlm td lidah barat. Tu diah. Haha Tp terlewat masuk dapur sbb anak dara landing lewat skt mlm td. Belum masak spageti ajl dah mula. Maka berlari lari anak la kv antara dapur dan ruang menonoton (alah, rumah kv la ni bukan nya mcm dulu. Dah kecit mcm rumah kongsi kaedahnya)

Err..terpesong topik.

Kv tak ingat la pulak susunan persembahan. Tp mula dgn jinbara kan. Kv mmg suka lagu jinbara. Rock namun tak heavy. Bila dgr jer kepala nak bergoyang gitu. Pastu sapa ek? Lantak lah. Tgk dato siti nyanyi. Comel jgk dia pakai tudung kan tp tak suka la baju dia singkat. Kalo labuh skt rasanya baru seswai ngan title hajah (oppss fanatik siti jgn marah, nanti kena jual).

Plg memberi kesan pd kv masa fiq nyanyi ganti superman faizal tahir tu. Alahai..best menusuk kalbu sampai kv tatau nak duduk pesen mana kat sofa tu. Ahahaha..kv mmg ninat giler dgn stail fiq. Dia nyanyi best kan? Ala, ckp la best! (kjp lg nak gogel utube la, tgk fiq duet ngan deja moss)

Ha, giliran mat karung guni Mawi mat sentul buat persembahan. Nampak dia bersungguh sungguh tapi buat magik2 la pulok. Eh, mcm mana dia boleh tukar baju sebegitu cepat. Pakai mandrem kah? Mek speku. Hiks. Bersungguh mcm mana pun mawi nyanyi, kv ttp tak gemar kat mamat tu. Suara dia tak berapa nak masuk. (fanatik mawi jgn mara tao) Ahahaha.

Sahri nyanyi pun best. Agaknya kalo kaer nyanyi sendrik boleh wat mcm tu kah? Sofaz pun ok tp lagu dia biasa2 je. Tp suara dia orait jugak kan. Estrange nyanyi mmg la power. Tp tak sangka pulak dia boleh menang juara lagu. Huhu. Kv tak suka lagu tu sbb lirik dia berulang ulang gitu. Mek boring kaedahnya.;(

Bob nyanyi pun ok lah. Takat ok2 je lah. Tp bila dengar dlm hot fm pagi td, wah rupanya mmg hebat nyanyian bob. Baru kv perasan. Hmm.. agaknya mlm td perhatian kv byk ke tempat lain kut. Penyanyi lain sapa lagi ek? Oh ya, misha omar nyanyi gaya overdose lah. Naik nyampah plk jadik nya. Seb baik tak menang. Ahaha

Kiranya para pemenang mlm td ok ok lah kan. Tp fiq tak menang. Mek sentap okies!!!

p/s: pertandingan hias bubur asyura ; ofis kv dpt no 3. Kira orait lah tu dr tahun lps. Tahun lps dpt nombor 10 ooo. MUahaha. Gambar takleh nak upload sbb pc ni dah takde port nak sumbat kabel kamera. Mati lah pc fakir. Wakaka

ENTRY YG TERTINGGAL

January 27, 2008

Ayark… ntah mcm mana kv terlupa satu benda penting dlm hidup kv. Cemana boleh lupa???? Aduh…

Pd 21 januari lps, anak teruna kv dah genap usia 5 tahun. Huhu..sori abe, mama terlupa. Lewat 2 hari baru teringat. Tu pun masa kat pkt bila terpandang btk hadiah2 dan cenderahati. Punya la teruk kv rasa. Masa kv ucap selamat hari lahir kat dia, tersengih sengih je. Malu sih. Hik hik

Tak beli kek apa pun. Last2 beli yogurt cheese cake kat resepi rahsia utk dia. Tu pun satu potong jek. Punya la kedekut tahi idung masin mama ngan abah dia. Haha. Hadiah tatau nak beli apa. Tgk la nanti.

Utk danish, mama n abah serta adik dina nak ucapkan selamat menyambut ulangtahun yg ke lima. Walau pun terlewat namun kami dan danish tahu yg kami sayang danish sepenuh jiwa dan raga. Masih ingat masa pertama kali mama pandang wajah kecil danish di bilik icu husm, rasa tak percaya itu anak mama. Alhamdulillah setakat ni danish membesar dgn sihat, cergas dan cerdas. Semoga begitu selamanya. Insyaallah. Kami doakan.

Moga danish dpt menjaga adik dgn penuh kasih dan syg spt yg danish tunjukkan skrg. Moga menjadi pelindung buat keluarga. Moga terus ceria. Besar sungguh harapan kami buat danish. Moga segala galanya dipermudahkan oleh NYA. INsyaallah.


Gambar ni masa ulangtahun ke 3. Hehehe..ulangtahun ke 5 tak ambik gambar.

PESTA BUBUR ASYURA

Hari ni kawasan tempat kv kerja ni menganjurkan pesta bubur asyura. Semua jabatan perlu (wajib) mengambil bahagian. Markah di ambik utk segenap segi. Hmm… dah tau ofis kami takkan menang. Ahahaha

Kakitangan ofis kv tgh dok kacau bubur asyura.

Kakitangan pompuan dok hias meja.

Khemah sebelah kami. Geng pertahan awam.

BUNDLE

January 22, 2008

Kv ada satu kegemaran. Tu pun kalo ada masa lah kan. Kv suka gi kedai barangan terpakai. Nak2 pulak hari barangan tu baru di bawak turun dari lori. Biasanya peniaga tu gi ambik barangan terpakai tu dari singapore.

Tp kan, pengunjung nya mmg teruk2 betul. Dorang berebut barang tu mcm org g***. Sakit hati betul. Kv takde la nak berebut bagai. Tak kuasa eh! Selalunya kv perhatikan dr jauh Je. Kalo ada rezeki dpt brg elok, kv sambar je lah.

Selalu yg kv beli mesti mainan anak2. Kdg2 perabut, kdg2 henbeg. Perabut mmg byk yg lawa. Belum lusuh pun lg. Kalo henbeg selalu dpt lv, gucci, prada, channel dsb sewaktu dgnnya. Lg best dlm beg tu kdg2 ada dollar. Ahahaha..

Oh ya, kelmarin kv temankan member ofis (masa lunch hour) yg nak gi cari set meja makan. Kv pun turut menyongket sama lah. Antara yg sempat kv beli;

Mainan utk danish n dina. Bola disney, lampu suluh fisher price, set pembelajaran sesame street, dan mainan pusing2 yg berbunyi(tatau apa nama dia). Kebanyakannya keluaran mattel. Harga dia antara seringgit hingga 2 ringgit.

Ni pulak henbeg yg kv sempat beli. Ahaha…ada bonia dan seed. Lv takdak la kelmarin. Frust betoi.Harga dia antara 2 ringgit hingga 4 ringgit.

ni pulak sepit kain kecit yg menjadi kegilaan org skrg utk buat koleksi. Hobi pesen baru katanya. Hik hik. Ada 3 set benornya. Tp kv beri kat 2 org ofismate kv sorang satu. Comel kan? 3 set tu 1 ringgit.


Ada lg satu playland yg kena tiup tu. Kv tak sempat nak tiup kasi kembung dulu. Kecik skt dr saiz kete mini. Karang perut kv pulak yg kembung. Hehe. Harga nya RM 6 sajork.

Itu jek lah, jalan2 dan happy2 kv n geng kat kedai bundle utk hari kelmarin.;)

OUTING

January 20, 2008

Ptg jumaat, kv n co ke kb mall. Kwang kwang kwang! Walo pun dah ada tesco, tp kb mall tetap tak tinggal tu. Hik hik..

Alasan plg konkrit nak tanya kan spek kv dah siap ke belum. Seksa jiwa raga pakai spek gantian nih. Sakit kepala, berdenyut denyut dan sakit celah telinga. Kv rasa spek gantian ni berat sgt compare dgn spek yg rosak tu. Hmm..nak kena buat spek gantian yg baru nih. HIk hik..

Tp syg seribu kali syg, spek kv tak siap2 sampai ke hari ini. Waduh…makin sakit jiwa oiii!!! Pastu kami pun jalan2 le. Kenaling perut dok bawak dina tu sampai lupa nak snap gambar anak dara tu yg asyik makan tgn je kerja dia. Sampai kami kena gi cari towel kecik nak lap air liur yg berjejeran tu. Agaknya sedap sgt kut tgn dia tu. Perisa apa ntah!

Tunggu hubby buat bayaran towel tu, danish nak pancut plk. Bawak dia gi toilet sambil dukung dak dina. Dah sudah tu, nak pi cari hubby, tersangkut kat kedai jam. Ingat nak survey je. Nanti tak bawak baby baru boleh beli. Tp hubby suh kv beli terus sbb jam kv yg ada tu dah rosak. Seiko pun dah kiok. Bonia pun dah berapa kali hantar kat agent sampai kv dah jemu nak ulang alik pi kedai jam tu. Last2 malas dah nak baiki. Kecacatan kilang btul. Pastu last skali jam bum yg tetiba kiok sbb masuk ayaq. Ntah le, jam tu mmg lasak ekceli. Kv pakai masa basuh pinggan, ok apa. Tp ari tu, masa kat wad, kv tak pecat masa nak ambik wuduk. Tetiba dia kong gitu jer. Owh…pergi mu tanpa pesan.

Terpaksa la cari jam baru. Tak aim brand mana pun. Saja cari2 yg berkenan. Hubby tak kasi beli bonia. Phobia kut. Ekeke. Kv berkenan crocodile. Full gold. Hubby kata tak lawa. Cari guess, mcm tak orait je. Tgk elle, moden sgt le. Nanti kan mati pesen pulak. Ahahaha.

Sales girl cdg kan jbovier. Rose gold, paten terkini. Kv tak suka brand dia tp hubby over berkenan pulak. Last2 terpaksa akur dgn pilihan suami ku. Isteri misali woi! Walo pun berat hati, kv swep la jgk. Ahahaha. Janji ada jam. Penat nak cari henfon nak tgk jam dah pukul brapa.

Jam baru ku. Hik hik. Maaf yer, gambar tak terang. Puas dok godek n73 hubby dan sony cybershot, masih kabur jgk. Nak kena masuk kelas fotografi ni.

Sudah kedai jam tu kami gi pacific pulak. Hubby nak beli brg dia skt. Beli gak limau lokam satu kotak, puding coccon (tak reti eja) dan snek ikan dahfa (asyik ingat mkn jek).

Tatau nak makan apa, kv nak beli beef prosperity (best sos lada hitam dia), hubby pulak nak burger triple xl. Nak jimat masa, hubby dukung dina gi kfc, kv ngan danish kat mekdi. Nasib baik tak ramai org. Cepat je dpt order.

Dina tak meragam masa kat kb mall. Cuma dekat2 nak balik tu, dia dah cebik2 bibir. Hik hik. Dah boring agaknya. Satu helai towel tu basah lencun dok lap air mulut dia. Berjejer jejer dok makan tgn. Hik hik

ABANG VS ADIK

January 17, 2008
Sejak ada dina ni, kv kdg2 terlupa nak manjakan danish. Hehe. Tak sempat kaedahnya. Nasib baik jugak danish jenis tak cemburu dgn adik. Lg pun jarak umur dorang agak jauh.
Kv perasan, bila adik dah selamat tido dlm buai atau baby cot, mesti dia ambik alih meleseh atau pun duduk di riba kv. Mmg la rasa geram sbb baru je nak lepaskan lelah, dia ‘sambung’. Tp bila teringatkan yg dia pun nak bermanja sama, kv pun biar kan lah.
Kdg2 hubby lg teruk. Terus di marahkan si abang. Kv pun ada tegur jugak. Takut kalo2 danish kecik hati dan memendam perasaan. Rosak jiwa dia. Tak ke haru. Hehe
Satu yg kv puji pasai danish yg dia layan adik dgn penuh kasih sayang. Asal adik merengek jer, terus pujuk2 adik. Selalu kiss dan bermain main dgn adik. Bila kita tgk, rasa sejuk jer perut mengandungkan mereka. Hehe (jgn muntah noo)
Tapi, ada tapi jugak. Semua peralatan adik (walau yg baru) mesti kena ckp barang2 dia masa kecik dulu. Kalo tak mesti dia pun suruh beli kan sama utk dia. Bayangkan bila beli rattle dan teether, dia pun nak satu. Haha
Bila lalu depan pusat perubatan annisa’ (tempat bersalin kan dina) mesti dia ckp yg dia pun dilahirkan kat situ. Bila ckp dia dilahirkan di husm, berguling guling takmo. Kena ckp dia pun lahir kat annisa’ baru cool. Haru betui.
Playmat adik pun dah jadik tempat lepak dia nyonyot botol.

Tabung adik pun kena beli jugak dekat dia sama. Padahal dah berapa bijik tabung dia dekat rumah. Nasib baik dia kenal yg dia punya kaler biru dan adik punya kaler pink. Tetapi selalu komplen yg adik punya dah penuh. Dia punya sikit jer. Penat terangkan yg duit dia kami simpan dlm asb. Takmo paham2 jugak. Haha

Sempat bergambar dgn tabung. (abaikan dia yg tak suka pakai baju~suka ikut pesen abah)


Ni pulak apron makan adik. Mesti jugak ckp dia yg punya masa kecik2 dulu. Haha


Byk lg benda2 lain yg kv pun lupa nak snap gambar. Ragam anak2, mcm2 kan?

PERTEMUAN

January 14, 2008

Alhamdulillah..hasrat kv untuk berjumpa seseorang telah tercapai. Seorang yg istimewa, yg kv amat kagum dgn semangat dan keperibadiannya. Membaca setiap en3 nya bermacam perasaan yg menyelinap di sanubari. Chewah..

Bermula dgn membaca en3 nya yg mengatakan dia akan berada di kelantan utk menghadiri mesyuarat. Kv try kontek kak pb menanyakan nombor telefonnya. Seperti yg dijangka (kak pb kan mmg baik hati) terus kv terima call. Hik hik.. tq kak pb.

Mula2 tu dok main sms. Kelmarin kv try kontek dia nak tanya jam berapa dia sampai kubang kerian. Dlm hati asyik dok mintak moga2 ada pertemuan antara kami. Jadual dia kat kelantan penuh jgk. Tp kv try gak curi2 masa yg sesuai nak jumpa dia.

Last2 dia bagitau yg dia tak dok kubang kerian. Dok grand river view tumpang bilik kawan. Punya la frust menonggeng sbb kv takut hubby tak mo pi sana. Kalo kat kubang kerian hubby dah setuju nak gi sbb 15 minit jer dr rumah kami.

Masa nk bls sms dia tu kv mmg dah frust gilerr. Tp bila hubby ckp tgk keadaan kat rumah dulu, kalo boleh pegi, kita pegi. Hooohooo.. rasa mcm nak melompat dlm kete masa balik keje tu.

Bila dia sms dah sampai hotel, hubby suh kv bersiap. Cepat2 suh danish tukar baju (baru bangun tido). Kv pun sms dia bagitau dlm setengah jam lg kami sampai. Hubby park kete tepi menara perbadanan. Segan nak tunggu dekat lobi, takut dina ‘start enjin’. Kv mintak dia turun jer.

Bila tgk kelibat mak dara sorang ni dok tercari cari some one, kv dah tau dah tu mesti dia. Kv lambai2 dari seberang jalan. Hehe..rasa nak terlompat sbb boleh jumpa jugak akhirnya.

Borak pun tak lama, sbb kv tak nak ambik masa dia lama2. Tak ajak minum pun sbb takut dina meragam. Sorry yek oren, kita borak tepi jalan jer. Huhu..

Tp sayang tak dapat jumpa naufal. Oren dah post awal2 lg ke nurseri. Hmm.. kalo tak boleh jugak jumpa kak Bi sama. Tatau pulak kak Bi dah tukar tempat keje.

Harapnya perjalanan pulang oren mlm nanti selamat semuanya dan naufal tak meragam. Hehe


Kenangan manis bersama oren manis. Sweet jek org nya. Peramah lak tu. Rasa mcm dah lama kenal. Tak sangka akhirnya boleh jugak kita jumpa. Hehe

JALAN JALAN KV & CO

January 13, 2008

Cuti 3 hari mcm2 yg berlaku. Hari khamis (cuti awal muharam) kv ke hospital. Ingatnya nak ambik giliran jaga mak. Tp dlm 11.15 hubby call cakap dia tak mampu nak jaga irdina maisarah sorang2. Anak dara tu asyik melalak jer. Pengasuh dia demam teruk. Bergegas la balik. Huhu

Ptg nya atas permintaan danish kami ke tesco sekali lg. Dina ok je masa pegi tu. Tp smpat melepas la pulak. Hehe. Kat tesco sekejap je. Terus balik. Masa balik hmm..apa lg meraung tak hengat.

Troli kecit yg menjadi kegilaan danish. Gi tesco semata mata nak main troli tu. Padahal kat PKT Pasir Tumboh pun ada.

Irdina maisarah yg tertido kepenatan selepas meraung sakan. Baju pun tak sempat nak pakai nih.

Bahulu yg menjadi kegemaran terbaru danish. Dah tinggal 3 ekor. Atromen, doraemon dan apa benda tah sekor lg dah selamat di makan.

Hari jumaat lepak kat rumah. Ptg bawak dina pi spital sbb mak dah bersungut lama tak tgk dina. Tp tak sempat dok lama. Meraung sakan dlm wad. Bawak keluar ok jer. Danish pun meragam sama sbb mengantuk. Sakit perut la, sakit gigi la. Menangis jugak dlm wad tu. Ishh…

Hari sabtu belah pagi hubby nak pi gunting rambut. Kv ikut sama bawak dina. Last2 kv pun gunting rambut sama. Tp dina tak boleh masuk dlm kedai. Menangis jer. Bila bawak keluar dia ok pulak. Agaknya dia rasa lemas terkurung kut. Kat kedai gunting ni spek kv patah la pulak.

Blk tu cari spek lain. Nasib baik jumpa. Lps zuhur tinggalkan dina dekat pengasuh sbb nak gi spital. Boleh la tolong jaga mak sekejap. Ingatkan hubby gi awal sbb nak tukar cermin spek kv tu. Tp tak dpt sbb dia tunggu case siap kan keja gali utk pad footing. Lewat kami balik.

Mlm nya dina tak tido. Kami pun bawak dia gi kb mall nak baiki spek. Ok jer tak meragam. Tp spek kv tu seminggu baru siap. Aduh, tak selesa nya pakai spek gantian.

Masa balik dina dah meraung. huhu. Terpaksa berhenti depan show room mofaz exotic car. Tak pasal2 naik heran jaga kat situ. Tak munasabah kv nak beli s-class dan smart cheislerdaimler (abaikan ejaan nya tu yah, bantai jek). Turun je kete, terus senyap. Bila masuk keta balik terus dia tido. Pelik sungguh anak dara sorang ni. Agaknya dia rasa lemas terkurung tak?

UJIAN

January 8, 2008

Sbb dina dah tak berapa meragam skrg ni, kv ngan hubby pun mula lah timbul mcm2 idea.

Mlm td, dina takmo tido awal mcm selalu. Ok ek ok ek je. Pas tu membebel tak hengat. Hubby pun ajak gi tesco. Ahaha..nak tergelak jugak. Mabuk tesco sungguh! Mula2 tu rasa tak yakin. Tp tak pe, kita kasi ujian pertama kat dina.

Malas nak bawak stroller yg besar gabak tu. Tak muat kancil ku. Oh..’terhina’ nya rasa. Betui la lina kena ukur stroller kat kete sendiri. Ahahaha. Nasib baik tesco ada trolly yg boleh letak baby tu (menda alah tu org panggil apa ek? darat sungguh).

Sampai tesco punya la ramai umat. Org kota bharu ni pun, kemaruk tesco jugak rupanya. INgat nak parking kat lot parent yg bawak baby. Non ado! Penuh. Tp ok la, tesco gaji RELA utk smooth kan trafik. Kalo tak mesti jammed tak hengat. Tp kami dpt parking depan pintu kecik. Kira orait la tu.

Masuk2, alamak. Ramai nya manusia! Dari ceruk mana org2 ni dtg ntah! Tak rasa dok kota bharu. Mcm kat negeri lain kaedahnya! Bersesak sesak. Trolly jammed sana sini. Escalator tu rasa mcm berat jer.

Tak sempat nak pusing mana. Tension kv dgn org ramai mcm tu. Beli jug kettle dan susu dina. Terus bayar dan balik. Hmm…

Masa kat tesco dina ok jer. Tersengih sengih. Tp tak nak dok dlm seat. Nak tercabut lengan kv dokong dia. Gilir2 ngan hubby. Tp bila dlm keta nak balik tu, mula lah ok ek ok ek. Enjin dah start. Haha. Tp tak lama, last2 dia tertido.

Kira orait la ujian pertama utk dina tu kan?

sekolah

January 7, 2008

Hmm..bermula la rutin kv dan hubby kecoh di pagi hari start ari ni. Apa lagi, layan karenah danish yg malas nak pi skolah la. Mcm kelamrin, hubby dah pesan kat MIL kalo danish takmo gi skolah biar dulu. Takut dia meragam kat skolah sbb kami masih was2 pasal dia lekat tulang tu.

Rupa2 nya mmg betui dia tak pi. Dia ckp kat MIl dia tak larat, tasa nak demam. So, MIL layan jek la. Masa kv blk keje tu dia masih tido dlm buai. Rupanya dia dah tido dr jam 2 ptg. Pukul 6.30 ptg baru nak bangun. Agaknya dia kepenatan sbb berjaga kat ER malam sebelumnya tu.
Pagi ni sbb tak berapa makan pujuk, kv dokong dia bawak pi bilik air. Dah mandi tu pakaikan baju skolah. Baju baru. Pastu bagi beg kat dia. Padahal mlm td excited kemain kemas beg skolah. Siap bercerita kat skolah ada gelongsor. Kv rasa imajinasi dia sbb kv tak perasan pun ada menda alah masa lalu kut skolah dia tu.
Alhamdulillah, walo pun kecoh2 dia pegi jgk skolah. Dengar cerita yuran pendaftaran RM 80. Pastu yuran bulanan RM 15. Tp tak sure lg, hubby mintak MIL tanya kan cikgu skolah dia dulu. Pas tu besok baru nak bayar yuran.
Gambar kat atas tu kv snap masa first time dia pakai uniform tahun lepas. Yg pagi td punya hubby ada snap gambar tp kv malas nak sambung kabel telefon dia. Pakai gambar lama jek la. Hehe