Archive for April, 2008

update ringkas

April 28, 2008

huhu..baru sempat update. Kena gak update ari ni. Ekeke

sebabnya mlm ni sampai rabu kv kena gi kursus kt rennaisance kb. Pastu sambung khamis cuti buruh dan jumaat sabtu cuti mingguan. Ahad ni baru boleh online. Lama nya weh!

kursus ni sebab kertas kerja la ni kan semuanya online. So, kena lah memahirkan diri. Ekeke

Wahaha..mesti boring ni. Dah la ramai. Seluruh pantai timur katanya. Dah kv ni bidan terjun. (mesti kena bwk byk kudapan ni)

Benornya kv ganti sorang staff ni. Dia nak pencen tahun depan dah. Selalu dia yg follow kursus ni tiap2 tahun. Karang dia dah pencen takde org nak back up puloks.

Huhu…lps ni tatau la kut2 kv kena follow tiap2 tahun. Tahun ni nasib baik sbb kt kb. Tahun depan maybe kuantan or kuala terengganu. Takpe lah masa tu dina dah besar kan.

ok lah, sehingga jumpa lg. daaa

LELONG

April 27, 2008

Td kv sempat gi tempat rorine buat jualan murah. Kv benornya bukan pengikut rorine. Hehe..saja ikut kawan.

Ni yg sempat kv beli.

Isi dlm plastik bag tu….

kaler coklat gelap.

kaler grey

kaler beige

Pastu dpt la free key chain ni. Stailess steel katanya. Okla, boleh taruk kunci kan.

Semua kasut/sandal tu hanya RM 15 sepasang. Murah kan? Kv beli pun sbb murah, Kalo standard harga mmg tak beli la uols.

P/s: masuk crita lain skt. Kelmarin (sabtu) dina dah boleh menyusur. Aduhai, suka nya hati. Tp kelam kabut lg. Nanti sehari dua lg maybe dah expert kan?

8 perkara

April 24, 2008

Ada org tag kv pasai 8 perkara. Dah lama dia tag, tp asyik terlupa jek nak buat. So, kv bukan sombong yer, tp byk urat2 terputuih. Ahaha. Byk lupa daa…

1. Anak bongsu dlm 8 bradik ( tp la ni dah tinggal 6 sbb dua dh meninggal). Tp kv bukan jenis yg manja tau. Boleh berdikari kalo dlm keadaan tertekan. Tp kalo keadaan tak tertekan, harus lah buat2 lemau kan. Ehehe

2. Suami kv anak tunggal. So, faham2 sendiri lah masalah dgn anak tunggal ni. Mesti nak kena dok ngan family dia jgk (mil pun anak tunggal okeh). FIL dah takde. Kami buat rumah baru ni kena robohkan rumah lama. MIL tetap dok ngan kami jgk. Tp yg best, takde masalah ngan ipar duai belah hubby. Ahaha

3. Dah ada anak 2. Sepasang. Alhamdulillah.

4. Suka ckp lps (menegakkan kebenaran, chewah). Kdg2 tk perasan pun. Puas gak nak ubah, tp slalu terlepas pandang. Ekeke. Teruk kan.

5. Org slalu ckp muka kv masam jek. Huhu. Kena praktis senyum sokmo ni (karang krem rahang aku).

6. Boros gak. Tp tgk keadaan la. Alhamdulillah lps kawin ni, hubby byk guide perbelanjaan kv. Kalo tak langsung tak boleh nak menyimpan.;(

7. Penakut nak memandu. Dulu test memandu, terus beli kete kancil. Dah la masa blajar tu ngan kete kancil gak. Bila dh slalu bawak kancil, kete hubby langsung takut nak bawak. Huhu. Bila jual kancil kv, langsung tak memandu dah. Sampai lah kv paksa hubby belikan kancil utk kv. Mula2 nak start memandu blk tu mmg gabra giler la. Takat ni boleh ler bawak kt jln yg tak sibuk sgt. Penakut tak hengat ni!

8. Peramah dan penyegan. Entah lah, kv pun tatau kenapa. Ada keadaan kv boleh berubah jadi permah. Ada keadaan plk, kv ni jd penyegan sgt. Tah apa apa kan. Huhu

ok, daaa

facebook

April 23, 2008

kv ni darat betul tau! Kalo sabit ngan it ni mmg weng skt aa. Ketinggalan jauh.

Seb baik lah ofis ni ada gak talian internet. Boleh le tau skt2. Tu pun byk try n error lah.

Pagi td kv trima satu mesej dr kawan lama. Dlm facebook tu. Ahaha..facebook kv takdak pape. Tak reti nak godek. Tp bila dah trima mesej kawan lama kan, terus semangat ni nak try itu ini dlm facebook tu.

Hehe..terima mesej dr kawan lama mmg rasa surprised sungguh. Awat la kawan2 lama kv semuanya dah jadi lawa2. Kb ni sorang jer yg makin di pam2. Ehehe

Yg bestnya, masing2 anak dah 2 tu. Ekeke

Opss, hanya ada sorang kawan (bukan yg kenal di alam maya lah) yg tau kewujudan blog kv ni. Karang ada kawan2 lama jumpa blog ni, malu weh! Malu sebab apa ek? tatau lah. Tapi segan lah. Kawan yg tau blog kv tu pun jenis bizi memanajang. So, dia takdak masa nak mengadap blog kv ni. Fuh..selamat lg ni. Ahaha

PENAT SIH

April 22, 2008

Kv baru masuk ofis ekceli. Pagi td temankan hubby yg ada temujanji kat husm.

Hubby sakit batu karang. Puasa tahun lps dia kena. Mcm2 ubat dok makan tau. Yg klinik punya, yg farmasi punya dan herba2 tradisional. Tp sakit nya berulang ulang. Kencing pun tak lawas. Kesian dia.

Mula2 masa ultra sound, batu tu dlm buah pinggang. Patut arr dia slalu sakit pinggang. Pastu turun dlm saluran kencing dan ke bawah ke bawah lg. Ehehe. Tp batu tu tak kluar2 pun. PUnya lah siksa jiwa dan raga hubby ku sayang. Ewah.

Dia pun boring lah. Makan ubat bermacam2 plus injek tahan sakit jgk tp tak baik2 jgk. Batu tu still tak nak kluar kan. So, dia ambik keputusan nak check kat husm. Biar puas hati. Kalo masih ada maybe boleh laser atau apa ek proses yg lain tu. Selasa lps dah pegi, jadi hari ni kena pi x ray. Semalam dia kena puasa.

Sambil2 tu, dia pun google la cari apa petua yg best2 skt.

So, dia jumpa perubatan cina kuno. Katanya goreng walnut sampai garing. Pastu blend kan dgn gula. Makan utk 3 hari. Lps tu batu tu kluar. Kv pun penat la mencari walnut tu.Kemain susah kt sini nak jumpa benda alah tu oi! Seb baik ada. Tu pun sikit je tinggal.

Lps makan walnut tu mlm semalam, dia kata rasa pelik kt anu dia. Akaka. Lucah ke wei? Masa tuut tu, ada batu kluar. Jgn geli tau. Eiii..kv nak tgk pun geli sebenarnya. Ahaha. Besar hujung kelingking kv saiz batu yg kluar. Berduri duri lak tu. Tp dia ckp tak sakit masa kluar tu. Besar weh.

So, pagi td dia bawak batu karang tu pi jumpa doktor. Dlm filem xray tu dah tak ada batu dlm sistem badan dia. Tp doktor nak rujuk filem tu pd pakar jgk. So, kena wat ujian darah dan sebulan lg dtg balik. Doktor siap ambik batu tu utk wat kajian katanya. Melalui batu tu doktor boleh detect batu karang hubby sebenarnya berpunca dr garam atau asid urik. Temujanji nanti doktor bagitau makanan jenis apa yg hubby kena pantang. So, lesai satu kes. Alhamdulillah.

Pastu gi pejabat tanah kb sbb nak ambik geran yg kami daftar utk cop gadaian kt kerajaan malaysia tu. Nama lg buat rumah pinjam duit kerajaan. Ehehe. Loan masih blum dpt wei. Lambat sungguh. Huhu. Sesambil tu ambik gak geran2 tanah hubby (dulu nama MIL sbg pemegang amanah). Lesai satu kes lg.

Singgah pulak kedai mozek nak confirm kan granite yg kami mahu tu. Yg lain2 tu maybe ahad ni kami decided. Lesai satu kes lg.

On d way balik tu singgah makan nasi kak wok. Kalo org kelate mesti tau nasi ni. Ehehe. Dan air bandung kaler hijau. Mcm pelik jer. Alhamdulillah kenyang.

JALAN2 KE KEDAI MOZEK

April 21, 2008

2-3 hari lps kami jalan2 ke kedai mozek. Survey harga katanya. Insyaallah, lg 1-2 minggu nak pasang mozek kt rumah kami tu.

mula2 tu gi MML dulu. Harga kilang katanya.

Syok masuk show room dia. Agaagaga.. mcm2 pesen ada. Tak termampu di buat nya aih. (lupa nk snap gambar)

Terberkenan dgn mozek kaler pink ni untuk bilik air master bed room. Lagi pun bunga2 pink tu comel kan. Hubby setuju je. Tgk lah nanti kut2 ada hat lain yg kami berkenan.

Geram tgk mozek granite. La ni takde lah mahal sgt mcm awal2 granite ni kluar kt pasaran. Ekceli bukan granite bebetul. Kalo granite betul hanya hotel2 yg pakai. Dan org yg ado2 sajork. Kan? So, pilih yg pesen2 gini je lah utk hall n dining. Tp bila check, stok tadak pulak. Awal mei baru ada. Tu pun kena kontek sokmo kut2 melepas lah kan.


Antara pilihan mozek granite.

Hehe.. yg ni comel je tau. Sapa minat meow2 ni mesti suka. Tp mahal sgt la. Sbb design kut.


comei kan. Siap ada anak 3 ekoq tu!
Pastu kami gi kedai lain. Siap ada offer lg sampai hujung bulan ni. Wuhuhu..awat harga kilang lbh mahal dr harga kedai biasa. Pelik ni! So, tak jadi lah kt kedai mula2 tu. Dah la takde service penghantaran. Kena bawak lori gi ambik sendiri.
Besok atau lusa kena gi balik kedai yg kami berkenan tu (Berkenan harga benornya). Nak konfem kuantiti, jenis dan kaler.
Eiii..tak sabar nak tgk mozek dipasang.

NELAYAN SUNGAI

April 20, 2008

Hubby kan, kalo dgr sapa2 yg menjala ke, tahan pukat ke, mengail ke, dapat ikan, harus dia meroyan sakan tau.

Ptg khamis tu pak din bercerita yg dia menjala dpt ikan keli. Dan2 tu jgk paksa kv ikut dia pi tahan pukat. Siap paksa mil jaga dina tu. So, bila mil dah kena jaga dina, automatik danish kami kena bawak skali. Kalo tak mesti haru biru mil jadinya. Ekeke

Nampak tu dua beranak laju je jalan. Tertinggal kv kt belakang tau! Hubby tgh survey lubuk mana yg perlu ditahan pukat.

Starting.. Hubby tgh dok lerai kan pukat supaya senang nak bentang dlm terusan tu.

Sementara tunggu hubby abih bentang pukat, danish posing dulu. Hiks

Nampak tak, hubby nun jauh kat sana. Sawah padi pun saujana mata memandang jek. Ewah!

Ni bunga liar yg terdapat kt terusan tu. Tatau nama okes! Byk lg bunga, pokok dan buah pelik2. Nama pun lucu je (hubby bagitau). Tp tak snap gambar le.;)

Ni hasil tangkapan lps 5 minit pukat dibentang kan. Maeveles gak kan. Ada keli. Ada lampan. Ada tenggalang. Yg tak syok, byk ikat selat (belida kecik). Takpelah, dah rezeki nk dpt byk ikan selat.

Pagi besoknya byk kami dpt keli, puyu, haruan dan mcm2. Ptg sabtu (last) kami pegi tu, tgk2 pukat dh kt tebing terusan. Hancur pukat hubby dek penangan memerang. Huhu. Ikan abih kena makan kt memerang. Terpaksa la buang pukat tu. Dah rezeki kami takat tu je kan. Bersyukur!!

bengang

April 16, 2008

yuhuu..baru dapat online katanya. Bizi skt ngan urusan keluarga td.

Err..nak crita pasal perasaan bengang lah. Kalo lambat cerita karang jadi basi pulak kan. Hehe

Kv bengang ngan pengasuh dina ekceli. Bengang tahap melampau dah. Hujung minggu ari tu lah. ni dah cool skt, so cover blk la tahap bengang tu kan. Saja nak crita kat uols.

Dah lama kv peratikan dia mcm malas nk jaga dina. Kv pun risau gak kan. Apa2 hal nanti cemana kv nak solve problem ni kan. Sapa nak jaga dina nanti kan. Tp kv diam jer, simpan dlm hati. Malas nk bincang ngan hubby dulu kan.

Sejak bersalin kan dina, kv byk masalah keluarga (belah kv lah kan) Dgn mak sakit, kakak sakit dan kenduri kendara dan mcm2 lg. Dah la dulu dina meragam tak hengat. Asyik meraung je kejenya. Masa tu mmg kv tension gilor sbb tatau nak letak dina kt mana. Ye lah, adik beradik lain siap ada jadual cuti masing2 dan bermalam kt wad utk jaga mak. Tp kv sorang je yg takde jadual plus tak blh bermalam kt wad.

Masa tu mmg tension takut adik beradik dok ngumpat kv tak jaga mak kan. Dorang tk ckp apa pun tau, tp kv yg over sensitif. Mana lah tau kan. So, stiap sabtu (dr tgh hari sampai ptg mmg kv jaga mak dekat wad). Masa nk pegi tu mmg mintak tolong la pengasuh dina ni handle dina skjp. Mmg rasa terhutang budi lah kan. Benda ni berakhir bila mak kv dah takde.

Lps tu mmg kv tak curi dh masa dia. Walo hari cuti atau susah payah cemana skali pun kv tetap tk hantar dina kt dia kalo bukan jadual mengasuh. Kalo apa2 mil dan hubby yg uruskan. Ada satu kes, kv mintak tolong dia jaga dina belah pagi sbb kv nak blk kampung ada kenduri anak buah. Kalo bawak dina mesti tak boleh nak menolong kan. So, mintak dia jaga skjp, bila tgh hari hubby dan mil akan bawak dina blk kampung kv plk. Sehari before tu dia sanggup jer. Lesai.

Tp baru je sampai kt kg, hubby sms bagitau yg pengasuh dina demam. Kv rasa tak sedap hati jer. Sbb kv tgk dia ok je dok lepak kt tangga. Bengang tp senyap je la. Hubby yg jaga dina. Mmg susah hati lah kan. Kut2 hubby tak boleh nak handle dina sendirian. Seb baik ada mil.

Byk kes la dok jd gini. Mintak tolong, dia sanggup je. Tp sampai masa, mcm2 alasan dia bagi. Last2 mil jgk yg kena catch up. Dgn danish lg. Benarnya kv tak suka mil jaga dina. Bukan tak suka MIL ok! Tp mil dah jaga danish. Walo pun danish dh besar pjg tp perangai, aduhai mmg tak makan saman lah. Kesian mil tau! Pastu kalo tambah lg dgn dina, mesti lah haru kan. Nak masak utk atuk nenek lg. Kedai runcit lg. Tu yg kv sibuk cari pengasuh utk dina. At least, kurang skt lelah mil. Bila byk kes jd gini mmg kv susah hati lah kan. Huhu

Bulan mac lps, dia ckp ngan mil yg dia nk jaga dina sekerat hari je. Mcm cikgu. Habis tu hubby soal mil, so lps tu sapa nak jaga dina. MIL ckp yg dia sanggup jaga. Kami diam je dulu. Buntu sebenarnya. Pastu tak tanya pun soal bayaran bila dh sekerat hari tu. Pastu dia ckp plk kt MIL yg dia ‘sudi’ jaga dina cam biasa kecuali hari2 dia demam.

Dia sakit paru2 berair uols. Tu kes yg bertahun tahun dulu. Tp bila mengasuh dina ni penyakit dia dtg semula. Pelik kan? Ehehe. Tp masa jaga dina je dia sakit. Lps dina blk rumah, dia ok je. Siap ambik upah menjahit tulang belut dan sembat baju kurung lg. Sungguh pelik kan.

Last2 masa danish demam hari tu, kv cuti rabu dan khamis. Sepatutnya dia lah yg jaga dina kan. Sbb bkn hari cuti. Tapi masa kami sibuk ngan danish, mil yg kena jaga dina. Dia bagi alasan dia tak larat demam. Dua hari tu dia menyorok dr pandangan kami tau. Bila ptg2 skt baru dia kluar. Kv dah bengang tahap gaban tau! Kv mcm org gila dok ayun buaian tu kiri kanan. Danish meragam nak kv yg jaga. Dina pun bila tgk muka mama dia ni, ha, mama dia lah yg kena jaga dia.

Hari kakak kv meninggal tu, MIL mintak dia jaga dina skjp. Dia tolak mentah2 alasan tak larat. Padahal masa tu dia tgh naik basikal. Huhu. Sedih ok. Kv rasa nak menangis sbb bengang!!!

So, kv bincang ngan hubby. Takde guna gajikan dia sbb dia macam tak sudi dah nak jaga dina. Kami kena cari altenatif lain. Hubby ckp ngn mil suh cari pengasuh lain. Mcm2 alasan kami beri. MIL setuju mulanya.

Kv crita kt adik beradik. Dorang suggest kami antar nurseri je. Dekat ngan ofis kv. Senang crita. Benarnya bukan takat bayar upah ngasuh dia je. Makanan setiap minggu wajib kami beli. Kain baju setiap bulan wajib kv beli. Bukan dia yg mintak, tp kami yg beri. Dgn harapan dia akan kasihkan dina. Dan kami nak tunjuk kt dia yg kami pun pritahin kebajikannya jgk. Madu di beri tuba dibalas! Sungguh ku kuciwa!

BIla hubby tanya MIL semula, MIL ckp hold dulu rancangan kami tu. Hubby dah mula bengang dan dia bagi skt ‘tekanan’ kt mil. Ekekek. Gelak evil. MIL ckp, takpe, kita tgk dulu sbb masa nenek gi tanya kesihatan dia, dia ckp yg dia ok dan masih sanggup jaga dina.

So, mil segan la pulok. Kv n hubby punya alasan senang je. “Kesian lah dia terpaksa jaga dina kan. Dah la dia tak sihat.” Mil mintak kami bertenang dulu. Huh.. sakit hati uols tau dak!

Tgk la, lps ni kalo dia buat perangai lg, atau mil sendiri angkat bendera putih, mmg kami angkut dina pi nurseri lah. Biar lah, bukan pilihan terbaik pun takpe. Nak kasi senang semua. Kami pun boleh kerja ngan hati tenang. La ni kami susah hati tau!

Lbh2 lg kv sakit hati pasal anak cikgu yg mak dia dok jaga tu. Siang malam pagi ptg mmg dok rumah dia. Kalo kluar negeri pun (negeri lain la) siap tinggal budak tu. Bukan 1 malam 4-5 mlm ok. Senang hati je dorang jaga. Siap jumaat sabtu. Full time. Hari biasa sampai maghrib baru gi ambik. Nak gi shopping pun tinggal. Kami angkut semua anak kalo nk gi shopping pun. Tak ke sakit hati uols?

Kami ni, pagi pukul 10 baru hantar pukul 4 mil dah gi ambik. Jumaat sabtu atau cuti am lain langsung tak ganggu dia. Kalau mintak tolong dia jaga utk hari cuti sekejap je (bukan penuh cam selalu) dia tolak. Tak sanggup. Fuh… mmg mendidih lah kan.

So, keputusan kv n hubby tunggu dan lihat. Kv dah fedup. Tgk reaksi mil je nanti. Sabar dih!

danish n dina

April 15, 2008

Byk crita nak taip, tp tak best kalo takdak gambar. Kv tak sempat nk upload buat masa skrg. So, crita terbaru pasal danish n dina je lah.

Danish

Semenjak tak sihat hari tu kan, dia langsung tak boleh nak menyusu. Kami tukar dgn milo tp tak bagi dlm botol. Masa tu dia terima apa saja sbb dia takut sgt kalo muntah. Hehe

So, hikmat disebalik kejadian dia tak sihat tu, sampai ke hari ni dia tak nyonyot botol dah. Tapi, mmg kesian tgk gelagat dia. Mcm mat gian. Wakaka. Bila dh sihat skt, mula la dia teringat kat botol susu dia tu. Kami tak layan, buat keras hati. Mmg kesian tgk dia yg penasaran tu. Hik hik

Ada satu kes, masa kami blk rumah arwah mak (tahlil arwah kakak). Sepupu dia nyonyot susu coklat. Masa tu dia dah tak keruan. Kv panik gak. Tp kami tak bawa bekal susu dan botol dia. Dia mintak milo tapi nak taruk dlm botol susu. Pujuk2 pun tak jalan. Last2 kv wat donno. Ahaha. Akhirnya dia mintak nak minum milo dlm cawan. Selamat!

Sehari dua tu mmg dia nanar betul. Tp alhamdulillah lah masih bertahan. Harapnya kekal lah kan. Dah besar panjang masih nak nyonyot botol tu, mam tak sesuai lah kan. Ada peluang gini boleh lah kami ambik peluang kan.

Bila dah tak menyusu, kerja dia asyik laparrrr sajok. Makan dan makan dan makan. Nak tergelak pun ada. Sampai kan nak muntah sbb terlalu kenyang. Kemaruk betul budak tu. Tu masa permulaan la, lps tu dia dah boleh bajet skt. Kikiki. Suka hati betul bila dia mintak nak makan nasi. Selalu mmg paksa cemana sekali pun dia takkan makan. Alhamdulillah. Tapi tatau la kut, karang terlepas kawalan, sambung plk nyonyot botol. Insyaallah tidak lah kut.;)

Dina

Tak padan dgn gegirl. Lasaknya aduhai, mencabar sungguh. Selalu happy jek. Dah tau bila org sebut DINA, mesti dia cari sapa yg memanggil. Mcm dia dh faham org panggil dia.

Masih tak boleh menyusur. Huhu. Lambat betul. Tapi eksyen tu mcm nak merangkak. Cuma pinggang masih lembik (kata MIL). Berundur. Hehe

Suka makan. Asyik nak makan je kerja dia. Tgk makanan mcm excited gilerrrr. Hehehe. Sampai kena control kuantiti makanan dia. Apa saja org makan mmg kecoh dia nak makan sama. Alhamdulillah setakat takde alahan ke apa. Sbb hobi dia suka makan, susu dia kurang. Jarang sgt minum susu. Kdg2 tido pun without susu. Takpe lah, sbb dia dah makan kan, kenyang lah agaknya tu. Apa saja yg tercapai dek tgn, sure dia nak makan. Kotak paku pun dia nak makan you all. Extreme sungguh! Ahahah

Plg best dah tumbuh dua batang gigi bawah. Alhamdulillah tak demam lg setakat ni time tumbuh gigi tu. Kelakar bila kv gogok gigi dia. Riak wajah dia mcm terkejut dan pelik. Sakit perut gelak kan dia. Last2 dia pun terkekeh gelak sama.

Sebagai ibu, sungguh bahagia rasanya bila anak sihat dan riang. Rasanya sanggup berkorban apa saja demi mereka.;)

Alhamdulillah syukur kerana tuhan menghadiahkan kv sebuah keluarga yg bahagia. Insyaallah, Kwn2 doakan sama ek. Amin.

TUHAN MENGUJI TAKKAN BERHENTI

April 13, 2008

Kv lelah fizikal dan mental buat masa skrg. Hanya blog tempat luah perasaan. Ujian bertimpa – timpa. Kv tau, Tuhan takkan menguji jika kita tdk mampu menghadapi. Kv pinta moga Tuhan tabahkan hati kv, beri kan kv kesihatan yg baik dan tunjukkan jalan dalam menempuh setiap dugaan. Amin.

Dalam masa 2 bulan ni, kv kehilangan ramai ahli keluarga (waris terdekat). Bemula dgn mak sendiri, sambung dgn biras mak (FIL abang kedua), sambung dgn anak buah abg ipar, sambung dgn mak saudara (isteri abg arwah ayah). Sambung lg dgn FIL kakak, sambung dgn sepupu arwah ayah, sambung lg dgn adik mak saudara(isteri abg arwah ayah). Baru je selesai tahlil 7 hari arwah pak da ghani, KV kehilangan kakak tersayang.

Kak N telah pergi menyambut panggilan ilahi pada tanggal 11 april 2008 jam 7 pagi, genap2 2 bulan pemergian arwah mak. Ya Allah, tabah kan lah hati kami.

Seminggu kv tak sempat mejenguk arwah kakak. Ahad isnin dan selasa kalut dgn audit campur2 danish tak sihat. Kv cuti rabu dan khamis sbb danish masih tak sihat. Risau sungguh ngan kesihatan danish. Last2 doktor masukkan antibiotik kut montot baru nampak ada perubahan. Alhamdulillah.

pukul 6.15 pagi jumaat kv terima call dari kakak suh blk segera. Katanya kak N dah nazak. Tgh di ajar mengucap. Kalut2 tu, ye lah risau kan danish yg masih blum sihat sepenuhnya, kv redah subuh dinihari seorang diri. Hubby kv mintak uruskan anak2 sementara. Memandu dlm keadaan gelap dan sunyi begitu mmg menggerunkan. Huhu. Chaiyok.

Hampir 3km nak sampai kakak kv call lg bagitau yg arwah dah pergi. Kv tatau nak ulas cemana perasaan kv. Sedih sayu, pilu, terkilan dan mcm2. Fikiran kv, biar lah dia pergi. Dah tak sanggup melihat dia menangis saban waktu kerana tak tertanggung sakitnya. Hanya tinggal kulit dan tulang. Mintak di ngereng selalu. Biasanya tk sampai pon seminit dan menangis kesakitan.

Kenangan last kv bersama arwah pd khamis lps (sebelum danish sakit tu). Kv sempat suap kan makan dan minum. Urut (gosok sebenarnya) dan tukarkan lampin. Masa tu dia boleh bercakap lg, cuma raut wajah sentiasa berkerut menahan tangis. Dia dah taktau nak cakap bahagian mana tubuhnya yg sakit.

Kakak crita pd ahad lps, dorang mandikan dia. Sudah mandi tu, arwah mintak jgn tinggalkan dia dulu. Suh gosok2 badan dia. Selalunya dia tak macam tu. Selalunya dia senyap je takmo menyusahkan org. Cuma kami je yg dungu. Tak faham. Huhu

Mlm jumaat tu dia langsung tk bercakap. Ditanya tanya pun senyap je. Sudukan susu pun dh tak tertelan. Kluar balik. Masa tu kakak dah tak sedap hati. Namun dia masih bertahan. Jam 4 pg anak arwah tersedar (dorang tido2 ayam je sokmo ) Arwah dah terpejam mata, namun masih bernafas. Di ajar mengucap pun dah telor sebutannya. Jam 5, adik beradik lain (dorang dok kawasan tu jgk, kv sorang yg jauh skt) dah penuh. Masing2 baca surah yassin dan ajar arwah mengucap.

Jam 7 nadi arwah dah takde. Dia pergi dgn senyap. Dgn tenang bertemu Penciptanya.

Kv mmg sedih dgn pemergian arwah. Tp kv plg sedih menatap wajah anak2 arwah. Yg sulung perempuan baru habis diploma poly. Yg kedua lelaki tingkatan 5. Yg ketiga perempuan tingkatan dua. Dan yg bongsu lelaki darjah 6.
Sewaktu jenazah dikapan kan dan saat mengucup buat kali terakhir, kv menangis, menangis dan menangis. Tak pasal2 dpt pelukan hubby depan org ramai. Huhu. Sedih sungguh! Bukan tdk redha dgn pemergiannya, tp terlalu sedih dan sayu menatap wajah sembab anak2 arwah. Tatau lah nasib mereka lps ni mcm mana. Kami kena bincang nanti.

Byk kenangan terindah antara kv dgn arwah. Masakannya plg kami tak lupa. Dia lah chef dlm keluarga. Anak2 buah pun, asal balik bercuti je mesti cari masakan MAK CHIK sampai ibu2 sendiri kecik hati. Arwah ayah dulu pun mmg gemar apa saja masakan kakak. Kenangan sungguh.

Arwah org nya cool. Selalu kena marah dgn mak (mak kv kan garang) Kalo kv dan yg lain mesti nk menjawa. Biasalah masa tu darah muda, bodoh. Tp kakak cool je. Walo pun dia terasa hati. Tak pernah nak berdendan ngan sesapa. Apa saja masalah dia mmg jenis cool. Sampai dia tahu kanser dia dh stage 3 pun dia cool je. Sabar sungguh org nya.

Dia dulu merupakan jurubank kv. Dok ulang alik dr jb ke rumah dia di seremban. Kalo bulan puasa tiap2 minggu menepek kt rumah dia. Hehe. Sungguh kenangan.

Kalo nk cerita kt sini mmg la tak tertaip. Kv berdoa agar roh nya dicucuri rahmat. Di tempatkan bersama org2 yg beriman. Amin.