bengang

yuhuu..baru dapat online katanya. Bizi skt ngan urusan keluarga td.

Err..nak crita pasal perasaan bengang lah. Kalo lambat cerita karang jadi basi pulak kan. Hehe

Kv bengang ngan pengasuh dina ekceli. Bengang tahap melampau dah. Hujung minggu ari tu lah. ni dah cool skt, so cover blk la tahap bengang tu kan. Saja nak crita kat uols.

Dah lama kv peratikan dia mcm malas nk jaga dina. Kv pun risau gak kan. Apa2 hal nanti cemana kv nak solve problem ni kan. Sapa nak jaga dina nanti kan. Tp kv diam jer, simpan dlm hati. Malas nk bincang ngan hubby dulu kan.

Sejak bersalin kan dina, kv byk masalah keluarga (belah kv lah kan) Dgn mak sakit, kakak sakit dan kenduri kendara dan mcm2 lg. Dah la dulu dina meragam tak hengat. Asyik meraung je kejenya. Masa tu mmg kv tension gilor sbb tatau nak letak dina kt mana. Ye lah, adik beradik lain siap ada jadual cuti masing2 dan bermalam kt wad utk jaga mak. Tp kv sorang je yg takde jadual plus tak blh bermalam kt wad.

Masa tu mmg tension takut adik beradik dok ngumpat kv tak jaga mak kan. Dorang tk ckp apa pun tau, tp kv yg over sensitif. Mana lah tau kan. So, stiap sabtu (dr tgh hari sampai ptg mmg kv jaga mak dekat wad). Masa nk pegi tu mmg mintak tolong la pengasuh dina ni handle dina skjp. Mmg rasa terhutang budi lah kan. Benda ni berakhir bila mak kv dah takde.

Lps tu mmg kv tak curi dh masa dia. Walo hari cuti atau susah payah cemana skali pun kv tetap tk hantar dina kt dia kalo bukan jadual mengasuh. Kalo apa2 mil dan hubby yg uruskan. Ada satu kes, kv mintak tolong dia jaga dina belah pagi sbb kv nak blk kampung ada kenduri anak buah. Kalo bawak dina mesti tak boleh nak menolong kan. So, mintak dia jaga skjp, bila tgh hari hubby dan mil akan bawak dina blk kampung kv plk. Sehari before tu dia sanggup jer. Lesai.

Tp baru je sampai kt kg, hubby sms bagitau yg pengasuh dina demam. Kv rasa tak sedap hati jer. Sbb kv tgk dia ok je dok lepak kt tangga. Bengang tp senyap je la. Hubby yg jaga dina. Mmg susah hati lah kan. Kut2 hubby tak boleh nak handle dina sendirian. Seb baik ada mil.

Byk kes la dok jd gini. Mintak tolong, dia sanggup je. Tp sampai masa, mcm2 alasan dia bagi. Last2 mil jgk yg kena catch up. Dgn danish lg. Benarnya kv tak suka mil jaga dina. Bukan tak suka MIL ok! Tp mil dah jaga danish. Walo pun danish dh besar pjg tp perangai, aduhai mmg tak makan saman lah. Kesian mil tau! Pastu kalo tambah lg dgn dina, mesti lah haru kan. Nak masak utk atuk nenek lg. Kedai runcit lg. Tu yg kv sibuk cari pengasuh utk dina. At least, kurang skt lelah mil. Bila byk kes jd gini mmg kv susah hati lah kan. Huhu

Bulan mac lps, dia ckp ngan mil yg dia nk jaga dina sekerat hari je. Mcm cikgu. Habis tu hubby soal mil, so lps tu sapa nak jaga dina. MIL ckp yg dia sanggup jaga. Kami diam je dulu. Buntu sebenarnya. Pastu tak tanya pun soal bayaran bila dh sekerat hari tu. Pastu dia ckp plk kt MIL yg dia ‘sudi’ jaga dina cam biasa kecuali hari2 dia demam.

Dia sakit paru2 berair uols. Tu kes yg bertahun tahun dulu. Tp bila mengasuh dina ni penyakit dia dtg semula. Pelik kan? Ehehe. Tp masa jaga dina je dia sakit. Lps dina blk rumah, dia ok je. Siap ambik upah menjahit tulang belut dan sembat baju kurung lg. Sungguh pelik kan.

Last2 masa danish demam hari tu, kv cuti rabu dan khamis. Sepatutnya dia lah yg jaga dina kan. Sbb bkn hari cuti. Tapi masa kami sibuk ngan danish, mil yg kena jaga dina. Dia bagi alasan dia tak larat demam. Dua hari tu dia menyorok dr pandangan kami tau. Bila ptg2 skt baru dia kluar. Kv dah bengang tahap gaban tau! Kv mcm org gila dok ayun buaian tu kiri kanan. Danish meragam nak kv yg jaga. Dina pun bila tgk muka mama dia ni, ha, mama dia lah yg kena jaga dia.

Hari kakak kv meninggal tu, MIL mintak dia jaga dina skjp. Dia tolak mentah2 alasan tak larat. Padahal masa tu dia tgh naik basikal. Huhu. Sedih ok. Kv rasa nak menangis sbb bengang!!!

So, kv bincang ngan hubby. Takde guna gajikan dia sbb dia macam tak sudi dah nak jaga dina. Kami kena cari altenatif lain. Hubby ckp ngn mil suh cari pengasuh lain. Mcm2 alasan kami beri. MIL setuju mulanya.

Kv crita kt adik beradik. Dorang suggest kami antar nurseri je. Dekat ngan ofis kv. Senang crita. Benarnya bukan takat bayar upah ngasuh dia je. Makanan setiap minggu wajib kami beli. Kain baju setiap bulan wajib kv beli. Bukan dia yg mintak, tp kami yg beri. Dgn harapan dia akan kasihkan dina. Dan kami nak tunjuk kt dia yg kami pun pritahin kebajikannya jgk. Madu di beri tuba dibalas! Sungguh ku kuciwa!

BIla hubby tanya MIL semula, MIL ckp hold dulu rancangan kami tu. Hubby dah mula bengang dan dia bagi skt ‘tekanan’ kt mil. Ekekek. Gelak evil. MIL ckp, takpe, kita tgk dulu sbb masa nenek gi tanya kesihatan dia, dia ckp yg dia ok dan masih sanggup jaga dina.

So, mil segan la pulok. Kv n hubby punya alasan senang je. “Kesian lah dia terpaksa jaga dina kan. Dah la dia tak sihat.” Mil mintak kami bertenang dulu. Huh.. sakit hati uols tau dak!

Tgk la, lps ni kalo dia buat perangai lg, atau mil sendiri angkat bendera putih, mmg kami angkut dina pi nurseri lah. Biar lah, bukan pilihan terbaik pun takpe. Nak kasi senang semua. Kami pun boleh kerja ngan hati tenang. La ni kami susah hati tau!

Lbh2 lg kv sakit hati pasal anak cikgu yg mak dia dok jaga tu. Siang malam pagi ptg mmg dok rumah dia. Kalo kluar negeri pun (negeri lain la) siap tinggal budak tu. Bukan 1 malam 4-5 mlm ok. Senang hati je dorang jaga. Siap jumaat sabtu. Full time. Hari biasa sampai maghrib baru gi ambik. Nak gi shopping pun tinggal. Kami angkut semua anak kalo nk gi shopping pun. Tak ke sakit hati uols?

Kami ni, pagi pukul 10 baru hantar pukul 4 mil dah gi ambik. Jumaat sabtu atau cuti am lain langsung tak ganggu dia. Kalau mintak tolong dia jaga utk hari cuti sekejap je (bukan penuh cam selalu) dia tolak. Tak sanggup. Fuh… mmg mendidih lah kan.

So, keputusan kv n hubby tunggu dan lihat. Kv dah fedup. Tgk reaksi mil je nanti. Sabar dih!

Advertisements

26 Responses to “bengang”

  1. cendawanintim Says:

    sabo la KV,

    kalu buleh, saya suggest, anto nurseri sajork, kalu ada duit lebih, cari maid sajork, senag gi memaner..

  2. kirana Says:

    kv,
    bkn nk hasut hehe..kalo saye jd kv..sy dh carik org lain 🙂
    mcm2 peel manusia ni kan..

  3. AppleB Says:

    lupakan je pangasuh skrg tu. terus je hantar kat nurseri. bagi dia rasa kang income dah kurang baru padan muka. dah bagi betis, peha bagai byk lagi alasan.

  4. HAPPYIRFA Says:

    salam kv..
    nak dengar citer saya?tak nak dengar pun sy tulis gak.hehe.
    pengasuh 1..
    ok.anak sorang.baik tp tiap kali hari dia nak gi chk up anak kat klinik..suruh kita ambik cuti.
    sampai sy kena habis cuti tahun.
    pastu jumaat mintak balik awal sikit sbb nak balik kampung laki dia (melaka).hu hu.

    pengasuh 2(sekarang ni)..
    baik.anak bersih.tp bila cuti
    sekolah susah sikit.sbb anak2 saya komplen kena marah dgn anak2 dia.mgkin berebut tv.sampaikan bila cuti sekolah sy hantar anak ke umah mil.sib baik dekat cheras jer tp terpaksalah anak berjauhan dgn kami.takkan nak ulang alik ke cheras hari2.bengkoklah kami.

    moral of the story:kena byk sabar kalau hantar anak pd org.

  5. NBK466 Says:

    Tuh ler..susah nak cari babysitter yg best sangat. Tuh yg antara mem berat hati nak pindah nie…

  6. yusztiey Says:

    salam…
    kalu saya pun bengang gak ader pengasuh cam tu…dia pilih kasih la tu cam tu…susah tul .
    sian gak kalau mil yg jaga dina…senang2 antr jer kat nurseri dekat pun dekat dgn kv puyer pejabat..
    sabo yer kv…

  7. Mommy Lily Says:

    hantar nurseri bagus juga kv,,,,budak2 akan jadi lebih berdikari dan pandai berkawan2 tauu

  8. KV Says:

    cendawanintim,
    mmg tgh sabar lah ni. Ehehe
    Nak cari maid tu pilihan terakhir rasanya sbb kt rumah kv tu selain ada miil, ada gak atuk n nenek. Karang kita gajikan maid utk jaga anak2 tp terpaksa plk jaga yg tua. Ehehe. Karang maid lari plk. Tgk lah dulu.

    ana,
    mmg akak dah tekad hari tu (masa tgh bengang sgt tu ler) tp mil suh cool down dulu. Tgk setakat mana yg kami boleh bertahan. Huhu.. Tp kalo mil takde dgn kami mmg dina dah dok nurseri la skrg. Ahaha

    apple,
    tu lar, hubby aku ckp, bila kami hantar dina ke tempat lain baru dia rasa ‘kehilangan’. Bukan kehilangan dina, tp kehilangan duit, makanan, pakaian. Hehe

    irfa,
    ni akak sabar lah ni. Kalo tak sabar mmg dah hantar nurseri dah. Segan ngan mil benornya. Takut dia kecik hati lah pulok.

    abg shahrul,
    mmg susah hati kan. Huhu

    yusztiey,
    kami tunggu masa je. Asal dia beronar skt mmg dina pi nurseri lah jawab nya.;)

    mami lily,
    biasalah mami. Kt kampung kan nurseri ni bukan pilihan popular. Kalo bandar mmg lain. Tp, kalo mmg dh terpaksa, nurseri jgk lah. Ehehe

  9. rina Says:

    inilah salah satu problem dengan babysitter. lebih kot sini kurang kot situ. mcm2…

  10. pB Says:

    bukae senae nok senae.

    bukae senae ado anok pah tu krijo.

    senae senae bereti krijo. dok dhumoh , ngasuh anok sdiri.

    kecek buleh lar , dok.
    tapi nok buat , keno fikir machae machae.

    kak pB raso , ata neseri tu lagi mudoh.
    tok sakit jiwo.

  11. bat Says:

    carik jelah maid nyah.. abos citer.. hehe

  12. ~mama ranggie a.k.a eira~ Says:

    better anto nurseri,x sakit ati kan!

  13. Ijah @ Fariza Says:

    akak, klu pengasuh tu tak ikhlas, kadang-kadang budak tu akan terasa, bila hantar jer kat umah pengasuh tu mesti menangis…sebab dia tau pengasuh tu tak suka dia…..dina cam tu tak?

  14. Zareda Says:

    KV
    kak zar pun suggest hantar nursery jer.. anak kita, biarlah kita yang buat keputusan. Tapi bagilah alasan munasabah kat MIL dan pengasuh tu. Kak zar rasa pengasuh tu dah bagi hints sebenarnya mungkin dia tak nak jaga dina tapi tak sampai hati nak cakap.

    Dengan pengasuh ni kena banyak sabar dan jangan berkira. Ika dulu mak long dia jaga tapi kak zar bayar mahal jugak siap beli beras, nugget, sunquick, biskut segala bagai setiap bulan.. tu kakak kak zar sendiri tu.. apatah lagi orang asing

  15. Alinlai Says:

    nurseri je… jgn layan la org camtu

  16. Mak Su Says:

    alamak, ni yg tak siok nak dgr (baca) ni, susah hati plaks rasanya, aduhssss

  17. Ungku Nor Says:

    Suma dah penah rasa..

  18. Oren... Says:

    ko hantar nurseri jek..pedulik kan dia la..aku ada experienced dulu, bila pengasuh takmo jaga Mira..ada ka patut, time bulan posa, dia suh aku bwk nasi sendiri utk anak aku? padahal tempat keja jauh giler, naik motor lak tu..sedangkan, dia ada jek anak yg sebaya anak aku masa tuh..alasan dia, anak2 dia tak makan nasik..sakit ati tau..bila balik, mira selalu cam kebulur, aku kasik biskut pun habis dia lantak..sedih..last2, aku blah gitu jek..

    dan bebaru nih, aku dpt call dari dia (aku pn tak simpan dah no. dia), bunyi cam mesra plak..tapi aku takkan lupalah..

    aku kesian kat dina jek..kalopun dia jaga, kang dia buat apa2 ke…

  19. Dumuro Says:

    See Please Here

  20. angah Says:

    Masa arief kecik pengasuh dia memang best. Tak ralat bagi RM250 pun sebab makcik tuh jaga macam cucu sendiri. sampai sekarang pun masih baik ngan dia.

    Adneen dok ngan nenek jer.. so takde problem..

    Ni cerita beban pengasuh plak..

    Mak angah pun jaga anak orang juga. Mak ni very la penyayang, very la understanding lembut hati. Yang menghantar ni dua pupu juga.

    Cuma yang angah tak berkenan tu hantar seawal 7 pagi (normal la) tapi ambiknya paling awal pukul 7.30 malam.Bisanya dalam pkl 8.30 la baru amik.

    Angah tau dalam pkl 5.30 mereka ni dah sampai rumah sebab angah lalu dpn umah mereka. Sure siap mandi makan segala baru amik anak la.

    Esok pagi datang balik baju yang mak pakaikan leps mandi petang tu jugak la yang tersarung…

    Kita pun sebuleh cepat nak balik umah sebab kesian kat emak tu nak rehat juga.

  21. Aku Bukan Bidadari Says:

    tiara pun tgh cari baby sitter or nursery nih.. penin gak paler

  22. wan Says:

    Kita pun tengah berkira2 nak tukar Fahim ke taska lain ni.

    Susahlah. Kengkadang pengasuh OK, tempat tak OK. Tempat dah sesuai, pengasuh lak kerek.

    Tapi, rasanya kv angkut ke ke taska ofis tu. *cucuk*

  23. viruspadu Says:

    ish geram jer baca

    sabo ke kv

    hantar nursery ajer la kv, mcm ai ni, ewahhhh

  24. green apple Says:

    kalau cerita pasal pengasuh ni, aku rasa aku akan emo. so baik aku takyah start apa-apa.

  25. KV Says:

    to all,
    Tq atas cadangan dan pendapat. Takat ni kv n hubby masih bertahan. Tgk kalo MIL dah ‘berubah wajah’ nanti, tau la kami apa nak buat. MIL segan benarnya sbb pengasuh tu sebelah rumah je kan. Lg pun lps nenek gi ‘bertanya khabar’ tu, pengasuh dina tu macam ada perubahan skt. Maybe dia dpt ‘hint’ dari kami kut. Takpe, kita tunggu dan lihat. Kalo masalah jgk nanti, mmg kami confirm hantar nurseri lah.;)

  26. Sastri Says:

    ish ish ish… jadi pengasuh tapi malas nak jaga… macamana ni? KV cari je alternatif lain la…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: