Archive for May, 2008

SELIPAR KU

May 29, 2008

Ahaha… kv rasa sungguh bengap mlm tadi.

Alkisahnya nak pi teman MIL nak beli henbeg kat kb mall. Kata lg tgh sales giler babas kt kb mall nun. Wah, mertua ngalahkan menantu ni. Ekeke

So, masak cepat2 sbb lps maghrib terus nak kluar. Takut dina meragam ngantuk pulak kan.

Punya la ramai umat sampai parking lot kt basement kb mall tu penuh. So, pi cari kt blkg bgn. Senang masuk kut pintu dapur kfc tu.

Bila nak turun tu, siap2 pakaikan dina kasut dan sarung baby carrier kt dia. Cari2 selipar kv ada sebelah. Huh, mesti dah tersorok bawah seat ni.

Turun la kv dgn sebelah sarung selipar dan sebelah lg kaki ayam. Dlm 5 minit hubby dok cari tp tak jumpa. Habis di bongkarnya.

Adui cemana ni! Malas dok pikir dah, teringat stok selipar jepun kv ada dlm kete. Tu pun kalo hubby tak buang. Cari punya cari jumpa la. Kalo dak, harus hubby kena gi beli selipar kt kv. Takleh nak bayang pesen mana yg dia pilihkan tu. Ahaha. Seb baik selipar jepun tu kartun mickey mouse. Takdelah selekeh sgt.

Adoii la. Haru betul. Pastu kami gelak abih abisan. Sambil tu masing2 wat teori kat mana la selipar sebelah lg tu.

Boring tunggu MIL yg rambang mata pilih henbeg tu, kv pun beli la sepasang wedges. Ari ni dh pakai mai keje tau!

Boleh lah kan? Lagi pun rege dia murah jer.

Selesai membeli dan membelah kt kb mall tu, kami pun balik. Tgk2 kat car porch ada la selipar kv yg sebelah lg tu (lupa nak snap gambar selipar tu).

Oho..penat gelak la pulak lps tu.

Buat malu sungguh kan?

pening

May 27, 2008

Kv tgh pening nak pilih kaler apa utk hall n dining room. Dua tempat ni sebelah menyebelah.

Kaler apa yg best ek? Walo pun lambat lg nak masuk cat tp kena pilih la awal2. Kalo dlm bilik ke dapur ke tempat lain ke, tak yah kecoh sgt kan. Ikut je kaler tiles. Hehe

Nanti nak kena sesuai ngan perabut dan langsir. Sapa sini yg mahir decor2 or interior design, please help me!

Kaler tiles kt situ kv pilih yg kaler cerah. Hall granite putih tp campur kuning air. Dining lak, kaler putih campur hijau air. Sekali tgk cam sama jek.

6th Anniversary

May 26, 2008

Pejam celik, pejam celik. Rupanya ari ni dah 6 tahun kami kawen. Fuh.. mmg mengasyikkan. Ekeke
Selama 6 tahun ni susah senang kami hadapi sama. Moga kami dapat terus bertahan. Insyaallah.
Selama 6 tahun ni byk perancangan kami yg masih belum terlaksana.
Selama 6 tahun ni byk perkara yg berlaku.
Selama 6 tahun ni byk perkara yg membahagiakan.
Alhamdulillah. Kami bersyukur sbb selama 6 tahun ni Allah kurniakan kami pelbagai perkara. Danish dan dina adalah hadiah paling hebat yg kami terima. Sungguh terindah.
Semoga kami terus mendepani hidup berumahtangga ni dgn berhemah.
Harapnya kami boleh meraikan tahun ke 66 nanti. Hik hik. Mana tau umur panjang kan.
Alhamdulillah. Terima kasih tuhan atas kurniaan yg hebat ini.

short update

May 25, 2008

ari ni kv cuti. Kjp lg nak balik rumah arwah mak. Dah cuti skolah ni kan, kami sepakat buat kenduri arwah untuk kak N.

besok lah kita cerita pjg.

Hmm.. puas hati stacy menang mlm td. Risau benor kut2 kalo nubhan yg menang. Ekeke

Besok lah kv lawat blog kenkawan.;)

CERITA HARI INI

May 21, 2008

Pagi ni, hubby ada appoinment kt HUSM. So, kena lah teman kan dia. Cakap lg isteri mistali kan. Baru jer beberapa meter kluar dr rumah, tayar kete rasa cam tak best jer. Hmmm… dah bocor plk dia. Malas nak pusing blk rumah, terus tukar tayar tepi masjid tu.

Encik hubby tgh tukar tayar.

Dah tau mesti makan masa lama menunggu proses kt spital tu, harus bawak bekal kan supaya kurang bosan. Wanita ni kv blum belek pun lg. So, bawak dia je lah.

Wanita bulan Jun.

Sesambil tu sms kak bie sama ada dia bizi ke tdk. Lps dpt nombor kt pendaftaran, gi daftar kat klinik plk. Masa ni lama sket sbb doktor yg kena check hubby tu round ward dulu. So, temankan hubby gi sarap sbb dia takleh makan lewat. Gastrik katanya.

Kak bie sms dia lewat skt. So, kv decided ikut hubby pi icu kjp jumpa sedara dia. Ye la, time tu bkn waktu melawat kan, jumpa waris je lah. Borak2 tanya khabar, kak bie sms bagitau yg dia dh turun. Kv escape dulu tinggalkan hubby kt icu. Tgh dok mencari kak bie tu, hubby dah turun pi klinik.

Alhamdulillah, dapat la jumpa kak bie secara langsung. Walo pun dok dekat ni. Hihi. Sori yer kak bie. Selama ni mcm takde masa nak jumpa kan?

Minum kat oren cafe sambil borak2 prung prang prung prang. Lama ke kita borak ek kak bie? Tak perasan pulak. Pastu kak bie masuk keje, kv pi kat hubby semula. Kebetulan hubby dh siap. So pi daftar kat farmasi nak ambik ubat.

Nombor hubby. Ramai betul org!

Suasana kat farmasi.

Pastu gi beli stok susu dina. Sempat sambar blouse 2 helai. Ekeke. Ingat nak beli baju dina, tp mcm tak best pulak. Terus balik. Singgah kat MBJ nak beli cat under coat utk frame pintu dan tingkap.

Sudah kat situ singgah SSF. Layan perasaan dan beli brg skt. Jugak carik idea nak hias rumah nanti. Hihi. Angan2 tak sudah ni.

Pastu masuk ofis dan menaip en3 ni. Habis.

p.s: Kak bie, jgn serik jumpa kv lg tau! Hahaha

APA APA HAL PUN JAWAB TAG DULU

May 20, 2008

Fuhh…kena tag lagi. Takpe, kita jawab dulu.

Mas n tiey tag kv pasai 5 hadiah impian dan sbb nya tu. Tp kv dah buat pun dulu. Cari sendiri lah ye sbb kv tak reti nak link. Huhu

ok, ni sambungan tag tu;

1. 5 Inspirasi terhadap org yg diminati (err…masalahnya hubby yg minat kv)
a. hensem (of course le supaya tido mlm tak lena, wakaka, perasan ni) Takde la. Sbb dia menerima kv seadanya. Baik dan buruk. Hodoh dan lawa. Hensem tu bukan penyebabnya tau. Biasa2 jer. Saja je kasi gempak. Hihi
b. Jaga solat (selalu kena leter sbb kdg2 sengaja melewatkan. Huhu. Bila la nak berubah)
c. Pembersih ( segan jugak tau sbb kdg2 angin malas tu mai sokmo)
d. Penyayang (selalu tunjuk dgn perbuatan)
e. Bertanggungjawab

2. Perkara hebat yg dilakukannya untuk anda
a. menyatakan dia menyintai ku dan berhasrat utk menikahi ku. Dibuktikan dgn akad (wakaka)
b. mengeraskan semangat menemani kv dlm labour room dan mengiringi kv ke bilik bedah (dah la masa tu dia sorang diri jer)
c. menjaga segala galanya ttg kv time kv sakit (berpantang dan sakit lain)

3. 5 ciptaan plg hebat (bukan hanya pasal teknologi)
a. hubby
b. danishn dina
c. internet
d. henfon
e. kapal terbang

4. Perkara yg plg dibenci
Kena ‘kencing’!

5. Tag sesapa
a. cikgu cik pokok
b. ctnik
c. maksu
d. cikguzue
e. intan rosnita

Ni pulak, nak jawab tag cendwanintim. Huhu..

Soalan 1
Apa yg anda suka ttg suami anda
1. seorang yg lembut (bukan gemalai tau) tak pernah tinggi suara or marah2. Geram dgn bini pun sentiasa ckp elok2.
2. penyayang. Mmg dia penyayang. Suka tunjuk dgn perbuatannya.
3. bekerja keras. Nak tambah pendapatan selain makan gaji. Yg ni mmg kv respek betul kat dia. Kv pulak suka membebel kalo dia sibuk sgt. Huhu. Padahal dia cari duit utk kv dan anak2 jugak.
4. ringan tulang. Apa saja hal terutama soal rumahtangga mmg dia sentiasa membantu. Tak payah mintak tolong.
5. peramah. Dia jenis tak kisah. Boleh masuk ngan sesapa jek. Keluarga kv dan kawan2 kv. Boleh borak mcm dah lama kenal.

soalan 2.
Adakah anda seorang yg romantika?
Tatau ler. Huhu. Kdg2 kut.

soalan 3.
Luahkan perasaan yg lahir dari hati yg ikhlas utk org tersayang (pjg nya wei)
aku cinta kamu dunia dan akhirat (ewaaahh)

soalan 4.
Apa yg anda mahu dari pasangan anda.
Terima kv seadanya dan syg kv sampai mati dan tdk curang (fuhh)

Tag sesapa;
1. masbusan
2. yusztiey
3. yatie dubai
4. kak bie
5. ijah@fariza

makan jom!

May 18, 2008

Ehehehe.. hari cuti kan takdak keje nak buat. Kalo jumaat harus sangap. Kalo sabtu hubby sibuk dok sembang dan lepak dgn tukang rumah. Lagi la sangap rasanya.

Kalo tak pi pasar (belah pagi) puas dok pikir nak makan apa for lunch kan. MIL sibuk suh sembelih itik sbb dia boring itik dia gatal dok main kat jalan. Karang kena langar kete harus mati itik ler itik tu.

Huhu…kjp lg, abih la nko!

hubby tgh ready tunggu che nak sembelih.

proses sembelih. Golok kena tajam. dan baca ayat yg sepatutnya.

hubby tgh menenangkan itik (darah tu membuak2 uols).

err..gambar itik menggelupur kv tak snap. Tak sampai hati. Huhu

ok, bagi terus kat MIL suh proses dan digulai. Jugak best kalo bakar atau goreng kunyit bawang besar. Mebeles uols.

Lagi satu, kan haruan besar yg hubby beli kat kawan dia. Sungguh besar okeh yg sekor tu. Pas tu siap bertelur bagai. Hubby ‘sembelih’ dia dan cuci siap2 then MIL masak sup. Waaahhh.. best nya makan nasik.

Maaf bagi yg kurang gemar itik atau ikan haruan yer. Kv kan org kampung harus makan semuanya. Tolak batu dan kayu jer. ;P

8 BULAN

May 15, 2008











Pejam celik pejam celik, tak sangka dina dah berumur 8 bulan 12hb mei lps. Huhu..dah nak jadi anak dara dah ek.

Dah umur 8 bulan ni mcm2 kv dpt tgk pekembangan dia.
~ dah boleh merangkak
~ suka main kejar2 ngan abg dia (naik walker lah)
~ suka mengemas (sepah2) kat dapur
~ masih hobinya makan (asal makan terus tak meragam)
~ tido mlm tak suka buai tp time tido tetap kena pakai soother (huhu)
~ cam mama dan abah dari jauh
~ Tau org panggil nama dia DINA
~ pagi2 kalo mood ok, siap senyum2 kat mama n abah time nak gi kerja. Tp kalo mood meragam, susah nak lps. Asyik nak dgn mama jer.
~ suka jalan2 (terus tak meragam) ikut perangai sapa lah tu
~ suka memilih org kalo nak dukung
~ suka membebel dan jerit2. Satu rumah tu kecoh ngan bebelan dia jek
~ Owh, gigi dua batang tu dah tumbuh ‘tinggi’
~ dah try nak bangun (pegang kt kerusi) tp masih lembik
~ tak suka naik kereta lama. Harus meraung sakan.
~ Suka mandi. Siap main air tu (tepuk2 air). Kalo bawak kluar dari tab mandi dia, mesti dia berusaha nak masuk balik. Ekeke
~ tak suka rambut di shampoo
~ muka pelik kalo gosok gigi
~ rambut dah kena tocang
~ dah boleh duduk sendiri. Tp kdg2 silap landing, tergolek dok. Ahaha
apa lagi ek, lupa lah. Ekeke

Alhamdulillah. Moga dina membesar dgn sihat dan ceria sokmo.;)

TAG LAGI

May 12, 2008

Apple, sebelum aku terlupa baik aku jawab tag hang dulu noks. Karang urat ingatan weng, jgn ler ko meroyan occay!

Sapa lah yg tag ko menda alah ni. Huhu

25 steps i repeat every day on normal working day.

1. Goncang2 hubby sbb alarm henfon berbunyi. Huhu. Malas nak matikan sendiri.

2. Paksa hubby gi mandi dulu.

3. Hubby dah nak solat subuh baru sibuk nak bangun. Dgn rambut mengerbang carik towel.

4. Berjalan terjungkit jungkit gi bilik air. Kaki sakit la. Seharian menampung tubuh yg berat tak berapa nak ideal. Huhu..plan nak diet asyik kantaoi jek.

5. Sangkut tuala. Bukak paip.

6. Capai berus gigi dan gosok.

7. Mandi 3-4 gayung. Huhu. Sejuk ok!

8. Ambik wujuk.

9. solat subuh

10. On iron

11. Cari iron board bawah cot dina

12. Cari hubby punya baju keje

13. Cari kv punya baju nak iron hat mana

14. Cari tudung

15. Iron baju2.

16. Pakai deodorant n parfume

17. Sikat rambut.

18. Basuh popo dina (setiap pagi occay, berjadual sungguh ebok tu)

19. Pakai diapers n baju dina

20. taruk dina dlm walker

21. Pakai baju

22. Mekap skt. Kalo rajin tenyeh la apa yg patut. Kalo malas pakai lipstik je. Sempoi kan?

23. Cari henbeg mana yg sesuai ngan baju. Ewaah

24. Bagi duit skolah danish

25. Cari kasut mana yg sesuai ngan henbeg

26. Cium dan babai anak2.

27. Naik kete. Of course la hubby yg drive kan. Nama lg keje satu ofis.

28. Singgah beli sarapan nasik lauk itik campur kaki ayam gulai kat kedai che muda gulai kawah.

29. Panak cerek. Masak air.

30. Sarapan ler. Pastu wat la keje

Tudiah, sampai 30 aku kasi apple woi. Ahaha. Aci dak?

So, kv nak tag :
1. Kak PB (lama dah tak menyusahkan dia)

2. Luna (sbb dia bizi sokmo)

3. oren (sbb dia mesti kalut ngan anak2 kecik)

4. cendawan (saja nak nyusahkan dia)

5. kirana (kes balas dendam sbb dia tag kv, ahahaha)

ok, sila buat yer kenkawan!

5 perkara yg dok idam

May 11, 2008

Ana, akak lupa la tajuk sebenarnya eh. Boleh tak main hentam gitu. Agak2 lah yer.

1. henfon
dah lama nak henfon baru. Henfon cap norkiah sabun ni dah berkurun kv pakai. Mmg tahan lasak dan tak pernah beri masalah pd kv. Tp kamera nya kurang terang. Pemilik blog kan sibuk nak snap gambar sana sini. Tp ada tak model yg kamera gambar yn terang tp takdak flash. Segan aa, nanti org ckp apa lak bila kv dok sibuk snap sana sini.;). Lambat nya nak tunggu hubby belikan.

2. Perabut
Kata nak naik rumah baru kan (insyaallah). So, nak la perabut yg mabeles uols. Huhu…mana nak cari pitih ni. Semua pesen nak beli. Jati lah, rotan lah, lorenzo lah, cavenzi lah. Oh, angan2 ku tak sudah.

3. MPV
huhu..tak dpt dekat kv, dpt dekat hubby pun jadi lah. Dia kan supir. Kancil kv yg ada skang ni tak muat stroller dina. So, nak gi mana2 dukung dia guna baby carrier je. Fuh, nyesal beli stroller mahal2 tp tak leh nak guna. Sapa nak beli??

4. Orang gaji.
Huuhuu..kv penat lah nak uruskan rumah yg ada 2 budak kecik dan 3 org tua (tdk termasuk hubby tau). Kemas situ, sinun bersepah. Kemas sini, sana bersepah. Letih occay! Dah masuk rumah baru nanti, kena disiplin dorang cukup2. Kalo tak harus mcm kapal pecah. Tp situasi yg ramai org tua gini menidakkan hasrat kv nak pakai org gaji. Karang pening org gaji sbb terima arahan banyak sgt. Org tua kan, lu fikir lah sendiri (kata nabil).

5. Baucer tunai.
Huhu..alangkah bahagia nya jika menerima baucer tunai. Boleh la pi tebus utk shopping kasut dan henbeg yg menjad idaman. Bestnya. Best nya!