KENDURI SANA SINI

Woohoo… kenyang perut makan nasik kenduri. Hari2 ada je jemputan kena penuhi. Ni pun kv baru lps blk dr rumah abang long. Gulai kambing katanya.

Kami ni biasalah, time cuti skolah ni la dpt berkumpul ramai2. Kebetulan ramai anak buah kv yg jd cikgu (anak buah lbh besar dari mak sedara yer, sila maklum, ekkeeke).

So, kesempatan gini abg sulong buat la majlis makan2 anak beranak katanya. Gulai kambing campur buah ara. Gulai ayam kampung. Teresek jantung pisang campur ayam kampung. Ayam goreng. Acar jelatah dan sambal belacan. Fuhh…. mmg selesai makan tu tak larat nak angkat montot.

Lbh2 lg bila makan dlm suasana seronok dan meriah gitu kan, apa lagi selera bertambah tambah la. Ekeke.

Ingat nak sambung ‘perhimpunan’ dgn berkelah n barbeku kat pantai ke, kat air terjun ke, tapi mcm tak sempat la puloks. Ada ptg ni dah bertolak balik. Ada yg besok. So, kena kensel lah gamaknya. Bila tak cukup ahli rasa mcm tak best la pulak.

Kjp lg nak gi cari hadiah pulak. Kenduri ofismate terima menantu. Huhu. Rasanya on d way balik nanti boleh la singgah. Segan lak kalo tak hadir. Hari2 dok mengadap muka dia kat ofis ni kan.

Sori yer, syok borak. Sampai lupa nak snap gambar. Kelmarin pun kenduri bertunang anak saudara Kak K (anak sauadara suami dia). Besar besaran jgk. Maklum ler anak General Manager katanya. Tumpang buat kt kampung. Ambik peluang jemput org kampung sekali sbb bila majlis kawin nanti buat kat kl nun.

Aduh..penat nya berkenduri kendara. Kan?

Tahniah lah pd pengantin – pengantin baru atau yg dah selamat bertunang tu. Moga bahagia kekal abadi katanya. 😉

Advertisements

7 Responses to “KENDURI SANA SINI”

  1. YuszTieY Says:

    salam…
    memang meriiah sakan la tambah pakat balik belako gak…kalu ore pun cam kv gak…buke takat lupo ambik gamba..anok2 pun kadang wak lolok tok ingat…hahahahahaa..ramai sgt pakat dok jaga…

  2. mama ranggie Says:

    lepas ni kena timbang berat lah yang!?hehehe…

    memang sedap kan kalo makan nasi minyak sesekali nih…

  3. Oren... Says:

    marin, kuar carik lauk..tapi hampeh, semua kedai tutup..baru teringat la nih musim kenduri..alahai…kami dpt jugak 2-3 jemputan, tp segan nak pi..kan kami baru pindah, so tak kenai org2 sini..nak ajak geng pun, takde..

  4. Zareda Says:

    selagi tak habis cuti sekolah,s elagi tulah dok orang kawin…

    sabtu ni rumah zino…

  5. cendawanintim Says:

    musim cuti begini ler kan..

  6. Mak Su Says:

    maksu pun tak larat nak mkn nasik minyak… errrk, kenyang. alhamdulillah

  7. Alex Lacey Says:

    k.we baru balik dari teganung….gi kenduri…naik pening ppalo banyok sangat makae daging 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: