DINA TAK SIHAT

Huhu… susah hati betul bila anak tak sihat ni.

Asal nya minggu lps dina demam. Pas tu kv prasan gusi dia bengkak. Rupa2 nya dia nak tumbuh gigi kapak. Pas tu dia ok.

Khamis lps, MIL call tanya ubat demam dia kat esbok. Huhu. Terkedu sbb demam plk budak tu.

Pas tu sambung demam on n off. Kami perasan mulut/bibir/gusi/ ada bintik2 berair dan merah campur bengkak.

Ptg jumaat tu mmg menangis je keje dia. Kesian sungguh. Nak pi klinik, semua klinik tutup ptg jumaat. Kena tunggu malam. Malas nak bawak gi husm. MIL saspek dia naik serawan (tatau la org lain panggil apa). Lps ada pakcik tua tu buatkan air tawar dia mula happy dan boleh makan/gigit. Lega rasanya.

Bawak jgk gi klinik malam tu. Tpada doktor ganti. Katanya sbb cuaca panas. Dia bagi ubat oral aid ngan ubat demam. Kalo demam masih lanjut kena bawak pi klinik smula.

Pagi sabtu tu dia ok je. Mmg happy lah. Aktif sampai satu hari tak tido. Balik jumpa someone ptg sabtu (semalam) (besok kv wat en3 ni) tubuh dia dah mula panas kembali. Kami bagi ubat demam dan dia tido. Tp tido nya kejap2 sbb dia bangun melalak. Risau betul.

Mlm td kami berjaga hampir subuh baru dia tido. Tu pun lps makan biskut dan kek. Susu dan puting langsung takmo. Kalo idak mmg payah nak tido kalo tak nyonyot puting. Agaknya dia lapar sbb mlm tu dia tak makan. Sian anak ku.;(

Pagi td baru kv perasan yg mcm nak tmbuh sebatang lg gigi kapak dia. Tp gusi yg belah dah tumbuh tu mmg bengkak habis dan kaler putih. mcm bernanah gitu. Ngeri betul. Tp dia ok jek. Dah tak demam cuma asyik nak berdokong jek.

Bawak pi klinik. Bila doktor check mmg byk ulser kat mulut dia tu. Doc injek antibiotik, ubat tahan sakit dan surut bengkak. Huhu.. sian anak dara ku. Kita yg kena ulser kecik sebijik tu pun pat lima hari baru nak pulih. Ni byk jygak lah.

Harapnya lps ni dina dah tak nak isap puting lg. Doktor pun ckp, bila hisap puting lbh senang nak dpt jangkitan kuman. Kami akan usahan kalo lah berhasil mmg kv happy giler lah. Tapi kalo dina meraung nakkan puting, nak buat macamana kan. Chaiyuk!

Ok lh, kv nak balik la. Sian dina kt rumah. Asyik mintak dokong jer. Takpe lah, asal dia tak menangis lagi. Sedih hati mama n abah.

Advertisements

21 Responses to “DINA TAK SIHAT”

  1. Ijah @ Fariza Says:

    Cian dina,
    dulu Azri pun kene cam tu ulser penuh satu mulut seminggu tak makan, minum pakai straw kecik…bawak pegi berubat kampung alhamdulillah…lepas tu baru ok.
    semoga dina cepat sembuh ye..

  2. Zareda Says:

    ni mesti jumpa kak sya kat KB ni.. hahahha

    cuaca panas, sebab tu senang dapat ulser

  3. AppleB Says:

    kasik dina minum air kosong byk2. bagi makan jelly ke supaya sejuk je mulut dia.

    mek yg tua ni pun kalo ulser penuh dlm mulut seksa nk makan wehhh. apalagi si kecik yg tatau nk ckp lagi tu kan.

    sian dina mucuk comel tuh

  4. Intan Rosnitta Says:

    Kita pun sama kv. Rasa x tenteram je bila anak sakit…

    Bagi minum air masak byk2 kat dina. W/pun demam kv tetap kena mandikan dina, biar haba keluar..cuaca x menentu skrg ni..huhu

  5. KV Says:

    ijah,
    tu pun kv dah berubat kampung jgk. Tp nampak tak berapa nak ok. 2 kali bawak pi klinik baru ok.

    kak zar,
    ahahaha… kak ni mmg ler. Tau2 jer kan.

    appleb,
    tu lah, aku kena sebijik pun rasa nak demam, ni dia yg kecik. Nangis je.

  6. KV Says:

    intan,
    tu lah, sbb dia tak menyusu (maybe trauma kut) kami bagi minum dgn gelas jek. Air kosong. Susu dia takmo.

  7. kirana Says:

    ciannya kat dia..mesti sakit tu nk tumbuh gigi kan..mmg leh bwk demam pon..
    take care ya..

  8. wan Says:

    kesian kat dina yek.

    tumbuh gigi satu hal, demam lak tuh. lepas kena inject sure cepat baik kan.

  9. Mak Su Says:

    cemana ek…. kasik air kosong.

  10. KLMari Says:

    Alah siannya Dina…Memanglah sakit kalau banyak ulser dalam mulut..kita orang dewasa ni pun dok ngaduh sakit…inikan pulak baby…My Dina pun pernah kena camtu gak…So bagi dia susu yang agak sejuk…sometimes ice cream yg agak agak cair…kekadang tu cicahkan roti sikit…Sian pulak perut kosong..nanti masuk angin, peyakit lain pulak dah kan…Hmm..camtulah bila anak anak tak sihat…Risau aje kita ni kan….Moga Dina cepat sembuh…Take care….

  11. rina Says:

    siannya dina…

    get well soon.

  12. nanonano Says:

    harap2 dina pndai jaga gg pasni,
    sbb bukan senang nk dptkan gg sbatng tu,
    demam2 bagai..
    tp..sume baby cmtu kan?
    huhu..
    org je xpndai jg gg,
    abes senget benget skali…
    huwaaaaaaaaaaaa..

    :p

  13. HAPPYIRFA Says:

    salam kv..
    sian kan kalu anok deme.
    mace tahu jah nok jupo sapo?biar saya teka?kak sya..he he.kalau betul dpt hadiah tak?

  14. Alinlai Says:

    uiskk kesiannya… kalau kita dpt ulser pun perit apa lagi budak2 kecik kan? sabar sabar

  15. Purpleheart Says:

    Laa syian nya Dina… tak tahu nak bagi petua ape kalau jadi cenggini.. kalo demam besa lap2 badan dia, kalo ulser gamaknya bawak jumpe doktor je yang tau.

  16. Purpleheart Says:

    Tak pun bagi air glukos sebab ulser ni kan sebab cuaca panas..

  17. Mommy Lily Says:

    semoga dina cepat sihat…

    kena bagi minum byk air tu panas sgt kot di kb skrg nie..?

  18. CikguZue Says:

    semoga dina cepat sembuhnye….
    mama dan papanye pun cepatla rehatnye…

  19. Aku Bukan Bidadari Says:

    isk..isap puting tak elok eh??

  20. NBK466 Says:

    Kelam kabut ooo kalau anak tak sihat..

  21. KV Says:

    to all, tq atas doa dan semangat. Alhamdulillah dina makin sembuh dan ceria.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: