Archive for July, 2008

PESTA BUAH

July 31, 2008

Kalo pi pasar Peringat kv mmg suka singgah kat area ni. Pesta buah katanya. Kat sini mmg segala jenis buahan tempatan (yg bermusim) ada dijual.




Mcm2 gelagat blh tgk. Penjual nya, pembeli nya. Kecoh betul. Tp suasana meriah sakan la!

Best jadi penonton ni.

MURAH REZEKI

July 31, 2008

Semalam, kv mengekor montot hubby pi kota bharu. Tujuan asalnya nak beli selak pintu utama. Ala, pintu yg belum siap2 dan menaikkan darah ku itu. Kononnya bila pintu sampai belah ptg, boleh la tukang psg besoknya (hari ni ler).

En. Hubby tgk kusyuk memilih selak pintu yg sesuai dgn poket nya. Kui kui kui

Pastu melencong ke kedai kain. Hik hik.. tu lah tujuan utama nak ngikut sgt montot hubby. Ehehe.

2-3 kedai gak pegi, tp hubby ckp beli kain yg kv dok aim. Kalo tak beli yg tu mesti asyik dok bersungut tu jea. Serabut plk dok dgr bebelan. Ahahaha…tau takpe.

So, pegi lah kedai kain yg tak jadi beli mlm sblm tu kan. Kv kurang berkenan kain yg hubby pilihkan ni. Ingat nak yg kaler hijau tu. Tp malas nak lwn ckp. Nama lg dia yg bayar kan. Harus lah mek menurut perintah gitu.

Mintak SA potong 4 meter. Bila diukur 4 meter, ada lbh lg 1 meter setengah. SA report kat tauke, so tauke bagi hadiah kat kv yg semeter setengah tu. Katanya kalo dia simpan pun takleh nak buat apa. Blh wat baju kurung utk dina. Wahaha…murah rezeki tul. Sib baik dengar ckp hubby. Merasa lah dina beraya sedonodon ngan mama. Sutera italy tu. Wahaha. Best best!!

Ni ha, walo pun tak lawa, tp best sbb dah la less 60%, dpt lg hadiah 1 1/2 meter.

Dah suka ati gitu, pi makan meehon celup belakang kb mall. Sedap sungguh!


Alhamdulillah murah rezeki.;)

CERITA SEMALAM

July 30, 2008

Blk je keje, mandi dan solat terus masak cepat2 sbb byk keje nak buat. Frust betul 2 nos pintu utama tak sampai sampai. Uhuhu..mek kuciwa. Sentap noks! Target nak pindah 1 ogos dah kena KIV. So target terbaru 8~ 8~ 08 la pulak. Sama tarikh sukan olimpik katanya. Takpe kita bagi eot seminggu.

ok, sambung crita….
Dina mengamuk nak tido. MIL yg layan dia. Kami pulun wat keje lain. Mula2 punggah buku dan majalah kv yg bertimbun tu. Risau gak dimamah tikus. hihi

Majalah2 kv ni ari tu dah nak dibuang @ bakar oleh MIL. Tp cecepat kv sound kt danish suh simpan sbb nak beli rak majalah bila masuk rumah baru. Hihi. SElamat!!!

So, sementara beli rak majalah, simpan tepi dinding dulu lah. Tu yg kt rumah. Kat ofis pun ada. Sekerat lemari. Ahahah. Berkurun dh dok kat situ. Takpe,nanti bawak balik bila beli rak.;P

Pastu sambung pasang kayu langsir. Rel aluminium kv dah beli tapi takdak drill plk. Nanti nak pinjam ngan tukang. Sementara kami beli sendiri.

Sudah dinner, pi kb la plk sbb nak beli kain baju raya. Tailorina dh warning minggu ni je dia terima kain. So, hubby ngan baik hatinya ajak pi beli. Karang aku takdak baju raya laks.

Memula pi nagoya. Nak cari kain cotton. Tak byk yg best. Org lak ramai sungguh. Boring menunggu kat kaunter nak membayar nya. Seb baik dina wat pekikan maut. Baru cashier ambik perhatian. Boring ah, sistem kaunter takdak q. Ikut dan je. Sakit hati. Ingat lps byr nak cari lg kain lain. Tp boring ngan kaunter terus kansel.

Kv beli cotton bunga kecik2. Ingat zaman kekanak rebina dulu. Hihi. Satu lg kain jersi. Nak wat baju kurung pahang. Almaklumla, body tak berapa nak ada shape ni, kena lupakan la baju kebaya. Hoho…rindu kebaya2 ku yg tlh selamat disedekahkan pd anak buah. Mek sedih.

Pastu gi memory silk (kedai kain gak). Nak cari cotton lg. Tp dok menimbun atas kaunter cashier. Stok baru sampai katanya. Takkan nak pilih kain dok dlm plastik lg kan. Pastu tertengok sutera itali ada less 60%. Marveles sungguh. Tp boring sbb SA dok ikut montot sangat. Blah je dr situ. Hubby tanya napa tak ambik kalo dh berkenan. Ntah tatau!

So, janji ngan hubby nk gi semula besok atau lusa. Yay!

Pastu pi farmasi nak beli ubat selsema dan sakit tekak. Sambar gak bio oil. Dh lama nak beli asyik tak jadi. Cuba lah, mana tau dpt hilangkan parut strechmark yg huduh ni.

Ingat nak ronda uptown dulu, tp rasa dahaga lak. So, singgah kt kedai roti muhibbah. Wah, dah ada donut lak. Sebijik tiru ‘epal besar ni’. Satu kotak nam bijik harga 8 hengget. Tp agaknya dh malam, so dorang offer 6 hengget. Kami pun order fesh oren sekali. Best makan anak beranak. Hihi.


Blk tu siap bersahur ngan donut lg kononnya nak puasa hari ni. 27 rejab. Sayang seribu kali syg, tak dapat nak puasa la plk. Penyakit org pompuan katanya. TP suara kv makin hilang la. Perit tekak dah ok, cuma time menelan je sakit.

Hari ni, bercakap pakai bahasa isyarat. Seksa la jugak. Mcm org bisu lak. Huhu

BINJAI

July 29, 2008

Seumur hidup kv, tak pernah jumpa buah binjai yg kecik2 cinonet. Besar lengan danish je tau. Biasa nya (tak kisah la binjai kampung or binjai siam) mmg sebesar lengan kv yg gemuk ni ha.

Ni la binjai kecik2 tu. Takdak biji pun. Best betul. Penuh ngan isi. Canggih sungguh teknologi pertanian siam kan. Mcm2 kejayaan dorang.

Buah binjai.

Kita kasi jeruk sama dia. Potong kecik2. Tak yah kupas kulit. Basuh bersih2 dan potong, letak dlm taupperware mcm kt bwh ni ha!

Pastu tabur garam dan gula. Gula kena byk skt sbb binjai tu mmg masam. Kalo nak pedas, racik cili padi skt.

Pastu, tutup bekas. Peram dia biar turun air dulu.

Taruk dlm esbok kasik sejuk baru kow nak makan. Hihi


Kv malas peram dulu, so kv terus taruk dlm esbok. Lambat sikit ah turun air.

Slurppp…sedapnya.

HILANG SUARA

July 29, 2008

Aduyaiii…. Kv hilang suara hari ni. Mcm suara itik dh bunyi nya. Tension bila nak bercakap, kena ulang byk kali sbb org tak berapa nak paham. Nak2 plk kalo bercakap ngan danish. Byk hah? Hah? Geram tul.

Asalnya kv selsema. Perit tekak mmg grrrrrrr. Pastu sambung kv dok puasa ganti kan, tekak dah jd kering sgt sampai nak telan liur pun dh sakit. Last2 tak kluar suara dh. Haru!

Nak muntah dah rasanya asyik dok hisap gula2 strepsil extra srtong dual action. Dpt melegakan kjp, namun kjp je lah.

Apa yg perlu kv buat ek?

MAKAN GULAI

July 28, 2008

Kalo dekat kelantan, kenduri kawen di panggil atau disebut makan gulai. Sbb nya menu utama hidangan mmg gulai kawah. Takdak nasik minyak, nasik beriani bagai. Gulai kawah, nasik putih dan ada lg sampingannya.;)

Tgh hari ni kv gi mkn gulai rumah sepupu hubby. Anak dara nya kawin. Kebetulan dekat je ngan ofis, so kami mewakili family lah ke kenduri tersebut.

Menunya agak best. Gulai kawah, ayam percik, solok lada, kerabu sarang (rumpai laut), ubi sira dan sambal. Makan sampai senak perut. Hilang diet ku. Huhu

Dah siap makan, harus lah jumpa pengantin dulu sblm blk. Tp pengantin blum bersiap. Tgh kalut dok wat itu iti. So, takdak gambar pengantin.

Pelamin nan indah. Oh, lupa nak snap yg kat bilik.;P

Sisa (ole2 dr pengantin)

Isi beg tu. Mcm2 ada. Telur, bunga telur, pulut dan wajik jugak kipas hiasan. Mek sookaa!!

Opss..ini hadiah kenangan dar kv untuk pengantin. Untuk Na dan suami moga berbahagia lah hendakNYA. Amin.

PENAT UOLS

July 27, 2008

Semenjak 2 menjak ni hari minggu adalah memenatkan bagi kv n co. Byk keje yg nak kena pulun. Takpe lah, untuk kesenangan masa depan jugak. Hihi.

So, hari minggu adalah hari kerahan tenaga sekeluarga. Termasuk danish. Dina dikecualikan. MIL yg jaga.

Pagi jumaat, hari membasuh rumah. Aduyaiii…sakit pinggang. Melepet jek semua. Bergilir gilir dgn hubby menyental debu2 floor tiles tu. Sakit kaki pun ada gak sbb guna asid kan. Tp asid utk mozek la. Tatau la nama canggih dia apa nya.


Ptg nya gi ‘makan gulai’ rumah sedara arwah FIL. Belakang masjid Muhammadi. Dekat nak sampai, dina tertido lak. Tak sampai hati nak usung dina, so kv tunggu jek dlm kete. Hubby mai nak wat giliran, tp segan la kv nak pegi sendiri. Lepak je dlm kete.

Pemandangan rumah pengantin dari dalam kete.

Pastu gi tesco jap nak beli diapers dina. Masyaallah, ramai nya umat manusia. Terlupa plk yg gomen dh gaji. Tak jadi nak membeli. Malas nak beratur.

Belah mlm pulak, pulun jahit langsir sesikit. Byk lg yg tak siap.

Hari sabtu, sibuk pasang sinki bilik air dan dining hall. Pastu sambung pasang rod kayu langsir. Lps lunch pun sambung lg. Aduyaiii…lotih mak aih!


Pastu gi kebun sbb MIL kecoh suh pi ambik durian. Peraih dah nak mai ambik kt rumah. Solat asar, siap2 gi kedai hardware lak nak beli menda alah piping yg masih blum ckp.

Singgah kedai borong beli barang kedai MIL. Byk brg yg dh habis.

Pastu gi kb mall. Niat nak beli cadar dan diapers dina.

Waahahaha… sales cadar dh habis rupanya. Huhu. Diapers plk rupanya sehari sblm yg ada jualan murah. Harga terbaru tu mmg mahal gila2. Sedih uols. Tak jadi beli. Hihi

layan danish main rides kt capcom.


Pastu gi the store. Yahu yabedabedu. The store sales giler2 pet2. Borong byk2. Yay.

Blk dh isya’ baru sampai rumah.

Mek penat uols!

BELI PINGGAN UOLS

July 23, 2008

Ahahaha… takdak benda nak wat en3 kaedahnya. Hiks

Kv dah terbeli pinggan melamine cap Leno. Bukan niat nak beli pun, tp sbb offer baik punya, so terrrbeli lh.

Benornya kv berkenan bunga water lily (ye ker) tp takdak pulak. Abih stock katanya. So, member ambik kan patent lain. Hmm… layan je lah. Ok jugak walo pun hati tak berkenan sgt.;(

Ni patent yg telah dipilihkan untuk kv sbb takde yg bunga water lily tu. Ala2 english style gitu. Wahaha

Ni satu lg. Hijau dia sungguh menikam kalbu. Ingat nak beri pd some one. Ok lah tu.

Yay, boleh pakai raya nanti.

MEE CELUP

July 22, 2008

Ehh, kat negeri lain ni mee celup (or mihun or kuewtiaw) org panggil apa ek?

Kita org kt sini panggil mee celup jer. Nak kata mee sup pun lbh kurang la. Tp mee tu masak bila dicelup dlm kuah guna senduk khas. Tak reti aah nak crita. Tp rasa dia best.
KOmponennya mesti la ada perut, daging or ayam. Sayur kangkung. Dan lada besar jeruk. Bahan2 lain kv tatau. Haha
Jom, layan mee celup.
Dan minum air nyor.
Segar satu badan. Ekeke.
Kalo nak tambahan, boleh gak makan wajik ni. Kaler hijau you! Mula2 kv ingat kuih tepung pelita. Selalunya kan wajik ni kaler coklat gelap gitu. Ada gak org wat pesen ni.

CERITA BASI HARI MINGGU

July 21, 2008

Hari minggu adalah hari masak sedunia. Wahaha. So lps blk pasar jelawat, kelentung kelentang kat dapur.

Menu lunch hari jumaat.

Siap masak, menderu pi kebun sbb nak ambik buah nenas. HIks dina kena tinggal. Makan colek nenas best jugak. Sesambil tu, durian gugur dum dam dum dam.

@ kebun.

Ptgnya berdesup pi tesco sbb nak tgk jualan gudang fella design. Ada satu sofa yg kv berkenan, tp bila fikir blk, baik beli kedai biasa. Jimat belanja. Lg pun dh dekat nk raya ni, mesti byk sale sana sini. So, kiv dulu lah.

@ pameran fella.

Pastu gi tesco, beli eksesori bilik air. Balik tu danish demam. Dah mula sejuk meremang bulu roma. Kuku dia biru2 gitu. Tp singgah gak edlee fried chicken (kfc ala kelantan) sbb danish mintak. Tp dina je yg makan, danish takdak selera.

Mlm tu lps beri ubat, kami selimut kadanish 2-3 lps. Sejam kemudian dan kebah demam dia. Bangun main dgn penuh aktif. Geram plk dibuatnya.

Hari sabtu lak, byk yg lupa nak ambik gambar. Hihi.

Ptg nya tatkala irdina maisarah tido, berdesup kami pi tgk macth volley ball. Ofis kv masuk final. Tp kalah dgn 3-1. Takpe lah, jauh dah meningkat dr thn lps.

@ gelanggang volley ball kompleks sekolah, wakaf mek zainab.

Dah tinggalkan dina kt rumah tu, bergegas la balik. Tak sampai hati dah nak pegi mana2. So, aktiviti ptg tu, tanam pokok bunga. Berpeluh peluh.

Habis crita. Daa