Archive for August, 2008

EKON

August 28, 2008

Akhirnya, ptg semalam selamat jgk pi beli ekon. Huhu…mula2 nak yg ada invertor (tatau nak eja). Kenkononnya jimat tenaga. Tp apek kedai tak kasi sbb caj pasang pun dh 400. Kalo yg lain percuma (padahal dok selam dlm harga ekon tu jugak). Lps tu dorang malas sbb slalu kena pi baiki. Jenis manja. So, ambik yg biasa je. Cuma jenis senyap. Harapnya mlm nanti dina dpt tido nyenyak lah. Mengada ngada sungguh minah kecik tu.

Si abah plk, asal anak dara dia kurang selesa, mesti lah dia pun kalut sama. Masa dlm pantang hari tu, berkali kali kv larang dia nak pi beli ekon. Hiks, org lain pantang dok dlm panas, ni dia nak suh dok dlm ekon. Ye lah, masa tu kan dh lah bulan puasa. Cuaca skrg mmg diakui panas gilerrr.

Tp kan, masa tu tunggu lps pantang je nak rombak separuh rumah (utk wat rumah baru). Dah lah bilik kami masa tu termasuk part yg kena rombak tu. Tak ke keje bodoh nak pasang sebulan pastu kena bukak balik. Tahan nafsu lah sikit kan.

Ops…janji ngan mamat siam (kami tak jadi beli kt kedai apek) suh pasang pagi tadi. Rasanya hubby balik tgk kut sbb kv tak nampak pun dia la ni. Hiks..malas nak sms tanya. Nak suh pasang ptg semalam gak tp bebudak kerja dah kluar gi pasang rumah org lain. So, tak dpt lah semalam.

Dah pegi kedai letrik tu harus la kv pun mengusyar benda lain. Bila lg kan nak pau suami sendiri. Wahahaha. Tgk2 thermo pot. Ye lah, kt rumah tu ada warga tua. Depa kan selalu minum ayaq panas. Kalo dulu tak jadik hal sbb ada dapur kayu. Guna kayu api. Rumah skrg belum buat dapur kayu. Lps raya ni baru nak buat. Asyik guna gas sepanjang hari merebus air. Rasa cam rugi lak. Dah la gas mahal. So, hubby pun setuju beli thermo pot tu. Setiap masa ada ayaq panas gitu.

Nak kluar kedai tu, teringat laks nak beli radio. Hihi…set hifi hubby dah sedekah kan kt pengasuh dina. Lg pun dh buruk dan out of date. Takde masa nak dengar kaset cd bagai eh. Kalo beli radio, selain nak dgr azan maghrib bulan puasa, MIL boleh gak dengar radio kt kedai dia. Takde lah dia boring sgt. Radio MIL dulu dah hancur dikerjakn danish. Nak baiki rasa mcm tak berbaloi lak.

Ok, semalam selamat beli 3 benda. Oh ya, lupa. Beli gak pasir hitam dan pasir berbaja. nanti2 nak tanam bunga lak. Lps bukak puasa lah. Hihi. Entah jadi entah tdk.;P

Advertisements

DULU DAN SEKARANG

August 27, 2008

Kalo dulu, ini pemandangan depan rumah kami. Rumah baru kt belakang tu nampak atap jek. Orang tak perasan pun kami buat rumah. Hiks. Dinding yg bercat kuning tu kedai runcit MIL.

Rumah papan yg sudah uzur.

Ini pemandangan rumah sekarang. Rumah papan kt depan tu kami dah robohkan. Baru sekarang orang perasan rupanya ada rumah kat situ. Wahaha
Kat depan tu, semalam baru kami tambun kasik sama level. Lps rombak rumah papan tu kawasan depan terlalu rendah. Jadik mcm kolam. Siap itik berenang bagai tu. So, semalam dah siap lamannya. Danish sibuk main lori dan dina laks sibuk nak berjalan jalan. Kalo hujan, wahahaha… lecah teruk nanti. Nanti nak tanam rumput kat depan tu dan boleh letak pokok buah buahan kt tepi tepi nya.

Ni pulak keadaan kedai runcit MIL. Dulu kedai ni sedaging dengan rumah. Bila rombak, tinggal dia je kat tepi jalan tu. Kami kena touch up sikit lg. Baru selesa MIL dan anak2 duduk siang hari.

SENTAP DAN WENG

August 26, 2008

Semalam dan hari ini kv moody. Entah lah. Sidrom PMS kut. Tetiba jek.

Semalam kv jadi panas baran tak hengat. Benda bodoh pun jadik naik angin.

memula tu hubby cakap;

‘mama, jom happy2!”

kv confused!

“Ha???”

“alah, jom lah kluar malam ni. Gi mana2. Tesco ke. Lg pun lauk basah takde ni.”

berkobar kobar suami ku.

Kv pun ia kan aje. Boleh horay2.

Sebelum pegi tu kv siap kan anak2. Naik hangin ngan hubby sbb lepas tgn jek. Suh tukar diapers dina pun tak dapat. Adoiii. Nak menangis kv. Pas tu sesenang jek nak tunggu dlm kete. Kv ni baju pun tak tukar lg. Bila kv marah2 sesenang je dia peluk dan gelak. Arghhhhhh!!!!!!

Nak jadikan cerita, memula pegi lg dina asyik huk hek huk hek. Mengantuk dah minah kecik tu. Suara kecik suara besar semua keluar. Dah la buas tak hengat. Sibuk nak pandu kereta sama. Tension sungguh!

Danish lak takmo tukar seat. Dia dah book seat depan sejak ada adik ni. So kv ngan dina kena dok belakang la.

Dekat2 nak sampai danish hampir terlena. Aduiii…tekanan lak nk bagi dia takmo tido. Dina plk asyik meraung.

Sampai je, park kt luar. Dekat pintu kecik. Danish lah menangis kaki dia semut2.

Dina dh ok bila sampai. Kemaruk nak berjalan budak tu. Menurun sapa lah tu?

Kt tesco ramai giler org. Federal kan gaji semalam. Menyesal setuju keluar.

Memula tu cari buku untuk dina. Dia kan minat ‘membaca’.

Pusing cari benda2 lain gak. Nak berjalan pun susah. Terhimpit himpit. Huhu

Pegi kt area basah, penuh org. Tekanan lagi. So, cancel nak beli lauk basah.

Danish lak nak hotdog goreng. Siap nak menangis bagai tu. Kv pun gi lah try nak beli. Penuh org berkerumun area tu. Lama betul cashier tu. Mcm baru keje je. Dina laks mula meragam. Ah, sentap.

Kv pi cari hubby suh beratur. Hmm…org makin ramai. Kv plg benci membeli kt kelantan ni nak2 kalo tempat2 baru. Kenkonon canggih lah. Pakcik, makcik, tolonglah jaga tingkah laku. Jgn la sesedap rasa je nak potong Q. Nampak sgt kita tu jakun tak hengat tp berlagak tau. Masalah nya plk, budak penimbang dan cashier (bukan cashier kaunter dpn tau) layan pulak. Ada sekali je kv jumpa budak penimbang yg tegas suh beratur. Yg lain mmg hampeh. Pernah sekali kena marah ngan hubby.

So, kejadian begitu berulang lg semalam. Tambah tambah lg dina buat hal. Kv pun buat isyarat kt hubby suh letak je barang tu. Lantak la danish nak menangis ke hapa. Mmg kv dah sentap.

Kv ckp ngan hubby, ” Stop! Gi bayar apa yg dah ambik dan kita balik sbelum mama meroyan!” Hubby pun angguk je.
Singgah beli fish ball utk danish kt food court dan balik.

Sepanjang jln balik tu 2 kali kami hampir eksiden. Sekali ada kete potong Q tp hampir kurang lps dan cuba selit kami. Mmg gila pemandu tu. Kv sumpah dia eksiden sensorang.

Kedua, kt traffic light pasir tumboh. Bukan kami kt dpn, tp mat rempit tu tetap gatal (bukan lane kami) Hampir2 terlanggar depan kt situ. Pukimama punya mat rempit. Aku sumpah ko mati katak terlanggar tiang. Grrrrrrrrr!!!!

Dah terbayang, kalo terlanggar tu mmg haru la. Dah la dina meragam tak hengat. Nak tido tu mmg satu penyiksaan kt dia. Ah, tekanannya!!!

Dah sampai rumah baru mood ok.

Makan ubat selesema dan tgk tv.

Tido plk dina asyik terjaga dan menangis. Bogelkan baju dia baru boleh tido. Mmg tak blh tahan dah ni. Kena pi beli ekon la! Tido pun tak lena.

Sedar2 subuh tadi, tekak kv perit gegiler. Macam terbakar gitu. Sampai termuntah muntah. Punya lah kering. Minum air dan makan gula2 pun tak jadi.

Dah la pagi hubby cuti dan nak guna kereta. Terpaksa car pool ngan opismate.

Hari ni 2 kali kv bantai tido. Mengantuk giler dan weng2. Terasa melayang layang gitu. Tekak sakit, perit dan kering.

Balik nanti kena naik bas sbb ofismate yg kv tumpang tu dah blah. Ada hal kt kota bharu. Tak masuk ofis dah.

Oh, aku dlm tekanan!!!

SATAR DAN OTAK2

August 25, 2008
Satar

Otak2


Satni, hubby balik dr besut. Bawak balik menda alah ni utk kv. Wah, dah lama tak pekena satar dan otak2.

Teringat sungguh kenangan zaman bercintan cintun dulu. Mesti gi dating kt besut. Pastu makan satar dan otak2. Oh, heaven sungguh.

Wah, kenangan mengusik jiwa lah!!!!

Dulu kan, takut nak bercinta depan2 sbb ‘bergewe’ satu ofis. So kluar pd hari minggu je lah. Nak dating tu, kv bawak kete sampai bandar. Park kat satu tempat, pindah naik kete hubby (masa tu pakwe). Sekejap je rasa, dh nak gelap. Terpaksa balik. Karang aku kena babap montot ngan mak aku baru tau.

Kenkononnya mak tak tau la yg kv ni kluar dating. Wahaha..nama lg org tua. Dia yg makan garam dulu kan. Tau takpe!

Lps kawen tu terus peknen kan, langsung takde masa dh nak pegi besut. Kalo pegi pun time lunch hour ngan kenkawan ofismate. Bukan berdua ngan hubby. Hmm… tak sama. Entah bila boleh ulang saat2 manis mcm tu.

Tp hubby ckp, kedai2 yg selalu kami lepak dulu dah takde. Td pun dia beli kt kedai lain. Rasanya ok lah. Boleh tahan. Tp satar tu manis skt. Tak soookaaa!!!

MAJLIS BELAH LELAKI

August 24, 2008

Hari jumaat persiapan untuk kenduri. Gambar tak snap. Byk keje sgt sampai lupa nak bergambar. Rugi sungguh.

Hari sabtu, majlis kenduri sebelah lelaki. Belah kami lah tu. Jam 11.30 tetamu dah mai. Nasik pengantin pun belum siap lg. Letih meks.

Dina laks meragam. Dia demam selsema dan batuk. Bila bagi ubat terus dia meragam. Agaknya tubuh dia letih penat kut. Lain kali takleh bagi ubat demam selsema. Sbb dia jadik weng. Kena bagi ubat batuk jek. Dh ptg baru dia nampak ok dan siap main. Hihi. Dah boleh berjalan. Agaknya excited ramai geng kut. Tp masih belum pro lah. Yay! Go adik go! Chaiyuk!! Nanti boleh ambik video dia jalan.

Wokeh, masuk cerita kenduri.

Apa2 hal pun bergambar harus lah. Wakaka. Menyampah org tgk kami agaknya. Masa ni dina dah selamat tido. Selamat aku.

Posing lg.
Antara hadiah untuk pengantin.
Hidangan kat meja pengantin.
Kami tgh menunggu rombongan sampai. Harus bergossip dulu.

Meja pengantin.
Khemah belah pompuan. Belah lelaki tak ambik gambar.
Wah, rombongan dah sampai.
Nampak tak pengantin perempuan tu.
Salam suami yer!
Posing dulu sblm naik.

Posing lg.
Geng kompang. Bersemangat betul.
Bergambar kat pintu gerbang.
Kekanak ribena menyibuk sama.

Bilik pengantin pompuan. kami hias sendiri. Sakit pinggang aku panjat tangga. Wahaha… dah org lain body ‘best’, tak kena paksa naik tangga. Kv lah g kena panjat. Seb baik tak terpotong leher kena kibas dek kipas siling. Huhu. Oh, lupa, cermin meja solek hancur berkecau dikerjakan akak kv. wahahaha. Pucat nak pengsan dia, Kesian sungguh. Bukan cermin tilik. Cermin meja yg boleh taruk alat make up tu. Tp tak perasan sgt kalo cermin tu takde. Dah lah bilik pengantin kt tingkat atas. Penat naik turun tangga tau. Gambar pengantin kt bilik kv tak snap. Sbb keluarga pengantin pompuan penuh.

Kami posing kepenatan. Fuh!!!

Wajah sememeh irdina maisarah bagun tido. dah nak malam baru pulih dari ‘weng’. Kesian lak kt dia.

Mlm pulak acara makan2 keluarga dan bukak hadiah. Hall yg besar tu penuh dgn kami2. Gege riuh. Tp best sbb time raya pun tak boleh berkumpul gini. Sayang sekali gambar kv tak snap. Nanti kv mintak ngan kakak dan anak2 buah. Boleh ost kt blog.

Anyway, 29 november ni, ada satu lg kenduri yg perlu kami tempuhi. Anak kedua abang sulung kv. Majlis bertandang kat melaka. Fuh…masakkkkk!!!!

Kata keluarga besar kan!

Alhamdulillah..majlis kali telah selesai dgn jayanya. Syukur.

BERTANDANG KE RUMAH PEREMPUAN

August 24, 2008

Hari khamis lak acara berarak ke rumah pengantin pompuan. Belah pagi tu kv singgah ofis dulu sbb nak gi pasar minggu beli buah. Pasar minggu kan depan ofis kv sajourk.

Sampai rumah akak, masing2 dah ada tugas. Kv lak ditugaskan buat pulut semangat. Pes taim ‘ara’ pulut ni. Kukus nya anak buah kv buat. Ahahaha

Pastu sambung gubah buah. Dan masak makan tgh hari. Dasar tak boleh lapar kan, harus lah kena lunch kt rumah dulu.

Pukul 3 baru semua mandi2 dan bersiap. Jemputan dah penuh. 3.30 semua dah ready. Alah, sepelaung jek rumah pengantin pompuan dari rumah kami. Seberang jalan jek.

Apa2 hal pun, poisng dulu. Ekekeke

Masing2 posing tak nak kalah nih. Kalo u ols perasan, anak2 buah kv lbh tinggi daru kv tau. Harus lps ni byk kenduri kendara kena buat. Fuh!!!

Ok, dah start jalan.

Kv dan anak buah. Sempat ‘mengumpat’ tu.

Pengantin dipayung kan. Panas weh!

Dah selamat lintas jalan.
Dah sampai kat rumah pengantin pompuan.

Posing dulu sblm makan. Ahahaha
Maksu tersandar kekenyangan. Wakakaka
Ni gegambar lps makan. Kv tak makan pun. Dah full masa lunch tadi.

Boring nunggu pengantin dok posing. Kami pun malas dah, panas lg. So, tukar2 dulang dan siap nak lintas jalan. Balik daaa.

Sebelum melangkah balik, peri2 posing dulu. Jgn gelak tgk hantaran tau. Tu hantaran pompuan utk lelaki. Hampeh jek.

Tolak yg baju bru tua (peknen). Hanya yg tu kakak kv. Yg lain2 tu anak2 buah ku. Masak lah ngan kenduri nanti!Pelamin. Hijau dan pink yg hmmmm… no komen!

Sampai kt rumah masing2 ‘kerjakan’ hantaran. Gambar lupa nak snap sbb dh letih.

Lg 2 hari perlu ditempuhi.

AKAD NIKAH

August 24, 2008

Ok, mula cerita dgn mlm akad nikah. Hari rabu malam khamis. Keluarga pengantin pompuan menyewa dan tinggal kt kampung kami di pasir puteh nun. Sbb tu memula tu kv ingat akad nikah buat kt p.puteh sbb kenduri belah dorang pun kt pasir puteh.

Seb baik kv tak terus pi pasir puteh. Kak M bagitau majlis akad nikah wat kt masjid Gunung. Dekat dgn rumah tok sedara pengantin pompuan. So, dekat sgt lah ngan kampung hubby (rumah kv n co lah). Kami pun tunggu dekat masjid tu lah. Rombongan lain belum sampai. Azan isya’ baru dorang sampai. Terus solat dulu.

Lps solat, abg kv turun pakai sampin. Dan kami pun touch up sket wang hantaran atau kat kelantan kami panggil ‘duit belanja’.

Pengantin tgh pakai sampin.

Wang hantaran dlm album jugak rantai dan cincin emas.
Sebelum naik masjid. Anak buah dan hubby antara tukang bawak dulang.Kakak kv tgh final touch up cincin.
Kekekeke… tak sah kalo tak posing dulu.Kami tgh menunggu akad nikah berlangsung.

Upacara akad nikah. Sekali lafaz, maka sah lah abang kv dah selamat menjadi suami org. Ada hubby ambikkan video, tp kv malas nak upload dlm blog. Layan gambar pun boleh lah.

Wah, pengantin dah tak sabar2 nak sarung cincin ni. Masalahnya, belah lelaki jek bawak cincin, belah pompuan takdak. Huhu

Posing berdua.

Bergambar sebelum turun dari masjid.

Adik beradik kv. Dulu 8, kini tinggal 6. Semoga takde perpecahan antara kami. Insyaallah.
Keluarga sebelah perempuan. Yg pakai baju hijau tu wali (adik pengantin perempuan).
Eh, ada lg gambar pengantin posing.
Tok imam dan saksi.

HIks, acara posing 2 dulu sebelum berangkat balik.


Jamuan makan lps nikah kv tak pergi. Sbb nya? Buat kt pasir puteh nun. Dh tgh mlm sgt kami nak harung. Yg lain takpe lah, on d way balik rumah masing2.

Balik rumah, goreng telur mata cicah kicap. Dan tidooo.

Alhamdulillah selamat satu acara. Yg plg penting tu.

Lg 3 hari perlu di harungi.

JEMPUTAN WALIMATUL URUS

August 20, 2008

Tarikh: 23 ogos 2008

Hari : Sabtu

Lokasi : Rumah Tn Hj Napi dan Hjh Kasmah (my kakak)
No. 80, Kampung Telosan,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan

Acara : Kenduri kahwin menyambut menantu.
Abang kv kawin. Huhu

Buat semua kawan2 yg ada masa dan kelapangan, dijemput dengan hati yang ikhlas, datang ke rumah kami makan nasik gulai kawah (menu org kelantan kawen gitu lah).

Maybe besok tak sempat update (mana tau ada masa belah pagi)
Mlm ni akad nikah. Kv terus tunggu kt masjid je lah. Tak jauh dr kampung hubby.
Besok, majlis bertandang ke rumah pengantin perempuan.
Sabtu, kenduri belah lelaki (rumah kami lah tu)

Pd yg kurang faham, mak dan ayah dah takde, so kakak kv jadi galang ganti. Majlis buat kt rumah dia, ok.;P

SALSABILA

August 20, 2008

Alhamdulillah. Isnin lps kv sempat la menziarah baby kak bie. Salsabila.

Before gi tu sms koling2 dulu kut2 kak bie dok kt rumah MIL dia ke apa kan.

Hadiah yg kv beri kt salsabila.

Kak bie di samping salsabila.

Baby salsabila.

kami sesama.


Tak sempat pun borak panjang. Dina meragam nak tido. Danish lak sibuk nak balik. Hmm. Insyaallah ada masa jumpa lg ye kak bie. Hehe

HARI AHAD – PETANG

August 18, 2008

Lps pasang piring esteruk, kami kluar pi jalan2. Saja bawak anak, tp tatau nak pegi mana. Last2 melencong ke kb mall lah. Dah 7.30 masa sampai tu. Terus gi restoren ayamas makan nasik ayam emas. Hihi



Best sunggu tgk anak2 makan dgn penuh kusyuk. Rasa lapang jek hati. ;P

Pastu gi watson beli clipper. Dh panjang mcm kuku hantu kuku danish. Clipper tatau simpan kt mana.

Balk rumah mandi dan solat pastu ada tetamu dtg. Ziarah rumah baru katanya.

Seb baik dna tido awal mlm td. Best la dpt tido awal getek!!