Archive for September, 2008

SEHARI SEBELUM RAYA

September 30, 2008

Assalamualaikun. Yuhuuu…hari ni pun kv masih lg dtg keje tau. hik hik. Gigih tu!

Tgh hari nanti kv nak balik ah. Kv suka dtg keje hari terakhir ramadhan. Ofis kv kan depan pasar je. So, ada masa kv curi2 masuk pasar tgk org. Mcm2 gelagat manusia boleh tgk. Yg ok, yg ko. Yg pecah perut, mcm2 ada uols. Suka je tgk. Kdg2 gelak sorang2. Jahat betul.

Masa ni, peniaga mmg taruk harga kaw2 punya. Ambik untung lebih setahun sekali weh. Bila lg kan. Nak tak nak org beli gak. Hampeh!

Antara gambar2 yg kv sempat snap. Layan.

Ni masa masuk pasar basah, bahagian daging. Nak celah pun tak muat tau. Punya lah ramai org. Daging dah habis. Ingat nak buat stok lps raya. Hampagas tul!

Cuba teka apa benda tu?

Pasar daging.

Suasana dalam pasar. Ramainya manusia.

Mercun rancak dijual di sana sini.

Org ramai tgh pusing2. Termasuk kv menyemak sekaki. Hehe

Bawak anak kecik pun sibuk sama. Kalo kv, mmg tak bawak ler. Rela aku tak membeli dr anak panas bersesak gitu.

Biskut raya masih penuh meja weh! Kalo tak habis, kat mana depa taruk yer?

Pak haji berkopiah pun beli mercun gak wei!!

Anyway, happy eid mubarak to all my frens. Maaf zahir batin.;)

Bai, nak balik dah ni. HIhi

SELAMAT PULANG

September 28, 2008

Tag line yg tersohor minggu ini kalo anda lihat dimana mana simpang dekat kelantan ‘SELAMAT PULANG ANAK2 KELANTAN DI PERANTAUAN’. Dulu2, masa dok blajar kt johor, bila tgk banner gini kt mana2 mmg rasa bangga sungguh. Bangga dpt balik beraya di kampung. Huhu

But now, tak kisah lah. Dah kerja dan duduk kt kampung. Cuma hari ni kv dah merasai suasana bersesak di pasar. Nak lintas jalan pun berjam tunggu. Ramai giler org balik beraya yer.

Salah satu banner yg kv sempat snap. Sori, gambar sikit blur.

Oh, ya! Semalam kv sempat berbuka puasa kat luar. Takde arah tuju. Last2 gi food court tesco. Bukan tak mengidam nak makan kat tempat2 yg best. Tapi masalahnya, irdina maisarah tu tak boleh dikawal. Kalo kt foodcourt, kv taruk dia dlm troli. Senang cerita. Haha

Dina kena kurung dlm troli.
Tgk tu, sempat lg nak capai air.

Sebelum berbuka, kv bawak dorang main2 rides yg ada kt tepi tu. Sakan lah dorang layan perasaan.

Ni menu kami, ringkas je. Nasik clayot utk dina ngan danish. Kami lak order nasik ayam sizzling sos lada hitam. Sedap sungguh.

Hihi…ni yg 2 hari lps. Pun kami berbuka kat food court tesco gak. Masa tu nak beli brg dapur.

Lps tu terus balik rumah. Hubby pasang lampu lip lap. Akhirnya bercahaya jugak setelah beberapa kali asyik tertangguh nak gantung.

Pastu main bunga api. Syok sungguh. Bunga api stadium ada, naga boro ada, telur naga ada, mcm2 ada. Wahaha..nama tak boleh blah okeh! Sendiri taruk.

Ok lah, di kesempatan ini juga, kv n co nak ucapkan kepada kawan2 blog selamat hari raya aidilfitri 1429H. Maaf zahir dan batin kalo ada tersalah cakap, terkasar bahasa. Mungkin ada yg kv tak perasan.

Dengan ini, secara rasminya kv nak jemput semua kenkawan datang beraya kt rumah kv pada 4 oktober 2008. Hari sabtu. Menu nya takde lah best mana. Gulai kawah campur umbuk kelapa, ayam masak merah, solok lada, acar jelatah, ikan kering, agar2, dan akok. Itu saja. Masa nya 12 tgh hari hingga 6 petang. jemput datang tau. Kalo tersesat ke apa ke, sila roger2 kv kat 012 – 9520323. Nanti jumpa kat rumah kv yer!

PERSIAPAN RAYA

September 25, 2008

Kv ni kdg2 suka buat persiapan last minit. Tatau kenapa. Punca utama, malas. Huhu..ntah bila lah nak hilang.

Minggu ni benornya byk benda nak buat. Tp separuh baru lesai. Perabut dah gi beli, tapi tak bersusun lg. Puncanya, kv demam selsema yg teruk. Hampir2 tak boleh nak puasa. Alhamdulillah, Allah beri jgk kekuatan utk kv bertahan. Selamat puasa aku. Hihi

Tgk tu, sofa bersepah sepah tak susun lg. Siap berbungkus plastik tu! Mula2 tu angkut sofa lama letak kt ruang menonton dan master bed room. Lps tu alih meja konsol yg berat nya aduhaiiii…kv nak fengsan uols! Sungguh. Pastu mmg tak boleh dah. Tak larat.

Kononnya nak sambung belah mlm lps buka puasa. Tp bila dh mkn ubat selsema, faham2 je lah. Mata ni langsung tak boleh nak bukak. Aduyaii

Tapi, seb baik pekerja kedai perabut tolong letakkan meja makan kat tempat yg sepatutnya. Selamat sikit tenaga aku. Huhu

Kabinet dapur dan dinding adang pun akhirnya dah siap di pasang. Tension menunggu tau. Sampai kan pengasuh dina perli, katanya, sampai raya pun dah tak siap kabinet rumah adik.

Kv gi jugak ssf. Kenkononnya nak beli bunga yg telah siap di gubah. Mak aii…berpulun bijik mata memandang tag rege nya. Mmg lawa giler, tp rasa tak sanggup lak nak kluarkan pitih. Hubby dah beri lampu hijau, tp kv rasa tak sampai hati la. Tak jadi beli. Aci tak takde bunga bagai raya nanti?

Lawanya. Huhu…


Pas tu kenkononnya nak gubah sendiri. Ptg semalam gi lah pkt pasir tumboh, Huh…6.30 pak guard dah katup gate. Aduyaiii…

Oh, karpet tak beli lagi. Jalan dah mula jem. Hohoho..wa tensyen!!

Oh ya, rumah kv dah pasang pelita tau. Semalam pun siap topup lg pelita. Mlm ni mesti lg meriah. Lampu lip lap baru sangkut separuh. Lagi separuh malam ni. Nanti dah ok, kv snap tempek dlm blog.

Tatau la, siap ke tdk apa yg kv nak tu. Huhu

ENTRI LAPUK

September 24, 2008

Pertengahan puasa hari tu kv sempat ke pusat pendaratan ikan bagi perahu2 kecil. Atau lbh dikenali dgn perahu balik hari. Maknanya, kluar subuh, balik sblm zuhur. Tempatnya, kg pachakan, dalam rhu, semerak.

Nun jauh di sana pusat pendaratannya.

Dah sampai kt pusat pendaratan. Tgk bangsal2 perahu kt tepi pantai nu.

Ada gak ikan kering tgh jemur.

Lagi pemandangan bangsal perahu nelayan.

Masa ni ada perahu baru mendarat. Kv pun menyibuk sama.

Ada ketam dan udang ketok. Boleh pilih sendiri mana yg nak.

KYROS KEBAB DAN COLEK

September 22, 2008

Semalam kami berbuka puasa kt luar. Benornya ptg tu pi husm nak ziarah kakak kv yg problem dgn kandungannya. Baru 6 bulan satu minggu. Perut dah sakit dan mengeras. Siap muntah2 dan ada tanda darah kt underwear. Kalo kami, tu mmg sign nak bersalin lah.

Tu yg cecepat dia gi hospital daerah, dan hospital daerah terus refer ke husm. Hmm…teringat kenangan nak bersalinkan danish dulu. Masalah kv pun gitu lah. Masih ingat lg katil mana yg kv duduk 2 mlm sblm bersalin tu. Dah la tak dibenarkan keluarga menunggu. Boleh masuk time melawat je. Tension giler.

Kakak kv dah selamat di injek 2 dos utk kembang paru2 baby. Doc kata baby ok, gerakan pun stabil. Cuma kakak kv tak boleh lasak. kena rehat jer. Doc nak tunggu sampai 7 bulan kalo boleh. Harapnya, baby mampu bertahan dan kakak kv pun sama.

Turun dari wad dh dekat nak berbuka. Beli soya tin dgn mesin jek. Berbuka dlm kete. Lps tu baru jalan. Tatau nak makan apa. Last2 gi kb mall. Kyros kebab. Situ jer org tak penuh.

Kami order tak byk sbb dah plan nak makan benda lain lps tu. Hihi.

Nugget tempura untuk dina n danish.

Croissant lamb utk hubby.

spagethi utk kv. Tapi dibantai oleh danish cukup2. Huhu

Dina dah mula buat perangai. Duduk atas meja. Lps tu nak turun. Meronda je keje dia. Dh la batuk selsema.

Tgk tu!!

Danish selamba jer.

Abah tgh sejukkan nugget nak kasi dina makan. Hehe

Siap makan, sambil makan sambil kejar dina tau. Kami pun kluar dari kb mall menuju ke cabang empat cherang.

NI lah akibatnya gara2 menonton majalah tiga. Terasa nak mencuba colek yg masuk tibi tu. Hihi

Masa kv sampai tu Q tak berapa pjg. So, masuk barisan lah jugak.



Best jgk sbb semua dia campur. Ayam, udang, sotong, paru, cucur, keropok, timun, nenas, taugeh dan apa lagi ek. Terlupa sudah. Tp kuah dia cair dan sedikit manis la. Seb baik dibantu oleh kiub2 nenas. Rasa gak masam2. Ok lah, not bad.

WEEKEND

September 21, 2008

Pagi jumaat tu, awal2 lg bersiap nak gi bandar. Nak berebut parking katanya. MIL nak menyoping brg kedai dia ky mydin. Pukul 9.30 (hiks..awal ke tu?) dah full parking nya. Adoi…kena parking blkg pantai timur. Benci sbb tapak parking tu dorang buat tempat jualan borong ikan lps subuh. Baunya sungguh tak tahan. Mcm pasar basah lak.

Dekat mydin sementara menunggu hubby melayan mek dia shopping, kv ngan dina n danish pusing2 tgk barang. Beli songkok utk danish. Tak nak yg kosong, nak yg sulam. High taste lak dia. Tp gambar songkok takmo tempek lg sbb baju melayu dia blom siap. nanti kv tempek bersama. Lama gak kt mydin tu.

Pas tu gi pasar tgk2 lauk. Tp kv tak masuk dlm sbb selipar kv tu konfem licin. Tak nak lah tersembam dlm pasar ikan tu. Memula tu duduk dulu tgk org, tp dina boring lak. Terpaksa la bangun jalan2 pusing. Jumpa makcik jual ikan pari. Tertengok la ada hari ikan pari. Dah lama mengidam nak makan. Terus beli. Baik hati sungguh makcik tu. Dia bagi 1 ringgit je. Moga makcik terus murah rezeki.

Pastu hubby call ajak balik.

Sampai2 je kt rumah, anak buah call bagitau abg long kv dah tolong ambikkan petai kt tanah pusaka (milik kv skrg). So, dorang suh blk ambik. Bila tanya hubby nak ke tdk, hubby ckp kalo jual boleh simpan dlm tabung anak2. Tak pun wat bayar hasil. Atau pun kalo jeruk best jgk. Tp takde sapa pun kt rumah tu pandai menjeruk petai. Huhu…rindunya petai jeruk arwah mak.

Hubby ajak balik. Semangat betul dia. Kami tinggalkan dina ngan atuk dia. Bosan dok merengek nak tido. Baik dia tido kt rumah je. Lepa mata dia, berdesup kami naik kete. Wahaha…jahat betul.

Hubby park kete rumah kak M. Sbb dah nak masuk waktu solat jumaat. Kv jalan kaki je ke kilang masak kak M. Borak2 kt situ ssambil ambik kesempatan mengajak sepupu sepapat dtg rumah kv raya ni. Nanti kv wat en3 khas ajak kawan2 blog lak. Lambat lg nak raya kan. hihi

Pukul 2.30 kami kluar dr rumah akak. Pegi rumah abg tgh, pastu abng sulung, sepupu sepapat lg, terus melencong ke rumah mak saudara (kakak arwah mak). Kiranya ptg tu dah selesai menjemput sedara mara yg rapat sebelah kv. Alahamdulillah sbb dpt jumpa semua org yg kv nak jemput tu.

Singgah bandar pasir puteh jap sbb nak beli peluru pistol. Alah, yg merah2 tu, kalo kita tembak kluar api ngan bunyi sekali. Tak la merbahaya mana. Pistol mmg kalo musim raya, hangat di pasaran.

Balik rumah sampai jam 3.30 ptg. Dina baru bangun. Ahaha. Lama gak minah tu tido.

Rehat jap lbh kurang, masuk dapur. Antara menu yg best hari tu ialah:

Hati ikan pari bakar. Gambar setelah masak malas nak ambik. Bungkus dgn daun kunyit dan daun pisang. Wangi nya aduhaiiii…Before tu taruk garam kunyit. Kunyit tu tumbuk byk2. Best!!!

Pastu, goreng pedas udang ketok. Korang panggil udang ni apa yek. Mcm predator jek. Minggu lps kv dah suruh hubby beli masa kami gi kt pendaratan perahu kecil. Tp hubby takmo (nanti kv wat en3 pasal tu) sbb takut nak makan. Padahal mmg kami pernah makan pun. Tetiba lak dia gi beli masa dlm pasar siti khadijah tu. Rasanya mcm ketam. Sedap. Manis. Walla!!

Hari sabtu, kerja2 mendobi. Hubby lak tolong tukang angkat kayu utk wat trusses bangsal blkg rumah. Tunggu dina bangun tido baru nak kluar.

Nak solat zuhur baru dina bgn. So, pkl 1.50 tgh hari kami kluar. Seb baik cuaca mendung spjg hari. Misinya nak beli minyak tanah dan pelita. Wahaha..semangat nak raya ni. Kv pun ingat nak beli set buffet kaca tu. Ala, yg kecik tu je. Senang nak menghidang time raya.

Lps beli minyak tanah plan terus berubah. Wahaha. Singgah billion dulu. Saja nak tgk org.

Lalu bazaar depan billion. Mcm2 ada jual.


Pastu masuk dlm. Alamak, punya la ramai org sesak sungguh. Danish mintak beli kan dia wafer. Lapar lah tu.

Tu tgh syok makan.

Nampak tak leher baju dia yg gelebeh tu. Tension kv tgk. Semua baju dia jadi mcm tu. Salah mama dia lah, malas nak basuh pakai tgn. Bila basuh mesin herot petot abih semua. Huhu.. Masa mula2 dia pakai tak perasan, bila dh jln2 tu baru nampak gelebeh tu. Kena beli baju lain ni.

Dina masa kt billion.

Abih shopping kt billion, ingat nak terus gi pasaraya ten ten nak beli pelita punjut. Seringgit je satu. Murah sungguh. Tapi hubby ajak jalan2 kt kb mall dulu sbb masih awal. Blk rumah pun boring tatau nak buat apa. Layan je lah.

Memula sampai tu cari tiset untk ganti baju gelebeh danish tu. Segan kt org. Jumpa selai kaler merah. Terus gi toilet,tukar baju dia.

Tuu..baru kluar dari toilet lps tukar baju. Hihi

Ayya..nampaknya besar gak leher baju yg baru beli tu. Dah ambik saiz 4 pun. Tak boleh ambik saiz 5 sbb dia kurus sgt. Tp saiz 4 pun dh gelebeh. Ape kes. Mamat ni kurus sgt la.

Pastu pusing2 jalan2. Ramai gak org shopping keperluan raya. Err..tgk iklan kyros kebeb teringin lak nak berbuka puasa kt situ, tp awal sgt la. So tak jadi. Nanti2 lah. Byk hari g kan.

Dina happy jek. Asyik tepuk tgn.

Pastu pusing2 masuk pacific. Beli lg brg2. Terasa nak akan eskrem lak. Beli gak. Hihi.

Danish ngan dina dlm trolley. Kemain syok dorang.

Beli pelita baisa kt pacific sbb dah letih nak gi ten ten. Takpe, janji pelita.

Balik tu, 5.30 baru sampai. Lps solat asar, bersilat lak kt dpr. Masak ikan kerapu stim, goreng pedas ketam, bergedil daging, paru goreng. Arghh…penat.

p/s: Takziah utk keluarga sitilina atas pemergian tokpa menemui Penciptanya jam 3.33 am hari ini. Moga terus tabah. Doakan yg terbaik untuk arwah. Al fatihah.

CERITA CUTI

September 18, 2008

Ptg selasa tu kenkononnya nak berbuka kt piza. Bila kol kakak kv, dorang turun lewat. Hmm…apakejadahnya kami nak kluar awal plk kan.

Pkl 6 baru kluar. Koling2, sapa yg sampai dlu, pi booking. Tp, hampeh sbb penuh. Ahaha.. Lps tu tatau nak mkn kat mana dah utk berbuka sbb semua restoren penuh.

Last2, kv cadang beli roti dan air soya. Berbuka dulu ala kadar. Lps shopping nnti baru gi makan piza. Semua org setuju.

Susah jgk nak lesaikan sorang2 punya baju raya. Ke sana ke mari, aduyaiii..mek letih! Danish lak, bila jumpa sepupu2 dia, mmg tak dgr kata dah. Asyik main jer. Seronok sakan, maklum lah, lama tak jumpa kan. Sabar je lah.

Tgk gelagat dorang.

Wajah boring dina dlm baby carrier. Kalo lepas, mmg tak larat nak kutip lak. Senang dok dlm tu. Gilir2 ngan hubby. Hehe

Dah siap semua baju raya, nak beli kasut selipar raya lak. Dina dah mengantuk. Lagi pun dorang nak shopping brg dapur dulu. Kv pun blah dulu lah. Gi beli sandal raya utk dina kt al ikhsan. Nak yg adidas, tp takde saiz kaki dina. Takde choice la pulak. Tension sungguh la.

End up beli cap nike kaler kelabu. Gambar lupa nak snap. Kiranya merangkap hadiah harijadi lah tu. Hihi

Pastu balik singgah beli edlee FC. Makan kt rumah jer.

##################################

Hari rabu, cuti. Hubby kluar gi kedai hardware beli brg2 yg tukang mintak. Kami nak buat bangsal kecik kt belakang. Org kampung, lg2 org tua mmg nak ada dapur kayu. Senang dorang nak jerang air.

Lps zuhur, dlm pukul 2.30 gitu kami bertolak balik kampung. Bukannya jauh sgt pun, dlm 50 minit gitu. Tp jadi lewat jgk sbb singgah kt gerai2 ikan nak beli ikan siakap dan udang. Dah ptg gitu byk kedai yg dah habis stok. Last2 jumpa kt bandar pp gak.

Sampai rumah akak, dorang semua tgh syok tido. Huhu

Bila perasan kv sampai terus bangun. Wahahaha. Kalo tak, aku merajuk nanti!

Dina tido, kv ambik pluang kopek udang dulu. Ting tong ting ting. Sampai pkl 6, byk lg benda tak setel. Kak I sibuk nak kukus puding roti. Pastu gulung popia. Kak M plk sibuk nak panggang ayam kampung. Hihi. Kv sibuk ngan dina. Kakak ipar balik tanak nasik dan buat air karot susu (rumah dorang sebelah menyebelah jek).

6.30 baru goreng ikan. Tak cukup dapur katanya. Pastu kuih tak masak lg. Sos masam manis tak buat lg. Udang hup loong tak goreng lg. Popia pun tak goreng lg. Giler kelam kabut masa tu.

Masa ni tak berapa kecoh lg. Dlm 5.30 gitu. Semua org cool jer.

Budak2 pun tgh main atromen bagai lagih.



Nampak tu, kak M tgh pulun panggang ayam. Masa ni lepak2 lg tau. Hihi

Kv ngan dina plk sempat merayau rayau keliling rumah. Mcm2 pokok ada. Antara yg best..

Delima. Tgh berbuah tu.

Durian sayur @ durian belanda.

Jambu batu.


mmg syok sungguh mlm td. Makan besar keluarga katanya. Kecoh gamat, mcm2 ada.

Menu round pertama, udang hup long, popia udang, murtabak, puding roti, buah mulong (melaka), cendol campur cincau, locong dan sagu. Air lak, air kelapa, karot susu, dan tebu. Lps makan semua tersadai. Mandi dan solat maghrib, sambung round kedua. Hihi

Menunya, ikan siakap masam manis, air asam campur perut muda, limpa dan lidah, otak kerutuk, kerabu kaki ayam, ayam kampung panggang, ulam budu dan apa tah lg. Mmg kv lupa.

Sumpah kv tak dapat mkn semua. Tak larat. Mmg nasik pun 2-3 mulut je. Byk makan benda lain.

Lps tu lepak2 dan solat isya’. Ingat nak sambung makan colek buah lak bila depa balik terawikh. Tp dian menangis bagai nak rak. Tatau kenapa. Panik kami jadinya. Cepat2 bungkuskan lauk utk sahur (tulang masak singgang), terus balik jam 9.00.

Pastu perasan dina popo. Berenti basuh. Lps tu dia lena selena lenanya. Agaknya perut dia memulas kut. Huhu…kesian sungguh anak ku sorang.

p/s: gambar menu dan makan2 tak sempat nak ambik. Sibuk menggoreng dan sibuk makan. Hihi

BESOK CUTI

September 16, 2008

Besok cuti uols. Nuzul al quran. Negeri mana lagi ek yg cuti?

Program besok, bukak puasa kt kampung. Bestnya!!!

Semenjak mak ngan kak N takde ni, kv jarang blk kampung. Hari tu sibuk nak siapkan rumah. Dah tu sibuk pindah rumah. Pastu puasa. Bila bulan puasa, kak M sibuk meniaga pasar ramadhan. So, kalo balik aku sorang je terkontang kanting. Tak nak lah gitu,kan.

Dah la kakak kv yg sorang lg tu (kini hanya tinggal 3 perempuan adik beradik kami) tak boleh balik sbb mertua dia gi umrah awal puasa hari tu. So, hubby dia kena jaga nenek.

Semalam dia sms ajak balik bukak puasa kt kampung. MIL dia dh balik dr mekah. Besok, boleh la kumpul ramai2 mcm dulu.

Mlm ni lak, kv nak join dia bukak puasa kt pizza hut kut. Tu plan awal. Tatau la kut2 berubah nanti.

Benornya dia nak bawak anak2 arwah Kak N gi beli baju raya kasual. Baju kurung dan baju melayu kv dah belikan. So, giliran dia lah plk.

Ok, khamis nanti kv update lg.

Bestnya kalo ada streamyx kt rumah. Huhu..sedih aku!

HENFON BARU

September 15, 2008

Some one special call hubby ptg khamis lps. Huk hik huk hik dorang gelak.

Tetiba…

H: mama!! ada org nak sedekah kan mama henfon. Nak ke?

Kv: Ha??

H: Nokia E51. Nak ke?

Kv : Yg mana ek? Ke E71 (idaman kalbu tu!!)

H: Tak. E51. Dia ckp nipis jek. Hmm…nak ke tak nak ke, bi dah cakap nak. Wahahaha. Ambik je lah. Org bagi free pon. Ahad ni dia suh gi ambik. Nanti bi pegi.

Kv: ye lah.

H: nanti kita tgk kt kedai yg mana E51.

Kv: ok

Benornya, ‘org tu’ kesian kt kv dok pakai henfon sabun ni ha!!!


Dah berabad aku pakai. Tak penah rosak pun. Cuma kv nak tukar baru sbb nak camera yg lbh terang. Senang nak snap gambar sana sini. Kdg2 segan gak nak bawak kluar digicam,kan.

Masa gi kb mall tu, kami cari gak model E 51, tpi tak dak. Yg ada E71 dan E66 jer. darat jgk kb mall ni. So, kami pun cari kt pakcik google. Hahaha. Weh, mahal jugak walo pun kv kurang berkenan ngan pesen dia. Nak E71 jugak.

Kv berkenan giler ngan E71 sbb dia seakan akan black berry. Ni lah akibat terpengaruh ngan siri kardashians. Wahaha. Nak yg kaler putih tu. Huhu..lawa gilerrr!! Nanti nak masukkan dlm wish list. Np5 8g dah tak masuk senarai. wahaha. Tamak tu!

Ni lah henfonnya.


Nipis dan elegan katanya.

Bersyukur lah. Kalo nak kluar kan pitih sendiri, 1k jugak tu. huhu.

Hubby cakap, pakai yg ni dulu, nanti2 dia belikan e71 tu. E51 tu biar dia je yg pakai.

Tp sound dia best gilerr. Kamera pun 2.0 megapixel. Boleh lah kan.

Buat ‘org tu’, terima kasih byk2 sbb masih ingat lg kt kv. Adik mu yg sememeh ini. Wahaha. Makacih, bang! Nanti kita bukak puasa sama2 yach!

SAMBUTAN ALA KADAR

September 14, 2008

Mula nya tak plan pun nak belikan dina kek. Kv dah bersungut dekat hubby. Tp hubby cakap tak payah lah sbb dina belum mengerti apa2. Lagi plk bulan puasa, katanya. Geram betul. Malas nak bergaduh, kv diamkan aje.

Tapi bila di’sound’ oleh pengasuh dina, tau lak malu hubby ku itu. Wahaha. Yg penting gambar kenangan tu kan. Besar besok, dapat lah dina tgk birthday party dia cemana. Betapa selekeh nya. Huhu. Yg penting niat, kan.

Bergegas gi kb mall nak cari kek. Nak gi kedai lain mmg tak boleh sbb hujan lebat giler siap taufan bagai ni dan jem kt kota bharu ptg tu sungguh mencabar jiwa dan raga.

Pusing2 cari kek, akhirnya terjumpa jgk lah dekat kekdai kek cintaku. Selamat. Pastu gi beli menda alah lain utk combined dgn kek tu. Walo pun kelam kabut dan berbuka puasa dlm kete (on d way balik) tp alhamdulillah sempat beli apa yg nak.

Jam 9.00 mlm, jiran2 terdekat (keluarga pengasuh dina dan keluarga sepupu MIL) datang. So bawak kluar kek dan segala menda lain. Terus tiup lilin dan potong kek. Senang, ringkas dan padat. wahaha

Kek yg sempat kami beli. Seb baik ada.

Menu utama, kerang rebus. Pastu jajan je lah. Semua dh kenyang masa berbuka. So, takde menu berat.

Dina excited tgk lilin menyala

Cubaan meniup lilin tak berjaya. Danish yg tolong tiup kan.

Tersengih sengih nak potong kek. Semua org gelakkan dia. Wahaha.

Walopun simple, namun kemeriahannya tetap ada. Hihi

Semoga dina sihat sokmo, berperangai baik, berguna utk agama, bangsa dan negara.