Archive for October, 2008

RUMAH LAWA

October 30, 2008

Semalam, kv berkesempatan ikut ofismate jenjalan ke rumah kawan lama dia. Ceritanya, tuan rumah yg kami pegi ni jiran lama dia lah. Tp opismate kv ni dah pindah dok kampung halaman. Ulang alik keje naik bas lah.

Tapi 2 minggu lg, ofismate kv ni dpt pindah ke pejabat yg dekat dgn rumah dia skrg. So, kalo tak pegi sblm dia pindah ofis, mmg tatau bila la dia dpt berkunjung ke rumah kawan lama nya ni. Kv ni, asal org ajak terus layan. Hihi. Lagi pun boring dow. Tgh hari (lunch hour) tatau nak wat apa.

Bes pegi rumah kawan opismate kv ni. Lawa sungguh. Dengar cerita (walopun dia merahsiakan bila kv tanya) kos rumah ni mmg berjuta lbh. Dekorasi mcm dlm majalah tau.

Terima kasih buat tuan rumah suami isteri, mmg ramah dan mesra sungguh. Tapi rasa segan lak sbb tatau yg dorang ni dah berpangkat datuk dan datin. Kami ni dok bahasa kan akak, akak jer. Haha.

Lps tgk gambar dia tergantung kt dinding baru tau. Huhu

Ni ruang lepak tingkat atas.

Kv menyelit kat situ nak enterframe jugak. Wahaha. Layan je lah.

Bergambar di kolam ikan kap jepun. Arrrkkk… takut jatuh dlm tu.

Nampak tak kan besar2 bagak tu. Geram tgk tau. Lawa sungguh.

Kami posing di ruang menonton. Tp syg, gambar blurrrr pulak dah.

Ruang menonton dan tangga.

Ruang belakang.

Bilik tido utama.

Bilik tidur utama gak.

Ruang menonton dari sudut lain.

Ruang tamu kedua.

Dining hall.

Kolam ikan kap jepun ke ikan koi ek? (mana2 lah). Kat tgh rumah tau. Lawa sungguh.

Kami posing kt ruang lepak sebelah kolam ikan tu.

Kami agi. Layann.. Hihi

Advertisements

MANDI PANTAI

October 30, 2008

Sabtu lepas, kami sempat ke pantai sekali lg. Lg pun petang2 takdak program. Asyik gi kb mall jek. Hik hik.

Ptg tu, pantai irama, bachok takde org sgt. Best la. Kalo jumaat mmg takleh masuk ar. Penuh org berpiknik bagai.



Masa mandi manda tu mmg best. Dina sampai biru bibir mulut kesejukan. Hihi.

Tapi bab yg tak best nya, lps naik tu mmg melekit tak hengat la. Awal2 kami dah bekal kan air mentah utk mandikan anak2. Kete pun penuh pasir. Adoiii…satu lak nak mencuci.

Apa pun mmg hepi bila tgk anak2 enjoy. 😉

U.F.O

October 29, 2008

Ingat tak dulu (dlm en3 bundle). Kv pernah beli belon tiup2 besar bagak ngan harga 6 hengget kalo tak silap.

Berkepam dok kt lemari ofis ni. Dulu masa rumah blom siap, tadek tempat nak letak. La ni baru teringat nak bawak balik. Danish bila dah tgk benda pelik harus la menyibuk. Sampai nak buat keje lain pun asyik dok serabut jer. Huhu… tekanan.

Makanya, kv pun telah memaksa kerah tenaga abah dorang mengepam belon tu. Tatau la bentuk apa. Excited gak. Harapnya tadek yg bocor lah. Kalo tdk, rugi aku melabur 6 hengget tau!

Danish tgh membantu abah dia mengepam bakul tu.

Byk part rupanya yg kena taruk angin. Tekanan encik hubby. Wahaha.

Sementara tu, dina kecahkan air vitagen. Geram sungguh.

Bila tak di beri, harus menangis macam kena dera. Tgk tu!!!! Siap merajuk berguling bagai tau. Tak sempat nak snap gambar!

Pastu pujuk dia bantu abah. Makin bertambah lah tekanan si bapak nya. Kuheh kuheh kuheh..

Masih lg mengepam. Makan masa sejam gak tau.

Wah, dah siap!!!! Teruja. Kami gelarkan menda alah ni UFO. Boleh lah kan? Seb baik tadek bocor. Fuhh…selamat!!

Terus masuk, landing, corner baring dan macam2. Hik hik.

Dina over excited. Takmau keluar tau!

Tgk lah gelagat dia. Nak makan pun dlm tu tau. Satu hal plk nak kluarkan sisa makanan. Arghh…tambah tekanan!!!

Hari semalam (blk keje). UFO tersadai kt situ. Tadek org nak layan dina main dlm tu. Hihihi

Berbaloi lah dgn harga 6 hengget walo pun abah dorang berpeluh peluh nak siapkan. Kikiki

RAYA PERINGKAT NEGERI

October 28, 2008

Ahad lps, jamuan raya peringkat pejabat je. Ringkas dan tah pape. Malas nak upload gambar.

Hari ni plk sambung raya peringkat negeri. Semua jajahan berkumpul di daerah bachok. sEtiap jajahan perlu menyediakan menu yg telah di tetapkan. Kiranya ada mcm2 lah. Kami kena sediakan ketupat dan rendang. Senang jer. Ketupat tempah ngan makcik kedai. Nak berapa ratus bijik, sediakan duit jek.

Gambar tak ikut aturan k. Layan je lahh!!

Masa ni dah penat dah. Tak muat perut dah. Letih banget.

Pengunjung tengah berkerumun antara gerai2 yg ada kt situ. Plg best rojak buah. 2 kali kv tambah tau. Hihi

Ni lah gerai kami. Plg simple.

Masa ni baru sampai, tgh kemas meja.

Apa2 hal pun posing dulu. Ekeke

Layannn..

Ni pun tgh siapkan meja.

Geng pakai baju melayu tu, gerai dorang ada nasi kerabu. Tak sempat nak makan kenyang sesangat.

Menu lain pun byk. Satey, mee kari, lemang, gulai kawah, roti jala, puding segala mcm, nasik dagang, laksa dan laksam, apa lagi ek. Lupa daaa..

Air yg plg istimewa disediakan oleh tuan rumah ialah air kelapa. Bergelas gelas aku togok. Hihi

Setiap jahahan kena sediakan wakil utk persembahan. Kami upah anak staff je. Takde sorang pun yg layak naik pentas. Wakaka.

HANTU AIS

October 26, 2008

Kv tau, ais mmg tak elok untuk budak kecik. Sila salahkan kv okeh.

Tapiii..kalo time makan, harus la serabut nga dina asyik dok mintak ais. Tgk tu. Nak makan pun tak selesa tau. Bising ngan dia jek.

Dah bagi baru aman tenteram sket nak makan. Hik hik

Kat bawah ni aksi2 dina bila dapat ais. Syok jer. Abis satu, mintak lg. Kalo tak bagi, mmg kecoh la dapur tu. Huhu

Mmg hantu ais betul la!

PETANG SEMALAM

October 23, 2008

Cuaca mendung jer ptg semalam. Tp tak hujan. So, danish n dina apa lagi. Main je lah keje dorang!

Ni antara aktiviti dina.

Hambat (kejar) ayam.

Atau pun jenjalan tepi longkang. Bahaya sungguh. Kena cepat2 beli ms grating tutup longkang ni!

Pastu, dera kucing.

Bila tak bagi, menangis mcm kena dera!

Bagi cium baru ok. Kesian anak kucing takutkan dina.

Pastu main batu (crusher run). Siap duduk landing baik punya.

Kutip bunga rumput.

Muka hepi jek dpt main.

Ni plk, aktiviti danish.

Main helikopter tarik ni.

Maaf kan danish yg tak berbaju tu. Hiks.

SUATU PETANG DI TEPI PANTAI

October 22, 2008

Suatu petang tu, ketika dina asyik beronar, kami takde arah tuju. Pusing punya pusing, ke pantai kami mendarat, Hihi

Pemandangan.

Makan lok ceng.

Tgk org main paraglider.

Cubaan basuh tangan.

Paraglider lagik.

Dina siap duduk dah.

Wah, hepi semacam jer!

Danish join sama.

Dina dah bukak baju sbb tak bawa baju spare.

Dina teringin nak join bebudak lelaki main pasir.

DILEMA

October 21, 2008

Amaran : Entri kali ni pun mungkin agak sarkastik jugek. Layannn…

Bagi yg tak tau, kerjaya kv now biasa2 jer. Senang ckp kuli. Walo pun pernah masuk u, tp kv belajar takat diploma jek.

Kebetulan tgh sibuk nak sambung degree, kv dpt offer keje ngan state gomen. Tapi, bukan kelayakan kv yg sebenarnya. Rendah skt la, cuma skop keje tu mmg kena la dgn apa yg kv belajar.

Masa tu, dilema nak pilih keje atau further study. Tp bila mikirkan mak ayah hanya keje kampung. Lg pun kakak kv tgh nak habiskan degree dia. Kv pun keje lah dulu. Dlm keje pun blh sambung study, kan. Dah la masa tu susah nak dptkan keje. 1999. ekonomi gawat uols.

Dah hampir 9 thn kv keje. Sampai ke hari ni kv tak sambung degree. Satu nya, kv boleh mohon naik pangkat pakai diploma dulu. Keduanya, kv malas nak tinggalkan family (suami dan anak2) di hari minggu atau hari cuti lain kalo ambil secara sambilan. Nak cuti terus pun mmg tak sanggup lah. Lg pun, suami dah beri kv cukup makan pakai semua. Siap boleh menyimpan lagi, apa lg yg kv mahu? Lagi pun state gomen takde jawatan degree utk kakitangan teknikal. Apa guna kv nak sambung degree?

Faktor utama kv sayang tempat keje skrg sbb suasana ofis, rakan sekerja, lokasi. Syg nak tinggal. Rasanya susah nak jumpa kt tempat lain. Dah la tgh bandar, depan pasar. Depan supermarket dan segala services lain. Semuanya depan mata. Dtg keje pun tak tersangkut lampu isyarat dan jem. Lg pun mmg ini daerah kelahiran kv. Senang nak jenguk kampung halaman. Lunch hour pun kv boleh balik.

Tapi, kdg2 ada jgk rasa rendah diri. Kawan2 semua pangkat besar, kv sorang je yg keje kuli. Sedangkan dulu, kv la antara yg terawal masuk u (kawan skolah lah ni). Now, org lain semua dah jadi pegawai pangkat besar, plg leweh pun cikgu yg ada degree.

Ada satu masa tu, kv dpt no kontek kawan. So kv sms la dia. Lama kan tak jumpa. Kami pun chatting la melalui YM.

Kita ni, excited kan nak tau perkembangan msg2. Kv dah tau dia dah keje pegawai (gomen). Dlm setahun 2 ni lah. So, dia tanya kv, keje kt tempat lama lg ker. Siap tanya kv ni jawatan apa, gred berapa. Huhu. Nampak sgt kv ni selekeh jer kan.

Lps tu bahasa kan diri i/u tu. Erkk…sungguh tak tahan. Kv ni siap ber AKU/MU. Sbb mmg kami dah kenal dr skolah rendah. Asal dr kampung, berhingus meleleh, main sungai, gatih basikal dan sebagainya. Tetiba, dah jadi pegawai, siap ber I/U. Oh, meks rasa sungguh terhina. Mentang2 la kita keje kuli. Kerjaya kita tdk gah. Sabar je lah.

Sebenarnya, dah 2 kali kv terima tawaran temuduga untuk naik pangkat. Tapi tu semua dari federal gomen. Kv tak hadir pun temuduga. Sbb mmg kv tau kalo dpt mmg kv takkan terima tawaran tu.

Ramai org mempersoalkan sampai bila nak hidup di takuk lama? Biar lah. Kv tak sanggup nak korbankan masa berharga kv untuk keluarga. Sekali pikir, mmg kv rasa rendah diri. Tapi dua kali pikir, kv takde kekurangan apa2 pun. Makan pakai cukup. Rumah dah ada, kete pun sama. Simpanan utk masa depan pun ada. Simpanan anak2 pun ada. Nak melawa dgn barang kemas ke, henbeg ke, kasut ke, pun hubby selalu belikan. Takde apa yg kurang.

Dan Kv tau, kalo naik pangkat, mesti kena pindah pejabat. Dan tentunya Hubby takkan ikut kv berpindah. Selain dari kami dah ada rumah sendiri, hubby kena jaga mak, atuk dan nenek dia. Takde org lain dah nak jaga. Tu dilema anak tunggal pulak. Lagi satu, dia pun cucu tunggal jgk.

Itu lah dilema kv pasal kerjaya kv ni.

Apa pun, kv bersyukur sbb kv mempunyai pekerjaan. Alhamdulillah.

SOMBONG

October 20, 2008

Amaran : Entry ni sarkastik sikit. Awas bagi yang membaca. Hiks

Soalan nya, ADAKAH AKU SEORANG YANG SOMBONG??????

Alkisahnya, masa kenduri masuk rumah baru hari tu, sepupu kv ada bertanya pasal S (lelaki). S ni ofismate kv. Baru beberapa bulan je bertukar ke pjbt kv.

Masa my sepupu tanya tu, kv ckp la S blom dtg. Sbb kv mmg confirm hubby mmg jemput dia. My sepupu cerita lah yg rupanya si S ni pernah bertanya pasal kv pd dia. Bila my sepupu menerangkan kv ni sapa2 dgn dia, si S ni ckp yg dia tak tau. (Nampak mcm sombong dan berlagak la kut). S ni kamceng kpd adik sepupu kv tu (sepupu jgk lh kan). Dia pun kenal rapat dgn abg2 kv.

Masalahnya, walo pun dia kamceng or rapat or sebagainya dgn sepupu dan abg2 kv, tapi kv tak kenal dia. Bukan tak kenal langsung. Tapi ingat2 lupa. Sbb, masa dia dok rumah sepupu kv dulu pun kv dlm darjah satu gitu. La ni kv dah nak masuk 30 tau! Munasabah lah kv tak ingat dekat dia.

Adakah dia ingat dan kenal kv? Hampeh.

Sbb dr cerita my sepupu kv dpt la conclusionnya yg kv ni sombong la. Berlagak. Mentang pangkat besar dari dia (dgn dia je tau, sbb kv pun keje kuli gak) Maka kv tak tegur dia. Hello! Ko sapa aku nak tegur? Geram weh.

Dekat pejabat ni, dia kejenya ‘lbh kurang’ je lah. So dia takde meja krusi. Lepak kt tepi longkang atau kat surau je. Kalo ada apa2 keje, pegawai akan cari dan beri arahan. Takkan la kv nak pegi cari dia kat surau nak berkenalan. Surau lelaki weh. Pastu takkan kv nak gi lepak tepi longkang ngan geng lelaki semata mata nak gi tegur dia? Lain la kalo dia pompuan. Boleh gak sembang2 kt surau ke, kt bilik air ke kan. Atau pun dia ada meja krusi, sambil2 wat keje tu boleh le berkenalan.

Lps park kete, kami akan lalu blkg dorang lepak (tepi longkang). Biasanya kv senyum je kat dorang. Niat nya, senyum tu utk semua sekali la. Tak sangka plk yg senyuman kv tu tak di terima dan kv di cop sombong!

Lama kv pendam cerita ni sorang2. Last2 terbagitau dekat hubby. Hubby kata, patut ah bila dia gi solat di surau, si S ni akan buat muka dgn dia. Weh, laki aku langsung tak kenal kau tau! Bila hubby cuba berborak ngan dia, dia plk bo layan. Sejak kv cerita pasal tu, hubby gelak jer. Kami pun ignored dia dr hidup kami. Tak mati kalo tak kawan dgn dia pun.

Org lain yg baru masuk keje, takde masalah pun ngan kv. Rancak je borak. Mcm2 crita boleh sembang. Kv layan kan je!

Tak kisah lah kalo korang tuduh kv hati busuk pun. Menyampah tau dgn org yg sengaja cari pasal ni!

Ok, kisah lain lak.

Jugak masa hari kenduri rumah kv tu. Ada la sorang sepupu hubby ni. Lawa jgk. Dan suka melawa. Tapi umur dia tua 5-6 thn dr kami.

Dah beberapa kali jumpa pun, mmg dia suka menyombong. Mentang2 la kv ni huduh. Rumah mak mertua pun rumah papan jer dulu (tp la ni kami dah duduk rumah batu tau. Hahahaha). Eh, mcm la dia org kaya. Tak keje, dok pun rumah sewa. Huhu. So, Kv wat tatau je. Malas nak layan. Lg pun dia bknnya ‘sapa2’ pon. Hiks

Masa dia dtg hari tu, kv dah hulur tgn nak bersalam. Target hari tu, tak kira lah aku kenal ke tdk org tu, janji aku salam dan jemput dorang makan. Hihi.

Dia tak sambut salam kv uols!. mendidih beb! Sabar lg. Agaknya dia excited jumpa sedara mara dia kut. Maklum la, lama tak balik kampung. Tu mungkin yg tak perasan huluran tgn kv, kan?

Bila MIL perkenal kan dia dgn kv, dia wat tatau jer. Kv tunggu gak kt blkg dia. Kenkonon nak bersalam la. Tapi dia wat tatau jer? Adoii…mmg menguji tahap kesabaran meks tau! So, kv pun pusing sambut kedatangan tetamu lain. Lantak la.

Er, kv nak tanya, kalo korang gi majlis gitu, korang tak nak kenal ke tuan rumah nya yg mana satu?

Nak jadikan cerita, sabtu lps kv gi tesco. Dekat escalator, hubby tegur sorang pompuan. Dia escalator sebelah. Kv igt kn kwn skolah dia. Rupa2 nya, sepupu dia yg sombong tu. Huhu

Sepupu dia ni, bila tertengok kv, berubah air muka. Napa eks? Kv pun, mula la berlagak sombong. Malas nak layan sbb dh beberapa kali kv di layan mcm hampeh. Kali ni mmg kv betul2 menyombongkan diri. Lantak lah dia nak mengumpat beratus bakul pon!

Lps jumpa kt level atas, laki dia salam ngan laki kv. Tp dia takdak pun rupa nak salam ngan kv, so kv apa tah lg. Malas aku.

Masa kt dlm tesco pun beberapa kali terserempak ngan dia. Kv wat bodo jer. Anak dia beberapa kali tunjuk kt kv. ” umi, kawan umi!”. Kv wat tatau jer. Dia pulak yg nampak terpinga pinga. Hihi…puas hati aku. Wahaha

Maaf la kalo korang rasa kv jelek ke hapa.

Byk lg la kes yg kv bengang sbb tetiba je org ckp kv sombong. Padahal org tu takde usaha pun nk tegur kv ke hapa. Mebi kv tak perasan ke, pikiran kv tgh ke lain ke. Kv ada masalah ke. Sbb tu muncung jek kan. Mana la tau. Ni tetiba je sesedap mulut ckp kv sombong. Mmg aku naik hantu la. Tapi, takde la mengamuk bagai org gila. Ops!

Ada sekali tu masa kakak kv tgh praktikal KPLI (kv dah keje masa tu dan pakai kete sendiri dah). Kv yg hantar dan jemput dia. tetiba, kakak kv sound kt kv. Kawan dia kata, “cakap ngan adik mu, cer senyum gak sikit. Muka masam jer. nanti takde org nak!” Wah, mendidih beb!

Masalahnya, kv kawen dulu dari kakak kv tau. Aku langkah bendul wei!!! Ha, sapa nak naik stage jawab tu?

Moral of the story, jgn sesukahati menuduh org sombong ke hapa sehingga kita betul2 kenal ngan dia!

Geram siot!!!!

BUKA AKAUN

October 20, 2008

Akhirnya, stelah sekian lama asek dok tangguh, semalam, dpt jgk kv buka akaun simpanan utk anak2. Slalunya kv masukkan dlm akaun ASB hubby @ kv sendiri. Pastu kami catatkan ngan pensil. Hihi. Org bank slalu gelakkan catatan kami tau!

Bila ofismate cadangkan kv bukakan akaun Tabung Haji utk anak2, kami fikir bagus jgk, sbb bonus tahunan telah ditolak dgn zakat. Tak yah nak pikir kluarkan zakat dah duit dorang. Kan?

Suasana kt tabung haji.

Borang2 nak kena isi. Sbb 2 org, menulis pun kejar masa (nombor dah ambik awal2). So, byk benda tertinggal tulis. Seb baik kerani kaunter tu baik hati. Cakap pun lembut jer. Dia tolong betul kan semua. Terima kasih ya kakak kerani kaunter!

Tapi kena gak sedas. Sbb kv penama kan, so dia tanya la, ‘penama ni takde akaun sendiri lagi ker?’ Wahaha. Malu siot!

Takpe, keazaman utk diri sendiri ni. Tahun ni, apa2 pun jadik, harus bukak akaun tabung haji utk diri sendiri okeh!

Buku akaun dorang.

Dpt 2 bijik tabung.

Kat rumah, masing2 berebut nak masukkan syiling.

Dina tak puas hati, nak laaagi byk syiling dari abang dia. Pandai tu!!!

Wah, syok masukkan tabung sendiri.