serawan

Kv kalut sehari dua ni pasal irdina maisarah. Semalam pun separuh hari jek keje bila baby sitter dina call bagitau mulut dina merah2 dan demam. Terus blk sbb nak bawak dia gi klinik.

Ceritanya, Rabu lps dina jab utk setahun. Doc dh pesan, dlm masa 5 hari hingga seminggu dia akan demam. Ok lah, semalam dia demam sbb jab tu lah kut.

Tp ptg rabu lps injek tu, kv perasan mulut dia mcm melepuh. Putih2 dekat bibir. Mula2 tu ingat bibir dia kena getah buah duku ke hapa. Sbb dia suka gigit buah duku. Takmo org kopekkan. Kononnya berdikari lah tu.

Bila dh byk hari tu, kami mula lah risau. Lagi pun dah penuh keputihan tu dlm mulut dia. Sampai ke anak tekak, pipi dalam dan lelangit. Org2 tua ckp serawan.

So, kami cuba berubat cara tradisional. Cari penawar. Tok cu kata, serawan dina ni jenis tak sakit. Sbb tu dia boleh makan apa saja. Kalo yg jenis sakit kaler dia pink atau lbh teruk kaler kuning. Lega lh kami dgr.

Berhari hari dok bagi penawar, ada masa kurang, ada masa bertambah. Risau la! So bawak gi jumpa doktor la plk. Doc ckp mmg serawan plus alergik sbb mata dia syik bertahi jek. Bagi la ubat. Kami tanya jgk kut2 akibat jab setahun tu kan. Mana nak tau kan. Tp doc ckp jab tu takde effect pon. Demam tu mmg sbb jab tu lah. Lega sket.

Balik rumah tu dok pikir, ape benda la yg dia dok alergik tu. Pagi ni hubby teringat yg baru seminggu kami bagi susu mamil gold yg honey. Selalunya yg biasa tu je. Maybe sbb susu tu ke. So, kena beli susu mamil gold biasa lah. Try n error.

Walo pun dia tak sakit tapi bibir dia bengkak dan merah2. Mcm cucuk botox tu. Risau weh. Korang ada cadangan pape tak?

Advertisements

13 Responses to “serawan”

  1. nanonano Says:

    alahai siannye dina,
    get well soon okeh.
    cium sket ! 😮 hihi

  2. Zareda Norman Says:

    dulu masa anak kecik, kalau ulser dalam mulut ni doktor suggest suruh bagi makan eskrem.. serius.. betul tak tipu..

    tapi kak zar harap by this time, dina dha beransur pulih dan ceria smeula..

  3. Intan Rosnitta Says:

    Tak ada cadangan apa2 lah kv… huhu.

    Kalau boleh ikut je nasihat doc & bagi minum air masak byk2.

    Tak pastilah pasal tukar susu tu. Tp selalunya effect dia susah nak bxxxk atau muntah2.

    Moga dina cepat sembuh! 😀

  4. Ungku Nor Says:

    kasik minum air badak letak ribena pun okeh gak Yang..dia panas dalam tu.

  5. pB Says:

    lamo tak dok anok kecik , tok ingat dohhhhh

  6. bat Says:

    heheh tak fenahle pulak anak saya kena ginih.. masa kena HFM itewwari just kena minum banyak air jerk.. n doc ada kasi ubat

  7. KV Says:

    to all,
    my hubby google dlm info sihat pasal MMR jab tu, ada kesan gak utk sesetengah baby. Mcm timbul ruam, kelenjar air liur, mengantuk dan apa ntah. Kv lupa plk.
    Dlm keadaan dina tu, air liur dia mmg berjejeh jejeh, mulut penuh ruam dan mata bertahi. Mungkin sbb tu kut. Tempoh kena tu mebi dlm 7-14 hari.

  8. KV Says:

    err lagi satu, dina mmg setiap masa gigit ais je keje dia.

  9. cendawanintim Says:

    pegi la doctor….takut larat plak nanti…

  10. ibuVouge Says:

    mula iv baca ingatsait kaki tangan dan mulut

    alhamdullillah bukan!

    cepat sembuh ye dina

  11. Aleeya Says:

    get well soon ya..cian dia…

  12. kirana Says:

    mmg jab setahun tu leh demam pon..
    tp yg pasal serawan tu tak tau la pulak..mcm ulser ek?tp usler sakit giler kan..ermm..may be alergik susu la kot..tak leh nk tolong bg idea lah kv…hope dina cepat sembuh dan tak melarat

  13. atty's Says:

    sianya dina..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: