Archive for the ‘anak’ Category

BUKA AKAUN

October 20, 2008

Akhirnya, stelah sekian lama asek dok tangguh, semalam, dpt jgk kv buka akaun simpanan utk anak2. Slalunya kv masukkan dlm akaun ASB hubby @ kv sendiri. Pastu kami catatkan ngan pensil. Hihi. Org bank slalu gelakkan catatan kami tau!

Bila ofismate cadangkan kv bukakan akaun Tabung Haji utk anak2, kami fikir bagus jgk, sbb bonus tahunan telah ditolak dgn zakat. Tak yah nak pikir kluarkan zakat dah duit dorang. Kan?

Suasana kt tabung haji.

Borang2 nak kena isi. Sbb 2 org, menulis pun kejar masa (nombor dah ambik awal2). So, byk benda tertinggal tulis. Seb baik kerani kaunter tu baik hati. Cakap pun lembut jer. Dia tolong betul kan semua. Terima kasih ya kakak kerani kaunter!

Tapi kena gak sedas. Sbb kv penama kan, so dia tanya la, ‘penama ni takde akaun sendiri lagi ker?’ Wahaha. Malu siot!

Takpe, keazaman utk diri sendiri ni. Tahun ni, apa2 pun jadik, harus bukak akaun tabung haji utk diri sendiri okeh!

Buku akaun dorang.

Dpt 2 bijik tabung.

Kat rumah, masing2 berebut nak masukkan syiling.

Dina tak puas hati, nak laaagi byk syiling dari abang dia. Pandai tu!!!

Wah, syok masukkan tabung sendiri.

PERANGAI BARU

October 19, 2008

Hari tu, kv ingat demam dina dah ok.

Tp tgh hari khamis tu, pengasuh dina call hubby bagitau yg demam dina tak kebah2. Terus perasaan aman tenteram jadi kalut.

Tak senang duduk kt ofis, kami mintak blk awal.

Sampai je kt rumah, dina masih tido. Pengasuh dia ckp, demam baru kebah. Tubuh pun dah sejuk. Bangun jek tido dia main elok jer. Tp tak boleh lambat ubat. Mesti tubuh dia kembali panas. Hubby try call Dr Razali. Dr ckp mebi sbb jab setahun tu. Kalu demam tak baik jugak, kena bawak dina gi klinik sbb takut demam musim ni. Kena bagi antibiotik.

Mlmnya, dlm jam 1.30 pg mmg kami panik sbb tubuh nya panas semacam. Tak pernah lg sepanas tu kalo dia demam pun. Tp alhamdulillah dia dpt tido. Cuma kami je la yg tak nyenyak sbb dok risau kut2 jadi benda lain. Kejang ke hapa kan.

Pagi tu awal2 lg bawak dia gi klinik. Doc ckp dia demam tu akibat serawan dah penuh dlm mulut dia. Kv tatau nama saintifik serawan tu apa. Doc ada ckp, tp lupa. Hiks. Senang nya, serawan ni sejenis kulat yg melekat di dinding ruang dlm tubuh. Kalo teruk sgt, kulat2 tu penuh dekat usus, dan makanan tak boleh di hadam oleh tubuh seseorang. Mmg bahaya jugak lah.

So, doc bagi antibiotik, ubat demam (tambah dos), vitamin yg di campur ubat dan gel berubat utk di sapu pada puting dan botol susu dia.

Alhamdulillah dgn izin Allah, lps makan ubat tu, demam beransur baik dan dlm masa 2 hari serawan tu hilang terus. Bibirnya pun dah merah2 mcm pakai lipstik. Dah tinggal kulit nipis. Hari ni dah ok. Mcm biasa. Syukur sgt2. Alhamdulillah.

Tapi kan, bila dah baik demam tu, ada lah perangai baru yg timbul. Setiap masa kerja nya menangis jer. Mcm kena dera! Dlm dok elok2 tu boleh dia menangis sampai kejung (hilang suara). Siap hempas badan, hentak kaki, meggelupur dan sebagainya. Aduhai anak, kalo besar2 aku dah babap dah budak ni. Nak tido bukan main susah. Mcm terseksa gitew!

Mula2 dia buat pernagai tu mmg kami panik gak. Tp kalo dpt turun main kt bawah, atau main air. Ok jer. Siap ketawa mengekek. Siap kejar ayam, main ikan, main basikal, main lori dan makan ais. Tapi kalo naik ke rumah, mesti meraung jer keje dia. Pastu asyik tutup buka tv je. Org lain plk yg tension.

Lps kami dah tau perangai baru dia tu, kami pun malas nak layan sgt. Dah tak panik dah. Pujuk2 pun tak makan saman. Biar lah dia. Menangis mcm kena dera, tapi takde air mata. Cemana tu?

Dina, dina.m Hmm..

HARI AHAD – PETANG

August 18, 2008

Lps pasang piring esteruk, kami kluar pi jalan2. Saja bawak anak, tp tatau nak pegi mana. Last2 melencong ke kb mall lah. Dah 7.30 masa sampai tu. Terus gi restoren ayamas makan nasik ayam emas. Hihi



Best sunggu tgk anak2 makan dgn penuh kusyuk. Rasa lapang jek hati. ;P

Pastu gi watson beli clipper. Dh panjang mcm kuku hantu kuku danish. Clipper tatau simpan kt mana.

Balk rumah mandi dan solat pastu ada tetamu dtg. Ziarah rumah baru katanya.

Seb baik dna tido awal mlm td. Best la dpt tido awal getek!!

DINA TAK SIHAT

June 22, 2008

Huhu… susah hati betul bila anak tak sihat ni.

Asal nya minggu lps dina demam. Pas tu kv prasan gusi dia bengkak. Rupa2 nya dia nak tumbuh gigi kapak. Pas tu dia ok.

Khamis lps, MIL call tanya ubat demam dia kat esbok. Huhu. Terkedu sbb demam plk budak tu.

Pas tu sambung demam on n off. Kami perasan mulut/bibir/gusi/ ada bintik2 berair dan merah campur bengkak.

Ptg jumaat tu mmg menangis je keje dia. Kesian sungguh. Nak pi klinik, semua klinik tutup ptg jumaat. Kena tunggu malam. Malas nak bawak gi husm. MIL saspek dia naik serawan (tatau la org lain panggil apa). Lps ada pakcik tua tu buatkan air tawar dia mula happy dan boleh makan/gigit. Lega rasanya.

Bawak jgk gi klinik malam tu. Tpada doktor ganti. Katanya sbb cuaca panas. Dia bagi ubat oral aid ngan ubat demam. Kalo demam masih lanjut kena bawak pi klinik smula.

Pagi sabtu tu dia ok je. Mmg happy lah. Aktif sampai satu hari tak tido. Balik jumpa someone ptg sabtu (semalam) (besok kv wat en3 ni) tubuh dia dah mula panas kembali. Kami bagi ubat demam dan dia tido. Tp tido nya kejap2 sbb dia bangun melalak. Risau betul.

Mlm td kami berjaga hampir subuh baru dia tido. Tu pun lps makan biskut dan kek. Susu dan puting langsung takmo. Kalo idak mmg payah nak tido kalo tak nyonyot puting. Agaknya dia lapar sbb mlm tu dia tak makan. Sian anak ku.;(

Pagi td baru kv perasan yg mcm nak tmbuh sebatang lg gigi kapak dia. Tp gusi yg belah dah tumbuh tu mmg bengkak habis dan kaler putih. mcm bernanah gitu. Ngeri betul. Tp dia ok jek. Dah tak demam cuma asyik nak berdokong jek.

Bawak pi klinik. Bila doktor check mmg byk ulser kat mulut dia tu. Doc injek antibiotik, ubat tahan sakit dan surut bengkak. Huhu.. sian anak dara ku. Kita yg kena ulser kecik sebijik tu pun pat lima hari baru nak pulih. Ni byk jygak lah.

Harapnya lps ni dina dah tak nak isap puting lg. Doktor pun ckp, bila hisap puting lbh senang nak dpt jangkitan kuman. Kami akan usahan kalo lah berhasil mmg kv happy giler lah. Tapi kalo dina meraung nakkan puting, nak buat macamana kan. Chaiyuk!

Ok lh, kv nak balik la. Sian dina kt rumah. Asyik mintak dokong jer. Takpe lah, asal dia tak menangis lagi. Sedih hati mama n abah.

CUTI KEPUTERAAN

June 11, 2008

Kami dpt cuti 3 hari. Cuti Agung kan hari sabtu, so kena ganti ngan Ahad. Fuhh… bila cuti lelama gini takdak aktiviti nk buat. Dah la kt rumah panas, ruang plk sempit. Nak bernafas pun rasa tak lepas tau.

So, takdak keje lain la, kluar gi kb mall atau tesco. Hanya tempat2 gitu je yg sesuai bawak anak2 kecik. Best gak benarnya walopun boring asyik2 tempat tu je kan.

Mcm2 pesen boleh tgk org2 skrg. Ternganga gak dibuatnya. Ekeke

Selalu nya kv yg dukung dina pakai baby carrier. Tp dah lenguh dan rasa nak tercabut bahu. So, hubby lak ambik alih. Dina ni asal boleh berjalan dan makan langsung tak meragam. Huhu… ikut sapa lah tu?

Tgk apa dik? Muncung jek!

Dah lenguh berjalan harus minum2 dulu. Sibuk mek kecik tu nak minum sama. Kalo tak bagi mmg kecoh la meja makan tu. Hehe

Errr… napa tu?

Pastu acara wajib (padahal tatau nak pegi mana), mesti temankan danish main lego kt level 1 (barang baby). Atau pun naik rides yg mana ada kat situ.

Kusyuk tu.
Adik lak, sambil temankan abg, dia makan lak lego tu. hehe. Sedap ke dik?

BERSANTAI

March 18, 2008

Wakakaka…tajuk mcm le best.

Biasa lah hidup org kampung kan. Santainya kawasan kampung ler.

Ni ha, budak montel tak mo duk dlm rumah.


dok dlm walker tak mo. Terjerit jerit. Mcm wisel. Bingit tau!

Dlm stroller pun takmo. Seb baik pakai safety belt. Kalo dak, mmg jatuh le jawab dia.

Last2 terjerit jerit nk ikut abang dia. Naik kete sorong. Heehe. Budak kampung btul. Benornya mil nak kopek kelapa. Ada jiran nk beli. Danish slalu la jd penunggang kete sorong tu. Bukan je tolak kelapa. Kena tolak ngan dia sekali. Adik pun nk tumpang sekaki. Masa ni sebelum gi tali air kait kelapa. (Err..baju dah tukar lain sbb baru mandikan dia. Berpeluh peluh tu. Doktor ckp kadar metabolisme dia bagus. Kuat bekerja. Masalahnya melekit dan masam selalu. Huhu)

Ni ler rupa tali air depan rumah kami. Seberang jalan benornya. Luas kan tali air ni. Lepak kt sini mmg best sbb anginnya kuat mcm kt pantai gitew. Danish ngan abah dia sronok main wau. Oh, lupa nk snap gambar.;(

Lepak2 kt taki air kan best tau sbb boleh makan buah salak fresh. Petik dr pokok terus makan. Sakit jari jemari ku tercucuk duri. Awww!!

Ni buah salak yg hubby dah pangkas. Nyum nyum

Sesambil tu mil gali gak ubi setelor(keledek) nak buat kuih cek mek. Nan ado. Tak berisi.

Tak dak ubi kan? Eksyen je lbh pokok keledek ni.

Last2 kutip kangkung liar yg tumbuh di darat. Byk betul menjalar. Kalo yg kt dlm air tu errrr geli nak makan.

Best nya kangkung goreng belacan. Hmm..

Itu ler santai bersama anak2. Hehe

MUSIM

February 3, 2008

Hmm.. dah tiba musim demam ek? Dina pun dah kena demam selsema. Agak teruk jgk. Hari rabu lg kv perasan idung dia mula berair. Balik keje ari khamis tu dah tersumbat idung dia. Badan pun dah panas. Tp dia tak meragam sgt.

Mlm tu, hah ambik ko, sampai pagi kami tak tido. 5 minit sekali dia berjaga. Malalak sakan. Dia marah idung dia tersumbat. Lg satu, kami agak perut dia jgk kembung kut. Ptg sblm nya kv tak suap nestum sbb dia sibuk nak tido. Waktu yg sepatut nya makan dia tido la pulak. Kv pun hati kayu betui, terlupa nak taruk nestum dlm susu dia. Aduhai, sian anak dara ku itew!

2 hari cuti (jumaat dan sabtu) kv rasa mcm nak pengsan. Asyik kendong dina jek. hoho..takpe, pengorbanan ibu yer. Demi utk anak2 tersayang. Walau pun ari sabtu tu dia dah tak demam sgt, tp merengek dan meragam, rasa geram nak cubit. Ahahaha..acah je. Bukannya buat pun. Tak sampai hati nak dera anak okes!

Hari ni rasanya dia dah ok. Harapnya ok lah kan.

ABANG VS ADIK

January 17, 2008
Sejak ada dina ni, kv kdg2 terlupa nak manjakan danish. Hehe. Tak sempat kaedahnya. Nasib baik jugak danish jenis tak cemburu dgn adik. Lg pun jarak umur dorang agak jauh.
Kv perasan, bila adik dah selamat tido dlm buai atau baby cot, mesti dia ambik alih meleseh atau pun duduk di riba kv. Mmg la rasa geram sbb baru je nak lepaskan lelah, dia ‘sambung’. Tp bila teringatkan yg dia pun nak bermanja sama, kv pun biar kan lah.
Kdg2 hubby lg teruk. Terus di marahkan si abang. Kv pun ada tegur jugak. Takut kalo2 danish kecik hati dan memendam perasaan. Rosak jiwa dia. Tak ke haru. Hehe
Satu yg kv puji pasai danish yg dia layan adik dgn penuh kasih sayang. Asal adik merengek jer, terus pujuk2 adik. Selalu kiss dan bermain main dgn adik. Bila kita tgk, rasa sejuk jer perut mengandungkan mereka. Hehe (jgn muntah noo)
Tapi, ada tapi jugak. Semua peralatan adik (walau yg baru) mesti kena ckp barang2 dia masa kecik dulu. Kalo tak mesti dia pun suruh beli kan sama utk dia. Bayangkan bila beli rattle dan teether, dia pun nak satu. Haha
Bila lalu depan pusat perubatan annisa’ (tempat bersalin kan dina) mesti dia ckp yg dia pun dilahirkan kat situ. Bila ckp dia dilahirkan di husm, berguling guling takmo. Kena ckp dia pun lahir kat annisa’ baru cool. Haru betui.
Playmat adik pun dah jadik tempat lepak dia nyonyot botol.

Tabung adik pun kena beli jugak dekat dia sama. Padahal dah berapa bijik tabung dia dekat rumah. Nasib baik dia kenal yg dia punya kaler biru dan adik punya kaler pink. Tetapi selalu komplen yg adik punya dah penuh. Dia punya sikit jer. Penat terangkan yg duit dia kami simpan dlm asb. Takmo paham2 jugak. Haha

Sempat bergambar dgn tabung. (abaikan dia yg tak suka pakai baju~suka ikut pesen abah)


Ni pulak apron makan adik. Mesti jugak ckp dia yg punya masa kecik2 dulu. Haha


Byk lg benda2 lain yg kv pun lupa nak snap gambar. Ragam anak2, mcm2 kan?

danish dan adik

August 28, 2007
Pagi ni kv gi rutin check up. Takde benda yg menarik pun. Misi tak scan pun. Geram betul. Vitamin pun kv malas nak ambik. Hmm..
Baby kuat sungguh gerak nya. Senak perut kena cucuk, kena tendang. Sampai abg dia si danish tu selalu tanya adik baby tgh buat apa. Mcm2 kv jawab. Dia geliat, dia menari, dia tido. Danish pulak ye ye jer. Entah dia paham ke tidak. Hehe
Satu yg kv perasan ngan perangai si abang ialah tak nak berkongsi. Dia kan dah terbiasa sorang2. Takde nak syer bagai dgn sesapa. So, bila kami dok usik2 dia pasti dia tensyen. Hik hik..
Baby kot tak nak bagi dekat adik baby. FYI dia masih tido dlm baby kot. Terpaksa la kami beli satu lg. Bila diusik tanya adik baby nanti nak tido kat mana, dia ckp “mama kan dah beli katil utk adik baby, bakul pun ada, tido dlm tu lah”. Mama balas balik ” abih tu, abg danish ak tido kat mana?” Sengih2 dia jawab, “tido atas katil abah lah”. Huhu..dia tido ngan abah, adik baby tido sensorang dlm baby kot tu.
Lagi satu, dia perasan yg bila dah ada adik baby nanti dia dah tak nak nyonyot botol dah. Hmm… boleh caya ker? Kv tanya dia gitu. Sungguh2 dia mengiakan. Segala mainan dan kenderaan dia (walo pun dah tak sepadan) tak nak kasi dekat adik baby. Alasan dia adik baby kecik lg. Tak boleh main.
Hehe..kv ngan hubby mmg suka usik dia. Selalu buli dia. Lagi pun mulut dia tak berhenti menceceh. Penat nak menjawab segala soalan dia. Harapnya, dia boleh menjadi abang yg betanggungjawab lah pd adik dia.;)


Adik baby danish yg berusia 38+ minggu.


Gambar abang danish yg bergaya dgn spek mata tersembul. Tatau la kat mana dia ambil. Dlm kedai MIL kut. 😉

Ni ler rupa dr dekat spek mata tersembul tu. Siap urat mata merah bagai lagi. Haha..mcm2 mainan bebudak sekarang.

Ni video yg hubby ambik masa dia naik kapal terbang masa kat funfair hari tu. Kv try masukkan dlm blog. Tak sangka dpt plk. Hiks

danish dan adik

July 31, 2007

sejak sarat ni, kv mmg tak banyak bergerak kalo kat rumah. Selain masak2 kat dapur dan menonton crita manjalara ptg hari, kv byk landing kat katil dlm bilik. Nak hilang kan bosan, baca novel. Dah berapa kali khatam pun tatau lah. Hehehe

Danish pulak, bila tgk kv rehat kat bilik, dia pun sibuk sama. Apa lg, dgn botol susunya lah. Pastu mainan kereta lumba mesti ada. Yg geramnya, biasanya dia masuk bilik tu, hanya bawak tubuh dia jer. Pastu sibuk mengarah mama ambilkan kete mainan dan botol susu dia. Yg mama ni, bila dah duduk atau baring, kemain payah nak bangun. Sakit badan.

Lg pulak, ada kawasan jajahan takluk masing. Hehe.. Kalo hubby join sekali, mmg kecoh dia marahkan abah dia sbb dah termasuk dlm jajahan takluk dia. Haru betul.

Adik baby pulak, mmg aktif sesangat. Nak2 time malam. Mmg senak perut dibuatnya. Hubby selalu usik baby dan main2 dgn baby. Biasanya danish pun akan menyibuk sama. Masalahnya, kalo danish sibuk nak sentuh adik baby, adik baby akan dok diam. Takde respon. Mcm sengaja nak buli abg dia. Kecoh la pulak jadinya.

Bila kv dok bersungut sakit kena tendang dan cucuk ngan adik baby, danish pun akan sibuk sama marahkan adik dia. Cakap ngan adik baby supaya jgn tendang mama, nanti mama sakit. Pastu keluar lah dialog :

danish: Mama, nanti kalo adik baby ‘keluar’, mama gi spital kan?

mama: yer lah, nanti mama kena gi spital. Abah kena gi skali. Danish tunggu kat rumah dgn mek. Danish tokleh ikut.

danish: ok, tp mama jgn gi lama2 deh, balik cepat2.

mama: ok

Hiks..kv pun tatau dr sapa dia dapat maklumat gitu. Agaknya mil dah bercerita ngan dia kut. Yer lah, nanti kalo kalut2 kv sakit perut, dia pulak sibuk nak mengikut, lg lah kelam kabut keadaan. Harapnya, dia berpegang pd janji lah.

Oh ya, kelmarin kv dok survey klinik atau pusat bersalin swasta. Tgh tgk2 dan banding2 kan antara pakej2 yg menarik. Tp kv tak mendaftar lg sbb takut terpaksa bersalin kat husm jugak. Tp mengikut klinik yg kv survey2 tu, at least buat medical check up sekali jer. Pastu terus boleh masuk labour room. Ok lah gitu, sekurang kurangnya takde la rasa ralat bagai kalo kena refer ke husm.