Archive for the ‘banjir’ Category

MAIN BANJIR

December 3, 2008

Semalam hujan dah reda. Kdg2 matahari terbit jugak. Kdg2 mendung. Tapi kiranya dah ok lah.

Kami pun borink takdak keje nak buat, ronda2 naik motor. Target kami ada satu jalan kampung yg selalu banjir. Kat lain dh surut pun, kawasan tu banjir termenung.

Kebun getah pun banjir uols.

Hiks, air takat buku lali jer.

Apa lagi, danish n dina la yg plg seronok.








Kecebur kecebur main air. Mmg happy lah bebudak kan. Dah lama kt situ kami pun blk.

Tapi.

Kat kaki hubby ada lintah. Tak pepasal aku histeria. Huhu. Geli weh.

Advertisements

SEMALAM YANG BANJIR

December 2, 2008

Semalam cuaca mmg teruk. Tgh hari lps lunch tu, kv kemas apa yg patut. Jalan2 yg biasa lalu tu dah naik air. Dan air makin naik.

Panik giler takut tak boleh balik. Haha

On d way blk tu mmg jalan dah naik air. Byk tempat lak tu. Tapi tetap boleh lalu kenderaan ringan.


Hujan mmg tak berhenti langsung. Lebat dan renyai lebat dan renyai. Gelap gelita. Hubby kata mcm gotun city. Gotun city tu apa ek? Lupa nak tanya dia. Huhu ( Dah diperbetulkan oleh kak ungku dan kak sya ~ GOTHAM CITY~ bandar gelap dlm citer batman)

Alhamdulillah lps gak lalu tempat2 yg kritikal. Singgah beli stok lauk. Mana lah tau kut2 takleh nak kluar nanti kan. Kelaparan kt rumah. Hujan2 ni lapar sokmo.

Bila kt rumah, borink la pulak. Kami gi jln2 kb mall. Haha. Sempat lagik.

Dina pantang jumpa kedai patung.

Jam 6, kami start kluar dr kb mall. Hah, hambek ko, traffic jammed giler babas. Sepanjang jalan mmg sangkut dlm jam. Dah la minyak kete isi skt 2 hari lps kenkononnya nak tunggu mintak turun rege. Buleh pekdah!

Last2 kami ambik u-turn depan balai islam terus ambik jalan SIC ke Tunjong. Risau nak masuk stesen minyak sbb kete penuh jalan.

Masuk jalan Perol tu mmg risau giler. Kut2 jalan takleh lalu kan. Tp tgk takde sigboard amaran kt simpang depan, selamat lah kut. Jalan mmg teruk la. Pecah dan berlubang.

Dah dekat nak sampai rumah MIL call. Risau anak cucu tak blk2. Hahaha

Sampai kt rumah sedang elok azan maghrib. Rupa2 nya rumah pengasuh dina dan rumah tok mek dah banjir.

BERJAGA JAGA

December 1, 2008

Malam tadi hujan lebat giler (hubby yg bagitau, aku tido mati).

Rumah tok mek (yg menumpang blkg rumah kami tu), naik air takat lutut kt dapur dia. Level rumah dia rendah sket.

Rumah pengasuh dina pun, air naik sampai jemuran (pangkin). Maknanya air tu dalam la. Tapi pagi ni air dah ok. Banjir air hujan kaedahnya.

Mai keje, rata2 kawasan lembah dah penuh air. Sungai ke, parit ke, tali air ke. Hujan tak hent2 cuma air dah makin reda. Sbb air dah masuk sungai dan parit dh. Mlm td air terkejut tatau nak gi mana. Boley??

Tapi kt ofis ni mmg kalut sket ah. Semua kena berjaga jaga. Skuad ronda, bilik gerakan dan bermacam lagik. Havoc dan ada sedikit menarik. Wah!!

Macam kv yg dok jauh ni (jauh gak la wei), kena gak berjaga jaga. Nanti dengar demo khabor air dah melintas jalan utama, harus aku kemas apa yg patut dan balik. Karang tersekat dlm banjir kt ofis ni mmg haru la!! Menangis danish n dina kt rumah nun!!

Ni keadaan kt stesen minyak sebelah restoren tempat kv sarap roti telur dan teh tarik tadi. Depan ofis i dah bajir uols!!

Ni pun pemandangan dari seberang jalan ofis kv gak.

Oh ya, walo pun hujan tgh asyik. Semalam kami sempat pi pos ofis. Alah, depan ofis kv ni jer. Claim rebate. Dapat untung 210 hengget. Best gak tu!


Tapi nak shopping apa hujan bagai ni.

Ok lah uols, kv nak ngikut skuad ronda ni.

Nanti kalo sempat, buleh update bagai lagik.

KENDURI DAN BANJIR

November 30, 2008

Semalam (sabtu) abang sulung kv berkenduri. Anak keduanya kawen.

Jumaat kv langsung takleh bangun. Tido sepanjang hari. So, pepagi sabtu dah harus lah kena sampai kan. Dah la hujan dr mlm tak henti2. Semua org basah kuyup.

Sesampai jek, tolong alterkan pelamin. Ni lah akibatnya nak jimat belanja. Keh keh keh. Pelamin pun buat sendiri. Kan senang pi tempah jer. Tak yah pening palo. Huhu

Lps tu tugas kv kembali ke rumah Kak M. Hias nasik pengantin.

Gambar hidangan sebelum di punggah ke rumah pengantin. Hujan mencurah2 tanpa henti. Masa ni air dah naik byk tempat. Huhu

Dah la punggah hidangan dlm hujan. Seb baik takde yg terpeleot bagai. Haha. Pastu harus siap kan meja pengantin la.

Khemah jemputan. Maaf gambar gelap sbb pakai phone kamera yg takdak flash. Dah la hari gelap guguk.


Pengantin lelaki dah sampai.

Pengantin perempuan kluar. Hiks

Posing dudlu sblm duduk.

Gambar tah pape.

Hantaran kedua belah pihak. Sori gambar kelam. Hihi

Tuan blog dan anak2.



Dina tunjuk perut dan danish jadik hantu.;P

Nak balik tu, kena riki jalan yg tak naik air. Punya la jauh pusing, siap kena masuk highway. Ambik short cut tapi hampeh, kena pusing balik sbb jalan dah putus takleh lalu. Hoho. Punya lah jauh mcm gi teganu puloks.

Ni yg kv sempat snap. Yg lain2 tak sempat. Gerun melihat air sungai naik dan arus deras.

Alhamdulillah hari ni banjir dah reda walopun ada hujan skt2.

moral of the story:
Jgn lah berkenduri di musim tengkujuh. Siksa wei!!

BANJIE SEGEGOK

November 23, 2008

Wakaka…segegok katanya.

Tu bahasa kampung kelate.

Maksudnya, tiba2 dan sekejap.

Hari rabu lg dah hujan. Dua hari dua mlm tanpa henti. Ptg khamis tu, Air dah penuh kt kawasan lembah. Naik cecah jalan dh. Byk tempat air dah melintas jalan.

Gambar2 kt bawah ni kv ambik masa on d way blk keje. Kononnya takmo lalu jalan besar (utama) nak elak banjir. Tapi jalan altenatif pun banjir katanya.

Ni jalan gunung – kota bharu. Kg Pauh Lima.





Besoknya air makin surut. Dan surut. Pastu panas, pastu hujan. Hari ni pun mcm tu ler.

Dah musim tengkujuh pun kt sini.

Kesian pulak dekat org yg berkenduri. Hmm..