Archive for the ‘blackout’ Category

CAMPAK

July 8, 2008

Dina demam tak kebah hari tu rupanya nak naik campak.
Kesian dia gatal2. Semalam lps mandikan dia kv taruk bedak.
Rupa2nya takleh taruk bedak sbb makin gatal. Huhu
Kulit bawah mata dia bengkak dan bintik2 merah.
Dah gatal mereyam gitu, harus la asyik merengek jer kejenya.
Sehari dua lg ok lah kut.;)
Doa mama harap dina cepat sembuh.

p/s: malam tadi blackout dari jam 8 samapi 9.30 malam. Tension uols!

ALAHAI TNB

July 2, 2008

Sapa2 pegawai tnb yg terbaca en3 kv ni sila ambik perhatian ya. Hihi

Tatau nk ckp apa dh, nk kata kawasan kv tu ‘darat’ sgt, tak le jgk. Tp, slalu takde karan. Nak2 waktu mlm. Asal hujan berangin skt, harus takde karan. Mcm astro plk jd nya. Tp kdg2 cuaca elok, sesenang hati gak dia takde karan. Huh!

Mmg ikut kan hati geram sgt. Minggu ni hanya satu mlm je yg bebas dr blackout. Mesti la kalo jam 8 mlm gitu, harus mula beronar. Mlm td dibantainya takde karan jam 1.30pg. Tgh sesedap tido, jadi lemas mcm terkambus gitu. Mmg kv phobia dgn suasana tu. Cepat2 hubby gagau henfon, nk kasi cahaya skt br senang nk capai torchlight kt mana.

Dan2 tu jgk dina meraung sakan. Adoyaiiiiii. Tensyen beb. Kita ni panas membahang, walo pun hati menggelegak geram, boleh gak bersabar. Tp budak kecik yg umur blom setahun apa la yg dia tahu. Suasana sunyi sepi tu jd kecoh dgn teriakan dina yg berpeluh peluh tu. Mmg tensyen gilerr.

Bila blackout, 4 bijik henfon dlm rumah tu automatik akan sms aduan ke talian 15454. Kdg2 rasa tk puas hati, hubby call plk. Tunggu 1-3 jam atau lbh baru ada karan. Boring tau!

Bila dh report, slalu nya depa akan sms suh berikan markah atas perkidmatan dorang. Gred 1-5. Tp hubby slalu balas 0. Sakit hati tau. Yer2, kv mmg tau perkhidmatan aduan dorang cekap, masalahnya servis karan tu yg tah apa2. Takde ke mekanisma lain dorang nak gunapakai. Sepanjang 6 tahun kv kawen ngan hubby (menghuni rumah tu ler), masalah ni tak pernah selesai. Asyik2 meletup transformer. Nak2 kalo hujan.

Tukar lah kabel yg besar yg boleh menampung kepadatan penduduk. Dah pengguna ramai, servis lah yg sepatutnya. Bukannya pengguna tak bayar bil pun. Sakit hati oii.

Ingat nak masukkan dlm paper, tp sampai ke hari ni pun tak tertuluis2 lg. Takpe lah, kv membebel dlm blog dulu lh.

Tensyen beb!