Archive for the ‘buah’ Category

PESTA BUAH

July 31, 2008

Kalo pi pasar Peringat kv mmg suka singgah kat area ni. Pesta buah katanya. Kat sini mmg segala jenis buahan tempatan (yg bermusim) ada dijual.




Mcm2 gelagat blh tgk. Penjual nya, pembeli nya. Kecoh betul. Tp suasana meriah sakan la!

Best jadi penonton ni.

Advertisements

BINJAI

July 29, 2008

Seumur hidup kv, tak pernah jumpa buah binjai yg kecik2 cinonet. Besar lengan danish je tau. Biasa nya (tak kisah la binjai kampung or binjai siam) mmg sebesar lengan kv yg gemuk ni ha.

Ni la binjai kecik2 tu. Takdak biji pun. Best betul. Penuh ngan isi. Canggih sungguh teknologi pertanian siam kan. Mcm2 kejayaan dorang.

Buah binjai.

Kita kasi jeruk sama dia. Potong kecik2. Tak yah kupas kulit. Basuh bersih2 dan potong, letak dlm taupperware mcm kt bwh ni ha!

Pastu tabur garam dan gula. Gula kena byk skt sbb binjai tu mmg masam. Kalo nak pedas, racik cili padi skt.

Pastu, tutup bekas. Peram dia biar turun air dulu.

Taruk dlm esbok kasik sejuk baru kow nak makan. Hihi


Kv malas peram dulu, so kv terus taruk dlm esbok. Lambat sikit ah turun air.

Slurppp…sedapnya.

ANGGUR

February 28, 2008

Pagi ni kan pasar minggu depan ofis kv ni. Kecoh pasai ada peniaga lelong anggur. Memula tu tk percaya sbb mamat tu mmg jual brg lelong tp slalunya barang lain mcm kain baju, brg letrik, pinggan mangkuk dan alatan rumah lain. Brg banjir lah. Barang kedai terbakar lah. Tak pernah jual buah pun!

Tp bila tgk org lain bimbit berkotak kotak anggur, kami pun hehehe… berdesup pegi tgk sama.

Hoho…ada 3 jenis anggur. Merah, hijau dan hitam. Semuanya best. Tatau nak pilih yg mana. Last2 try punya try (hiks..tuan dia kedekut tahi idung masin, bagi sorang try sebijik jer), kami pilih anggur hitam.

Masa tu awal lg, so boleh pilih kotak yg masih elok. Kotak elok isi nya elok lah kan. Ceritanya, anggur2 ni nk di hantar kpd pasaraya giant tp lori terbalik. Terpaksa la tolak murah2. Satu kotak 4 1/2 kilo. Dorang jual ngan harga RM 25. Best kan. Murah sgt.

Kotak yg kv pilih tu langsung buah tak kemek. Best wooo. Terkejut badak hubby bila kv ckp anggur tu murah. Terus nk gi beli sekotak lagi. Tamak tu! Tp bila pikir blk, bukan nya abih makan pun kalo byk2 (tp kalo derma kt org baik juga kan =P). So tak jadi beli. Takut peti ais je dok makan.

Jemput lah makan anggur.;)

CERITA BERGAMBAR

September 6, 2007

Yuhuu…kv masih di sini. Masih bersiaran sbb belum bersalin kaedahnya. Hik hik..

Kv nak buat en3 bergambar lah..

Pernah makan buah merkang dak? Kalo bahasa kelate kami sebut buah ‘ngekae’ (ikut loghat kelate la). Kalo dekat sempadan perak/kelantan dorang panggil buah tampoi. Buah ni pun asal buah hutan jugak. Kulit tebal. Isi mcm buah rambai.

Ni ler rupa buahnya. 2 kilo entah berapa bijik jer. Berat dgn kulit. Hehe

Isi dia yg di closed up. Maaf mutu gambar kurang memuaskan. Tp rasa dia best la. Isi dia lbh pejal dr buah rambai.;)

Oh ya, kv dah buat persiapan raya untuk danish. Yer lah, kv kan berpantang sepanjang puasa ni. Kesian jgk kat dia takde baju raya. Nak harap kan abahnya nanti dia beli tah apa2 ( hik hik…sori bi!)

Ni baju melayu dia, dah 2-3 hari lps tailor hantar kat rumah. Sengih2 dia tgk baju raya dia dah siap. Kain sutera siam. Sengaja kv pilih kain jenis ni sbb dia lembut dan sejuk. Karang takde lah berpeluh peluh. Malam tadi kecoh dia cari baju raya. Bila tau kv simpan dlm almari, dia marah2. Terpaksa lah abah dia pujuk2. Nak pakai time raya, kena lah simpan dulu. Nanti dah buruk. Hish..budak ni, mcm2.

Ni pun selipar raya danish. Keluaran anakku sempena filem tikus comel tu. Sengaja kv tak beli kasut tahun ni sbb dia dah ada 2 pasang kasut tp jarang dipakai. Rasa tak berbaloi pulak. Selipar pulak, tak leh beli yg pelik sbb susah nak berlari nanti. Hik hik.. dah berapa jenis selipar ada kat rumah tu tp dia still pakai yg 2 tu jer sbb senang nak sarung. Konklusinya, beli yg jenis selipar jepun jer. 😉

Td, kv pusing2 pasar minggu. Lalu kut baju baby. Sempat lagi sambar 2-3 pasang. Mula2 tu ingat dah malas nak beli. Tp bila mikirkan sikit lg musim hujan, kena ada stok baju byk skt. Lg pun geram tgk baju2 baby tuh. Heheh

Sbb saspen jantina baby, kv beli kaler campur2. Tak kisah lah, lg pun baby kan kecik lg. Kaler apa pun, jalan jer lah. Hehe

Kebun

August 12, 2007

Musim buah sudah di pertengahan. Buah rambutan byk yg sudah ranum. namun, kebun masih lg penuh dgn semak samun. Hahaha…

Nak mengelakkan tak jumpa jalan dlm kebun, setiap kali hujung minggu, hubby bawak mesin galah ke kebun. Mesin la semak samun mana yg patut. Walo pun tak boleh siap semuanya. 1 ekar setengah, mana la mampu. hahahaha

Kv ngan danish akan menyusul kemudian. Kalo ikut sekali ngan hubby, nanti boring menunggu. Walo ppun buah buahan kurang menjadi tahun ni, tp harga tetap murah mcm selalu. Yer lah, dah ramai yg tanam sendiri dan dah mengeluarkan hasil.

Cam biasa, kv ngan danish tunggu hubby kat bangsal. Sambil2 makan buah dokong. Ada jugak nenas hijau. Tp ya allah, masamnya. Hiks. Danish pulak, nak hilangkan boring, mcm2 dia main. Buat gayutan tarzan tak menjadi (hiks..kv ada snap gambar)

Antara gayutan tarzan yang tak berapa menjadi (hik hik… masih pakai baju tido sbb byk nyamuk kat kebun)

Pastu dia akan mencangkul ntah apa2. Puas larang takut kena kaki, tp tetap dgn cangkul buruk tu jugak. Last2 dengar dia meraung. Terkejut gak kv. Hah..dah kena kaki skt. Kv buat tak layan. Biar dia rasa! (Bukannya teruk pun..hehe). Terdengar dia mengomel sendiri ” seb baik tak penyek kaki aku”. Tergelak kv sensorang.

Lama menunggu abah dia abihkan kerja, dia dah boring dah. Asyik ajak kv balik jer. Last2 jumpa anak pacat, abih anak pacat tu dikerjakannya.

Sebelah petang pulak, MIL ajak hubby gi kebun nak panjat pokok dokong. Ada peraih yg nak dtg ambik. Nak tergelak kv. Hubby dah la membesar bagai di pam2, lagi pulak dah lama tak memanjat. Seb baik pokok2 dokong tu tak tinggi mana.

Mula2 hubby guna baldi. Kv ngan danish tunggu kat bawak pokok. Ada yg tak boleh guna baldi. terpaksa kv ngan MIL sambul pakai kain sarung tak nak kasi buah tu terlerai dr tangkai. Aduh..sampai semput kv di buatnya. Dah sarat ni, nak bergerak byk skt pun dah rasa lain macam. Padahal elok utk kesihatan.

Pagi ni hubby bersungut sambil tergelak yg kaki dia sakit. Katanya, ‘gajah panjat pokok, dahan pulak dah la kecik, nak kontrol tu mmg ler sakit2 kaki dibuatnya’. Hiks

BAJA

July 9, 2007

Balik kerja kelmarin, takde benda nak buat. Hubby tanya mil yg buah manggis kat kebun dah masak ke belum. Tp mil ckp dah ada org yg petik utk jual seminggu lalu. Kami pun agak2 la, mungkin dah ada yg masak baki dr org tu petik, kan.

So, berbonceng ler kami tiga beranak ke kebun. Dekat jer. Tp malas nak jalan kaki. Syg nak kluar peluh. Hahaha. Sampai tu tgk rumput pjg. Hayyoh…mesti ada pacat ni.

Hubby ajak dok bawah pokok. Area bwh pokok manggis kan terang benderang. Baru jer nak mula misi mengait/menjolok buah, danish dah ckp sakit perut nak ber*k pulak dah. Ha…satu masalah pulak.

Danish ni hari2 meragam perut. Puas dah dok pikir awat perut dia bermasalah tu. Detect punya detect, agaknya perut dia tak seswai minum ayaq milo kut. Kat skolah, hari2 cikgu beri air milo. Tu yg hari2 perut meragam. Hmm…dah kena pesan dekat cikgu tak yah kasi air nilo dah dekat dia. Nanti kena bawak air bekal sendiri.

Dah sakit perut tu, kena la proses seterusnya. Tak pasal2 pokok manggis tu mendapat ‘baja’. Hubby start motor gi ambik air rumah mak sepupu dia. Tinggal kv dgn danish.

Buah manggis tu tak byk lg yg masak, tp boleh ler lps kan gian. Hik hik. Hubby malas nak panjat sbb dah ptg sgt. Jolok yg mana sampai jer. Tp syg buah byk tak elok. Boleh makan separuh2 jek. Buah jd keras bergetah. Awal2 hari tu lupa nak takik btg dia kasi getah2 tu kluar.

APA EK

June 28, 2007

Hari ni takde tajuk khusus nak meraban. Kv baru balik dr pasar minggu depan ofis kv ni. Entah ler, walopun gaji baru masuk tp mcm tatau nak beli apa pun. Boleyy?? Haha

Kv beli kain pasang utk MIL. Kiranya utk raya lah tu. Walopun lambat lg puasa, kut2 kv bersalin awal ker (mintak doa supaya tdk lah), atau kv dah tak larat ke nanti, lbh baik beli awal2. Lg pun sekarang ni tailor masih terima lg. Alamak, lupa nak beli kain baju melayu utk danish plk dah! Hayyoh!

Pusing punya pusing last2 beli ubi keladi rebus, air asam jawa dan buah manggis. Seumur hidup kv tak pernah beli buah manggis. Mak sedara kv ada byk pokok manggis. Bantai kat situ jek la. Bila kawin pun, blkg rumah hubby ada 2 btg pokok manggis. Tp bila hujan ribut tahun lps, dua2 dah kiok. Tumbang. Huhuhu..hanya tinggal kat kebun nun jauh skt dr rumah. Tu pun baru berputik. Kut2 kempunan tak dpt mkn manggis nanti, kv beli dulu yg dok jual kat pasar ni. Hihi

Cari2 org jual buah kuini, tp tak jumpa. Buah macang ada ler. Tp takmo, nak buah kuini jgk. Kemaruk sungguh! Selalu kalo jumpa hanya kat pasar besar siti khadijah. Tu pun hanya ada sorang dua jek makcik yg ada stok. Selalunya kv beli dlm 6-7 biji. Catu mkn satu biji sehari. Hahaha… takde la nak catu bagai. Tp, lps gian nak rasa. La ni hanya tinggal sebijik jer dlm peti ais tu. Buruk betul peel sejak mengandung ni.

Hmm…terliur jgk buah laici segar. Besar2 dr biasa. Tp ingat nak tunggu hubby yg tak blk2 dr site ni. Nak suh dia belanja. Hahaha.

Buah lain pun byk, rambutan, mangga, nangka dan byk lagi la termasuk durian. Durian hubby dah start luruh . Durian ni pun byk peringkat jgk. Elok jgk mcm tu, takde la jd timbunan sgt nanti. Tp yg dah mula gugur ni mcm tak berapa elok lg. Org kelate ckp, buang buruk. Tak semua dlm satu biji tu boleh makan.

Rambutan pun dah memberat. Meluyut ke tanah dah. Nak ke pangkin tempat kv dan hubby selalu lepak tu pun dah kena tunduk. Tp tu buah rambutan che embung. Ramai org tak gemar sbb buah dia nipis skt. Tp kv suka sbb isi dia rangup. Tu yg hubby gelar kat kv selalu ” wah, lebat rambutan mama!” Hiks.

Yg pokok satu lg tu tu namanya anak sekolah. Jugak dah memberat. Buah dia bulat2 dan ramai org suka. Kv pulak, kalo yg baru2 nak menguning tu mmg suka la sbb dia tak berair sgt. Tp kalo dah merah tu kurang mendapat perhatian kv la.

Eh, lupa nak tanya hubby yg buah dokong berbuah atau tidak. Kv la ni, balik keje jer terus lepak depan tv atau landing atas katil. Takde gi mana2 dah. Tu yg belakang rumah (jauh skt la dr rumah) sendiri pun tak tau apa yg berbuah, apa yg tidak. Malas nak berenyoh org kelate kata. Haha

Weh, rupanya dah masuk musim buah peringkat awal ek? Untung la sapa2 tuan pokok2 tu yg masak awal, boleh buat duit. Sbb bila dah byk nanti, automatik harga pun turut merudum.;)

Nanti, org bandar pun mesti cari celah nak balik kampung. Nak masuk kebun jgk. Hahaha