Archive for the ‘bundle’ Category

BUNDLE

December 15, 2008

Lunch hour td, kv sempat gi kedai bundle.

Tak sedap duduk kalo tak gi menyibuk sama. Nak2 kalo hari brg turun (brg baru sampai la tu). Kih kih.

Oh ya, hari ni kv sempat beli kerusi rotan bulat ni. Dah lama dok mengidam nak kusi ni tapi susah la nak jumpa kt sini. Kalo ada mmg mahal la sgt.

Kusi ni mmg saiz besar bagak tau. Kalo kv duk 2 org ngan hubby pun muat okeh. Harga nya 40 hengget jer. Alhamdulillah, budak Miey tu bagi murah jer. Tawar 35 hengget di tak kasi.

Tapii..dia tak bagi kv bayar menda alah kt bawah ni. Kasut skolah bata b-first utk danish (masih baru), pembaris beratus ratus kpg dan 2 bijik cawan fine china ala2 vantage.

Dan kv beli gak kusi ni. Boleh letak kt hall atau kt bilik. Rm 18 hengget jer. Kayu solid lak tu. Kusyen dia pun gebu jek.

Itu jer lah brg yg kv beli. Benda lain malas nak memilih.;P

P/s: tgh terfikir nak muat apa la kusi tu nak bawak balik rumah nanti. Bawak blk ofis pun kawan yg tolong. Haha. Nanti2 lah fikir. Janji beli je dulu. Kan? Hehe.

BULU BIRI – BIRI

November 6, 2008

Dah lama dah nak beli hiasan bulu biri2. Dok tgk kat rumah org, mmg lawa jer. Tapi, asyik tak kesampaian jer.

Selalunya mmg kv cari kat kedai bundle jer. Kalo nak beli yg baru selain susah nak jumpa kt kota bharu ni, harga pun rasanya mahal jugak lah kan.

Time gi kedai bundle, susah nak dpt. Kalo ada pun mesti dpt kt org lain. Tak kuasa eh nak berebut bagai.

Pagi ni, kv ke pasar minggu. Terjumpa makcik bundle yg jual. Wah, best sbb byk pilihan. Tapi harga ‘terik’ sikit la. Tapi standard harga bundle je la. Lg pun mmg brg susah nak dpt ni harga mahal lah skt.

Tawar menawar yg kaw2 punya (takde dpt murah pun, tp dpt less byk dr harga asal) so, kv pilih yg panjang ni.

Nanti balik rumah nak hampar dekat hall.

Hehe.. seronok nya!!

U.F.O

October 29, 2008

Ingat tak dulu (dlm en3 bundle). Kv pernah beli belon tiup2 besar bagak ngan harga 6 hengget kalo tak silap.

Berkepam dok kt lemari ofis ni. Dulu masa rumah blom siap, tadek tempat nak letak. La ni baru teringat nak bawak balik. Danish bila dah tgk benda pelik harus la menyibuk. Sampai nak buat keje lain pun asyik dok serabut jer. Huhu… tekanan.

Makanya, kv pun telah memaksa kerah tenaga abah dorang mengepam belon tu. Tatau la bentuk apa. Excited gak. Harapnya tadek yg bocor lah. Kalo tdk, rugi aku melabur 6 hengget tau!

Danish tgh membantu abah dia mengepam bakul tu.

Byk part rupanya yg kena taruk angin. Tekanan encik hubby. Wahaha.

Sementara tu, dina kecahkan air vitagen. Geram sungguh.

Bila tak di beri, harus menangis macam kena dera. Tgk tu!!!! Siap merajuk berguling bagai tau. Tak sempat nak snap gambar!

Pastu pujuk dia bantu abah. Makin bertambah lah tekanan si bapak nya. Kuheh kuheh kuheh..

Masih lg mengepam. Makan masa sejam gak tau.

Wah, dah siap!!!! Teruja. Kami gelarkan menda alah ni UFO. Boleh lah kan? Seb baik tadek bocor. Fuhh…selamat!!

Terus masuk, landing, corner baring dan macam2. Hik hik.

Dina over excited. Takmau keluar tau!

Tgk lah gelagat dia. Nak makan pun dlm tu tau. Satu hal plk nak kluarkan sisa makanan. Arghh…tambah tekanan!!!

Hari semalam (blk keje). UFO tersadai kt situ. Tadek org nak layan dina main dlm tu. Hihihi

Berbaloi lah dgn harga 6 hengget walo pun abah dorang berpeluh peluh nak siapkan. Kikiki

KASUT

July 7, 2008

Semalam, kv sempat beli kasut 2 pasang utk dina. Kebetulan rezeki dina agaknya, kv terjumpa kasut ni. Hihi.. mama yg excited lbh. Anak tatau pape.

Yg ni kaler biru. Tak berapa muat dh ngan kaki dina. Sendat. Tp tak pe, mama simpan wat kenangan sbb comei sgt.

Yg lak, kaler putih. Comei gak kan? Sedang elok ngan kaki dina.;P

Ni lak, gambaran sudut lain kasut2 tu.;)


Huhu… kalo nak beli kt butik, agaknya pikir lapan ratus kali lah kut. Sayang duit, punya lah kedekut taik idung masin.

Tp yg ni kv beli hanya RM 2 sepasang, ori tauu!!

Teka kat mana kv beli.

LAYANNNN

February 20, 2008

Hikss…pagi2 dah wat en3 baru. Benornya, lps ni ada gotong royong ngan wirawan dan wirawati plkn. So, layan blog la dulu. ;P

2 hari lps, kv gi bundle. Hahaha…bundle lg!!! Takdak benda lain kan kv ni. Ala, kalo sempat jer kv singgah. Seronok juge beli mainan utk anak2.

Bola getah utk senaman. Masa kv beli tu, bola tu kempis. Sampai kembung hubby meniup nya. Ahahaha…
Harga: RM 1

Sandal timberland utk danish dan kasut pureen (yg masih baru/belum pakai) utk dina.
Harga: RM 2 setiap satu.

Sandal utk kv. Tak mau ketinggalan tu. Ada old navy, elle dan hippopo.

Harga: RM 2 setiap satu.

Set buku cerita bunny utk danish. Ada 4 biji dlm satu beg dia tu.

Harga: RM 3 satu set.

Ini pulak, barang utk dina. Ada rattle duplo, sikat hello kity, buku fabrik mothercare dan apa ek nama dia yg kita tarik tali bunyi muzik. Terkekek dina ketawa bila tgk mata bunny tu kelip2 dan telinga gerak2.

Harga: RM 2 utk semua barang tu.

Ni pun mainan utk dina jgk. Mcm2 ada. Ada rattle dan yg boleh pegang2 tu. Kv tatau la apa nama dia. Darat sungguh kan? Huhu

Harga: RM 1 utk semua tu.

Best kan shopping kat kedai bundle. Ye lah, org ‘sesak’ mcm kv seronok sakan la layan barang kat situ. Ahahaha

BUNDLE

February 17, 2008

wokeh, kita tinggalkan sementara cerita2 sedih. Life must go on kan?.

So, takdak idea nak wat en3, kita layan jelah gambar2 ni k.

Dah lama kv gi bundle ni. Takde benda sgt yg menarik hari tu so, apa yg dpt? Roll ke bawah…

Telefon 2 way hello kitty. Mrasa kabel dia boleh pegi sampai 10 meter katanya. Clear betul mcm kita bercakap ngan telefon real walo pun hanya pakai bateri. Mula2 ngetest tu mmg danish excited banget. Hehe..
Harga : RM 5

beg tak byk pilihan. Kv sempat sambar henbeg fila. Kaler krim. Material baldu berjalur. Harga : RM 3

Satu lg tu beg baju kecil LA Gear. Boleh taruk baju selai dua. Harga : RM 4

Ha.. yg ni mmg havoc skt. Dah lama danish dok mintak nakkan lori pengangkut. Kemaruk dok tgk lori2 tu isi tanah dlm beam rumah. Kes kes kes..

Tp, sekali pikir, kalo beli yg buatan thailand tu tak boleh pakai lama. Kualiti tak berapa orait. Nak beli yg fisher price, mak oii…syg duit bah! So, kami buat bodo je dulu. HIks..

Tp kan, mmg dah rezeki danish kut. Masa kat lori lg kv terperasan benda ni. So, booking awal2 ngn bebudak angkut brg tu. Rasa cuak jgk kut2 budak tu tk ingat, karang dpt kat org lain plk. Hehe..teruk betul kv ni kan.

Danish posing ngan lori pengangkut little tikes. Hoho..bukan danish je yg suka hati. Mama ngan abah pun over excited tau! Harga: RM 15 je.

Dina pun sibuk nak main sama. Kv yg jd mangsa kena pegang dia. Terkekek kekek ketawa tu. Seronok sakan. (err…abaikan latar belakang yg semak samun tu yach! Ehehe)

Ok da..