Archive for the ‘bunga’ Category

ORKED

December 4, 2008

Aku bukan minah bunga. Tapi suka ngan bunga. Ahaha. Berbelit belit.

Bunga paling disukai, orkid dan ros. Jugak kaktus. Bunga lain pun suka gak. Tp yg 3 ni mmg suka sgt2.

Sbb tu kecoh suh hubby buatkan pegola. Nanti nak gantung orkid. Masalahnya. Pokok orkid tak beli2 lagi.

Balik rumah kakak tgk pasu orkid dia terus pow anak2 orkid. Tatau la pesen bunga dia cemana. Lantak lah. Janji orkid.

Dapat lah dlm nam pasu gituk.

Tapi tak gantung lg sbb besi penggangtung blom beli. Jap lg nak beli kt pasar minggu.

Ucapan ni khas untuk orked ku sayang.
Wahai orked, jangan lah ko bersusah hati. Tuan mu ni baik dan gojes(ahahaha). So, sila lah tumbuh dan berbunga dgn meriah okeh. Jgn bagi tuan mu ini kuciwa.

Advertisements

7 hari puasa

September 8, 2008

Semalam, kita berpuasa utk hari yg ke 7.

Ptg2 lps masak takdak keje nak buat. Nak pegi param pun risau kan dina yg kurang sihat. So, layan dina n danish main kt laman jelah.

Byk pokok2 bunga yg belum di tanam dan dipulihkan. Bila takde keje lain naik buat, tanam bunga lah jawapannya.

Tgk lah aksi minah kecit ni. Tak bagi org dukung or pegang. Semua nak buat sendiri. Masalahnya dia lembik2 lg nak jalan sendiri kt tanah. Asyik jatuh2 je. Kalo dlm rumah tu, kira ok la. Takpe nanti mandi kita sental dettol byk2.

Dua beradik yg sama2 gemar berkebun. Huhu.

Ni plk, abah dorang tgh trim bonsai. Pokok sinar org kelantan panggil. Kami baru pindahkan bonsai tu, harapnya hidup subur lah nanti. Sbb dudlu dia hidup dlm pasu jek. Baru ada 2 pokok. Nanti nak beli lg yg jenis kecik dan renek.

Nun kat sana lak, che tgh menyusun daun tembakau darat dia. Susun siap2 baru ricih. Che duduk tu di teres kedai runcit MIL dpn rumah kami. Kedai tu kami dah touch up sesikit, lbh elok lah dr mula2 terpisah ngan rumah lama.

Ni plk, MIL tgh nak kemas kan paip air lps siram pokok bunga. Hihi..satu keluarga ada keje masing2 ni. Kv pun sibuk tanam bunga gak. Tp takdak org nak snap kan gambar. Huhu.

Oh ya, sblm sibuk berkebun tu, kv masak2 kt dapur nun.

Akok ni bukan masak sendiri tau. Kawan kv bagi. Alhamdulillah, murah rezeki. Sedap jgk. Siap bagi kan kt jiran2 terdekat sbb byk bungkus.

Atas request MIL, kv masak tomyam campur. Semua taruk. Udang, sotong, daging, ayam, fish ball. Hah, amek kau, semua dlm esbok tu kv masukkan. wahaha.
Tgh berasap lg tu. Snap gambar dlm periuk je. Malas sbb ime berbuka nanti terus ngap, takdak masa dah nak snap bagai.

Oh ya, ketam yg kv tempah tu dh dpt semalam. Yeahuuu yabedabedu. Tp saiz B jek. Saiz A takdak. Tp ok lah sbb isi penuh dan ada telur. Mabeles sungguh. Syorrggaa!!!

Murah giler, sekilo 10 hengget je utk saiz B. Kalo saiz A rm 13. Taaaapii… kalo dlm pasar, saiz A RM 25 nkauuu!!! Giler nak cari untung lbh sampai mcm tu sekali.

Ok lah, takat 25 tu mmg kv boleh beli, tapi melampau lah tu. Rela aku tak makan ketam gini. Sanggup menunggu. Lg pun kalo yg tempah ni fresh. Rasa manis giler. Nanti nak order ikan tenggiri lak.


Kv masak simple jer. Tumis pedas serai (nama buh sendiri ok, tak bley blah! Wahaha)

MISI MENCARI TERATAI

September 1, 2008

Hik Hik… punya la kv dok paksa hubby suh pi ambik pokok teratai kt tali air nun. Jauh gak dr rumah actually. Kena pi dgn kete.

Dah berkali kali janji ngan ofismate nak gi ambik. Asyik tangguh jek. Last2 hubby yg kena paksa. Hari ni kan dah puasa. Karang kena turun dlm air tak best pulak. Batal puasa lak.Hihi. Tu yg ptg semaam kecoh skt tu.

Ptg semalam, dgn gigihnya kv n co ke tali air tersebut. Dah la dekat dgn jalan. Seb baik org tak ramai lalu lalang. Wahaha.

Tp level air tinggi sgt la. Tu pun hubby try gak tarik2. Asyik gagal jek. Tercabut pokoknya, tp akar takdak.

Dapat la 2-3 pokok. Tp tak best sbb daun2 tertanggal.

Hubby tgh mengusyar level air. Hik hik

Cubaan pertama mencabut pokok teratai.

Cubaan seterusnya.

Dina kusyuk memerhatikan abahnya. Tatau la, kv selalu gagal dlm cubaan mengambil gambar sendiri. Huhu

Blk tu sempat lg singgah kedai runcit kemboja beli eskrem. Sakan anak beranak layan eskrem lak. Hihi

Sampai je kat rumah terus cari tanah liat dan masukkan dlm pasu. Masukkan air.

Tgk lah kalo teratai tu hidup, kv snap gambar. Kalo ‘uzur’, kena tunggu air kering lah, pi ambik yg lain. Haha