Archive for the ‘dina’ Category

AKSI MELASAK DINA

December 17, 2008

Tgk lah anak dara ku itew!!

Lasaknya mcm jantan!





Kalo hari hujan mmg akan menangis jek keje dia. Sbb kena kurung takleh nak main kt laman.

Advertisements

HANTU KASUT

December 15, 2008

Now, kv perasan yg dina mmg hantu kasut. Semua kasut2 kv mmg dia suka. Hai..menurun sapa lah budak ni. Huhu

Risau gak takut terpeleot kaki sbb dia suka curi2 pakai kasut kv. Mmg kena simpan kemas2 tak bagi dia ambik la.

Kalo tak dpt kasut keje kv, dia suka pakai selipar yg bersaiz besar. Tak kisah la rumah sapa dia pegi pun harus dia suka pakai selipar org besar. Bila dh dpt pakai tu dgn bangga nya dia akan meronda ronda sambil tersengih sengih. Hobi gamaknya.

Ni salah satu contohnya.

Serabut tgk dia terkedek kedek pakai selipar besar, kv paksa dia pakai sandal ni. Siap bertempik bagai takmo tu!

Ni pun kasut yg dia rejek. Tak suka pakai. Tapi dh kotor2 dah sbb kena gak paksa pakai. Gatal sgt nk pakai kasut org dewasa.

Ni kasut yg sedia ada dok dlm kete. Kasut jln2. Yg ni mmg otomatik dia tau. Sampai je destinasi, harus kena sarung yg ni. Hihi

Ni antara kasut2 yg dia dh rejek. Hihi. Semuanya merah kan.

Ada satu lg yg atuk dia beli. Jugak kaler merah. Jenis kena sepit gak. Siap ada rerama dan loceng lagik. Tapi lupa nak snap daa. Now, dia dah pandai pakai tanpa ada tali kt blkg. Hoyeh..hoyeh.

MAIN BANJIR

December 3, 2008

Semalam hujan dah reda. Kdg2 matahari terbit jugak. Kdg2 mendung. Tapi kiranya dah ok lah.

Kami pun borink takdak keje nak buat, ronda2 naik motor. Target kami ada satu jalan kampung yg selalu banjir. Kat lain dh surut pun, kawasan tu banjir termenung.

Kebun getah pun banjir uols.

Hiks, air takat buku lali jer.

Apa lagi, danish n dina la yg plg seronok.








Kecebur kecebur main air. Mmg happy lah bebudak kan. Dah lama kt situ kami pun blk.

Tapi.

Kat kaki hubby ada lintah. Tak pepasal aku histeria. Huhu. Geli weh.

SUNGGUH BERDIKARI

December 2, 2008

Nampak tak apa tu?

Closed up!

Ha, ni tukang buat nya.

Sapu jgn tak sapu.

La ni makan nak sendiri. Takmo suap2 ni.

Pakai baju sluar pun nak sendiri.

Gosok gigi takmo org gosokkan.

Konon.

Kalo lah betul2 boleh wat sendiri, senang keje mak pak dia. Goyang kaki jek.

****************
terkini:
hari ni cuaca panas membahang. Mlm ni ke besok ke lusa ke, tatau la puloks.

MOTIF APA TATAU

November 26, 2008









DAN LAGI TAG TIG TUG

November 25, 2008

Pagi ni nak lesaikan hutang jasfyra plk.

Syarat2nyer.. SILA BAGITAU
1. Berat sebelum mengandung

* masa danish dlm 58kg kut (aku mmg asal dh gemuk tau)
* masa dina dlm 61 kg kut (lupa daa) dengan ketinggian 161 cm (pun lupa gak ni sbb ukur kt lain tempat, lain bacaannya)

2. Berat terakhir mengandung sebelum bersalin
* masa danish dlm 60kg kut (mabuk teruk sampai ke 7 bln, lg pun danish kan lahir awal)
* masa dina dlm 75kg kot (agak2 jer..lupa weh). Gemuk giler!!

3. Berat selepas habis pantang
* Masa danish mmg kurus sesangat (tp lupa la namun lps tu mencanak canak naik, tak turun2. Huhu)
* Masa dina walo pun sebulan tak selera makan (dlm pantang)ntapi berat turun sket jer. Dlm 65kg kut. Haha

4. Apa yang korang suka makan masa mengandung
* masa danish semua tak lalu. Takdak selera sungguh.
* masa dina suka western food. Tgh mabuk boleh makan roti bakar jer.

5. Hospital mana anda bersalin
* masa danish bersalin kat HUSM, Kubang Kerian. Kes kecemasan. Lahir premature.
* masa dina bersalin kat Pusat Perubatan An Nisa’, Kota Bharu.

6. Tunjukkan gambar mengandung at least 5 kpg.. yg penting sekali gambar masa last pregnant

Gambar2 ni masa pregnant kan dina. Sayang sunguh masa pegnant kan danish takdak gambar. Mabuk teruk sampai tak terfikir pun nak bergambar. Rugi woo!!

Masa ni dlm 5 bln pregnant kut. Jalan2 ke terengganu. Time ni mabuk dah ok sket.


Ni pun pregnant 5 bulan lbh kurang. Bawak danish tgk burung unta.

Hah, masa ni mmg sarat benar. Tgh tunggu masa. Mmg buruk giler. Gemuk gedempol. Muka sembab, hitam (hangus), hidung besar. Haha. Sampai kena ejek ngan ofismate tau. Buruk sgt kaedahnya.

Ni pun satu lagi. Paksa gak hubby ambik gambar nak wat kenangan. Masa ni nak tgk cermin pun malas. haha.

Takpe lah, huduh ke, buruk ke, janji aku dah dpt baby girl. Hihi




Si bulu mata lentik ni ha!!!

ok, aku nak tag….

1. mama risya riana aka nonie
2. kak bie
3. kak ungku (ada tak gambar ngandungkan anjib??)
4. cendawan intim (lagi2 ko yg kena. Haha)
5. Sitilina (hiks, buat tau)

ok daaa!!

sapa lg yg telah tg kv??

sila bagitau yer!! Hehe

BAJU GANTI

November 24, 2008

Akhirnya, kv dh beli baju raya ganti untuk dina. Yippie.

Anak tadek pape, mama dia yg kecoh lebih. Haha

But i cannot help my self la!!!

Bila tgk baju budak pompuan cantik2 dan murah2, harus tak boleh nak tahan nafsu! Huhu. Mesti nak beli byk!

Ni baju harian dina. Beli baju jer sbb baju lah yg selalu kotor dan pudar. Sluar nya ok2 jer. Hik hik.

SAMA TAPI TAK SERUPA

November 19, 2008

Hadoyaii…macamana boleh tak perasan. Kv kononnya beli baju raya untuk dina n danish.

Tapi kan, tau2 lah bila bershopping ngan dina. Dia pun sibuk nak memilih sama. Capai mana2 yg patut ar.

Bila balik rumah, baru perasan yg baju nya patent sama. Warna jer lain.

Hoho…rasa bodoh lak! Sungguh!

Tambah2, baru kv perasan 2-2 lai tu saiz 3. Cemana boleh terlepas pandang. Masa ukur kt badan dina (dina dlm carrier). Nampak ok jer. Tp bila tgk saiz 3, sah konfem lah besar kat bahu. Huhu. Tahun depan baru leh pakai (umur 2 thn lbh).

Sabar je lah!!

Nak wat cemana, silap sendiri. 😦


Oh, kalo korang perasan, ada tiset sekali dgn dress tu. Tiset tu dorang bagi free.

Seb baik baju danish ok jer. Sbb beli baju utk danish mmg kena ukur betul2. Siap pakaikan kt badan nak tau muat ke tdk. Sbb mamat tu kurus kering. Susah nak cari saiz.

Makanya, kena pi cari baju lain lah utk dina. Hampeh!!

TAG TIG TUG

November 18, 2008

Pagi ni nak lesai kan hutang tag ngan mak ayra. Hihi. Kv tau, tag ni mak ziyyad yg mulakan. Layann..

Diaper bag aku.

Main bantai jer henbeg mana nak bawak. Ikut mood. Tu lah pasal kalo beli henbeg baru harus beli yg besar2. Senang nak sumbat byk brg.

Bukan takde real diaper bag. Tapi dina pun dh besar kan. Malas la nak bwk diaper bag dah.

Ni contoh je lah. Henbeg ku.;P

Isi dalam nya. Tp kdg2 ada, kdg2 takde. Pun ikut sukahati aku je. ;P

Kek atau biskut. Kalo tkda stok kt rumah pun harus berenti beli kt kedai runcit berdekatan. Sekali ngan air kotak. Soya ke, teh bunga ke, milo ke. Tp kv jrg beli milo sbb kotor baju. huhu

Ni keperluan asas la. Karang dina popo bagai, harus kecoh sket kan. Towel kecik ngn diaper. Tisu tu wat sapu hidung berhingus. Hik hik

Ha!! Ni wajib ada. Kalo lupa bawak susu takpe, janji puting jgn lupa. Harus tak boleh tido. Dan meroyan sakan!!

Ni bekas susu. Taruk je berapa sudu susu utk satu botol. Senang. Tp kdg2 kv buat susu siap2. SEnang tak yah bawak menda alah ni. Naik je kete, dina hisap habis sebotol. Balik rumah karang baru cari susu. Kdg2 tak cari langsung.

Ni botol nyonyot air masak. Tudung hilang tatau dina campak ke mana. Tp dia kurang suka minum pakai sipper, hisap ngan straw lg best lagaknya.

Ni pun botol nyonyot air masak. Tp dh jarang bawak. Dina kan lg suka minum pakai straw.

Buku2 yg kv beli kt bundle. Dulu dina selalu baca buku dlm kete. Ewah. Now, dah boring. So kv tak bawak dah. Hehe. Kurang skt berat beg aku!

Itu je lah kut. Lagi pun danish dah besar gajah. Dia tumpang makan biskut atau kek jer. Baju tambahan pun kdg2 kv ingat, bawak la. Kalo lupa, hehe. Nakbuat cemana. 😛

Ok, dah selesai hutang ku!!

Nanti nak jawab tag lain plk. Sapa lg yg mengetag ek?Lupa da!!

lupa da!!
kv kena tag 5 org, sapa ek yg ada baby kecik2 ni? Hmmm

1. shafa
2. tety
3. jasfyra
4. maryam n co
5. rina-san
6. tambahan NONIE (capslock lg tu). Kalo hang tak buat, aku babap montot!!!!!
Haha..korang buat tau

KURA KURA SAKTI

November 13, 2008

Cerita ni dah basi. Tapi tak kira, nak jugk kompang kt sini. Hahaha

Alkisahnya dlm bulan lps kut. Lps musim menuai kan sawah bendang kering kontang. My hubby lak mmg typikal org kampung, harus meroyan tak boleh dok rumah nak mengepung ikan.

Best gak la sbb kv pun suka ikan ‘darat’ ni.

Dalam bawak blk ikan keli haruan puyu dan byk jenis lg. Hubby jugak bawak balik seekor kura2.

Niat si abah hanya satu. Nak bagi anak2 kenal apa itu kura2. Cheh!

Ni dina masa memula nampak kura2.


Pastu, malas nak pelihara, kami lepaskan dlm tali air. Biar dia hidup bebas.

Acara melepaskan kura2 dari tawanan.

Dah beransur pergi. Bai bai!!

Dina kesedihan meratap kembali nya kura2 ke tempat asalnya. Hihi