Archive for the ‘emas’ Category

MAMI JARUM PART 2

December 4, 2008

Keh keh keh…

En3 mami jarum lagi lah uols.

Gelang i dah siap. Hoyeh hoyeh.


Boleh wat raya.

Dapat hadiah kalendar sebijik dan hens begs yg gojes ini.

Siap berbungai bagai.

Mek soookaa!!


Itu je lah nak kompang. Hihi

Advertisements

MAMI JARUM

November 6, 2008

WARNING: Entry ini sekadar catatan kenangan tuan blog. Tiada bermaksud yang lain selain daripadanya.

Semalam, hubby mengajak kv ke kedai emas. Sbb nya, dia serabut kv asyik dok mintak tukar rantai leher.

Hik hik.. mmg dh tabiat wanita kelantan. Tak kira umur tara mana pun, budak kecik baby sehingga tua bongkok, emas adalah pujaan hati. Selain bergaya ala mami jarum, emas adalah aset yg berharga. Kdg2 org kampung, dorang tak simpan duit tapi melabur beli emas. Mahal macamana pun, kedai emas tetap penuh org.

Kat sini takde emas putih bagai. Ada org jual, tp sambutan kurang menggalakkan sbb emas putih takde nilai sgt utk dijual semula. Kalo emas kuning ni mmg bila2 masa pun boleh jual.

Masa lps kawen ari tu, kv ada beli rantai leher tali timba dgn loket nya sekali. Pas tu jarang pakai. Dok simpan dlm lemari jek. La ni plk trend pesen lain tgh in. Kalo nak beli mmg byk duit lah nak kena keluar. So, hubby suggest kv tukar kan emas lama tu ke pesen baru yg kv nak tu. Kv pun, bila hubby bagi lampu hijau, harus on saja. Hihi

Tgk tu, hubby menilik pesen rantai, sungguh kusyuk sekali. Haha

Ni lah rantai lama tu.

Kertas untuk kira2. Tawar menawar harus kaw2 sket.

Kagum dgn tauke muda ni. Boleh bertukang sendiri tau. KV mintak dia sambung kan skt kasi panjang rantai tu.Tambah duit sikit jer. Bertukang sambil bergayut ngan supplier tu.

Loket ni asalnya tak nak jual sbb syg. Tp nak pakai dgn rantai yg baru tu, tak muat nak masuk pulak.

So, tgh menunggu adik tauke tu sambung rantai, kami mengushar benda lain lak. Bila tunjuk satu rantai tgn yg ada ukir nama (jawi). Terus hubby berkenan lak. Hihi..mandrem mak esah pun terus berjalan. Hubby setuju suh tempah. Ahaha…insyaallah sblm raya haji ni siap. Kalo dh siap nanti, kv wat entry mami jarum part 2, okeh. Ahaha

Sbb loket td tak muat ngan rantai baru, so kv tolak jgk buat bayar deposit utk rantai tgn tu. Takde tambah duit byk sgt kan.

Ha!! Ni lah rupa rantai nya.

Kv sibuk sgt nak kan rantai pesen tu sbb nak regu kan dgn rantai tgn yg hubby belikan dulu.

Dapat sekaki payung. Ok lah, boleh berteduh musim2 hujan ni. Hihi

Hari ni, kv jadik mami jarum. Haha