Archive for the ‘hobi’ Category

HANTU KASUT

December 15, 2008

Now, kv perasan yg dina mmg hantu kasut. Semua kasut2 kv mmg dia suka. Hai..menurun sapa lah budak ni. Huhu

Risau gak takut terpeleot kaki sbb dia suka curi2 pakai kasut kv. Mmg kena simpan kemas2 tak bagi dia ambik la.

Kalo tak dpt kasut keje kv, dia suka pakai selipar yg bersaiz besar. Tak kisah la rumah sapa dia pegi pun harus dia suka pakai selipar org besar. Bila dh dpt pakai tu dgn bangga nya dia akan meronda ronda sambil tersengih sengih. Hobi gamaknya.

Ni salah satu contohnya.

Serabut tgk dia terkedek kedek pakai selipar besar, kv paksa dia pakai sandal ni. Siap bertempik bagai takmo tu!

Ni pun kasut yg dia rejek. Tak suka pakai. Tapi dh kotor2 dah sbb kena gak paksa pakai. Gatal sgt nk pakai kasut org dewasa.

Ni kasut yg sedia ada dok dlm kete. Kasut jln2. Yg ni mmg otomatik dia tau. Sampai je destinasi, harus kena sarung yg ni. Hihi

Ni antara kasut2 yg dia dh rejek. Hihi. Semuanya merah kan.

Ada satu lg yg atuk dia beli. Jugak kaler merah. Jenis kena sepit gak. Siap ada rerama dan loceng lagik. Tapi lupa nak snap daa. Now, dia dah pandai pakai tanpa ada tali kt blkg. Hoyeh..hoyeh.

Advertisements