Archive for the ‘hubby’ Category

HUBBY TAK SIHAT

December 11, 2008

Before raya ari tu hubby dh lama selsema. On n off jer.

Tapi lps dorang anak menakan pak menakan pi cari siput sungai selsema dia kembali teruk. Hari raya tu plk hubby kena kerja kan perut lembu. Dah pening bau gas lembu tu. HIks.

Bila blk kampung kv, gomol makan kambing kurma lak. Mlm tu dia dh start demam.

Besoknya lami carik klinik mana yg buka. Pi injek. Maka ok lah demam nya.

Rabu (semalam) masuk keje. Tapi kv cuti. Blk kampung just nak lepak ngan anak2 buah. Lg pun anak2 buah kv ramai yg cikgu cikgi. Cuti skolah ni la baru dorang ada. Bila dh ramai cenggitu memasing byk plan la. Cari siput sungai lagi. Bila call hubby dia takmo ikut sbb dia dah start demam dan sakit tekak pulak.

Mlm td di pi klinik. Doc injek antibiotik plk. Tido mlm tubuh dia panas jer. Demam tak kebah. Bila subuh tu baru normal. Tapi tekak dia sakit semula dan selsema yg teruk.

Kv malas lah nak cuti. Semalam dh ambik cuti kan. Ingat nak temankan dia gi klinik pastu baru nak masuk ofis. Lps goreng kan nasik utk hubby (tak makan pun, takdak selera). Hubby ckp dia ok cuma nak tido jer.

So, kv fikir baik kv gi keje. Kalo kt rumah pun takde nak buat apa. Kalo cuti gak tak tergamak lak nak hantar dina gi rumah pengasuh. Takde nak rehat la jawabnya. Lagi pun besok dh cuti hari minggu. So, hubby suh kv bersiap dan dia hantar kv ke bus stop tunggu teksi. Ye lah, karang kalo kv bawak kete, hubby plk yg ‘patah kaki’.

Harapnya hubby kt rumah tu ok2 jer. Lg pun dina kat rumah kak long. Dapat lah hubby rehat sepenuhnya.

KURA KURA SAKTI

November 13, 2008

Cerita ni dah basi. Tapi tak kira, nak jugk kompang kt sini. Hahaha

Alkisahnya dlm bulan lps kut. Lps musim menuai kan sawah bendang kering kontang. My hubby lak mmg typikal org kampung, harus meroyan tak boleh dok rumah nak mengepung ikan.

Best gak la sbb kv pun suka ikan ‘darat’ ni.

Dalam bawak blk ikan keli haruan puyu dan byk jenis lg. Hubby jugak bawak balik seekor kura2.

Niat si abah hanya satu. Nak bagi anak2 kenal apa itu kura2. Cheh!

Ni dina masa memula nampak kura2.


Pastu, malas nak pelihara, kami lepaskan dlm tali air. Biar dia hidup bebas.

Acara melepaskan kura2 dari tawanan.

Dah beransur pergi. Bai bai!!

Dina kesedihan meratap kembali nya kura2 ke tempat asalnya. Hihi

MAKAN MAKAN

August 13, 2008

Tgh hari td kv sempat belanja hubby makan. Besday dia ari tu belum sempat beli hadiah pape. So, belanja makan lah dulu. Hubby nak makan sirloin steak. Hik hik..padahal tekak kv yg mengidam. Mrasa!

Sirloin steak lawan dgn abc spesel. Mabeles!

Hadiahnya? Tak beli lg. Tgk lah kat KL nanti. Kalo jumpa yg best, kv beli kt sana.

Oh ya, besok kv maybe tak sempat nak update blog. Jam 8.30 pagi dah nak gerak ke kl. Ada lawatan kerja/teknikal kt shah alam. 2 mlm tido kt kl. Ptg sabtu balik kelate.

Doakan kv selamat pergi dan selamat kembali.;)

DAH 31

August 7, 2008

Hari ni, 7 haribulan 8 tahun 2008, genap usia hubby kv 31 tahun. Dah kertu. Errr…

So, sempena ulangtahun kelahiriannya ini, kv nak ucapkan semoga panjang umur, murah rezeki, beroleh kesihatan yang baik dan SETIA. Wakakakaka

Hadiah? Kv dah tanya pagi tadi. Hik hik…dia mintak toyota caldina. Wahahaha. Mampuh tak dapat aku belikan.

Saja je dia ngusik kv. Katanya takmo apa2. Hanya mau kv dan anak2. Wahhh!! Gitu kan.

Nanti lah, kalo jumpa apa2 yg best kv ingat nak belikan untuk dia.

Selamat hari jadi bi!

CERITA HARI INI

May 21, 2008

Pagi ni, hubby ada appoinment kt HUSM. So, kena lah teman kan dia. Cakap lg isteri mistali kan. Baru jer beberapa meter kluar dr rumah, tayar kete rasa cam tak best jer. Hmmm… dah bocor plk dia. Malas nak pusing blk rumah, terus tukar tayar tepi masjid tu.

Encik hubby tgh tukar tayar.

Dah tau mesti makan masa lama menunggu proses kt spital tu, harus bawak bekal kan supaya kurang bosan. Wanita ni kv blum belek pun lg. So, bawak dia je lah.

Wanita bulan Jun.

Sesambil tu sms kak bie sama ada dia bizi ke tdk. Lps dpt nombor kt pendaftaran, gi daftar kat klinik plk. Masa ni lama sket sbb doktor yg kena check hubby tu round ward dulu. So, temankan hubby gi sarap sbb dia takleh makan lewat. Gastrik katanya.

Kak bie sms dia lewat skt. So, kv decided ikut hubby pi icu kjp jumpa sedara dia. Ye la, time tu bkn waktu melawat kan, jumpa waris je lah. Borak2 tanya khabar, kak bie sms bagitau yg dia dh turun. Kv escape dulu tinggalkan hubby kt icu. Tgh dok mencari kak bie tu, hubby dah turun pi klinik.

Alhamdulillah, dapat la jumpa kak bie secara langsung. Walo pun dok dekat ni. Hihi. Sori yer kak bie. Selama ni mcm takde masa nak jumpa kan?

Minum kat oren cafe sambil borak2 prung prang prung prang. Lama ke kita borak ek kak bie? Tak perasan pulak. Pastu kak bie masuk keje, kv pi kat hubby semula. Kebetulan hubby dh siap. So pi daftar kat farmasi nak ambik ubat.

Nombor hubby. Ramai betul org!

Suasana kat farmasi.

Pastu gi beli stok susu dina. Sempat sambar blouse 2 helai. Ekeke. Ingat nak beli baju dina, tp mcm tak best pulak. Terus balik. Singgah kat MBJ nak beli cat under coat utk frame pintu dan tingkap.

Sudah kat situ singgah SSF. Layan perasaan dan beli brg skt. Jugak carik idea nak hias rumah nanti. Hihi. Angan2 tak sudah ni.

Pastu masuk ofis dan menaip en3 ni. Habis.

p.s: Kak bie, jgn serik jumpa kv lg tau! Hahaha

PENAT SIH

April 22, 2008

Kv baru masuk ofis ekceli. Pagi td temankan hubby yg ada temujanji kat husm.

Hubby sakit batu karang. Puasa tahun lps dia kena. Mcm2 ubat dok makan tau. Yg klinik punya, yg farmasi punya dan herba2 tradisional. Tp sakit nya berulang ulang. Kencing pun tak lawas. Kesian dia.

Mula2 masa ultra sound, batu tu dlm buah pinggang. Patut arr dia slalu sakit pinggang. Pastu turun dlm saluran kencing dan ke bawah ke bawah lg. Ehehe. Tp batu tu tak kluar2 pun. PUnya lah siksa jiwa dan raga hubby ku sayang. Ewah.

Dia pun boring lah. Makan ubat bermacam2 plus injek tahan sakit jgk tp tak baik2 jgk. Batu tu still tak nak kluar kan. So, dia ambik keputusan nak check kat husm. Biar puas hati. Kalo masih ada maybe boleh laser atau apa ek proses yg lain tu. Selasa lps dah pegi, jadi hari ni kena pi x ray. Semalam dia kena puasa.

Sambil2 tu, dia pun google la cari apa petua yg best2 skt.

So, dia jumpa perubatan cina kuno. Katanya goreng walnut sampai garing. Pastu blend kan dgn gula. Makan utk 3 hari. Lps tu batu tu kluar. Kv pun penat la mencari walnut tu.Kemain susah kt sini nak jumpa benda alah tu oi! Seb baik ada. Tu pun sikit je tinggal.

Lps makan walnut tu mlm semalam, dia kata rasa pelik kt anu dia. Akaka. Lucah ke wei? Masa tuut tu, ada batu kluar. Jgn geli tau. Eiii..kv nak tgk pun geli sebenarnya. Ahaha. Besar hujung kelingking kv saiz batu yg kluar. Berduri duri lak tu. Tp dia ckp tak sakit masa kluar tu. Besar weh.

So, pagi td dia bawak batu karang tu pi jumpa doktor. Dlm filem xray tu dah tak ada batu dlm sistem badan dia. Tp doktor nak rujuk filem tu pd pakar jgk. So, kena wat ujian darah dan sebulan lg dtg balik. Doktor siap ambik batu tu utk wat kajian katanya. Melalui batu tu doktor boleh detect batu karang hubby sebenarnya berpunca dr garam atau asid urik. Temujanji nanti doktor bagitau makanan jenis apa yg hubby kena pantang. So, lesai satu kes. Alhamdulillah.

Pastu gi pejabat tanah kb sbb nak ambik geran yg kami daftar utk cop gadaian kt kerajaan malaysia tu. Nama lg buat rumah pinjam duit kerajaan. Ehehe. Loan masih blum dpt wei. Lambat sungguh. Huhu. Sesambil tu ambik gak geran2 tanah hubby (dulu nama MIL sbg pemegang amanah). Lesai satu kes lg.

Singgah pulak kedai mozek nak confirm kan granite yg kami mahu tu. Yg lain2 tu maybe ahad ni kami decided. Lesai satu kes lg.

On d way balik tu singgah makan nasi kak wok. Kalo org kelate mesti tau nasi ni. Ehehe. Dan air bandung kaler hijau. Mcm pelik jer. Alhamdulillah kenyang.