Archive for the ‘jalan2’ Category

SEMALAM YANG BANJIR

December 2, 2008

Semalam cuaca mmg teruk. Tgh hari lps lunch tu, kv kemas apa yg patut. Jalan2 yg biasa lalu tu dah naik air. Dan air makin naik.

Panik giler takut tak boleh balik. Haha

On d way blk tu mmg jalan dah naik air. Byk tempat lak tu. Tapi tetap boleh lalu kenderaan ringan.


Hujan mmg tak berhenti langsung. Lebat dan renyai lebat dan renyai. Gelap gelita. Hubby kata mcm gotun city. Gotun city tu apa ek? Lupa nak tanya dia. Huhu ( Dah diperbetulkan oleh kak ungku dan kak sya ~ GOTHAM CITY~ bandar gelap dlm citer batman)

Alhamdulillah lps gak lalu tempat2 yg kritikal. Singgah beli stok lauk. Mana lah tau kut2 takleh nak kluar nanti kan. Kelaparan kt rumah. Hujan2 ni lapar sokmo.

Bila kt rumah, borink la pulak. Kami gi jln2 kb mall. Haha. Sempat lagik.

Dina pantang jumpa kedai patung.

Jam 6, kami start kluar dr kb mall. Hah, hambek ko, traffic jammed giler babas. Sepanjang jalan mmg sangkut dlm jam. Dah la minyak kete isi skt 2 hari lps kenkononnya nak tunggu mintak turun rege. Buleh pekdah!

Last2 kami ambik u-turn depan balai islam terus ambik jalan SIC ke Tunjong. Risau nak masuk stesen minyak sbb kete penuh jalan.

Masuk jalan Perol tu mmg risau giler. Kut2 jalan takleh lalu kan. Tp tgk takde sigboard amaran kt simpang depan, selamat lah kut. Jalan mmg teruk la. Pecah dan berlubang.

Dah dekat nak sampai rumah MIL call. Risau anak cucu tak blk2. Hahaha

Sampai kt rumah sedang elok azan maghrib. Rupa2 nya rumah pengasuh dina dan rumah tok mek dah banjir.

CERITA JUMAAT

November 9, 2008

Pagi2 paksa anak sarapan dan mandi sbb nak gi pasar. Lg pun diapers dina tinggai sekeping jek. Malas nak gi mintak rumah pengasuh. Kut ya pun mmg nk kena beli.

Kat pasar best sbb jumpa udang harimau besar yg murah. RM 18 jer sekilo. Mabeles sungguh! Pastu beli kerang sbb danish sibuk nak mkn kerang. Jumpa makcik jual hati ikan yu RM 1. Owh, bahagia!!!

Lps beli diapers dina balik rumah dan masak sambil lepak tgk tv. Terima sms dr kawan suh dtg rumah dia ptg nya. Ada wat birthday bash anak2 campur mak bapak sekali. Senang sekali harung. Haha

Antara gambar dgn tuan rumah dan anak2 yg sempat di snap. Hehe

Gambar memula tu dina takdak sbb tgh tido. Lps tu dia bangun terus snap gambar. Ahaha. Anak tgh mamai, mak sibuk nak bergambar. Huhu

Lps tu hubby ajak danish gi air port (sbb dh dekat sgt) nak tgk kapal terbang. Tapi nan ado. Tapi seb baik ada helikopter. Hehe.

RUMAH LAWA

October 30, 2008

Semalam, kv berkesempatan ikut ofismate jenjalan ke rumah kawan lama dia. Ceritanya, tuan rumah yg kami pegi ni jiran lama dia lah. Tp opismate kv ni dah pindah dok kampung halaman. Ulang alik keje naik bas lah.

Tapi 2 minggu lg, ofismate kv ni dpt pindah ke pejabat yg dekat dgn rumah dia skrg. So, kalo tak pegi sblm dia pindah ofis, mmg tatau bila la dia dpt berkunjung ke rumah kawan lama nya ni. Kv ni, asal org ajak terus layan. Hihi. Lagi pun boring dow. Tgh hari (lunch hour) tatau nak wat apa.

Bes pegi rumah kawan opismate kv ni. Lawa sungguh. Dengar cerita (walopun dia merahsiakan bila kv tanya) kos rumah ni mmg berjuta lbh. Dekorasi mcm dlm majalah tau.

Terima kasih buat tuan rumah suami isteri, mmg ramah dan mesra sungguh. Tapi rasa segan lak sbb tatau yg dorang ni dah berpangkat datuk dan datin. Kami ni dok bahasa kan akak, akak jer. Haha.

Lps tgk gambar dia tergantung kt dinding baru tau. Huhu

Ni ruang lepak tingkat atas.

Kv menyelit kat situ nak enterframe jugak. Wahaha. Layan je lah.

Bergambar di kolam ikan kap jepun. Arrrkkk… takut jatuh dlm tu.

Nampak tak kan besar2 bagak tu. Geram tgk tau. Lawa sungguh.

Kami posing di ruang menonton. Tp syg, gambar blurrrr pulak dah.

Ruang menonton dan tangga.

Ruang belakang.

Bilik tido utama.

Bilik tidur utama gak.

Ruang menonton dari sudut lain.

Ruang tamu kedua.

Dining hall.

Kolam ikan kap jepun ke ikan koi ek? (mana2 lah). Kat tgh rumah tau. Lawa sungguh.

Kami posing kt ruang lepak sebelah kolam ikan tu.

Kami agi. Layann.. Hihi

MANDI PANTAI

October 30, 2008

Sabtu lepas, kami sempat ke pantai sekali lg. Lg pun petang2 takdak program. Asyik gi kb mall jek. Hik hik.

Ptg tu, pantai irama, bachok takde org sgt. Best la. Kalo jumaat mmg takleh masuk ar. Penuh org berpiknik bagai.



Masa mandi manda tu mmg best. Dina sampai biru bibir mulut kesejukan. Hihi.

Tapi bab yg tak best nya, lps naik tu mmg melekit tak hengat la. Awal2 kami dah bekal kan air mentah utk mandikan anak2. Kete pun penuh pasir. Adoiii…satu lak nak mencuci.

Apa pun mmg hepi bila tgk anak2 enjoy. 😉

SUATU PETANG DI TEPI PANTAI

October 22, 2008

Suatu petang tu, ketika dina asyik beronar, kami takde arah tuju. Pusing punya pusing, ke pantai kami mendarat, Hihi

Pemandangan.

Makan lok ceng.

Tgk org main paraglider.

Cubaan basuh tangan.

Paraglider lagik.

Dina siap duduk dah.

Wah, hepi semacam jer!

Danish join sama.

Dina dah bukak baju sbb tak bawa baju spare.

Dina teringin nak join bebudak lelaki main pasir.

JALAN2 KE RUMAH KAWAN

October 8, 2008

Ahad lps, kami cuti. Ye lah, sabtu tu kan kenduri. Ahad tu acara basuh kawah la pulak. Hihi.

Ptg tu takdak keje. Danish ajak gi tesco. Olos, boring la. Gi kb mall. Wahaha..

Kt kb mall, kv memerut lak. Kebuluran kut. Sbb nya hari sabtu tu langsung tak jamah makanan. Togok air sirap jek. Pagi ahad tu, jam 11 baru jumpa nasik. Perut beronar lak pulak. Memulas, nak muntah dan nak pitam. Gi makan bubur nasik mcD. Lps tu baru hilang sket fening.

Lps kt kb mall tu, hubbt tanya boleh ke nak singgah rumah Nuar. Nuar ni kawan kami. Semenjak dia dok rumah baru, tak penah lg gi rumah dia. Dah la dia tak dtg kenduri kami. Dia gi kenduri anak buah dia.

So, kami pun singgah la. Hubby siap solat maghrib kat situ lg.

Rumah Nuar.

Julie siap goreng mihun lg. Adoi, mmg rasa bersalah betul menyusahkan julie. Tp julie biasa lah, kepoh tak hengat. Bisneswoman kan, kena PR bagus. wakaka

Danish tgh menengok Faiq main bunga api. Terliur sama lah tu. Dina tak pikir apa dah, meluru je nak main sama.

Hah, nampak tu. Masing2 sibuk nak join main bunga api.

Suasana rumah nuar dan julie. Lawa sungguh.


Buat nuar dan julie, ada masa datang rumah kami pulak tau.

Terima kasih atas layanan yg mesra.

SEHARI SEBELUM RAYA

September 30, 2008

Assalamualaikun. Yuhuuu…hari ni pun kv masih lg dtg keje tau. hik hik. Gigih tu!

Tgh hari nanti kv nak balik ah. Kv suka dtg keje hari terakhir ramadhan. Ofis kv kan depan pasar je. So, ada masa kv curi2 masuk pasar tgk org. Mcm2 gelagat manusia boleh tgk. Yg ok, yg ko. Yg pecah perut, mcm2 ada uols. Suka je tgk. Kdg2 gelak sorang2. Jahat betul.

Masa ni, peniaga mmg taruk harga kaw2 punya. Ambik untung lebih setahun sekali weh. Bila lg kan. Nak tak nak org beli gak. Hampeh!

Antara gambar2 yg kv sempat snap. Layan.

Ni masa masuk pasar basah, bahagian daging. Nak celah pun tak muat tau. Punya lah ramai org. Daging dah habis. Ingat nak buat stok lps raya. Hampagas tul!

Cuba teka apa benda tu?

Pasar daging.

Suasana dalam pasar. Ramainya manusia.

Mercun rancak dijual di sana sini.

Org ramai tgh pusing2. Termasuk kv menyemak sekaki. Hehe

Bawak anak kecik pun sibuk sama. Kalo kv, mmg tak bawak ler. Rela aku tak membeli dr anak panas bersesak gitu.

Biskut raya masih penuh meja weh! Kalo tak habis, kat mana depa taruk yer?

Pak haji berkopiah pun beli mercun gak wei!!

Anyway, happy eid mubarak to all my frens. Maaf zahir batin.;)

Bai, nak balik dah ni. HIhi

SELAMAT PULANG

September 28, 2008

Tag line yg tersohor minggu ini kalo anda lihat dimana mana simpang dekat kelantan ‘SELAMAT PULANG ANAK2 KELANTAN DI PERANTAUAN’. Dulu2, masa dok blajar kt johor, bila tgk banner gini kt mana2 mmg rasa bangga sungguh. Bangga dpt balik beraya di kampung. Huhu

But now, tak kisah lah. Dah kerja dan duduk kt kampung. Cuma hari ni kv dah merasai suasana bersesak di pasar. Nak lintas jalan pun berjam tunggu. Ramai giler org balik beraya yer.

Salah satu banner yg kv sempat snap. Sori, gambar sikit blur.

Oh, ya! Semalam kv sempat berbuka puasa kat luar. Takde arah tuju. Last2 gi food court tesco. Bukan tak mengidam nak makan kat tempat2 yg best. Tapi masalahnya, irdina maisarah tu tak boleh dikawal. Kalo kt foodcourt, kv taruk dia dlm troli. Senang cerita. Haha

Dina kena kurung dlm troli.
Tgk tu, sempat lg nak capai air.

Sebelum berbuka, kv bawak dorang main2 rides yg ada kt tepi tu. Sakan lah dorang layan perasaan.

Ni menu kami, ringkas je. Nasik clayot utk dina ngan danish. Kami lak order nasik ayam sizzling sos lada hitam. Sedap sungguh.

Hihi…ni yg 2 hari lps. Pun kami berbuka kat food court tesco gak. Masa tu nak beli brg dapur.

Lps tu terus balik rumah. Hubby pasang lampu lip lap. Akhirnya bercahaya jugak setelah beberapa kali asyik tertangguh nak gantung.

Pastu main bunga api. Syok sungguh. Bunga api stadium ada, naga boro ada, telur naga ada, mcm2 ada. Wahaha..nama tak boleh blah okeh! Sendiri taruk.

Ok lah, di kesempatan ini juga, kv n co nak ucapkan kepada kawan2 blog selamat hari raya aidilfitri 1429H. Maaf zahir dan batin kalo ada tersalah cakap, terkasar bahasa. Mungkin ada yg kv tak perasan.

Dengan ini, secara rasminya kv nak jemput semua kenkawan datang beraya kt rumah kv pada 4 oktober 2008. Hari sabtu. Menu nya takde lah best mana. Gulai kawah campur umbuk kelapa, ayam masak merah, solok lada, acar jelatah, ikan kering, agar2, dan akok. Itu saja. Masa nya 12 tgh hari hingga 6 petang. jemput datang tau. Kalo tersesat ke apa ke, sila roger2 kv kat 012 – 9520323. Nanti jumpa kat rumah kv yer!

ENTRI LAPUK

September 24, 2008

Pertengahan puasa hari tu kv sempat ke pusat pendaratan ikan bagi perahu2 kecil. Atau lbh dikenali dgn perahu balik hari. Maknanya, kluar subuh, balik sblm zuhur. Tempatnya, kg pachakan, dalam rhu, semerak.

Nun jauh di sana pusat pendaratannya.

Dah sampai kt pusat pendaratan. Tgk bangsal2 perahu kt tepi pantai nu.

Ada gak ikan kering tgh jemur.

Lagi pemandangan bangsal perahu nelayan.

Masa ni ada perahu baru mendarat. Kv pun menyibuk sama.

Ada ketam dan udang ketok. Boleh pilih sendiri mana yg nak.

WEEKEND

September 21, 2008

Pagi jumaat tu, awal2 lg bersiap nak gi bandar. Nak berebut parking katanya. MIL nak menyoping brg kedai dia ky mydin. Pukul 9.30 (hiks..awal ke tu?) dah full parking nya. Adoi…kena parking blkg pantai timur. Benci sbb tapak parking tu dorang buat tempat jualan borong ikan lps subuh. Baunya sungguh tak tahan. Mcm pasar basah lak.

Dekat mydin sementara menunggu hubby melayan mek dia shopping, kv ngan dina n danish pusing2 tgk barang. Beli songkok utk danish. Tak nak yg kosong, nak yg sulam. High taste lak dia. Tp gambar songkok takmo tempek lg sbb baju melayu dia blom siap. nanti kv tempek bersama. Lama gak kt mydin tu.

Pas tu gi pasar tgk2 lauk. Tp kv tak masuk dlm sbb selipar kv tu konfem licin. Tak nak lah tersembam dlm pasar ikan tu. Memula tu duduk dulu tgk org, tp dina boring lak. Terpaksa la bangun jalan2 pusing. Jumpa makcik jual ikan pari. Tertengok la ada hari ikan pari. Dah lama mengidam nak makan. Terus beli. Baik hati sungguh makcik tu. Dia bagi 1 ringgit je. Moga makcik terus murah rezeki.

Pastu hubby call ajak balik.

Sampai2 je kt rumah, anak buah call bagitau abg long kv dah tolong ambikkan petai kt tanah pusaka (milik kv skrg). So, dorang suh blk ambik. Bila tanya hubby nak ke tdk, hubby ckp kalo jual boleh simpan dlm tabung anak2. Tak pun wat bayar hasil. Atau pun kalo jeruk best jgk. Tp takde sapa pun kt rumah tu pandai menjeruk petai. Huhu…rindunya petai jeruk arwah mak.

Hubby ajak balik. Semangat betul dia. Kami tinggalkan dina ngan atuk dia. Bosan dok merengek nak tido. Baik dia tido kt rumah je. Lepa mata dia, berdesup kami naik kete. Wahaha…jahat betul.

Hubby park kete rumah kak M. Sbb dah nak masuk waktu solat jumaat. Kv jalan kaki je ke kilang masak kak M. Borak2 kt situ ssambil ambik kesempatan mengajak sepupu sepapat dtg rumah kv raya ni. Nanti kv wat en3 khas ajak kawan2 blog lak. Lambat lg nak raya kan. hihi

Pukul 2.30 kami kluar dr rumah akak. Pegi rumah abg tgh, pastu abng sulung, sepupu sepapat lg, terus melencong ke rumah mak saudara (kakak arwah mak). Kiranya ptg tu dah selesai menjemput sedara mara yg rapat sebelah kv. Alahamdulillah sbb dpt jumpa semua org yg kv nak jemput tu.

Singgah bandar pasir puteh jap sbb nak beli peluru pistol. Alah, yg merah2 tu, kalo kita tembak kluar api ngan bunyi sekali. Tak la merbahaya mana. Pistol mmg kalo musim raya, hangat di pasaran.

Balik rumah sampai jam 3.30 ptg. Dina baru bangun. Ahaha. Lama gak minah tu tido.

Rehat jap lbh kurang, masuk dapur. Antara menu yg best hari tu ialah:

Hati ikan pari bakar. Gambar setelah masak malas nak ambik. Bungkus dgn daun kunyit dan daun pisang. Wangi nya aduhaiiii…Before tu taruk garam kunyit. Kunyit tu tumbuk byk2. Best!!!

Pastu, goreng pedas udang ketok. Korang panggil udang ni apa yek. Mcm predator jek. Minggu lps kv dah suruh hubby beli masa kami gi kt pendaratan perahu kecil. Tp hubby takmo (nanti kv wat en3 pasal tu) sbb takut nak makan. Padahal mmg kami pernah makan pun. Tetiba lak dia gi beli masa dlm pasar siti khadijah tu. Rasanya mcm ketam. Sedap. Manis. Walla!!

Hari sabtu, kerja2 mendobi. Hubby lak tolong tukang angkat kayu utk wat trusses bangsal blkg rumah. Tunggu dina bangun tido baru nak kluar.

Nak solat zuhur baru dina bgn. So, pkl 1.50 tgh hari kami kluar. Seb baik cuaca mendung spjg hari. Misinya nak beli minyak tanah dan pelita. Wahaha..semangat nak raya ni. Kv pun ingat nak beli set buffet kaca tu. Ala, yg kecik tu je. Senang nak menghidang time raya.

Lps beli minyak tanah plan terus berubah. Wahaha. Singgah billion dulu. Saja nak tgk org.

Lalu bazaar depan billion. Mcm2 ada jual.


Pastu masuk dlm. Alamak, punya la ramai org sesak sungguh. Danish mintak beli kan dia wafer. Lapar lah tu.

Tu tgh syok makan.

Nampak tak leher baju dia yg gelebeh tu. Tension kv tgk. Semua baju dia jadi mcm tu. Salah mama dia lah, malas nak basuh pakai tgn. Bila basuh mesin herot petot abih semua. Huhu.. Masa mula2 dia pakai tak perasan, bila dh jln2 tu baru nampak gelebeh tu. Kena beli baju lain ni.

Dina masa kt billion.

Abih shopping kt billion, ingat nak terus gi pasaraya ten ten nak beli pelita punjut. Seringgit je satu. Murah sungguh. Tapi hubby ajak jalan2 kt kb mall dulu sbb masih awal. Blk rumah pun boring tatau nak buat apa. Layan je lah.

Memula sampai tu cari tiset untk ganti baju gelebeh danish tu. Segan kt org. Jumpa selai kaler merah. Terus gi toilet,tukar baju dia.

Tuu..baru kluar dari toilet lps tukar baju. Hihi

Ayya..nampaknya besar gak leher baju yg baru beli tu. Dah ambik saiz 4 pun. Tak boleh ambik saiz 5 sbb dia kurus sgt. Tp saiz 4 pun dh gelebeh. Ape kes. Mamat ni kurus sgt la.

Pastu pusing2 jalan2. Ramai gak org shopping keperluan raya. Err..tgk iklan kyros kebeb teringin lak nak berbuka puasa kt situ, tp awal sgt la. So tak jadi. Nanti2 lah. Byk hari g kan.

Dina happy jek. Asyik tepuk tgn.

Pastu pusing2 masuk pacific. Beli lg brg2. Terasa nak akan eskrem lak. Beli gak. Hihi.

Danish ngan dina dlm trolley. Kemain syok dorang.

Beli pelita baisa kt pacific sbb dah letih nak gi ten ten. Takpe, janji pelita.

Balik tu, 5.30 baru sampai. Lps solat asar, bersilat lak kt dpr. Masak ikan kerapu stim, goreng pedas ketam, bergedil daging, paru goreng. Arghh…penat.

p/s: Takziah utk keluarga sitilina atas pemergian tokpa menemui Penciptanya jam 3.33 am hari ini. Moga terus tabah. Doakan yg terbaik untuk arwah. Al fatihah.