Archive for the ‘kenduri’ Category

KENDURI DAN BANJIR

November 30, 2008

Semalam (sabtu) abang sulung kv berkenduri. Anak keduanya kawen.

Jumaat kv langsung takleh bangun. Tido sepanjang hari. So, pepagi sabtu dah harus lah kena sampai kan. Dah la hujan dr mlm tak henti2. Semua org basah kuyup.

Sesampai jek, tolong alterkan pelamin. Ni lah akibatnya nak jimat belanja. Keh keh keh. Pelamin pun buat sendiri. Kan senang pi tempah jer. Tak yah pening palo. Huhu

Lps tu tugas kv kembali ke rumah Kak M. Hias nasik pengantin.

Gambar hidangan sebelum di punggah ke rumah pengantin. Hujan mencurah2 tanpa henti. Masa ni air dah naik byk tempat. Huhu

Dah la punggah hidangan dlm hujan. Seb baik takde yg terpeleot bagai. Haha. Pastu harus siap kan meja pengantin la.

Khemah jemputan. Maaf gambar gelap sbb pakai phone kamera yg takdak flash. Dah la hari gelap guguk.


Pengantin lelaki dah sampai.

Pengantin perempuan kluar. Hiks

Posing dudlu sblm duduk.

Gambar tah pape.

Hantaran kedua belah pihak. Sori gambar kelam. Hihi

Tuan blog dan anak2.



Dina tunjuk perut dan danish jadik hantu.;P

Nak balik tu, kena riki jalan yg tak naik air. Punya la jauh pusing, siap kena masuk highway. Ambik short cut tapi hampeh, kena pusing balik sbb jalan dah putus takleh lalu. Hoho. Punya lah jauh mcm gi teganu puloks.

Ni yg kv sempat snap. Yg lain2 tak sempat. Gerun melihat air sungai naik dan arus deras.

Alhamdulillah hari ni banjir dah reda walopun ada hujan skt2.

moral of the story:
Jgn lah berkenduri di musim tengkujuh. Siksa wei!!

Advertisements

Raya episod 8 – Kenduri doa selamat.

October 7, 2008

Akhirnya, sampai gak hari kenduri.

Ramai yg komplen, napa kv pilih hari minggu dan di musim perayaan.

Alasannya, musim raya semua org masih lg kt kampung, org yg dah keje pun (bkn perantau) boleh dtg. Masalah plg besar ialah jem sana sini. Huhu

Maaf sekiranya jemputan kv menyusahkan tetamu. Kv tau ramai yg gigih mengharungi jem, sampai gak ke rumah kv.

Maaf atas segala kekurangan pada hari tu. Dan mungkin layanan kv kurang sket. Ramai jemputan kan, semua nya nak kena layan. Harap nya jemputan memahami. Segala kekurangan tu atas kesilapan kv n co. Bukan nya org lain.

Kalo makan tak sedap ke, atau lambat tambah ke, harap maaf yer. Hihi

Walo macamana kelam kabut pun, suasana tetap meriah. Ramai jemputan yg hadir. Penatnya, belakang kira.

Kak PB n family, Fizzy n fren sampai masa kv takde kat rumah. Harap maaf.

Kv gi ambik kuih akok ni ha!!

Hubby tgh tgk dak Imi menuang akok dlm acuan. Kena tunggu dlm 15 minit gitu baru dapat sepenuhnya akok 400 biji tu.

Kebetulan anak2 buah kv lalu jalan tu, so kv tumpang dorang terus blk rumah. Kak PB call ckp dah duk bawah khemah. Aduyai.

Kv masih lg selekeh. Belum bersiap pun. Harap kak PB dan Fizzy tak ambik hati walo pun makan masa menunggu jugak lah untuk makan nasik gulai kawah tu. Harap maaf yer. Kenyang ke makannya?

Kak PB n family jugak Fizzy n fren sedang menjamu selera. Akak, jgn lupa emel gambar kt kv tau!

Pastu kak bie sampai. Sian salsabila mengantuk. Harap kak bie selesa kt rumah kv hari tu. Sian baby kepanasan.

Salsabila. Asyik senyum je tau!

Lps tu nono dtg. Sampai gak nono kt rumah akak. Tak sesat kan? Nanti nono dtg lg tau! Jgn serik okeh.

Mas ngn suami pun dtg gak. Lawa lah mas hari tu. Hati2, karang ada org lain tackle lak. Wakaka.

Pas tu ramai gak ex utm yg dtg. Alhamdulillah, sekian lama tak jumpa. Sampai beranak pinak. Akhirnya ada pertemuan. Syok sakan. Tp terkilan jugak la sbb tak leh nak borak pjg. Gambar pun tak byk kv snap. Nanti kv mintak dorang emel kan gambar2.








Suasana kenduri hari tu. Masa ni dah ptg. Dah lengang pun. Baru sempat snap gambar. Tu pun pakai henfon jek.

Dina plk dok rumah pengasuh. Dah ptg baru balik. Seronok kemain dia tgk org ramai. Tp main lori tak ble blah. Tgk tu!!

Main lori pakai baju kurung uols! Wahaha.

So, kesempatan ni, kv n co nak mintak maaf atas segala kekurangan, sama ada dari segi layanan, makanan, suasana dan sebagainya.

Jgn serik dtg rumah kv lg tau!

Syukur alhamdulillah akhirnya semua sudah selesai.

Lps ni misi tanam bunga lak. Huhu

Raya episod 7 – Persiapan Kenduri

October 6, 2008

Ni kv tempek gambar masa persiapan kenduri.

Khemah dah siap pasang, cuma kerusi belum susun.

Dina main sorang2 sbb semua org byk keje. Hihi

Bawang, cili, halia bagai yg telah siap di kupas. Tunggu nak blend je.

Ni pulak pagi hari kenduri tu.

Pakcik tengah menaram umbuk kelapa nak campur dgn daging lembu.

Makcik makcik sibuk kat dapur. Nak buat acar lah, ayam masak merah la, solok lada la. Alhamdulillah, dorang byk menolong.

Pakcik pakcik kat bangsal belakang tgh menaram peha lembu. Masa ni tak penuh lg. Lps tu, kv tak sempat dah nak ambik gambar. Sibuk katanya. Hikhikhik

MAJLIS BELAH LELAKI

August 24, 2008

Hari jumaat persiapan untuk kenduri. Gambar tak snap. Byk keje sgt sampai lupa nak bergambar. Rugi sungguh.

Hari sabtu, majlis kenduri sebelah lelaki. Belah kami lah tu. Jam 11.30 tetamu dah mai. Nasik pengantin pun belum siap lg. Letih meks.

Dina laks meragam. Dia demam selsema dan batuk. Bila bagi ubat terus dia meragam. Agaknya tubuh dia letih penat kut. Lain kali takleh bagi ubat demam selsema. Sbb dia jadik weng. Kena bagi ubat batuk jek. Dh ptg baru dia nampak ok dan siap main. Hihi. Dah boleh berjalan. Agaknya excited ramai geng kut. Tp masih belum pro lah. Yay! Go adik go! Chaiyuk!! Nanti boleh ambik video dia jalan.

Wokeh, masuk cerita kenduri.

Apa2 hal pun bergambar harus lah. Wakaka. Menyampah org tgk kami agaknya. Masa ni dina dah selamat tido. Selamat aku.

Posing lg.
Antara hadiah untuk pengantin.
Hidangan kat meja pengantin.
Kami tgh menunggu rombongan sampai. Harus bergossip dulu.

Meja pengantin.
Khemah belah pompuan. Belah lelaki tak ambik gambar.
Wah, rombongan dah sampai.
Nampak tak pengantin perempuan tu.
Salam suami yer!
Posing dulu sblm naik.

Posing lg.
Geng kompang. Bersemangat betul.
Bergambar kat pintu gerbang.
Kekanak ribena menyibuk sama.

Bilik pengantin pompuan. kami hias sendiri. Sakit pinggang aku panjat tangga. Wahaha… dah org lain body ‘best’, tak kena paksa naik tangga. Kv lah g kena panjat. Seb baik tak terpotong leher kena kibas dek kipas siling. Huhu. Oh, lupa, cermin meja solek hancur berkecau dikerjakan akak kv. wahahaha. Pucat nak pengsan dia, Kesian sungguh. Bukan cermin tilik. Cermin meja yg boleh taruk alat make up tu. Tp tak perasan sgt kalo cermin tu takde. Dah lah bilik pengantin kt tingkat atas. Penat naik turun tangga tau. Gambar pengantin kt bilik kv tak snap. Sbb keluarga pengantin pompuan penuh.

Kami posing kepenatan. Fuh!!!

Wajah sememeh irdina maisarah bagun tido. dah nak malam baru pulih dari ‘weng’. Kesian lak kt dia.

Mlm pulak acara makan2 keluarga dan bukak hadiah. Hall yg besar tu penuh dgn kami2. Gege riuh. Tp best sbb time raya pun tak boleh berkumpul gini. Sayang sekali gambar kv tak snap. Nanti kv mintak ngan kakak dan anak2 buah. Boleh ost kt blog.

Anyway, 29 november ni, ada satu lg kenduri yg perlu kami tempuhi. Anak kedua abang sulung kv. Majlis bertandang kat melaka. Fuh…masakkkkk!!!!

Kata keluarga besar kan!

Alhamdulillah..majlis kali telah selesai dgn jayanya. Syukur.

BERTANDANG KE RUMAH PEREMPUAN

August 24, 2008

Hari khamis lak acara berarak ke rumah pengantin pompuan. Belah pagi tu kv singgah ofis dulu sbb nak gi pasar minggu beli buah. Pasar minggu kan depan ofis kv sajourk.

Sampai rumah akak, masing2 dah ada tugas. Kv lak ditugaskan buat pulut semangat. Pes taim ‘ara’ pulut ni. Kukus nya anak buah kv buat. Ahahaha

Pastu sambung gubah buah. Dan masak makan tgh hari. Dasar tak boleh lapar kan, harus lah kena lunch kt rumah dulu.

Pukul 3 baru semua mandi2 dan bersiap. Jemputan dah penuh. 3.30 semua dah ready. Alah, sepelaung jek rumah pengantin pompuan dari rumah kami. Seberang jalan jek.

Apa2 hal pun, poisng dulu. Ekekeke

Masing2 posing tak nak kalah nih. Kalo u ols perasan, anak2 buah kv lbh tinggi daru kv tau. Harus lps ni byk kenduri kendara kena buat. Fuh!!!

Ok, dah start jalan.

Kv dan anak buah. Sempat ‘mengumpat’ tu.

Pengantin dipayung kan. Panas weh!

Dah selamat lintas jalan.
Dah sampai kat rumah pengantin pompuan.

Posing dulu sblm makan. Ahahaha
Maksu tersandar kekenyangan. Wakakaka
Ni gegambar lps makan. Kv tak makan pun. Dah full masa lunch tadi.

Boring nunggu pengantin dok posing. Kami pun malas dah, panas lg. So, tukar2 dulang dan siap nak lintas jalan. Balik daaa.

Sebelum melangkah balik, peri2 posing dulu. Jgn gelak tgk hantaran tau. Tu hantaran pompuan utk lelaki. Hampeh jek.

Tolak yg baju bru tua (peknen). Hanya yg tu kakak kv. Yg lain2 tu anak2 buah ku. Masak lah ngan kenduri nanti!Pelamin. Hijau dan pink yg hmmmm… no komen!

Sampai kt rumah masing2 ‘kerjakan’ hantaran. Gambar lupa nak snap sbb dh letih.

Lg 2 hari perlu ditempuhi.

AKAD NIKAH

August 24, 2008

Ok, mula cerita dgn mlm akad nikah. Hari rabu malam khamis. Keluarga pengantin pompuan menyewa dan tinggal kt kampung kami di pasir puteh nun. Sbb tu memula tu kv ingat akad nikah buat kt p.puteh sbb kenduri belah dorang pun kt pasir puteh.

Seb baik kv tak terus pi pasir puteh. Kak M bagitau majlis akad nikah wat kt masjid Gunung. Dekat dgn rumah tok sedara pengantin pompuan. So, dekat sgt lah ngan kampung hubby (rumah kv n co lah). Kami pun tunggu dekat masjid tu lah. Rombongan lain belum sampai. Azan isya’ baru dorang sampai. Terus solat dulu.

Lps solat, abg kv turun pakai sampin. Dan kami pun touch up sket wang hantaran atau kat kelantan kami panggil ‘duit belanja’.

Pengantin tgh pakai sampin.

Wang hantaran dlm album jugak rantai dan cincin emas.
Sebelum naik masjid. Anak buah dan hubby antara tukang bawak dulang.Kakak kv tgh final touch up cincin.
Kekekeke… tak sah kalo tak posing dulu.Kami tgh menunggu akad nikah berlangsung.

Upacara akad nikah. Sekali lafaz, maka sah lah abang kv dah selamat menjadi suami org. Ada hubby ambikkan video, tp kv malas nak upload dlm blog. Layan gambar pun boleh lah.

Wah, pengantin dah tak sabar2 nak sarung cincin ni. Masalahnya, belah lelaki jek bawak cincin, belah pompuan takdak. Huhu

Posing berdua.

Bergambar sebelum turun dari masjid.

Adik beradik kv. Dulu 8, kini tinggal 6. Semoga takde perpecahan antara kami. Insyaallah.
Keluarga sebelah perempuan. Yg pakai baju hijau tu wali (adik pengantin perempuan).
Eh, ada lg gambar pengantin posing.
Tok imam dan saksi.

HIks, acara posing 2 dulu sebelum berangkat balik.


Jamuan makan lps nikah kv tak pergi. Sbb nya? Buat kt pasir puteh nun. Dh tgh mlm sgt kami nak harung. Yg lain takpe lah, on d way balik rumah masing2.

Balik rumah, goreng telur mata cicah kicap. Dan tidooo.

Alhamdulillah selamat satu acara. Yg plg penting tu.

Lg 3 hari perlu di harungi.

JEMPUTAN WALIMATUL URUS

August 20, 2008

Tarikh: 23 ogos 2008

Hari : Sabtu

Lokasi : Rumah Tn Hj Napi dan Hjh Kasmah (my kakak)
No. 80, Kampung Telosan,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan

Acara : Kenduri kahwin menyambut menantu.
Abang kv kawin. Huhu

Buat semua kawan2 yg ada masa dan kelapangan, dijemput dengan hati yang ikhlas, datang ke rumah kami makan nasik gulai kawah (menu org kelantan kawen gitu lah).

Maybe besok tak sempat update (mana tau ada masa belah pagi)
Mlm ni akad nikah. Kv terus tunggu kt masjid je lah. Tak jauh dr kampung hubby.
Besok, majlis bertandang ke rumah pengantin perempuan.
Sabtu, kenduri belah lelaki (rumah kami lah tu)

Pd yg kurang faham, mak dan ayah dah takde, so kakak kv jadi galang ganti. Majlis buat kt rumah dia, ok.;P

MAKAN GULAI

July 28, 2008

Kalo dekat kelantan, kenduri kawen di panggil atau disebut makan gulai. Sbb nya menu utama hidangan mmg gulai kawah. Takdak nasik minyak, nasik beriani bagai. Gulai kawah, nasik putih dan ada lg sampingannya.;)

Tgh hari ni kv gi mkn gulai rumah sepupu hubby. Anak dara nya kawin. Kebetulan dekat je ngan ofis, so kami mewakili family lah ke kenduri tersebut.

Menunya agak best. Gulai kawah, ayam percik, solok lada, kerabu sarang (rumpai laut), ubi sira dan sambal. Makan sampai senak perut. Hilang diet ku. Huhu

Dah siap makan, harus lah jumpa pengantin dulu sblm blk. Tp pengantin blum bersiap. Tgh kalut dok wat itu iti. So, takdak gambar pengantin.

Pelamin nan indah. Oh, lupa nak snap yg kat bilik.;P

Sisa (ole2 dr pengantin)

Isi beg tu. Mcm2 ada. Telur, bunga telur, pulut dan wajik jugak kipas hiasan. Mek sookaa!!

Opss..ini hadiah kenangan dar kv untuk pengantin. Untuk Na dan suami moga berbahagia lah hendakNYA. Amin.

SELAMAT PENGANTIN BARU

June 9, 2008

ehehe… selamat pengantin baru buat adik mas ngan cik asben dia (anuar) pada 4 jun 2008 (akad nikah).

Ceritanya bakal pengantin lelaki (masa tu ler) lewat sbb jalan semua jem gara2 pemburu minyak memenuhi jalan. Wakaka. Sejarah tu. Kenangan manis bila dikenangkan nanti.

Kv sempat pegi majlis persandingan dorang kat rumah mas di kampung kubang kacang. Tak ler jauh mana dari rumah kv benornya. Hiks.

Lawanya pengantin baru. Senyum sokmo. Manis sungguh.

Sori, gambar gegar gegar. Hiks

Dpt dua beg cenderahati dr pengantin. 😉
Perkasasan kt dlm paper bag tu.




Awat la zaman akak kawin dulu takdak benda2 yg comei2 gini. Ekeke. Padahal masa tu bajet ciput. Wakaka

Anyway, selamat pengantin baru buat masleeza dan anuar. Moga berbahagia kekal abadi. Cepat2 dapat baby tau!

KENDURI SANA SINI

June 1, 2008

Woohoo… kenyang perut makan nasik kenduri. Hari2 ada je jemputan kena penuhi. Ni pun kv baru lps blk dr rumah abang long. Gulai kambing katanya.

Kami ni biasalah, time cuti skolah ni la dpt berkumpul ramai2. Kebetulan ramai anak buah kv yg jd cikgu (anak buah lbh besar dari mak sedara yer, sila maklum, ekkeeke).

So, kesempatan gini abg sulong buat la majlis makan2 anak beranak katanya. Gulai kambing campur buah ara. Gulai ayam kampung. Teresek jantung pisang campur ayam kampung. Ayam goreng. Acar jelatah dan sambal belacan. Fuhh…. mmg selesai makan tu tak larat nak angkat montot.

Lbh2 lg bila makan dlm suasana seronok dan meriah gitu kan, apa lagi selera bertambah tambah la. Ekeke.

Ingat nak sambung ‘perhimpunan’ dgn berkelah n barbeku kat pantai ke, kat air terjun ke, tapi mcm tak sempat la puloks. Ada ptg ni dah bertolak balik. Ada yg besok. So, kena kensel lah gamaknya. Bila tak cukup ahli rasa mcm tak best la pulak.

Kjp lg nak gi cari hadiah pulak. Kenduri ofismate terima menantu. Huhu. Rasanya on d way balik nanti boleh la singgah. Segan lak kalo tak hadir. Hari2 dok mengadap muka dia kat ofis ni kan.

Sori yer, syok borak. Sampai lupa nak snap gambar. Kelmarin pun kenduri bertunang anak saudara Kak K (anak sauadara suami dia). Besar besaran jgk. Maklum ler anak General Manager katanya. Tumpang buat kt kampung. Ambik peluang jemput org kampung sekali sbb bila majlis kawin nanti buat kat kl nun.

Aduh..penat nya berkenduri kendara. Kan?

Tahniah lah pd pengantin – pengantin baru atau yg dah selamat bertunang tu. Moga bahagia kekal abadi katanya. 😉