Archive for the ‘macam2’ Category

BANJIE SEGEGOK

November 23, 2008

Wakaka…segegok katanya.

Tu bahasa kampung kelate.

Maksudnya, tiba2 dan sekejap.

Hari rabu lg dah hujan. Dua hari dua mlm tanpa henti. Ptg khamis tu, Air dah penuh kt kawasan lembah. Naik cecah jalan dh. Byk tempat air dah melintas jalan.

Gambar2 kt bawah ni kv ambik masa on d way blk keje. Kononnya takmo lalu jalan besar (utama) nak elak banjir. Tapi jalan altenatif pun banjir katanya.

Ni jalan gunung – kota bharu. Kg Pauh Lima.





Besoknya air makin surut. Dan surut. Pastu panas, pastu hujan. Hari ni pun mcm tu ler.

Dah musim tengkujuh pun kt sini.

Kesian pulak dekat org yg berkenduri. Hmm..

TOLONG LAH!!!!!!

November 20, 2008

Eiii….kv menyampah tatau nak cerita camana!!!

menyampah nya alahai !!!!!

Tuhan jer yg tahu.

Masalah ni dh lama. Bukan masalah kv pon. Masalah org lain.

Tapi kita ni ada mata melihat, ada telinga mendengar. Tetap tak terlepas dr pengetahuan tau.

Dah tau kita ni bini orang, kenapa masih sibuk nak mencari pasangan??? Nak berpacaran macam anak dara??

Adakah terasa diri terlalu laku sampai tak ingat dosa pahala??

Atau pun rasa best sbb asyik dibelanja???

Malu la sket dgn title dan tudung tu!!!!

p/s: bukan aku jeles,k. Tapi menyampah dgn org yg tak sedar diri ni!

TUKAR TALIAN

November 18, 2008

Adakah korang jgk telah menukar talian seperti yg kv lakukan hari ini?

Benornya semalam lg hubby sibuk mengisi borang utk kv tukar talian, tp lupa fotostat ic daa!! Letih dia nak pegi semula. So, hari ni baru blh submit.

Alkisahnya kv pakai line (pra bayar) kaler merah di zaman tokong tonggek lg. Masa tu pra bayar baru dikeluarkan. Mahal woo!! RM 238. Ingat lg tu!

Hubby lak dah pakai line purple. Kawan2 kv pun mmg rata2 line purple. Kv sorang je line merah. Malas nak tukar sbb sayang ngan nombor.

Bukan nombor cantik pun, tp nombor lama kan, malas la nak kontek semua kenkawan bagi nombor baru.

Tp la ni kan boleh tukar talian tanpa menukar nombor. Wah, tawaran yg hebat tu. Hiks. Jimat sket prepaid aku nanti! Nak daftar 2 minggu lps tp syg baki duit masih byk. Sbb bila tukar talian otomatik duit baki hangus.

Kv ni, bukan penalifon yg tegar lah. Baki mmg ada sokmo. Asyik terkumpul jer. Kalo tak balas sms tu maknanya tempoh prepaid abih, bukan abih baki tau! Tu yg rasa syg gak.

Nak kasi duit baki cepat habis, kt rumah kv asyik dok guna 3g melayari blog. Bukan boleh komen bagai pun. Just tgk jer. Hari minggu kan, takde keje nak buat. Hihi.

Sehari dua lg tempoh kredit pun tamat la. Sedang elok lah tu, baki skt2 lg boleh la en suami habiskan. Kv ni tatau nak talipon kt sapa. Kalo sms ok jer, kalo bercakap mcm tak reti lah pulak. Hoho

Keadahnya, dorang akan hantar sms 2 kali, pastu otomatik diminta menukar sim kad baru yg kv baru dpt td. Masuk jer sim kad baru, talian pun bertukar lah dgn jaya nya. Hihi

MY FIRST VANTAGE

November 5, 2008

Semalam, kv tak masuk ofis sbb ada course satu hari kt ridel hotel, kota bharu.

Masa dlm dewan tu, kv terima call dari nombor yg tk dikenali. Rupa2 nya staff gdex nak hantar parcel. Wah, teruja ni. So, call ofis suh org admin tolong terimakan utk kv.

Pagi ni semangat berkobar kobar ambik parcel kt admin. Sungguh girang. Ahaha

Parcelnya (dah bukak pun sbb ofismate nak tgk)

Isi dalam nya.

Tunjuk gambar piring je lah. Malas nak bukak semua. Hihi

Set teko vantage ni benornya kv tebus mata ganjaran minyak BP. Ada special redemption dorang offer. Dari bulan puasa hari tu lg terasa nak tebus tp biasalah, asyik tangguh jer.

Tak sampai 2 minggu tebus, dh dapat barang nya. Best2. Thank you BP!!!

LANGKAH BERJIMAT CERMAT

July 10, 2008

Semua brg dh mahal ek? Huhu… pi pasar kalo bawakk 10 hengget apa sgt yg boleh beli.

So, sebagai meyahut seruan kerajaan supaya rakyat berjimat cermat, kami pun pelihara lah itik telur.

Sekor tu 2 hengget. So kv beli 5 ekor, jadik 10 hengget. Bila bawak blk rumah kemain hepi lg si danish. Dina lak tau geram jer. Seb tak mati itik2 tu dikerjakannnya. Tatau takut ke hapa.

Tak nak bagi itik tu terseksa akibatkekejaman dina, hubby belikan lah jaring besi. Itik tu kan kecik2 lg. Blh la dok dlm tu.



Masalahnya, baru sebulan pelihara, dah mati. Huhu
Mek nangis!

MEMBURU MINYAK

June 5, 2008
Sapa buat keje mcm kv mlm tadi? Angkat tangan!!!
Huhu… kv rasa sungguh bodoh ptg semalam. Dah singgah stesen mintak utk beli petrol dlm tong. Biasala kan meniaga kedai runcit, harus minyak petrol pun kami jual sama.
Padahal hubby dah tanya budak pam tu brapa harga mintak naik. Tp penerangan budak tu kami tak paham sbb kami dok ingat pak lah umum lm td dan minyak akan naik ogos nanti sbb menteri barang ckp maybe naik ogos nanti (byk plk sbb2 nya kan).
Adoiiii laa. Rupanya berkuatkuasa tgh mlm td jgk. Nyesal tak sudah. Byk giler naik tu. Napa la paklah tak bagi subsidi sampai 1k satu kereta. Sifir apa lah yg dia guna just 625rm sorang tu. Huhu.
Lps solat isya’ saja je nak ngetest power nak taram petrol penuh tangki kan. Hahaaha… satu stesen minyak tutup. 2 stesen minyak mmg jem giler babas. Hohoho. Kami pun kansel la niat nak beli minyak tu. Tak paham la ada org sanggup beratur pjg berkilo kilo tu. Karang minyak dlm tangki habis, minyak kt pam pun habis. Cemana nak balik?
Kwn2 kami roger sana sini. Semuanya jem. Kat kota bharu, kt pasir puteh. Kat mana2 lah.
Sempat gak snap gambar. Mmg meriah ngalahkan raya puasa tau.
Nampak tak barisan pjg nu?

Penuh stesen minyak tu

Kami singgah kat depan sbb nak tgk gelagat org.

Tapi tak pasal2 danish plk menangis tak hengat. Takut tatau napa. Kecoh ajak balik. Agaknya dia ingat rusuhan kut. Sakit perut kami gelakkan dia. Dina pun ikut gelak sama.


Uwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

tak reti

March 17, 2008

kv benornya wat entry baru ari ni pasai kenduri. Gambar dah siap draft dulu kemarin. Tp bila publish, aduh dia pi ikut jam kemarin jgk. Tu yg en3 ari ni slps entry separuh hari kt HTA tu.

ada sapa2 reti ajar kv cemana nk tukar ek?

Uwwwwwwaaaaa….

MANUSIA BANGANG

March 11, 2008

Sori lah yer, ni en3 meluah perasaan geram. Mungkin kurang sopan skt. Sebagai kenangan kv n co di hari tua. Sigh.

Mungkin ramai dah maklum, kami tgh bina rumah. Sblm dpt bina rumah dan buat loan tu, mmg btul2 menguji fzikl dan mental. Korang tau lah masalah tanah kt kelate ni. Masing2 malas nk setel kan. Bila dh lama (dan ramai yg tua dah mati) maka bertambah tambah lah nama pewaris. Makin lama makin complicated.

Nak buat loan, kena geran yg nama sendiri. Takmo syer ngan org lain. Semua org dh tau lh kan? Ekeke. Nk setel menda alah tu, penat bergaduh sedara mara, penat jumpa loyar, penat gi mahkamah, penat ulang alik pejabat tanah dan penat mcm2 lg. Yg penting duit habis ribu riban tu, sorang diri.

Ingat kn dh setel semua. Yg bermasam muka dulu kami buat bodoh. Bila kami rombak jalan (jln tu dekat sgt ngan rumah, bahaya. Lg pn tak lps tapak rumah baru), hah, baru la nak merayu. Hubby suh gi pjbt tanah buat nilaian. Bayar dan gezet jln kalo nk kami bagi. Senang crita, anak cucu besok tak yah nk gaduh2 lg dah.

So, ada la sorang hamba allah ni (bkn family hubby pn, suami dia). Kononnya nk report polis lah, itu lah ini lah (mcm2). Tak de apa pun. Last2 hantar menantu dia yg engineer konon (kami risik2, heheh..atas skt je dr ofis boy..ahahaha). Dtg serang hubby. Katanya cara kami buat tu salah. Dorang tak sign so mana boleh buat pecahan geran. Abih tu, kami pasang loyar tu apakejadah nya, bodoh?

Bila hubby tunjuk perintah mahkamah yg tok hakim sign dia tk paham. Hubby kata, sapa lah dia, cam besar sgt kuasa nk tiru sign tok hakim. Hik hik. Bengap btul menantu dia tu.

Last2 dia mintak ngan hubby nk pi ckp jauh2 skt, takut org dengar. Dia mintak hubby kurangkan bayaran utk laluan dorang sbb dorang tk mampu nk bayar kalo pjbt tanah wat penilaian. Lain2 hal utk buat jln tu dorang kluarkan kos sendiri. So, kami pun malas nk pikr byk, tk baik buat jahat ngan org kn, walo pun org btul2 wat jahat ngan kita. Hiks statement cover. Hubby setuju ngan harga yg dia tawar kn. Tp menantu dia tu mintak jasa baik hubby suh rahsia kn. Takut pak mertua dia tahu, rosak dia punya reputasi. Hik2. Btul2 dia merayu okeh.

Hah, lps tu baru nk g salam ngan chek dan mak. Walo pun tok sedara tp ari tu baru nk g salam. Dah setengah tahun kawin tu.;P. Sungguh tak sedar diri okeh!

Kami pun pung pang pung pang buat lh rumah. Tp agent2 diorang dok kepoh2 ckp kami spelet pjbt tanah. Bila menantu kwn tu gi serang hubby baru tau takut terus bagi jalan. Kih kih..tp depa tatau kami ada senjata hebat. Apa lg, menantu dia lah. Hubby call menantu dia ckp yg dia dh tersohor seluruh kampung. Dia gi serang hubby. Pucat mamat tu. Malu nk blk kampung mertua. Nampak sgt nk tunjuk hero kan. Nah, rasa kan!

Lps siap jalan boleh lalu (alah, batu crusher run jek) mertua dia pun blk lh (mertua dia keje kt perak, ditukarkn, terpaksa lh tinggalkan rumah sementara nak pencen, tu pun tk sedar diri). Masa dia blk pestime jalan tu boleh lalu, rumah kami baru isi tanah dlm beam. Masa tu dia dh jaki. Mmg pk mertua dia kaki jaki tak ingat tuhan tau!

Seken last dia blk itu hri nk ngundi. Dia sampai sejam sblm solat jumaat. Lps solat tu, dia jumpa tukang rumah kami, siap suh pesan kt kami yg dia akan report bpr sbb kami buat tak ikut rules. What the fu*ck? Mmg bangang bodoh punya manusia. (rumah kami dah naik roof trusses) mesti jaki habis la kan.

Kami tau kami tk salah. Tp bila dia report akan menyusahkan tenaga dan mental kami plk nnti. Hubby call the lawyer. Lawyer ckp, apa2 hal kami tkkn kena sbb bicara di buat dpn hakim. Apa2 hal yg berlaku lawyer akn gi jawb. Kalo depa nk ugut kami (kononnya bpr tu tok nenek depa lh kn), lawyer akan dtg dan mintak surat serta kad kuasa bpr tu. Lawyer akn ajar bpr tu ckp2.

Kononnya kami rasuah badan kehakiman lah sbb perbicaraan sekali jer. Sepatutnya 2-3 kali. Dh tok hakm tu puas hati. Lg pn depa tk hadir perbicaan. Tempoh bantahan 14 hari pn depa tk buat. Lawyer kami mintak hubby tanya lawyer dorang tu sapa. Sbb lawyer kami nk report kt tok hakim. Boleh caj hina mahkamah dan hina sistem penghakiman. Sijil lawyer dia akan di tarik balik. Hoho

So, kalo dorang report jgk (namun bpr akan menasihatkan mereka supaya tdk report, karang kena caj memfitnah, hiks), lesai segala tu, kami (atas nasihat lawyer) akan saman malu, tekanan perasaan, tekanan masyarakat dan lain2. Haha…setahun dua naik turun mahkamah lah depa. Baru depa tau betapa lazat nya suka mnyusahkan org. Lawyer kami akan saman semaksimun mungkin. Menang atau tdk, jgn ambik peduli. Janji ajar cukup2 sbb dah terrrrrrlalu lama kami bersabar dgn fitnah dan pengkhianatan dorang.

Hiks , tak pepasai nanti kami ada pendapatan sampingan. Kalo tk bayar masuk jel 14hari you! Rasakan! (eh, boleh buat bayaran instalment a170 tau!)

p/s: hubby ada call menantu dia bagi tau yg bapak mertua dia nk report bpr. Haha..saja nk sakat menantu dia. Risau btul kawan tu. Dia mintak kami tenang sbb dia ckp bapak mertua dia takkan buat apa2 tanpa dia. Lantak lah. Kami hanya menunggu. Apa pun yg bakal terjadi, jalan buat kami dh terbentang. Hmm…

Ni gambar bulan lps, gambar terkini takde dlm lap top. Malas nk transfer.;P

SUATU PAGI DI BANK

February 27, 2008

Bukan pagi kut, dah pkl 11 lebih.

Kv dah lama berhasrat nk bukak akaun c*mb. BUkan ada kelebihan apa pun. Sekadar utk kemudahan tambahan buat kv n hubby. Kv hanya ada satu akaun selain asb. Akaun gaji. Itu pun bank org kampung. Hik hik

Masa skolah dulu kan terima biasiswa. Teruskan je lah akaun tu bila keje pun. Tp masa belajar kt skudai dulu ada bukak BBMB (zaman dulu dih) utk terima loan belajar. Abih belajar, akaun tu pun senyap mcm tu. Bila nk aktifkan balik, org bank ckp perlu aktifkan tempat akaun dibukak. Mamp*s kv nak pegi skudai balik semata mata nk aktifkan akaun tu. Huhu

Sekarang dah tukar sampai jadi C*MB pu kan. Hik hik. Punya la jakun tak hengat. Kv benarnya malas nak gi bayar bil2 kt kaunter. Kalo ada perbankan internet bolah bayar dgn klik jer kan. Hari ni, dgn semangat berkobar kobar, ajak hubby temankan (nak kena teman jgk tu). Padahal betul2 depan ofis jek.

Mula2 tu salinan ic kv bawak satu je. Kena kluar gi fotostat 1 lg sbb dia org nak pakai 2 salinan. Pastu dok isi form tu, baru perasan ic ori tertinggal kt mesin fotostat ofs. Hoho…rasa cam mengong jek. Hubby lak jd mangsa gi ambik ic tu. Pastu bila tgk alamat kv dlm jajahan kb, tak boleh la plk. Tukar alamat ofis. Kalo tak kena pi bukak kt kb nun. Satu kerja plk nak gi sana kan.

Ingatnya nak taruk RM 250 je utk bukak akaun. Tp hubby plaks tergatal tanya pasal deposit dream n drives tu (betul ke ni, hiks). Org tu ckp taruk 500 dh boleh buat satu cabutan. Taruk 4000 boleh 8 cabutan. Hah, yer lah tu! Tarikh tutup peraduan 29 ni. Lusa beb! Terus hubby berminat. Gi injek duit skt. Tak pasai2 kena potong singgit sbb ambik kt bank org kan. Eh, mana la tau kv menang merc a170 (ada ker?). Fuhh…angan2 sakan ni!! Hhaaha..doa kan kv yek!

Dah sudah tu, pegawai bank panggil plaks tanya pasai cc. Hoho..takmo lh, dah ada satu. Takmo tambah lg. Bukannya guna sgt pon. Tp kesian gak kt pegawai bank tu kan (mcm dia yg bayar gaji kv) hubby pun angguk kan aje. Lg pun dah kenal2 sbb dorang ni park kete dlm kawasan ofis kami. Free sepanjang hayat katanya (yuran tahunan la tu).

Alahamdulillah, dpt jgk setel kt bank tu before tgh hari. Huhu..dpt jgk kv akaun perbankan internet. Lps ni tak yah beratur di kaunter lagi. Best kan?

putus

February 25, 2008

haiyyooh….2 hari (sehari setengah benor nya) tak boleh online, dunia ku rasa tak bermaya. Huhu….

Adik mas, sori putus ym kemarin ek!

Sampai nak wat en3 ni pun tatau nak taip apa. Byk benda nak cerita tp tak tau nak mula dr mana. Satu2 okeh!

Rabu

Tak sempat selesai gotong royong kakak kv call bagitau mak sedara kv meninggal. Huhu..Tuhan menguji takkan berhenti. Inalillah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat.

Khamis

Sekali lagi blk rumah arwah mak sbb kakak kv (yg sakit tu) makin nazak. Kesian melihat penderitaan dia.

Kak pb siap sms tanya bakpo tok wat en3. Huhu. Nasib baik alsan diterima. Kes kes kes.

Jumaat

Pegi tesco belah pagi. Cari barang dapur katanya.

Dua beradik tu kat tesco.

Petang plk cuba try test gi kampung hadhari. Hah..tudiah, jem berkilo kilo katanya. Terus pusing balik.

Sabtu

Lepak kat rumah belah pagi sambil main masak2.

Petang gi beli susu, baby bites dan pampers dina n danish. Sudah tu singgah kb mall jap. Layan perasaan. ‘Gaduh’ nak balik sbb dh lewat nak solat asar.

Ahad

Lewat masuk ofis sbb gi injek irdina maisarah imunaisasi 5 bulan. Terlewat sbb dina asyik demam jek. Doc tak injek dua belah paha. So, 2 minggu atau lebih kena dtg blk utk suntikan yg satu lagi.

Dina dah mula nak meragam. Boring tunggu doktor. Padahal dpt nombor satu tu

Bagi susu baru diam kejap.

Lps hantar dina blk terus nak gi kerja. Sampai area ofis, haha tudiah…kami sesat dlm ‘kampung’ sendiri. Nak masuk ofis tk dpt sbb semua jln depan ofis kv ditutup. Dah la jem tak hengat gara2 penamaan calon. Pusing2 sampai pening baru jumpa jalan masuk. Adventures sungguh!

Keadaan yg sikit kalut (sikit je tau!) on d way nk gi ofis kv tu.


Ingat nak layan tgk perarakan penamaan calon, tp non ado! Auditor plk yg mai nak meng odit. Huhu..lepak kt ofis sambil intai jauh2 org dok usung bendera hijau dan biru. Mcm2 pesen ada eh. Set2 puteri bergaya sakan beb! Mcm nk gi dinner bagai tuh. Hehe

Nampak tak set2 puteri tu? Hik hik