Archive for the ‘peknen’ Category

DAN LAGI TAG TIG TUG

November 25, 2008

Pagi ni nak lesaikan hutang jasfyra plk.

Syarat2nyer.. SILA BAGITAU
1. Berat sebelum mengandung

* masa danish dlm 58kg kut (aku mmg asal dh gemuk tau)
* masa dina dlm 61 kg kut (lupa daa) dengan ketinggian 161 cm (pun lupa gak ni sbb ukur kt lain tempat, lain bacaannya)

2. Berat terakhir mengandung sebelum bersalin
* masa danish dlm 60kg kut (mabuk teruk sampai ke 7 bln, lg pun danish kan lahir awal)
* masa dina dlm 75kg kot (agak2 jer..lupa weh). Gemuk giler!!

3. Berat selepas habis pantang
* Masa danish mmg kurus sesangat (tp lupa la namun lps tu mencanak canak naik, tak turun2. Huhu)
* Masa dina walo pun sebulan tak selera makan (dlm pantang)ntapi berat turun sket jer. Dlm 65kg kut. Haha

4. Apa yang korang suka makan masa mengandung
* masa danish semua tak lalu. Takdak selera sungguh.
* masa dina suka western food. Tgh mabuk boleh makan roti bakar jer.

5. Hospital mana anda bersalin
* masa danish bersalin kat HUSM, Kubang Kerian. Kes kecemasan. Lahir premature.
* masa dina bersalin kat Pusat Perubatan An Nisa’, Kota Bharu.

6. Tunjukkan gambar mengandung at least 5 kpg.. yg penting sekali gambar masa last pregnant

Gambar2 ni masa pregnant kan dina. Sayang sunguh masa pegnant kan danish takdak gambar. Mabuk teruk sampai tak terfikir pun nak bergambar. Rugi woo!!

Masa ni dlm 5 bln pregnant kut. Jalan2 ke terengganu. Time ni mabuk dah ok sket.


Ni pun pregnant 5 bulan lbh kurang. Bawak danish tgk burung unta.

Hah, masa ni mmg sarat benar. Tgh tunggu masa. Mmg buruk giler. Gemuk gedempol. Muka sembab, hitam (hangus), hidung besar. Haha. Sampai kena ejek ngan ofismate tau. Buruk sgt kaedahnya.

Ni pun satu lagi. Paksa gak hubby ambik gambar nak wat kenangan. Masa ni nak tgk cermin pun malas. haha.

Takpe lah, huduh ke, buruk ke, janji aku dah dpt baby girl. Hihi




Si bulu mata lentik ni ha!!!

ok, aku nak tag….

1. mama risya riana aka nonie
2. kak bie
3. kak ungku (ada tak gambar ngandungkan anjib??)
4. cendawan intim (lagi2 ko yg kena. Haha)
5. Sitilina (hiks, buat tau)

ok daaa!!

sapa lg yg telah tg kv??

sila bagitau yer!! Hehe

Advertisements

BERURUT

September 4, 2007

Malam semalam, kali kedua kv berurut sejak mengandung lg ni. Yg first nya, masa kandungan masuk 8 bulan.

Nak kata best tu, tak berapa sgt. Menurut mak bidan, mengurut org peknen ni tak sama ngan mengurut yg biasa. Kena byk jaga. Kedudukan pun kena hati2. Takut apa2 kat baby. Tp at least hilang sikit sakit2 badan dok usung adik baby ni. Huhu…

Mengandung kali ni mmg teruk rasa nya. Sakit situ, sakit sini. Seawal 4 bulan kv dah rasa sakit2. Phobia dan serik. Menurut bidan, punca nya masa melahirkan danish dulu, kv tak cukup pantang. Tak berurut dan bertungku dgn sepenuhnya. Tambah plk, 2 kali sehari kv ulang alik ke husm nak pam kan susu utk danish yg masa tu dlm icu. Macam org tak beranak pulak. Tp terpaksa nak wat cemana.;(

MMg masa tu kv tak rasa apa2. Tp kesannya begitu ketara masa mengandung yg kedua ni. Nak bangun duduk pun susah. Hubby terpaksa bantu. BIla duduk lama skt, dah bangun tu jalan terbongkok2 dulu mcm robot. Lama skt baru jalan biasa. Kdg2 solat pun terpaksa sambil duduk. Aduhai…tp takpe lah, demi zuriat g kv dok idam selama ini. Apa guna merungut,kan?

Kv kena ambik pengajaran. Ari tu, segala ubat periuk tak boleh makan sbb danish masa tu kat wad sebulan lebih. Karang bagi susu kat dia, bercampur ngan ubat spital, jd benda lain pulak. Mungkin bersalin kali ni kv boleh berpantang dgn betul. Harap semuanya ok.

Kv tau mungkin kv akan rasa terseksa nak habiskan tempoh berpantang tu. Tp sedaya upaya kena la tabahkan hati. Demi kesihatan. Dah terbayang dah bulan puasa yg penuh dgn pelbagai jenis makanan tu. Pastu dgn pasar ramadhan nya. Huhuhu…kena kuatkan hati. Plg teruk, minuman berais yg tak berapa nak boleh pantang. Kena kuatkan semangat ni. Hehe..

Kv selalu sakit pinggang. Plg teruk sebelah kiri. Menyucuk nyucuk. Menurut bidan, masa berpantang dulu kv tak berdian (cemana ejaannya ek?). Tau dak berdian tu apa. Kalo org kelantan, dia akan buat satu pangkin, mcm katil, taruk bara kat bawah. Kita ni kena salai atas tu la. Tp sekarang dah takde dah. Plg dasyat pun bertungku jer. Kv ingat nak pinjam tilam kakak ipar yg boleh dipanaskan tu lah. Hehehe..jimat belanja. Kalo beli rm 1.5k jugek. Tangkai jering noh?

Mak bidan tu offer utk berurut dan bertungku selama 15 hari masa ramadhan ni. Baik sungguh hati dia. Makcik tua yg byk pengalaman. Kalo nak lbh dia tak sanggup sbb bulan puasa. KV pun rasa takde la sampai 15 hari. Mungkin seminggu pun dah ckp. Lps tu bertungku sendiri.

p/s: jantina baby, menurut ramalan mak bidan tak sama dgn yg doc scan. Cemana tu? Saspen sungguh! Hik hik

DULU DAN SEKARANG

August 27, 2007

Salam semua..

Hari ni kv nak catat sikit pengalaman peknen yg dahulu dan sekarang. Hehe..sekadar kenangan sajork kaedahnya.

1. Dahulu – kv peknen hanya sempat 30 minggu sajork. Terus delivery. Hehe
Skrg – la ni dah masuk 38 minggu. Masih belum ada tanda2 nak delivery. Harap semua ok.;)

2. Dahulu – Berat badan mula2 peknen 58kg (dah besar sgt rasanya masa tu)
Skrg – Berat badan mula2 peknen dah 63kg (huhuhu…lg sadis)

3. Dahulu – Berat badan masa melahirkan danish 63 kg
Skrg – Berat badan semasa dah 75kg beb! Mati hidup semula pun rasanya susah nak turunkan bawah 60kg. Cemana ek?

4. Dahulu – berat baby semasa dilahirkan hanya 1.25kg. Senang jer…kecit.
Skrg – maybe berat baby dekat 3kg kut. Takut weh!

5. Dahulu – Masa peknen tak sempat sembab kaki
Skrg – dah 6 bulan peknen kaki dah sembab (buruk semacam jer tgk)

6. Dahulu – Masa peknen takde strechmark bagai
Skrg – huhuhu…sedih melihat. Doktor kata benda tu takkan hilang sbb kulit dah regang. Cuma, ton warna akan bertukar ikut warna kulit semula. Ada petua dak?

7. Dahulu – Walo pun dah tamat tempoh alahan, tetap tak selera nak makan.
Skrg – asyik nak makan jer. Stok buah buahan mesti ada dlm peti ais. Lg plk musim buah.
sesedap hati jer makan buah buahan.;)

8. Dahulu – Tak sempat shopping barang baby. Terpaksa pinjam jiran punya. Nasib baik
kakak ipar tolong pi shopping. Tak yah nak guna brg org.;)
Skrg – Pantang jumpa barang baby, asyik nak membeli saja. Kes balas dendam ni! Hahaha

9. Dahulu – Takde sebarang rujukan ilmiah pasal peknen ni. Hanya kakak2 ofismate yg byk
bantu.
Skrg – Byk rujuk internet, majalah, blog ibu2 dan bakal2 ibu. Alhamdulillah, teknologi
memudahkan kita. Tp masih takut2 weh!

10. Dahulu – tak sempat nak bergambar bagai masa peknen.
Skrg – hiks..hari ni buang tabiat. Kv paksa hubby ambik gambar kv. Sebagai kenangan masa
mengandungkan adik baby.

11. Dahulu – Awal2 dah tau jantina baby.
Skrg – masih saspen weh. Apa pun kv terima aja, tak kisah. 😉

12. Dahulu – tak sempat nak sakit pinggang, sakit belakang bagai. Cuma cramp masa tido.
Skrg – hari2 terpaksa merajuk dgn hubby nak mintak dia urut. Kalo tak lg tak larat rasanya.

Apa lg ek, may be byk lg. Tp itu jer yg sempat kv pikir. Hehe. Yg nyata, persamaan peknen dahulu dan sekarang ialah… ALAHAN TERUK pd trimester pertama. TENSYEN betolll!!!

BIZI LA SIKIT

August 22, 2007

2 hari tak hupdate. Terbizi sikit kaedahnya. Bukan bizi kerja pun. Tp byk urusan lain.

Hari Isnin (pagi) danish masih demam. Kv tinggalkan jugak dia utk dtg kerja. Janji ngan dia nak kerja separuh hari jer. Terpaksa lah ponteng. Balik tu dia dah makin ok. Alhamdulillah.

Rehat kejap, lps solat asar kv gi ziarah baby baru kawan kv, pn. Sukma. Dekat jer ngan rumah. Sementara ada peluang lg ni, kut2 ‘meletup’ dah karang, tak boleh gi mana2 dah. Balik dr rumah sukma, kv mengadap tv, tgk manjalara. Hiks! Hubby lak gi ambik buah dokong kat kebun sbb nak bawak gi ofis.

Bila dah ada buah dokong tu, apa lagi. Makan tak ingat la. Lps satu, satu. Sampai ‘sekok’ perut. Hahaha. Tido mlm, walopun dah ok demam, tp danish meragam plk. Bangun utk tenang kan dia, tetiba prut kv sakit. Memulas mulas dan pinggang dah rasa cam nak putus. Walau pun selalu sakit gitu, tp tahap kesakitan utk yg ini mmg kuat sgt. Berpeluh peluh tahan sakit.

Kv tgk jam baru 12 mlm. Jam 1 lbh, kejutkan hubby bagitau dekat dia. Hubby plk jenis panik. Geram betul. Kena cool down dia dulu. Kv bukan apa, at least boleh lah bincang2. Ni dok sakit sorang2, suspen jer rasa.

Hubby ajak gi spital, tp kv takmo dulu sbb takut bukan sakit nak bersalin. Lama berkeadaan gitu, hubby nak kejutkan MIL tp kv kata, biar dulu. Hubby urutkan belakang dan pinggang. Sakit masih tak hilang tp kv baring jer. Lama2 tu berkurangan sikit. Kv suh hubby tido dulu. At least dia boleh rehat kjp. Kalo apa2 kv kejutkan dia balik.

Sampai pkl 5 pg baru kv lena balik. Perut dah mula meragam sbb dah kembung. Tp alhamdulillah keadaan makin stabil. Lega rasanya. Kv gi jgk kerja sbb pg tu ada appoinment kat klinik. At least boleh tau kalo apa yg ‘mencurigakan’. Ingatkan misi/doktor nak scan bagai bila dah bagitau sakit2 tu. Tp takdenya pun. Malas nak kecoh kv biarkan lah.

Masuk ofis semula, hubby ajak gi buat pemeriksaan kat pusat rawatan islam annisa. Nak buka buku, in case kalo nak bersalin kat annisa, kami dah daftar. Before tu ke jpj dulu ambik surat pelepasan hak milik bank kereta yg kami jual dulu. Lambat betul baru blh tukar nama. Pastu ke pejabat tanah nak tanya status permohonan pecah bahagian tanah kami tu. Alhmadulillah DO dah sign. Kami ambik surat tu utk diberi pd juru ukur. Harapnya semua perancangan berjalan lancar.

Lps tu baru singgah annisa. Bukak buku dan buat pemeriksaan. Semuanya ok. Mengikut scan, keadaan baby ok. Kedudukan uri pun ok. Tulang belakangnya ok. Ukuran kepala bersaiz 33 minggu (kv sekarang dah 37 minggu). Kecik jer kepalanya. Keratan rentas badan bersaiz 34 minggu. Ukuran pjg peha 37 minggu. Tinggi lah tu. Hik hik… jantina nya mmg suspen. Doc tak dpt gambaran jelas. Cuma agak2. Nanti baby keluar baru boleh tau. haha. Oh ya, berat semasa 2.44 kg. Lerr…kv ingatkan 3.++kg. Rupanya kulit perut ku tebal. Nampak sgt gemuk nya weh!

Tp yg frust nya, kv lupa nak suh doc tu printkan gambar baby. Aduh…dah keluar bilik pemeriksaan tu baru ingat. Hmm…seb baik dah ada gambar masa baby 5 bulan hari tu.;(

So far, hari ni condition nya ok. Harapnya semua ok.

tambahan;
td, kakak kv mai ofis. Bertanya khabar sbb dah 2 minggu kv tak balik rumah mak. Mak dah bising takut kv masuk wad sorang2. Aduh…terharu betul rasanya. Itu lah kasih seorang ibu,kan? Padahal hari tu anak buah kv dah sms sbb nenek dia sibuk suh dia dtg jenguk kv kat ofis. Kv dah bagitau anak buah supaya mak tk pyh risau. Kalau apa2 nanti hubby akan call rumah sana.

Kv bukan apa. Dah sarat2 ni mmg tak larat nak balik rumah mak. Danish tu, kalo balik rumah mak mmg nakal dan aktif overdose bila jumpa sepupu sepapatnya tu. Kv tak larat nak bertempik bagai. Nak bangun duduk pun seksa sgt. So, tak nak nyusahkan mak dan hubby, kv just rehat jer kat rumah. Kepala pun tak sakit, jiwa pun tenteram. Bila dah semua ok nanti, keadaan akan kembali ke para normal. Tp bila begitu, mak kv terlebih risau pulak sbb tak tgk kv dgn mata dia sendiri.

UPDATE SIKIT

July 24, 2007

Pagi ni lps sarap kv gi klinik ibu dan anak. Routine check up. Ramainya umat. Selalunya takde la ramai cam gitu sekali.

Nak jadi cerita. Misi yg check blood pressure tu naik angin. Gaduh ngan member2 dia depan2 patient. Ade ke? Malu la skt. Tak pasal2, terus dia ambik borang cuti dan blah. Eee..menyampah pulak tgk nya. Cepat2 misi lain ambik alih.

Pastu plk, puak2 misi ni dok kalut pulak yg doktor tak masuk kerja sedangkan patient yg nak direferkan pd doktor mmg ramai. Naik sakit jari jemari misi menelefon. Tdk berangkat. Nak kata cuti, tak de inform pun. Tgh misi check kv, ada doktor call, bertanya pasal doktor bertugas tak masuk tu. Rupa2 nya bos doktor tu, so dia gantikan kjp. Seb baik dia baik hati nak gantikan.

Ish..kalo ikutkan hati, rasa nak report jer. Dah berapa kali kv kena. Tunggu punya tunggu, tp doktor langsung tak masuk. Ni nak komplen skt, kalo nak kerja ngan gomen, nak2 pulak jenis kerja yg berdepan dgn org ramai gitu, buat la perangai elok2. Kv pun keje gomen gak (wah…isytihar ni). Cuba la duduk tempat org ramai tu, kalo kita diperlakukan sedemikian, mau tak rasa marah dan geram.

Seb baik tak payah tunggu lama giliran kv utk jumpa doc. Tp hari ni tak jd scan sbb minggu dulu kv dah jumpa doc dan takde masalah. So, doktor ganti ni bagi ubat utk masalah ke******* (masalah biasa bg org peknen).

Pastu plk, gi la farmasi nak ambik ubat yg doc sarankan tu. Ahli farmasi plk hilang. Gi minum. Masa tu dlm 10.30. Kv dah call hubby suh gi ambik sbb selalunya kat farmasi kjp jer. Haru btul. Lama gak nunggu sampai hubby mai. Kv call hubby suh tunggu kjp. Tetiba keluar sorang misi dr bilik ujian pap smear. Dia lah yg tolong berikan ubat pd kv.

Adoi..haru biru betul.

Oh ya, masalah pening2 lalat dan nak pitam kv tu, misi nasihatkan supaya kv makan skt2 dan kerap. Jgn tunggu sampai lapar. Lps tu kalo berdiri atau berjalan, jgn lama2. Kena duduk kjp. Sbb nya tekanan darah dan urin test semuanya ok.

PENING LALAT

July 23, 2007

Sehari dua ni kv rasa pening2 jer. Kadang2 pandangan gelap mcm nak pitam. Tp sekejap jer. Tatau la napa.

Masa rutin check up kat klinik, tekanan darah ok jer. Tp ptg kelmarin kv makan buah bachang/machang sebijik. Sebelum tu mmg dah pening2 lalat, cuma tak kuat sgt. Lps solat maghrib, terus muntah. Mabuk buah bachang kut.

Lps muntah tu, terus tak boleh angkat kepala. Baring jer. Loya masih tak hilang. Hubby ajak gi klinik. Tp kv rasa mcm tak perlu. Rehat jer mungkin hilang kut. Tak pasal2 hubby tension ngan kv pulak dah. Geram betul. Hik hik.

Kv pun ikut la nasihat dia. Makan nasik skt. Terus gi klinik. Tp dr razali takde. Ada doc ganti. Ganti pun ganti lah. Janji puas hati dpt tau tahap kesihatan. Bila doc check, tekanan darah 130+/80+. Kalo ikutkan bukannya darah tinggi pun. Tp untuk bacaan biasa kv, 110/70.

Bila kv bgtau gitu, doc check sekali lg. Mmg bacaan lbh kurang dgn yg pertama td. Doc tanya pengalaman mengandung danish dulu. Dulu pun, mmg kv selalu gak ada rasa nak pitam. Tp takde lah pening gini.

Dia pun ckp ngan kv yg kv kena gi check kat klinik ibu anak jgk sbb nanti ada blood test dan urine test. Lg jelas kalo ada apa2. Temujanji kv dgn klinik ibu dan anak tu besok (selasa). Kalo pegi awal pun boleh sebenarnya, tp takut tak dpt jumpa doc. Kalo hari selasa mmg confirm doc ada. Lg pun kv ada appoinment utk scan selasa ni.

Doc ckp kv kena jaga skt. So, makan pun tak boleh bantai ikut suka. Kut2 darah naik lagi tinggi. Hik hik.

Doc just bagi ubat pening jer sbb dia takut kv tak tahan pening. Kv tak makan pun lg ubat tu. Ermm…semalam kv habis RM 5 jer untuk rundingan dan ubat. Murah kan?

TELUR KENDURI

June 6, 2007

Bila tiba musim cuti sekolah, mmg kenduri pun memenuhi jadual hidup kita.;) Musim org kahwin, berkompang dan bersilat bagai.

Musim kenduri kali ni kv takde sedara mara terdekat yg kawin. Hanya jiran2 dan kenalan.

Nak jadikan cerita, trend kenduri atau majlis perkahwinan jugak mengikut perkembangan semasa. Kalo zaman dulu, ‘sisa’ kata org kelantan atau bahasa bandarnya cenderahati tetamu mesti telur rebus. Tp zaman sekarang, byk tuan rumah tak bagi telur. Dorang gantikan dgn gula2.

Utk musim kenduri kali ni, takde satu rumah pun yg kv pergi bagi telur. Semuanya gula2. Hang nadim apa lg, suka lah! Tp kv pulak yg dok ter idam nak makan telur kenduri

Kalo hang nadim pegi kenduri ngan MIL siap pesan ngan dia suh bawak balik telur. Tp bila balik, yg ada bukan telur tp gula2. Tension sungguh.

Hubby suh kv rebus sendiri kat rumah kalo dah kempunan sgt. Masalahnya, perasaan makan telur kenduri dgn telur yg direbus sendiri tak sama. Entah, rasa lain jek. Tak sama lah.

Ada sekali tu, che gi majlis khatam quran. Bawak blk sebijik telur dgn pulut dlm gelas. Kv tgk hang nadim syok dok kupas telur tu sendiri. Bila dia terpandang kv, terus dia offer.

Danish: Mama nak telur? (mungkin sbb dia selalu dok dengar kv mintak dia bawak balik telur kenduri)

Kv : Nakkkk!!!! (cepat2 angguk)
Dia pun terus bahagikan telur tu dan hulur pd kv. Bila tgk, dah takde kuning telur. Ingatkan dia makan, tp seingat kv dia tak suka kuning telur. Pusing2 tu tgk dia dah buang dlm bekas sampah. Frust betul!

Sampai hari ni belum tercapai lg hajat kv nak makan telur kenduri tu. Tp tahap keinginan kv tu takde sampai tension bagai. Just teringin nak makan jer. Hiks

BUAH TERAJAM

May 16, 2007

Hiks… kali ni nak cerita pasal makan lg. La ni kan peringkat awal musim buah. Kalo lalu jln2 kampung mesti bau wangi semacam. Semerbak bau bunga durian yg berguguran memenuhi jalan. Pastu mangga mcm2 jenis tgh lebat berbuah. Sesetengahnya dah habis pun dituai.

Ada satu lg pokok yg tgh rancak berbuah, malah ada yg dah gugur kekeringan. Pernah dengar dak buah terajam?Mungkin bg org kelate pernah tgk dan rasa. Kv eja ikut sebutan org kelate lah. Kalo negeri lain tatau la ape kebenda nama nyer.

Mmg masa kecit2 dulu, blkg rumah mak kv ada pokok terajam ni. Daun dan pokok ia lbh kurang pokok rambutan. Cuma buah dia kecit2 kaler hijau. Dah matang dia akan bertukar kaler oren. Bila dah masak akan tukar kaler merah kehitaman. Rasa dia kelat dan manis.

Namun bebudak zaman sekarang dah tak kenal buah terajam. Walaupun pokoknya masih ada, tp agaknya bukan makanan org zaman sekarang. Zaman dulu mana ada buah2 yg canggih manggih tu. Dok telan buah terajam ni lah. Tp hati2 bila memakannya krn gigi anda akan bertukar menjadi biru. Hahahaha…. Buah ni best jugak kalau digaul dgn cuka, garam dan gula. Hmm..kecuq ayaq liuq.;P

Kv mmg penggemar buah terajam ni. Tahun lps dpt makan sbb blkg rumah mak kv ada pokoknya yg baru belajar berbuah. Ada la dlm 3-4 tangkai. Tp bila blk minggu lps, mak kata jiran sebelah dah tebang pokok tu (dekat dgn dapur dia). Agaknya pokok tu gigit dia kut (walaupun masih dlm tanah mak). Mmg frust betul.

Mak kv pun pesan jgn balik awal. Kalo boleh blk lps asar. Ingatkan kenapa. Rupanya mak kv gi cari dlm kebun dia. Katanya dulu pokok kat sana pernah berbunga. 15 minit kemudia dia balik, bawak 2 tangkai. Buahnya dah byk yg kering. Tp dpt la melepaskan kehendak hati. Kv mkn sorang2 jek. Ala, org lain bukannya suka pun buah tu. Buah tak glemer dr segi rasa.

Masuk kerja hari ahad tu, abg ipar kv dtg cari kat ofis. Ingatkan napa. Rupanya dia bawak satu plastik buah terajam tu. Wawawawawa. I like! Buahnya masih segar dan tgh masak meranum. Dekat rumah abg ipar kv ada pokok nya.

Ramai staf dan bebudak praktikal yg tak kenal buah terajam ni. Nampak sgt kv ni mmg org kampung darat. Hhahaha. Ramai yg dok perli kv ni mengidam barang yg tak glemer. Tak kisah lah. Hehehe. Janji lps apa yg kv dok idam tu.

Kv lupa nak snap gambar nya. Agaknya yg ada lbh kat rumah tu pun dah kering. Tp kv ada snap satu gambar masa kat muzium terengganu ari tu. Kv pun tatau ni buah apa. Tp mmg sahih bukan buah terajam. Cuma bentuk dan warnanya mmg sama. Nanti kalo berkesempatan kv taruk gambar yg betul.;)

Buah terajam tu lbh kurang gini la bentuk dan kaler dia.;)