Archive for the ‘perasaan’ Category

PERASAAN INI …. oh, sungguh ku tak suka!

March 12, 2008

Mula2 nk gelak dulu. Hehehe
Tp kv tk dpt tahan la.
Rasa nk wat jgk en3 pasal ni.

Kemarin kan, masa lunch hour, me n hubby slalu beli makanan dlm pasar je. Tapau n blk mkn kt pantry.

Tgh dok tunggu makcik tu bungkus, mata kv tergatai nk berpaling situ sini.

Hoh…tetiba mata kv ter stop dekat some one. Mcm kena karan you!

Napa kv nampak dia. Nak tau sapa? My first love, okeh!

Adoiii…tk best nya ini perasaan.

Jgn salam faham okeh. Kv dah tak nak dekat dia. Laki kv lg hensem (jauh lbh hensem) dr dia. Ngeh2x, biar lh org ckp laki kv tk ensem pong. Tp ttp ensem bg kv. Hoh!

Sapa boleh lupa kan cinta pertama? Angkat tgn!!!!

Dh lama kv tak terserempak ngan dia. Dia keje kt kl. Sejak kv kawen, mmg tk pernah2 dh jumpa dia. Dia janji nk gi wedding kv dulu (kononnya takdak sengketa antara kami). Tp non ado! Kv just nk kenalkan husband kv kt dia. Nk kerek2 kt dia. Masa tu dia takdak awek. Kv rasa lah kan. Hik hik.

Bila dh terpandang gitu, kv cepat2 cover tau! Tak sangup dh nk berpaling lg. Takut dia ckp kv nk tgk dia kan. Mana boleh! Tp dlm hati dup dap dup dap. Seb baik cover elok. Hubby tak perasan.

Kv tk ckp ngan hubby. Apa kejadahnya kv nk ckp kan? Buang tabiat ke apa? Hoho..

Masalahnya, fikiran kv ni asyik bersarang cerita dgn dia jek. Benci lah!!! Kv tak suka perasaan ini okeh!

Opss..jgn salah faham tau! Hubby adalah cinta hati kv. Sepenuh jiwa dan raga. Hanya kenangan silam jek berlegar legar di fikiran. Hu hu

Advertisements

MATA

March 2, 2008

KV risau lah. Mcm tak nak percaya jer, tp kelopak mata kv asyik bergerak (ada denyut2 gitu). Org kata petanda nak jadi sumthin’. Yer ke?

Sejak khamis lps kelopak mata kiri belah atas kiri asyik dok gerak jer. Rasa tak selesa sungguh. Kv dah ada mcm2 pengalaman ngan gerak mata ni. Nak2 kalo belah kiri. Org slalu cakap kalo mata belah kiri gerak, akan ada air mata tumpah. Kalo belah kanan tu nak jumpa org atau benda yg elok lah. Tp tak baik percaya kan?

Plg latest kv mimpi mata kv belah kiri asyik dok gerak2 jer. Dlm mimpi tu kv ckp ngan diri sendiri mesti ni ‘klue’ pasal mak. Sehari lps tu mak meninggal. Rasanya kv terlalu pikirkan pasai mak kut sampai terbawak2 dlm mimpi kan?

Kalo hubby lg dasyat. Anak jatuh ke apa, mesti mata dia gerak. Setiap org yg terdekat ngan dia mesti tempat lain2. Hubby mcm dah tau, bila gerak kat situ, maka akan terjadi sesuatu lah kat org2 tu. Tp tak elok percaya. Sama ada ini suratan tau kebetulan hanya ALLAH yg maha berkuasa, kan?

Tgh menaip ni pun kelopak mata kv asyik dok denyut2 jer.

Oh ya, kv bagitau kakak2 kv pasai mata kv ni. Kak M bagitau kv yg hari ni dia dah 6 hari kelopak mata dok gerak2. Tempat yg tak biasa gerak2 plaks tu. Dia bagitau kv suh wat donno jek. Masalahnya, bila dok gerak2 gini kv asyik terbayang yg bukan2. Tak best nya!!!!

Korang ada pengalaman tak?

CEMAS

November 20, 2007

Kv pun taktau la kenapa yg kv ni lemah semangat sgt. Huhuu….

Dada rasa berdebar, gementar dan gemuruh tak tentu fasal. Aduh…sesak nafas gara2 irdina maisarah meragam. Kalo meragam biasa kv tak kisah sgt. Tp mungkin sbb colic.

Dia akan menangis petang hari. Nak2 time maghrib. Tu yg rasa cemas skt. Selalunya kv ok jer sbb dlm 30 – 40 minit dia akan berhenti melalak dan tido. Lps tu dia akan bangun menyusu dan tido semula. Sehari dua ni dia melalak lain macam skt. Langsung tak berhenti dan dekat2 nak hilang suara. Hmm..panik sungguh jd nya.

Kv teringat cerita kak wear yg bagi air musoffa dekat baby dia. Kv pun sms kak wear la tanya pendapat. Tp kv tak beli pun lg air musoffa tu sbb ada org yg tolong tgk kan dan buat ‘air tawar’ sekali. Pas tu teringat kut2 dia sakit perut. Org kelantan panggil ‘sarat’. Kv pun tak tau la istilah apa tu. Hubby gi beli ubat ‘sarat’ dekat satu makcik tua dekat Chica Kubang kerian. Kami beri ubat tu sbb tgk najis dina dah campur hitam2 skt.

Tak tau la sbb ubat tu ke hapa, tp dina nampak ok skt. Cuma time maghrib tu dia menangis jgk tp tidak seteruk yg sebelumnya. Lps tu dia tido ok. Takde bangun menangis malam2. Tak tau la hari ni, harap semuanya kembali ok.

Kelmarin kv bawak dia gi klinik nak injek yg dua bulan. Berat semasa 4.5 kg. Meraung sakan bila kena injek. Yg kv nak tergelaknya bila doktor komen yg cara dina menangis sama cam abg dia danish. Hehe

Dia duduk rumah pengasuh ok jer. Takde meragam pun. Tido dan nyusu eok jer. Bagus jgk la mcm tu. Risau gak takut pengasuh bosan dgn dia kalo asyik melalak jer. Kv ni kan, tgk baby org meragam pun dah kenaling perut. Berdebar debar. Uish…apa la lemah semangat sungguh. Semua org ckp baby akan berhenti meragam bila umur empat bulan. Tp nak menunggu empat bulan tu rasanya macam bertahun. Kesian tgk baby dok menangis gitu. Tu pun kv dok ngan org tua. Kalo mcm org lain yg dok sendiri, lps tu jauh dr parent, tak tau la. Agaknya kv yg menangis dulu dari dina. Hhehe

SINGGAH SEBENTAR

November 1, 2007

Assalamualaikum semua…

Kv singgah sebentar dekat blog. FUhh….baru 51 hari, tapi mmg rindu gilerrr kat blog. Rindu kat kawan2 semua.

Kv tak sempat nak bercerita pjg. Nanti masuk kerja 11 nov ni kita sambung deh. Hik hik. Ni pun mai ofis sbb ada keje sket. Tinggal baby dina dekat mil.

Oh ya, pertama sekali, teriam kasih pada kak PB yg sudi buatkan entry utk blog ni sempena kelahiran baby. Mmg kalo nak harapkan hubby rasanya tak sempat (masa tu ler). Tu yg ada PSSTTT. Hahaha. Terjawab segala persoalan kan? 😛

TQ juga Buat kawan2 atas ucapan tahniah. Tak sempat kv nak jawab satu persatu kerana masa kurang mengizinkan. Dah nak balik ni. Teringat kat baby.:p

Kesihatan baby ok. Tidak byk ragam. Cuma kv yg ada sedikit komplikasi. Nanti kita cerita panjang. Namun alhamdulillah, makin hari makin ok. Syukur…

Wokeh, stop sini dulu. Nanti boleh cerita panjang. Salam lebaran buat semua. Ada sapa2 yg buat open house ker?

PENANTIAN

September 9, 2007

Penantian suatu penyiksaan. Itu la perasaan kv saat ini. Betul, mengikut jangka, lusa baru DD kv. Hari selasa. 11 sept. Tp takut overdue la, mcm2 dok mikir benda yg tak berfaedah. Hik hik

Takmo pikir, tp terpikir. Haru sungguh. Kv still mai kerja. Tak pekdah nak cuti ke mc ke. BUkannya ada apa2. Mai kerja pun dok releks jek. Tak bizi sgt. So, dari dok kurang kan jumlah cuti, baik kv kumpul utk imbuhan pencen kelak. Bijak tak kv. Haha

SEksa nya menunggu. BIla la baby ni nak kluar? Abg nya dulu tak sabar2 nak kluar tgk dunia. Sampai terkejut mama ngan abah. Si adik ni, agaknya best sgt dok dlm perut mama kut.

Bila dok menunggu gini, sakit perut nak buang angin pun rasa saspen jer. Haha..teruk betul kv ni. Abih org kv tanya pengalaman sakit dan tanda tanda nak bersalin. Mmg la setiap org pengalaman nya berbeza. Mana la tau ada pengalaman dorang tu sama dgn kv nanti. Takde la panik. Huhuhu..jgn la panik.

Kv bimbang overdue. Nanti kena paksa bersalin. Kena induce bagai pulak. Org kt sakitnya melampau. Betul ke? Kalo salah tolong perbetulkan fakta ni, okeh! Kawan kv, due date 31 ogos ari tu, tp sampai skrg masih belum bersalin. Doc ckp, kalo lbh 10 dah kena paksa bersalin. Mmg tensyen la bila dah jadi gitu.

BIla borak ngan mak kv, dia kata org zaman dulu2 tak kisah pun lambat ke cepat. Abg kv yg sulung sampai 13 bulan. Errrr…kv susah nk percaya. Betul ker? Karang mak kv salah hitung. Hehe. Masalah plk bila baby dah ber*k dlm perut. Karang kena jangkitan kuman bagai. Tp mak kv jawab pulak, abih tu abang long ko tu hidup molek2 takde masalah tu, siap nak dapat cucu dah! Tu dia, tak terjawab pulak kv. Hehe..

Kv sebenarnya plan nak bersalin kat spital swasta. Bukan mengada ngada ke apa. Tp gerun memikirkan suasana dlm ward dan layanan nurse kat spital gomen. Tak sanggup nak hadapi. Pengalaman dulu rasa perit sungguh. Tp bila dengar cerita org lain, lbh teruk dr kv lagi la rasa tensyen. TAPI, kalo overdue atau bermasalah nanti, mesti nak tak nak kv terpaksa ke spital gomen jugak. Tu yg buat kv makin tensyen. HUhuhuhu…

Tak pelah, serah pada DIA kan? DIA lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita. Dah belum sampai masa baby nak kluar, dia takkan kluar walopun hari2 dan setiap masa kv dok ckp kat baby “adik baby, kluar la cepat2, mama tak sabar nak tgk muka adik baby yg kiut tu” hehehe

Sebenarnya kv yg tak sabar kan? ;(

SALAM MERDEKA

August 30, 2007

Esok dah merdeka yg ke 50. Selamat hari merdeka MALAYSIA. Fuyyoh…begitu patriotik che KV. Hik hik

Oh ya, menambahkan semangat menyambut kemerdekaan, tahniah ler buat skuad bawah 23 kerana menghadiahkan piala pesta bola merdeka buat malaysia mlm td.

Ironiknya, kv ni kan, kalo tgk siran langsung apa2 perlawanan yg membabitkan malaysia mesti la pasukan malaysia tu tak berapa nak menang. Tu yg terpaksa tukar channel lain dan tgk kejap2 jer. Bila tgk 1-0 masa dah masuk separuh masa kedua, rasa surpised githoo. Pastu cemas. Hik hik..kena la tukar channel lain plk. Tgk csi. Bila tgk kembali dah 3-1. Lagi la surprised kaedahnya.

Hohoho…best aa. Feeling tu tak leh nak cerita. Mmg syok abih. Nak2 time tgk sultan pahang peluk pemain2 yg basah kuyup berpeluh tu. Bergenang ayaq mata. Terharu beb! Tahniah pasukan bawah 23 malaysia. Caya lah!!

Cuti merdeka kv & co takdak plan nak gi mana2. Mlm ni hubby ajak gi tgk bunga api kat stadium. Bukan dlm stadium pun acctually. Kat2 luar tu jer. Katanya nak bawak danish tgk bunga api besor. Budak tu tak pernah tgk pun in real. Tp kv tak mo pegi lah. Karang tak pasal2 bermasalah kat sana, baik kv rehat kat rumah jer. May be hubby pegi ngan danish. Tu pun kalo danish tido lewat. Hik hik.

Salam merdeka lah buat semua rakan2 blogger. Apa pengertian merdeka buat kita? Bagi kv, merdeka itu nikmat, nikmat berdiri atas kaki sendiri. Rasa puas kan? Mmg byk jasa pemimpin2 dulu yg memperjuangkan kemerdekaan.

Balik cerita lain. Dr hari ke sehari kv rasa makin tak larat. Berat baby yg kv dok usung ke sana ke mari ni rasa dah tak tertanggung dah. Makin berat rasanya. Bila la baby ni nak keluar? Tak sabar rasanya nak tgk baby yg asyik dok berjoget dlm perut mama ni. Yg tak tahan nya, time 10 malam mmg aktif giler. Sampaikan terbeliak bijik mata danish tgk perut kv bergerak gerak. Hik hik..

Di kesempatan ini juger, kv nak mohon maaf buat semua rakan2 blogger. Mana la tau mana2 tulisan (taip benornyo), ulasan, komen dan sebagainya yg menyakitkan hati mana2 blogger. Mungkin kv tak perasan. Kalo disengajakan tu mmg TIDAK sekali. Mana lah tau kan, kut2 minggu depan kv bersalin ker. Doakan kesejahteraan kv, occay! Takut weh..

Oh ya, dah nak tiba bulan puasa ni. Dlm seminggu lbh lg. Cemana persiapan? Puasa dah abih ganti? Kat rumah kv tu, bunyi mercun dum dam sana dum dan sini. Mmg havoc lah. Mcm mlm2 ramadhan plk rasanya. Cepat betul stok mercun sampai. Mcm2 lah.

CEMAS

July 2, 2007

Pada detik ini, kv sentiasa berada dlm keadaan cemas. Bukan apa, kalo mengikut sejarah melahirkan danish dulu, minggu ke 30 ni adalah minggu yg kritikal.

Kebetulan pulak, jumaat lps, kv muntah dengan teruk. Lps tu senak ari2. Mmg risau sgt sbb simptom2 mcm tu jugak la mengandung sulung dulu. Dah la hari tu hubby penat bukan main. Kv suh dia tido kejap (ptg). Mana la tau kut2 apa jd, at least dia tak de la terhuyung hayang pening lalat. Kv jgk paksa diri utk tido. Alhamdulillah lelap kejap. Tubuh mmg penat dan lemah. Bangun tido tu dah hilang pening. Tp perut rasa memulas pulak. Risau weh. Cuba positif kan diri. Agaknya perut kv masuk angin kut sbb dok muntah2.

Sabtu tu rasa segar dan cergas. Perasaan kembali ke para normal. Siap gi pasar siti khadijah lg. Pastu balik masak utk lunch. Lps asar kami ke hospital raja perempuan zainab, menziarah kawan yg terjatuh pokok. Terseliuh tulang belakang. Pastu hang nadim sibuk ajak gi kb mall. Kejap singgah kat kb mall, kami balik. On the way tu, singgah makan chicken chop dekat simpang kubang kerian tu. Kv beli jgk doble cheese burger mcD. dr hari tu lg rasa nak makan. Hik hik..

Hari ahad, masuk kerja cam biasa. Tp mula la sakit pinggang tanpa henti. Kaki dan peha rasa cramp. Dan senak ari2. Kv tak bagitau hubby. Malas nak risaukan dia. Tp nak berjalan pun rasa sakit.

Balik kerja, perut mcm memulas. Masuk angin kut. Selalu nya kalo kena serang gastrik, senak ulu hati. Tp kali ni senak belakang pinggang pulak dah. Kv mintak ngan hubby nak gi berurut dgn bidan. Tp hubby tak kasi sbb danish dulu pun lps jer berurut, terus bersalin. Teruk kv kena marah ngan doc. Tp dah sampai masanya, tetap bersalin jgk walo pun kv tak gi berurut pun. Tp hubby mintak tangguh lg dua minggu. Dia nak urut sendiri. Tp takde la jamah perut bagai, tu kerja bidan. Huhu

Alhamdulillah lps urut peha dan kaki, rasa ringan jer. Urut belakang, dah kluar angin sesat tu. Lega rasanya. Hubby ckp, betis kv keras cam batu. Tu yg sakit sgt2 tu. Lps dia urut mmg rasa lega. Kv tido awal. Jam 10 dah ajak danish tido.

Kv sebenarnya mmg risau dan takut. Dulu, waktu bersalinkan danish rasanya mcm tak cukup pengalaman. Yer lah, ‘terkejut’ mcm tu dan proses bersalinkannya sekejap jer. Lg pun dia kecik jer. Cam tak ‘terasa’ gitew. Rasa mcm tatau la pulak. Hik hik. Kv byk bertanya member ofis. Ramai yg ckp, tanda2 awal sama ada ‘turun air’ atau perut memulas. Tp kv tetap rasa takut dan cemas. Mintak2 la Allah permudahkannya nanti. Amin..

Ibu2 yg byk pengalaman, sudi2 lah berkongsi dgn kv. Please!!!!!

SELAMAT JALAN BUNGA KU

May 22, 2007

Huk huks…sedih pulak rasanya. Kv dan hubby sebenarnya mmg bercadang nak jual kete civic hubby tu, nak beli kete lain. Tp perancangan kami tu selepas dah settle segala urusan pembinaan rumah tahun depan.

Tup tup.. bila terjumpa kawan masa kejohanan boling ari tu, kami saje jer borak2 pasal kete ni. Mengikut dasar kerajaan, kami tak boleh simpan lama civic tu kalo kami bercita cita nak beli kete baru. Haha, panik jugak dibuatnya.

Teringat pulak pd bulan lps, abg angkat hubby ada call tanya pasal civic tu. Dia mintak kami jual sbb nak beri kat anak teruna dia. Masa tu mmg kami tolak pelawaan dia. Malas nak pikir pasal kete ni. Tp bila ditimbang tolak, kami pun rasa lebih baik jual buat masa sekarang sebelum harga nya merudum tahun depan.

Keesokannya kami bawa civic tu utk abg angkat hubby test drive. Masa tu jgk dia bersetuju nak kete tu. Nak bayar cash pulak tu. Bila dia dah setuju nak beli tu, kami pulak yg rasa semacam. Sayu, pilu, sedih. Sapa tak sayang kalo benda tu dah lama dgn kita. Walo pun kete tu dah buruk. Tp kena la pikir lbh positif.

Hari ni, abg angkat kv dah nak mai ambik kete. Cuma dia mintak tolong hubby uruskan semuanya. Alhamdulillah urusan kami tiada halangan.

Buat masa sekarang, kami malas nak pikir nak pakai kete apa. Simpan dulu duit jualan, tiba masa yg sesuai, kami beli lah nanti.;)

Sebagai kenangan terindah bersama WFG238, kv abadikan dekat blog. Besok2 boleh la gali balik tgk ‘dia’.

Selamat jalan ‘bungaku’. Kenangan terindah bersamamu takkan luput diingatan.;)

KV dan Hubby

April 22, 2007

Mlm semalam, kv berborak ngan hubby. Berborak mcm2. Salah satu isu fasal plan nak buat rumah (masih dlm angan2). Kv ngan hubby jenis berterus terang. Kv ni jenis tak sabar dan tak boleh memendam perasaan. Hubby pun galakkan kv luahkan apa yg terbuku. Dia akan dengar dulu apa luahan kv, baru lah dia bagi pendapat atau nasihat.

Sebelum maghrib hubby dok terangkan kat mil pasal plan rumah yg kami baru design. Susun atur dan letak pelan lokasi. Walaupun lambat lg nak buat, tp kami tgh mencari pelan yg sesuai. Senang nanti.

Rententan drp itu (ewah, ayat sastera pulak), kv tanya la hubby pasal kedudukan kv kalo apa2 yg terjadi nanti. Masa depan mana kita tau kan? Kami sebenarnya plan nak buat loan rumah bersama. Tanah dah sedia ada. Mil akan tukarkan nama pd hubby. Malas nak buat loan sensorang takut nanti dekat slip pemotongannya ribu riban. Nanti nak buat benda lain tak boleh pulak kan.

Kv tanya ngan hubby, apa jaminan dia pd kv setelah kv berkorban potong gaji untuk rumah kami. Sedangkan tanah nama dia, duduk pun dgn mil, che dan mak. Kalo apa2 jadi nanti, apa nasib kv. Heheheh.. saja nak test hubby. But, at least kv boleh tau apa dlm fikiran dia.

Kata hubby, dah selesai buat rumah nanti, hubby akan pecah lot tanah yg satu lg tu (dekat dgn tapak rumah). 1 lot tu dia akan beri pd kv terus. Kv tanya lg adakah berbaloi dgn potongan gaji kv setiap bulan tu. Mana la tau kut2 dia ada hati nak berbini lagi suatu hari nanti (minta lah dijauhkan).

Nak tau apa jawapan hubby? Hubby ckp, sekiranya ditakdirkan dia ‘pergi’ lebih dulu dr kv, semua insurans dan apa2 tu mmg jd hak kv. Kalo lah ditakdirkan kv tak boleh duduk dgn mil masa tu, dia mintak kv kluar dulu dr rumah tu. Tp MESTI tinggalkan sorang anak buat mil. Sbb dah takde sapa dah akan jaga mil nanti. Nanti lps mil dah ‘takde’ kv masuk balik dok rumah tu walau pun kv dah berkahwin lain. Dia dgn rela hati izinkan.

Dengar jer dia ckp mcm tu, kv terus menangis terisak – isak. Rasa sedih sgt2. Kv tanya soalan mcm tu, kv tdk mengharapkan jawapan dia mcm tu. Kv pikir pasal lain, hubby plk fikir lain. Mmg tak boleh tahan. Rasa sayu sesangat. Kv tak pernah terlintas pun di fikiran hidup kv suatu hari nanti tanpa hubby. Maksudnya bercerai mati.

Semua org akan alami ‘benda’ ni. Kita tak tau sama ada kita yg ‘pergi’ dulu atau suami kita yg ‘pergi’ dulu. Kuasa Allah swt, siapa lah yg tahu. Hubby pujuk kv, katanya, kita just teruskan kehidupan. Apa yg nak jd masa depan nanti, kita serahkan pd tuhan. Hubby tanya kv, napa kv nangis sampai mcm tu sekali. Kv ckp ngan dia, kv takut benda ni terjadi. Kv betul2 tak sanggup nak hadapi. Dlm hati, kv mintak kv yg ‘pergi’ dulu sebelum hubby. Namun kv tak ckp ngan dia.

Pastu kv ckp balik ngan dia, kv bukan tanya pasal mati. Tak pernah pun terlintas perkara mcm tu. Kv tanya pasal manalah tau suatu hari nanti hubby beralih arah. Ke mana kv nak pergi. Hubby ckp, mintak doa dgn Allah agar dia tdk berubah hati.

Tak pasal2 kv menangis. Rasa sesal plk tanya hubby mcm tu. Terus solat isya’ dan mintak doa dgn Allah semoga suami kv dipanjangkan umur agar boleh membimbing dan mentadbir keluarga kami dgn aman dan bahagia.

p/s: menaip en3 ni pun air mata kv mencurah – curah. Kv publish kan pasal ni kat blog bukan bermaksud lain. Sekadar mencurah perasaan. Harap kawan2 paham.