Archive for the ‘perayaan’ Category

BAJET, MERDEKA DAN PUASA

September 1, 2008

Salam merdeka buat seluruh warga malaysia.

Kv memula tu ‘bercita cita’ nak nengok bunga api kt stadium. Tetiba kawan lama hubby call ajak kluar minum. TErpaksa bagi can kt dia dulu. Siap bawak danish sekali tu. Jam 12 masih belum balik. Nyampah betul. Kv pun layan astro dgn dina.

Tp nasib baik tak kluar, dengar crita jem nya ya rabbi. Lg satu, bunga api takde sgt. Sikit je. Buang karan je kalo kluar. Hmm…seb baik aku tido.

Oh, cerita pasal bajet lak. Terima kasih lah pak lah sbb bagi bonus sebulan gaji. Punya lah excited nunggu kut2 pak lah umum kenaikan cola. Hmmm…hampeh!

Takpe lah, kv beli coca cola lah nanti.;P

Puasa? Hari ni 1 ramadhan. Eid mubarak buat semua kenkawan. Moga dpt menjalani ibadah puasa dgn penuh penghayatan.

Tahun lps kv tak berpeluang puasa sbb melahirkan irdina maisarah. Dgn hubby2 sekali kurang meriah puasa tahun lps. Bazaar ramadhan pun tak sempat dia pegi.

So, tahun ini insyaallah dapat puasa dgn lbh tenang dan harus aktiviti wajib mengunjungi pasar ramadhan. Bukan sbb nak membeli, tp merasai kemeriahan bazaar. Setahun hanya sebulan kan. Bukan selalu.

Advertisements

SELAMAT HARI BAPA

June 16, 2008

Selamat hari bapa buat semua lelaki yg bergelar bapa kt dunia ni. Ke ada pompuan bergelar bapa ek? Ehehe

Ayah kv dah takde. Kenangan sungguh terpahat dikalbu. Byk utk dikenang. Al fatihah buat arwah.

Buat hubby tersayang, terima kasih kerana menjadi bapa yg penyayang dan brtanggungjawab utk anak2 kita.

Selamat hari bapa dari mama dan anak2.

Hadiah? Hubby takmo. Tgk lh nanti kv nak beli apa.


6th Anniversary

May 26, 2008

Pejam celik, pejam celik. Rupanya ari ni dah 6 tahun kami kawen. Fuh.. mmg mengasyikkan. Ekeke
Selama 6 tahun ni susah senang kami hadapi sama. Moga kami dapat terus bertahan. Insyaallah.
Selama 6 tahun ni byk perancangan kami yg masih belum terlaksana.
Selama 6 tahun ni byk perkara yg berlaku.
Selama 6 tahun ni byk perkara yg membahagiakan.
Alhamdulillah. Kami bersyukur sbb selama 6 tahun ni Allah kurniakan kami pelbagai perkara. Danish dan dina adalah hadiah paling hebat yg kami terima. Sungguh terindah.
Semoga kami terus mendepani hidup berumahtangga ni dgn berhemah.
Harapnya kami boleh meraikan tahun ke 66 nanti. Hik hik. Mana tau umur panjang kan.
Alhamdulillah. Terima kasih tuhan atas kurniaan yg hebat ini.

SELAMAT HARI IBU

May 8, 2008

Kepada semua, kv ucapkan selamat hari ibu.

Bertuah rasanya terpilih bergelar ibu. Tiada perkataan yg dpt ditaip membayang kan betapa bahagianya dikurniakan sepasang anak yg keletah dan comel. Alhamdulillah.

Bila bergelar ibu baru kv tau apa perasaan mak (arwah) bila kv melawan cakap, memberontak dan buat tindakan bodoh. Kecik hati ibu. Tp dgn anak ni, perasaan kasih dan sayang itu mengatasi segala. Terus berdoa agar anak2 menjadi anak yg soleh. Huhu..

Kv dah takde ibu. Mak pergi menyahut panggilan Ilahi 12 februari yg lalu.

Masa mengkebumi kan arwah kak N 2 bulan slps itu, kv sempat singgah ke pusara mak. Titip kan doa dan surah al fatihah, dgn harapan ibu tenang ‘di sana’.

Masa tu, kv berkata pada mak,
“Mak, kali ni kami menghantar kak N untuk bersama mak disana. Moga kak N pun beroleh kerahmatan dr PenciptaNya”
Selepas menutur kan itu, kv menangis terisak isak. Sedih, pilu, sayu. Entah lah (air mata bergenang nih)

Tiada org lain yg dpt mnggantikan tempat mak di dunia ni. Kv rindukan masakan mak. Kv rindukan perhatian mak. Kv rindukan segala galanya tentang mak. Ya Allah, tempat kan lah ibu ku bersama org2 yg soleh.

Hanya ini lah kenangan yg kv ada semasa ibu sedang bertarung dgn kesakitan. Dan kesakitan itu lah punca ‘pemergiannya’. (segala sebab dan musabab telah ditentukanNYA).


arwah mak semasa dlm wad 28, HRPZ II, kota bharu.
Gambar ni kv snap semasa doktor sedang cuba masukkan drip.

Dewan bedah intan. Detik cemas menunggu semasa arwah mak di bedah.

Semoga mak tenang di sana. Amin.

PRU 12

March 9, 2008

Alhamdulillah…selesai sudah pilihanraya.Isnin nanti (besok) akan wujudnya kerajaan baru yg dipilih rakyat.

Okes cerita hari mengundi.

Kv mengundi kt kampung. Pasir Puteh. Malas nk tukar alamat sbb syok mengundi kt kampung sendiri. Suasana mengundi lbh meriah dr musim raya. Hari raya kita just berkumpul ngan family. Kawan2 lama jarang terserempak. Kekeekke.

Tp di hari mengundi mmg kawan2 lama dr skolah rendah lg kita dpt jumpa. Meriah sgt.

Suasana mengundi tenang jek. Masing2 menghormati.

Tp perjalanan nak balik kg tu, kalo biasa 45 minit. Tp kelmarin 1 jam setengah. Pusing2 cari jalan altenatif sampai jd pening. Jem kt mana2.

Sampai tu, adik beradik dan anak2 buah dah lama tunggu. Kami pegi sama2. Kecoh weh. Jumpa kwn2 lama, pakat berebut nk bercerita. Tak lama dok kt tempat buang undi tu sbb kesian kan hubby tk mengundi lg. Kes sayang bini kan, sanggup hantar kv balik dulu. Nk balik sendiri dia tk kasi.

On d way balik tu kami blk jln biasa. Ingat kn tak jem. Nan ado. Jem tempat tak munasabah. Tgh ralit tu tetiba jem. Sian mat motor tu terlanggar bumper 4wd telekom. Herot petot bumper kawan tu. Nasib baik kv blkg dia, kalo kv depan mt moto tu, hancur dah kete buruk kami.

Mat moto tu cecepat lari. Dorang tk cedera sgt pun. Motor hancur skt tp masih boleh gerak. Driver telekom tu selamba badak je, turun tgk pun tidak bumper dia yg dah tk jd bumper tu.

Sampai rumah hubby gi ngundi.

Ptg skt kluar jalan2 sbb idina maisarah takmo tido. Naik kete je terus zzzzzz. Kami pusing2 dulu nk kasi dina n danish tido lama sket. Lalu depan SUK, fuhh..takut nya tgk kenderaan2 dan set2 FRU berkampung kt situ. Langkah keselamatan sekiranya bertukar kerajaan. Cemas weh bila tgk sendiri.

Pegi mydin beli sejadah kecik utk danish. Dh lama dia mintak. Pastu singgah mega lace beli kotak kek dan lace. Abg kv bertunang khamis nnti.

Boring dh kt situ, gi kb mall. Singgah minum kt kiosk muhibbah. Dina cam biasa la makan baby bites dia.

Pastu gi pasar malam buluh kubu. Ramai betul org. Beli nasik lemak.

Bergegas blk nk tgk result pru 12. Lalu blkg suk, penuh gak fru. Pintu depan umah MB pin penuh FRU.

itu je, cerita hari mengundi. Bukannya selalu kan. 4-5 tahun baru jumpa lagi. Tu pun kalo pjg umur.

chinese new year

February 6, 2008

tahun tikus katanya.

tp kv tahun kuda. Haha. Apa istimewa tahun tikus ek?

neway, slamat cuti raya cina buat semua. Moga cuti ni mampu diisi dgn aktiviti menarik. Makan limau lokam tu hati2, karang sakit perut.

ramai tak yg dpt angpau? Kv tak dapat pun, tp hubby dpt. Tak per, nanti kv pau angpau dia. Kes kes kes

ENTRY YG TERTINGGAL

January 27, 2008

Ayark… ntah mcm mana kv terlupa satu benda penting dlm hidup kv. Cemana boleh lupa???? Aduh…

Pd 21 januari lps, anak teruna kv dah genap usia 5 tahun. Huhu..sori abe, mama terlupa. Lewat 2 hari baru teringat. Tu pun masa kat pkt bila terpandang btk hadiah2 dan cenderahati. Punya la teruk kv rasa. Masa kv ucap selamat hari lahir kat dia, tersengih sengih je. Malu sih. Hik hik

Tak beli kek apa pun. Last2 beli yogurt cheese cake kat resepi rahsia utk dia. Tu pun satu potong jek. Punya la kedekut tahi idung masin mama ngan abah dia. Haha. Hadiah tatau nak beli apa. Tgk la nanti.

Utk danish, mama n abah serta adik dina nak ucapkan selamat menyambut ulangtahun yg ke lima. Walau pun terlewat namun kami dan danish tahu yg kami sayang danish sepenuh jiwa dan raga. Masih ingat masa pertama kali mama pandang wajah kecil danish di bilik icu husm, rasa tak percaya itu anak mama. Alhamdulillah setakat ni danish membesar dgn sihat, cergas dan cerdas. Semoga begitu selamanya. Insyaallah. Kami doakan.

Moga danish dpt menjaga adik dgn penuh kasih dan syg spt yg danish tunjukkan skrg. Moga menjadi pelindung buat keluarga. Moga terus ceria. Besar sungguh harapan kami buat danish. Moga segala galanya dipermudahkan oleh NYA. INsyaallah.


Gambar ni masa ulangtahun ke 3. Hehehe..ulangtahun ke 5 tak ambik gambar.

PESTA BUBUR ASYURA

Hari ni kawasan tempat kv kerja ni menganjurkan pesta bubur asyura. Semua jabatan perlu (wajib) mengambil bahagian. Markah di ambik utk segenap segi. Hmm… dah tau ofis kami takkan menang. Ahahaha

Kakitangan ofis kv tgh dok kacau bubur asyura.

Kakitangan pompuan dok hias meja.

Khemah sebelah kami. Geng pertahan awam.

SELAMAT DATANG 2008

December 31, 2007

Insyaallah besok kita akan menempuh tahun baru, tahun 2008 kalo dipanjangkan umur. Moga 2008 membawa lebih keceriaan buat kita semua. Kv takdak apa2 azam pun. Cuma perancangan tu ada la skt2.

Tahun 2007 tahun plg mencabar bagi kv. Awal tahun (disember sebenarnya) kv alahan teruk mengandungkan irdina maisarah. Peritnya masa tu sampai bertaubat dah tak mau mengandung lg dah. Punya la emosi. Very der mengada ngada one kaedahnya. Pastu mcm2 cabaran masa mengandung. Kesihatan on n off. Kerja pun ala kadar. Asyik ponteng je. Mcm ofis bapak i yg punyerrrr. Hubby la yg jd mangsa buli kv. Sian kat dia.;)

September, lahir lah irdina maisarah tatkala umat islam nak menyambut puasa. Lekat uri pulak masalah bagi kv. Mmg rasa serik dah nak bersalin lg. Mmg betul despressed. Cabaran dlm pantang di bulan org lain puasa mmg memeritkan. Sekali lg rasa tak mau dah berpantang lps ni. Huhu..punya lah emosi. Sokongan dan semangat hubby jd penguat. Org lain beraya sakan, kami takde mood raya pun.

November dah mula kerja, tp dina pulak start meragam. Punya la serik rasanya. Sekali lg beremosi sakan. Kv betul2 tertekan. Syukur dan bertuah bagi baby org lain yg meragam biasa je. Tdk melalak sepanjang masa mcm dina. Hik hik. SEkarang dina dah kurang (sikit je) meragam. But kv masih trauma. Fuh..ayat, mcm dasyat betul!

November jugak mak kv sakit teruk. Usus pecah, BIla tau kanser kena strok pulak. Kv pulak tak boleh sepenuhnya jaga mak sbb dina asyik nak meragam saja. Mmg betul2 tertekan. Anak dgn mak sama2 penting dlm hidup kv. Hubby pun tertekan jgk sbb kv mcm lipas kudung berlari ke spital dan bergegas balik utk dina kat rumah. Mmg penat fizikal dan mental. Benda lain langsung tak sempat fikir atau buat. Dua perkara ni yg dlm fikiran kv sampai sekarang. Mak walo pun takkan sembuh (ckp doc) tp makin ceria. Kv cuba rapatkan diri dgn mak. Cuba bercakap dan bergurau senda. Mak pun asyik tersenyum dan tak segan2 mintak kv bantu dia bergerak. Mintak picitkan. Kalo nak tau mak kv ego dia tinggi tau. Mmg perangai dia tak suka menyusahkan org. Kalo dulu (sblm mak sakit) takde pun gurau2 gitu. Mungkin rahmat dan hikmah sebalik ujian itu.

Disember ni, walo pun dok kalut2 gitu (tq buat semua yg meringankan masalah kv), hubby start jugak projek rumah kami seperti perancangan. RUmah dah di demolish kan separuh dan buat sikit renovation utk bilik air dan tandas. Jugak dapur dan bilik2 tido sementara. Walo pun sempit dan kurang selesa, kira ok lah. Takkan nak menyewa kat tempat lain pulak. Nak mengemas segala harta karun tu pun mmg memenatkan jiwa dan raga.

Namun apa pun dugaannya, insyaallah kv akan tabah dan kuat semangat menghadapinya berkat doa semua. Alhamdulillah.

Harapnya, 2008 membawa lebih sinar bahagia buat kv sekeluarga. Insyaallah.

CERITA RAYA HAJI

December 23, 2007

Huhu…tak best nya raya tahun ni. Ntah le. Takde mood raya langsung. Kv dan hubby hanya pakai track suit di hari raya. Malas nak melawa bagai. Mood raya betul2 hilang. Tatau kenapa. Mungkin sbb dina masih dgn ragam nya. So, takde apa2 perasaan.;P

Upacara sembelih dan proses daging lembu pukul dua lbh baru siap. Bergegas lunch dan solat sbb kami nak ke spital pulak. TQ very much buat kakak ipar kv che na dan anak dara dia liya yg sanggup berkorban malam raya dan pagi raya utk jaga mak kat spital. Kv mmg tak boleh nak excuse langsung sbb dina tu asyik meragam sajork. Kalo tak de masalah dgn dina mmg kv tak kisah beraya dekat wad pun.

Mak mcm tu le, hari ni (ahad) doc nak masukkan kamera pulak dlm tubuh dia sbb doc ckp saluran hempedu mak tersumbat. Duduk kat wad tak lama sbb mak suruh kv blk jenguk kakak (yg sakit kanser pangkal rahim tu). Mak ckp, kesian dekat kakak sbb takde sapa2 di hari raya. Mesti dia sedih.(kakak N duk ngan mak kv)

Lps kat spital singgah dekat rumah dulu ambik idrina maisarah (kak long tolong jaga kjp). Rush balik kampung. Huhahuha dah 6.45 ptg. Irdina asyik tak setel jer. Huk hek huk hek, asyik nak meragam jer. On d way balik tu mmg meraung tak hengat dlm kete. Last2 dia tertido. Hik hik…kering tekak dibuatnya.

Raya kedua tak pegi spital. Sibuk kemaskan rumah. Almari semua bawak keluar ke ruang tamu. Buat bilik sementara dgn almari2 tu. Mcm kedai perabot la pulak. Hujung minggu ni, rumah kami akan dirobohkan separuh. Lemas la skt. Dah biasa dok ruang yg luas. Tetiba tinggal separuh. Tak pe la, berkorban utk keselesaan nnti.

Lps zuhur gi majlis menghantar menantu. Dina kak long yg jaga. Kak long ckp sepanjang kami pegi tu (dlm 2 jam), dina tido je kerja nya. Tu yg heran, kalo kat rumah sendiri asyik nak melalak je kerja dia. Kat rumah pengasuh, bebaik je. Tp ok jugak gitu kan, at least pengasuh tak boring ngan peel dia.

Pagi sabtu, lps goreng nasi kami bergegas ke spital. Selalu nya pagi dina tak meragam sgt. Dlm 2 jam setengah kami pegi. Balik tu MIL tgh usung ke hulu hilir. 10 minit je kami pegi dina dan meragam. Puas MIL cuba call, tp tak dpt. Mmg kv rasa bersalah sgt2. Mana tak tensyen MIL. 2 jam asyik nak meraung jer.

Tgh hari skt kami gi kenduri dekat gong kedak. Mula2 MIL tak berani nak pegi sbb takut dina meragam. Kv ckp, dah mmg peel dia gitu. Dah puas meraung dia tido lah dgn jayanya. Kami pegi jgk. Masa pegi langsung tak meragam. Tp kv makan tak kenyang pun. Makan takdak perasaan kaedahnya. Takut dina meraung. Hik hik…mcm tu le kalo anak jenis meragam.

Dekat sejam duduk kat situ baru kami balik. On d way balik tu, aksi meraung pun bermula. 10 minit kemudian tertido lah dia. Alhamdulillah. Ptgnya dah teduh skt, hubby kerjakan bangsal lembu. Sbb tapak rumah kat situ, kena la buang semua. Kv apa lagi, aktiviti dokong dina ler. Mlmnya sempat tgk sehati berdansa baru tido.

Terjawab tak napa kv takde mood raya?

Hik hik..

Abg danish beraksi di pagi raya dgn adiknya irdina maisarah.

Posing mata terbeliak.

Walaupun dah melawa. Dgn skirt jeans bagai, susu tetap nombor satu. Hik hik. Perasaan tak soother kat tgn kv tu. Kena ready, abih je susu terus sumbat menda alah tu. Baru tak menangis. Hmm…anak dara ku sorang.

SALAM RAMADHAN

September 11, 2007

Saat masih lagi berkesempatan ini, kv nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak buat semua. Lusa (13 sept) bermula la bulan yg penuh ibadah. Moga beroleh kesempatan untuk menunaikan ibadat puasa dgn sempurna. Selamat semuanya.

Bila ramadhan, mesti ada nostalgia dlm hidup kita kan. Ada yg manis dan ada yg pahit. Bagi kv sendiri, kemeriahan bulan ramadhan tu plg seronok masa kecik2. Kv adik beradik ramai. 8 orang. Masa tu hanya abg sulung dan kakak no 2 yg tak tinggal dgn mak. Yang lain penuh satu rumah.

Time berbuka puasa mmg kecoh. Geng lelaki berbuka kat meja. Yg pompuan ni kena la hampar tikar berbuka kat lantai. Minuman wajib masa berbuka mesti air tuak (nira) bukan tuak yg memabukkan tu tau. Lg satu air kelapa. Mesti ada. Kuih tak perlu sgt sbb semua org dok terkam nasik. Tp mak kv selalu buat buah mulung (onde2) atau puteri mandi atau kuih2 klasik lain. Lg pun kakak kv yg sorang tu mmg mahir memasak.

Ayah kv pulak, kerjanya penjaja ikan. Dia selalu dpt bekalan kat bandar. So, lauk mentah yg dia dptkan utk family mesti segar dan mewah(mewah dlm erti kata org kampung yg susah mcm kami ler). Berebut rebut keropeh ayam percik antara kv, kakak dan abang. Sayap atau peha mesti menimbulkan kekecohan sampai kena marah2 dgn mak. Hik hik

Dah kena marah tu, mesti nak merajuk bagai lah kan. Tp buat rugi jer merajuk. Kalo org lain makan semuanya, tak ke rugi. Rajuk nya kena la simpan dlm hati. Hahaha

Kalo bab bersahur mmg ler kv plg teruk. Langsung tak berselera. Kv pun tatau napa. TP abg dan kakak kv, selagi tak imsak, selagi tu la depa dok pulun makan. Naik heran gak kv. Yg kv ingat satu jer, nak sambung tido. Teruk betul kan?

Tu belum lg bab gi solat terawih. BUkan nak bersolat pun. Main yg byk. Balik dr surau, mesti singgah kedai runcit beli bunga api. Seronok nya masa tu hanya Tuhan yg tahu. Kat kampung kv takde org pasang pelita. Entah mengapa, bukan amalan dorang. TP la ni, ramai yg dah melanggar ‘peraturan’ tu.

Masuk bab ponteng puasa lagi la lawak. Bukannya makan apa pun. Tp kalo time mandi, mesti nak mandi lama2. Pastu curi2 minum air. Hik hik…teruk betul kv kan? Ada sekali tu, kv tak tahan tgk jambu batu tepi rumah yg masak meranum. Terus petik dan lari masuk bawah rumah. Makan puas2. Pastu rasa menyesal. Tp apa guna sbb dah tak puasa.

Kdg2 mak kv perasan yg kv tak letih sgt. Terus dia syak kv ponteng puasa. Plg lucu, kakak kv. Dia kena marah teruk dgn mak sbb mak syak dia curi makan. Masa tu kami tgh siap2 juadah berbuka. Sbb tension sgt kena marah dia tak perasan yg dia gi minum air dlm gelas. KV tgk dia, tp dia buat selamba jer. BIla mak tgk, apa lg, berteriak la org tua tu. Kakak kv punya la terkejut, terlepas gelas kat tangan. Hahaha…dia pun tatau napa dia gi minum air tu.

Byl lg kenangan ramadhan zaman2 kecik2 yg mmg meninggalkan nostalgia buat kv. Kalo lah masa boleh diputar kembali, alangkah seronok nya. Tp hidup perlu diteruskan. Kenangan itu menjadi satu harta yg bernilai buat kv.

Salam ramadhan buat semua. Mungkin ni en3 terakhir kv sebelum bersalin sbb kv ingat nak ambik mc utk esok dan lusa. Kalo masih tak bersalin pd ahad, mungkin akan ada lg en3 baru. Oleh itu, salam maaf buat semua. Moga ceria selalu.