Archive for the ‘personaliti’ Category

KEPALA PECAH

November 27, 2008

Aku rasa mcm kepala aku nak pecah la!!

Asyik dok batuk kong kong 100x ni. Tapi tak sakit dada sgt pun. Kepala rasa mau pecah jer. Berdenyut nyut nyut nyut. Adoyaii.

Makan panadol pun tak jalan ni.

Awat selsema batuk lama sgt ni. Dah 3 minggu!!

Huhu..

update: Ptg khamis tu mmg kv sakit kepala, sakit muka, mata macam tersembul keluar (dulu masa peknen kan dina dah pernah kena sekali). Balik keje tu mmg niat terus ke klinik. Sakitnya sampai kv nangis2. Siap muntah bagai.
Jumpa doktor terus mintak doktor injek ubat tahan sakit. So dapat bekalan ubat selsema, batuk, antibotik dan panadine (panadol + codin).
Sampai ke rumah tarik selimut dan tido. Sedar dah ok. Wah, best nya. Alhamdulillah.
La ni tinggal dlm 10% lg. Ok lah kiranya. Masih ada batuk sket2 tp kepala dh tak sakit. Alhamdulillah. Syukur. Dah dapat kembali nikmat sihat.

Advertisements

KEPALA KU PUSINGGGGGGG

November 16, 2008

Hmmm… aku dilanda batuk dan selsema yg teruk.

Kepala ku pusing. Nak muntah sbb bernafas kut mulut. Tekakku sakit. Kering.

Tolonggggggggggggggggggggggggggggg!!!!!

BIRTHDAY PRESENT

November 3, 2008

To all my frens, tq for the wishes, ucapan dan everything. Sungguh terharu dan amat menghargainya.

*****************************************************

Semalam, sempat ke kb mall mencari hadiah. Ekeke. Pantang di offer kan. ;P

Tatau nak beli apa ekceli, nak makan2 pun serabut dgn dina yg lasak tahap gaban. Mmg tak boleh lah.

So, merayau rayau dlm pacific sambil tension dgn perangai lasak dina. Memilih pun cepat2 tau. Hoho. (nanti kv wat en3 pasal dia)

Ni lah antara yg sempat beli. 😉

Antara isi nya… henbeg

sandal..
Dedua ni hubby yg hadiahkan. TQ bi!!!! MMMMMMUAAAHHHH. Wahaha

Yg ni pulak, ada org hadiahkan. Wah, wah, wah. Best betul!Patut ar ari tu tanya kasut kv saiz berapa. Tq yer. Terharu beb….

Hari ni senyum sampai ke telinga tau! Hik hik

I’M 30 !!!!!

November 2, 2008

Alhamdulillah…

Hari ni, kv masih bernafas, masih sempat menyambut ulang tahun kelahiran yg ke 30. Alhamdulillah syukur..

Errkk.. dah 30 kan. Rasanya baru 20 jek. Wahaha..

Umur tak penting kan. Yg penting hati. Kena penuh semangat dan suci bersih.

Moga ulangtahun yg ke 30 ini, Allah kurniakan kv kesihatan yg baik, sentiasa ceria (nak hilang kan perasaan mudah marah, cemana ek?).

Pagi tadi (subuh) hubby ucapkan “mama, hepi birthday. Nak henbeg ker?”

Wahaha…bila kv cakap nak terus dia jawab, ” Tak payah henbeg la, henbeg dah byk, nanti beli benda lain”

Huh…terus aku merajuk kecewa.

Tgk la kalo sempat insyaallah petang karang or malam, hubby ajak beli hadiah. Masalahnya, kv tatau nak hadiah apa. Nak kena pikir ni. Huhu

DILEMA

October 21, 2008

Amaran : Entri kali ni pun mungkin agak sarkastik jugek. Layannn…

Bagi yg tak tau, kerjaya kv now biasa2 jer. Senang ckp kuli. Walo pun pernah masuk u, tp kv belajar takat diploma jek.

Kebetulan tgh sibuk nak sambung degree, kv dpt offer keje ngan state gomen. Tapi, bukan kelayakan kv yg sebenarnya. Rendah skt la, cuma skop keje tu mmg kena la dgn apa yg kv belajar.

Masa tu, dilema nak pilih keje atau further study. Tp bila mikirkan mak ayah hanya keje kampung. Lg pun kakak kv tgh nak habiskan degree dia. Kv pun keje lah dulu. Dlm keje pun blh sambung study, kan. Dah la masa tu susah nak dptkan keje. 1999. ekonomi gawat uols.

Dah hampir 9 thn kv keje. Sampai ke hari ni kv tak sambung degree. Satu nya, kv boleh mohon naik pangkat pakai diploma dulu. Keduanya, kv malas nak tinggalkan family (suami dan anak2) di hari minggu atau hari cuti lain kalo ambil secara sambilan. Nak cuti terus pun mmg tak sanggup lah. Lg pun, suami dah beri kv cukup makan pakai semua. Siap boleh menyimpan lagi, apa lg yg kv mahu? Lagi pun state gomen takde jawatan degree utk kakitangan teknikal. Apa guna kv nak sambung degree?

Faktor utama kv sayang tempat keje skrg sbb suasana ofis, rakan sekerja, lokasi. Syg nak tinggal. Rasanya susah nak jumpa kt tempat lain. Dah la tgh bandar, depan pasar. Depan supermarket dan segala services lain. Semuanya depan mata. Dtg keje pun tak tersangkut lampu isyarat dan jem. Lg pun mmg ini daerah kelahiran kv. Senang nak jenguk kampung halaman. Lunch hour pun kv boleh balik.

Tapi, kdg2 ada jgk rasa rendah diri. Kawan2 semua pangkat besar, kv sorang je yg keje kuli. Sedangkan dulu, kv la antara yg terawal masuk u (kawan skolah lah ni). Now, org lain semua dah jadi pegawai pangkat besar, plg leweh pun cikgu yg ada degree.

Ada satu masa tu, kv dpt no kontek kawan. So kv sms la dia. Lama kan tak jumpa. Kami pun chatting la melalui YM.

Kita ni, excited kan nak tau perkembangan msg2. Kv dah tau dia dah keje pegawai (gomen). Dlm setahun 2 ni lah. So, dia tanya kv, keje kt tempat lama lg ker. Siap tanya kv ni jawatan apa, gred berapa. Huhu. Nampak sgt kv ni selekeh jer kan.

Lps tu bahasa kan diri i/u tu. Erkk…sungguh tak tahan. Kv ni siap ber AKU/MU. Sbb mmg kami dah kenal dr skolah rendah. Asal dr kampung, berhingus meleleh, main sungai, gatih basikal dan sebagainya. Tetiba, dah jadi pegawai, siap ber I/U. Oh, meks rasa sungguh terhina. Mentang2 la kita keje kuli. Kerjaya kita tdk gah. Sabar je lah.

Sebenarnya, dah 2 kali kv terima tawaran temuduga untuk naik pangkat. Tapi tu semua dari federal gomen. Kv tak hadir pun temuduga. Sbb mmg kv tau kalo dpt mmg kv takkan terima tawaran tu.

Ramai org mempersoalkan sampai bila nak hidup di takuk lama? Biar lah. Kv tak sanggup nak korbankan masa berharga kv untuk keluarga. Sekali pikir, mmg kv rasa rendah diri. Tapi dua kali pikir, kv takde kekurangan apa2 pun. Makan pakai cukup. Rumah dah ada, kete pun sama. Simpanan utk masa depan pun ada. Simpanan anak2 pun ada. Nak melawa dgn barang kemas ke, henbeg ke, kasut ke, pun hubby selalu belikan. Takde apa yg kurang.

Dan Kv tau, kalo naik pangkat, mesti kena pindah pejabat. Dan tentunya Hubby takkan ikut kv berpindah. Selain dari kami dah ada rumah sendiri, hubby kena jaga mak, atuk dan nenek dia. Takde org lain dah nak jaga. Tu dilema anak tunggal pulak. Lagi satu, dia pun cucu tunggal jgk.

Itu lah dilema kv pasal kerjaya kv ni.

Apa pun, kv bersyukur sbb kv mempunyai pekerjaan. Alhamdulillah.

SOMBONG

October 20, 2008

Amaran : Entry ni sarkastik sikit. Awas bagi yang membaca. Hiks

Soalan nya, ADAKAH AKU SEORANG YANG SOMBONG??????

Alkisahnya, masa kenduri masuk rumah baru hari tu, sepupu kv ada bertanya pasal S (lelaki). S ni ofismate kv. Baru beberapa bulan je bertukar ke pjbt kv.

Masa my sepupu tanya tu, kv ckp la S blom dtg. Sbb kv mmg confirm hubby mmg jemput dia. My sepupu cerita lah yg rupanya si S ni pernah bertanya pasal kv pd dia. Bila my sepupu menerangkan kv ni sapa2 dgn dia, si S ni ckp yg dia tak tau. (Nampak mcm sombong dan berlagak la kut). S ni kamceng kpd adik sepupu kv tu (sepupu jgk lh kan). Dia pun kenal rapat dgn abg2 kv.

Masalahnya, walo pun dia kamceng or rapat or sebagainya dgn sepupu dan abg2 kv, tapi kv tak kenal dia. Bukan tak kenal langsung. Tapi ingat2 lupa. Sbb, masa dia dok rumah sepupu kv dulu pun kv dlm darjah satu gitu. La ni kv dah nak masuk 30 tau! Munasabah lah kv tak ingat dekat dia.

Adakah dia ingat dan kenal kv? Hampeh.

Sbb dr cerita my sepupu kv dpt la conclusionnya yg kv ni sombong la. Berlagak. Mentang pangkat besar dari dia (dgn dia je tau, sbb kv pun keje kuli gak) Maka kv tak tegur dia. Hello! Ko sapa aku nak tegur? Geram weh.

Dekat pejabat ni, dia kejenya ‘lbh kurang’ je lah. So dia takde meja krusi. Lepak kt tepi longkang atau kat surau je. Kalo ada apa2 keje, pegawai akan cari dan beri arahan. Takkan la kv nak pegi cari dia kat surau nak berkenalan. Surau lelaki weh. Pastu takkan kv nak gi lepak tepi longkang ngan geng lelaki semata mata nak gi tegur dia? Lain la kalo dia pompuan. Boleh gak sembang2 kt surau ke, kt bilik air ke kan. Atau pun dia ada meja krusi, sambil2 wat keje tu boleh le berkenalan.

Lps park kete, kami akan lalu blkg dorang lepak (tepi longkang). Biasanya kv senyum je kat dorang. Niat nya, senyum tu utk semua sekali la. Tak sangka plk yg senyuman kv tu tak di terima dan kv di cop sombong!

Lama kv pendam cerita ni sorang2. Last2 terbagitau dekat hubby. Hubby kata, patut ah bila dia gi solat di surau, si S ni akan buat muka dgn dia. Weh, laki aku langsung tak kenal kau tau! Bila hubby cuba berborak ngan dia, dia plk bo layan. Sejak kv cerita pasal tu, hubby gelak jer. Kami pun ignored dia dr hidup kami. Tak mati kalo tak kawan dgn dia pun.

Org lain yg baru masuk keje, takde masalah pun ngan kv. Rancak je borak. Mcm2 crita boleh sembang. Kv layan kan je!

Tak kisah lah kalo korang tuduh kv hati busuk pun. Menyampah tau dgn org yg sengaja cari pasal ni!

Ok, kisah lain lak.

Jugak masa hari kenduri rumah kv tu. Ada la sorang sepupu hubby ni. Lawa jgk. Dan suka melawa. Tapi umur dia tua 5-6 thn dr kami.

Dah beberapa kali jumpa pun, mmg dia suka menyombong. Mentang2 la kv ni huduh. Rumah mak mertua pun rumah papan jer dulu (tp la ni kami dah duduk rumah batu tau. Hahahaha). Eh, mcm la dia org kaya. Tak keje, dok pun rumah sewa. Huhu. So, Kv wat tatau je. Malas nak layan. Lg pun dia bknnya ‘sapa2’ pon. Hiks

Masa dia dtg hari tu, kv dah hulur tgn nak bersalam. Target hari tu, tak kira lah aku kenal ke tdk org tu, janji aku salam dan jemput dorang makan. Hihi.

Dia tak sambut salam kv uols!. mendidih beb! Sabar lg. Agaknya dia excited jumpa sedara mara dia kut. Maklum la, lama tak balik kampung. Tu mungkin yg tak perasan huluran tgn kv, kan?

Bila MIL perkenal kan dia dgn kv, dia wat tatau jer. Kv tunggu gak kt blkg dia. Kenkonon nak bersalam la. Tapi dia wat tatau jer? Adoii…mmg menguji tahap kesabaran meks tau! So, kv pun pusing sambut kedatangan tetamu lain. Lantak la.

Er, kv nak tanya, kalo korang gi majlis gitu, korang tak nak kenal ke tuan rumah nya yg mana satu?

Nak jadikan cerita, sabtu lps kv gi tesco. Dekat escalator, hubby tegur sorang pompuan. Dia escalator sebelah. Kv igt kn kwn skolah dia. Rupa2 nya, sepupu dia yg sombong tu. Huhu

Sepupu dia ni, bila tertengok kv, berubah air muka. Napa eks? Kv pun, mula la berlagak sombong. Malas nak layan sbb dh beberapa kali kv di layan mcm hampeh. Kali ni mmg kv betul2 menyombongkan diri. Lantak lah dia nak mengumpat beratus bakul pon!

Lps jumpa kt level atas, laki dia salam ngan laki kv. Tp dia takdak pun rupa nak salam ngan kv, so kv apa tah lg. Malas aku.

Masa kt dlm tesco pun beberapa kali terserempak ngan dia. Kv wat bodo jer. Anak dia beberapa kali tunjuk kt kv. ” umi, kawan umi!”. Kv wat tatau jer. Dia pulak yg nampak terpinga pinga. Hihi…puas hati aku. Wahaha

Maaf la kalo korang rasa kv jelek ke hapa.

Byk lg la kes yg kv bengang sbb tetiba je org ckp kv sombong. Padahal org tu takde usaha pun nk tegur kv ke hapa. Mebi kv tak perasan ke, pikiran kv tgh ke lain ke. Kv ada masalah ke. Sbb tu muncung jek kan. Mana la tau. Ni tetiba je sesedap mulut ckp kv sombong. Mmg aku naik hantu la. Tapi, takde la mengamuk bagai org gila. Ops!

Ada sekali tu masa kakak kv tgh praktikal KPLI (kv dah keje masa tu dan pakai kete sendiri dah). Kv yg hantar dan jemput dia. tetiba, kakak kv sound kt kv. Kawan dia kata, “cakap ngan adik mu, cer senyum gak sikit. Muka masam jer. nanti takde org nak!” Wah, mendidih beb!

Masalahnya, kv kawen dulu dari kakak kv tau. Aku langkah bendul wei!!! Ha, sapa nak naik stage jawab tu?

Moral of the story, jgn sesukahati menuduh org sombong ke hapa sehingga kita betul2 kenal ngan dia!

Geram siot!!!!

DINA DAN MAMA

October 16, 2008

Ok, mula2 cerita dina. Semalam, kondisi dia makin ok bab keputihan dlm mulut dia tu lps mkn ubat yg doc beri. Bibir pun dah tak bengkak. Tinggal lg 20% keputihan tu. Lega melihatnya.

Cuma, dia demam selsema la plk. Yg tu kv tak risau sgt lah. Cuma kesian jek.

Alhamdulillah, harapnya dina takde pape lah.

Gambar ni pun kv snap ptg semalam. Kecoh main kuda jongket dgn abang dia di temani moyang sedara. Kakaknya nenek hubby. Dina ni, kalo bab main mmg nombor satu! Tak ingat demam ke hapa.

Ok, habis cerita dina.

Masuk pulak cerita mama dina.

Hari ni, kv telah ‘melupakan’ diri buat seketika. Hik hik

Beli kain pasang uols! Kv kan kena pakai baju kurung jek time keje. Haruslah, beli kain pasang sajork keje nya. Hihi.

Ingat nak beli lg sbb suka membeli lps raya. Lbh murah tau. Nak menawar kaw2 pun boleh. Kv sampai terkejut sbb peniaga setuju harga yg kv tawar kn. Hihi.

Tapi, sabar2 kan diri. Dah melampau nafsu membeli tu. Tgk minggu dpn lah pulak.





Oh, petang ni hantar wat baju kurung.;)

SENTAP DAN WENG

August 26, 2008

Semalam dan hari ini kv moody. Entah lah. Sidrom PMS kut. Tetiba jek.

Semalam kv jadi panas baran tak hengat. Benda bodoh pun jadik naik angin.

memula tu hubby cakap;

‘mama, jom happy2!”

kv confused!

“Ha???”

“alah, jom lah kluar malam ni. Gi mana2. Tesco ke. Lg pun lauk basah takde ni.”

berkobar kobar suami ku.

Kv pun ia kan aje. Boleh horay2.

Sebelum pegi tu kv siap kan anak2. Naik hangin ngan hubby sbb lepas tgn jek. Suh tukar diapers dina pun tak dapat. Adoiii. Nak menangis kv. Pas tu sesenang jek nak tunggu dlm kete. Kv ni baju pun tak tukar lg. Bila kv marah2 sesenang je dia peluk dan gelak. Arghhhhhh!!!!!!

Nak jadikan cerita, memula pegi lg dina asyik huk hek huk hek. Mengantuk dah minah kecik tu. Suara kecik suara besar semua keluar. Dah la buas tak hengat. Sibuk nak pandu kereta sama. Tension sungguh!

Danish lak takmo tukar seat. Dia dah book seat depan sejak ada adik ni. So kv ngan dina kena dok belakang la.

Dekat2 nak sampai danish hampir terlena. Aduiii…tekanan lak nk bagi dia takmo tido. Dina plk asyik meraung.

Sampai je, park kt luar. Dekat pintu kecik. Danish lah menangis kaki dia semut2.

Dina dh ok bila sampai. Kemaruk nak berjalan budak tu. Menurun sapa lah tu?

Kt tesco ramai giler org. Federal kan gaji semalam. Menyesal setuju keluar.

Memula tu cari buku untuk dina. Dia kan minat ‘membaca’.

Pusing cari benda2 lain gak. Nak berjalan pun susah. Terhimpit himpit. Huhu

Pegi kt area basah, penuh org. Tekanan lagi. So, cancel nak beli lauk basah.

Danish lak nak hotdog goreng. Siap nak menangis bagai tu. Kv pun gi lah try nak beli. Penuh org berkerumun area tu. Lama betul cashier tu. Mcm baru keje je. Dina laks mula meragam. Ah, sentap.

Kv pi cari hubby suh beratur. Hmm…org makin ramai. Kv plg benci membeli kt kelantan ni nak2 kalo tempat2 baru. Kenkonon canggih lah. Pakcik, makcik, tolonglah jaga tingkah laku. Jgn la sesedap rasa je nak potong Q. Nampak sgt kita tu jakun tak hengat tp berlagak tau. Masalah nya plk, budak penimbang dan cashier (bukan cashier kaunter dpn tau) layan pulak. Ada sekali je kv jumpa budak penimbang yg tegas suh beratur. Yg lain mmg hampeh. Pernah sekali kena marah ngan hubby.

So, kejadian begitu berulang lg semalam. Tambah tambah lg dina buat hal. Kv pun buat isyarat kt hubby suh letak je barang tu. Lantak la danish nak menangis ke hapa. Mmg kv dah sentap.

Kv ckp ngan hubby, ” Stop! Gi bayar apa yg dah ambik dan kita balik sbelum mama meroyan!” Hubby pun angguk je.
Singgah beli fish ball utk danish kt food court dan balik.

Sepanjang jln balik tu 2 kali kami hampir eksiden. Sekali ada kete potong Q tp hampir kurang lps dan cuba selit kami. Mmg gila pemandu tu. Kv sumpah dia eksiden sensorang.

Kedua, kt traffic light pasir tumboh. Bukan kami kt dpn, tp mat rempit tu tetap gatal (bukan lane kami) Hampir2 terlanggar depan kt situ. Pukimama punya mat rempit. Aku sumpah ko mati katak terlanggar tiang. Grrrrrrrrr!!!!

Dah terbayang, kalo terlanggar tu mmg haru la. Dah la dina meragam tak hengat. Nak tido tu mmg satu penyiksaan kt dia. Ah, tekanannya!!!

Dah sampai rumah baru mood ok.

Makan ubat selesema dan tgk tv.

Tido plk dina asyik terjaga dan menangis. Bogelkan baju dia baru boleh tido. Mmg tak blh tahan dah ni. Kena pi beli ekon la! Tido pun tak lena.

Sedar2 subuh tadi, tekak kv perit gegiler. Macam terbakar gitu. Sampai termuntah muntah. Punya lah kering. Minum air dan makan gula2 pun tak jadi.

Dah la pagi hubby cuti dan nak guna kereta. Terpaksa car pool ngan opismate.

Hari ni 2 kali kv bantai tido. Mengantuk giler dan weng2. Terasa melayang layang gitu. Tekak sakit, perit dan kering.

Balik nanti kena naik bas sbb ofismate yg kv tumpang tu dah blah. Ada hal kt kota bharu. Tak masuk ofis dah.

Oh, aku dlm tekanan!!!

HILANG SUARA

July 29, 2008

Aduyaiii…. Kv hilang suara hari ni. Mcm suara itik dh bunyi nya. Tension bila nak bercakap, kena ulang byk kali sbb org tak berapa nak paham. Nak2 plk kalo bercakap ngan danish. Byk hah? Hah? Geram tul.

Asalnya kv selsema. Perit tekak mmg grrrrrrr. Pastu sambung kv dok puasa ganti kan, tekak dah jd kering sgt sampai nak telan liur pun dh sakit. Last2 tak kluar suara dh. Haru!

Nak muntah dah rasanya asyik dok hisap gula2 strepsil extra srtong dual action. Dpt melegakan kjp, namun kjp je lah.

Apa yg perlu kv buat ek?

AKU OBES?

June 4, 2008

Uwwaaaa…. tak tahan tau! Aku obes katanya. Huhu

Hari tu kan, ada budak chinese yg jual ubat mai ofis kv. Biasa lah, ofis ni tempat berkumpul jurujual dan peminta sedekah. Borink tau.

Tp kan, sbb kononnya dia nak check semua penyakit, saja je lah kv try test. Mana tau kut2 ada yg mengena.

Bila dia amek tekanan darah dan denyutan jantung jugak test peluh kt ibu jari (kolestrol) mmhhh hazab la resultnya. Huhu

Percentage fat kv 35.8 %. Paling ideal dgn kv sepatutnya 25.3%. Brapa lah beza tu? 10.5% uols. Uwwwaaaa!!!!!

BMI pulak, patutnya bawah 20. Tp kv 26.7. Hua hua hua. Beza 6.7. Banyak tu!!!

Blood pressure pulak 120/81. Sepatunya kalo normal yg atas 120 – 130 dan yg bawah 70 – 80. Maknanya yg bawah tu kv dah terlebih 1. Tu la sbb nya kv slalu rasa semut2 kt kaki. Oh, gitu ker?

Pulse (denyutan jantung) pulak, kv punya 86/m. Sepatutnya 70-80/m. Tgk dah berapa lbh tu? 6 weh. Sama ada lemak byk atau mmg keturunan.

cholesterol pulak bukan low, bukan normal, bukan borderline, tapi high uols!!! Uwwaaaa

Mmg hazab weh dapat result tu.

Pastu dia pun kempen la kv suh mandi wap katanya. Promosi RM 30/4 org. Wah, murah giler ni. Tp utk pakej family lah. Kalo buat kt kedai dia 75/person. Masalahnya kedai pun takdak lg kt klate ni (err… kv lupa apa nama kedai dia.;P).

So, cadangan nya sbb pakej family kan, dia nak dtg buat kt rumah. Mana boleh, rumah kv kn dh jadi kapal pecah. Mintak buat kt ofis. Dorang takmo. Kesudahannya tak jadi. Takde lah melayang duit ku. ;P

Kononnya bacaan akan diambik sblm dan slps. Jenis penyakit kv yg byk lemak dan kolestrol ni, dia akan campur limau nipis 4 biji, cili merah 1 biji, daun mengkud 4 helai, halia 1 ketul, daun limau purut 1 tangkai, serai 4 btg, dan daun pandan 5 helai.

Hehe.. sungguh insaf masa tu uols. Kena pantang ni. Kesihatan perlu dijaga kan.

Tp bila borak ngan hubby, hubby ckp tekanan darah kv tu dah ok sbb dgn umur kita org bacaan bawah tu max 85. Ye ke? Budak tu tipu kv lah ek?

Lagi plk, kalo dok fikir slalu nya kita kena puasa satu mlm utk test gula dlm darah dan paras kolesterol. Ni main check mcm tu je. Nak2 pagi tu kv baru sarap nasi lauk gulai itik serati. Kan? Sesedap je dia buh kv tau.

Hahaha… lps tu bukan pantang makan, tp pantang jumpa makanan. Cemana lah kv nak kawal nafsu makan ni. Dah la besenam takdak masa. OWh, aku dah obes! Tidaaakkkkk!!!!!!