Archive for the ‘puasa’ Category

KYROS KEBAB DAN COLEK

September 22, 2008

Semalam kami berbuka puasa kt luar. Benornya ptg tu pi husm nak ziarah kakak kv yg problem dgn kandungannya. Baru 6 bulan satu minggu. Perut dah sakit dan mengeras. Siap muntah2 dan ada tanda darah kt underwear. Kalo kami, tu mmg sign nak bersalin lah.

Tu yg cecepat dia gi hospital daerah, dan hospital daerah terus refer ke husm. Hmm…teringat kenangan nak bersalinkan danish dulu. Masalah kv pun gitu lah. Masih ingat lg katil mana yg kv duduk 2 mlm sblm bersalin tu. Dah la tak dibenarkan keluarga menunggu. Boleh masuk time melawat je. Tension giler.

Kakak kv dah selamat di injek 2 dos utk kembang paru2 baby. Doc kata baby ok, gerakan pun stabil. Cuma kakak kv tak boleh lasak. kena rehat jer. Doc nak tunggu sampai 7 bulan kalo boleh. Harapnya, baby mampu bertahan dan kakak kv pun sama.

Turun dari wad dh dekat nak berbuka. Beli soya tin dgn mesin jek. Berbuka dlm kete. Lps tu baru jalan. Tatau nak makan apa. Last2 gi kb mall. Kyros kebab. Situ jer org tak penuh.

Kami order tak byk sbb dah plan nak makan benda lain lps tu. Hihi.

Nugget tempura untuk dina n danish.

Croissant lamb utk hubby.

spagethi utk kv. Tapi dibantai oleh danish cukup2. Huhu

Dina dah mula buat perangai. Duduk atas meja. Lps tu nak turun. Meronda je keje dia. Dh la batuk selsema.

Tgk tu!!

Danish selamba jer.

Abah tgh sejukkan nugget nak kasi dina makan. Hehe

Siap makan, sambil makan sambil kejar dina tau. Kami pun kluar dari kb mall menuju ke cabang empat cherang.

NI lah akibatnya gara2 menonton majalah tiga. Terasa nak mencuba colek yg masuk tibi tu. Hihi

Masa kv sampai tu Q tak berapa pjg. So, masuk barisan lah jugak.



Best jgk sbb semua dia campur. Ayam, udang, sotong, paru, cucur, keropok, timun, nenas, taugeh dan apa lagi ek. Terlupa sudah. Tp kuah dia cair dan sedikit manis la. Seb baik dibantu oleh kiub2 nenas. Rasa gak masam2. Ok lah, not bad.

CERITA CUTI

September 18, 2008

Ptg selasa tu kenkononnya nak berbuka kt piza. Bila kol kakak kv, dorang turun lewat. Hmm…apakejadahnya kami nak kluar awal plk kan.

Pkl 6 baru kluar. Koling2, sapa yg sampai dlu, pi booking. Tp, hampeh sbb penuh. Ahaha.. Lps tu tatau nak mkn kat mana dah utk berbuka sbb semua restoren penuh.

Last2, kv cadang beli roti dan air soya. Berbuka dulu ala kadar. Lps shopping nnti baru gi makan piza. Semua org setuju.

Susah jgk nak lesaikan sorang2 punya baju raya. Ke sana ke mari, aduyaiii..mek letih! Danish lak, bila jumpa sepupu2 dia, mmg tak dgr kata dah. Asyik main jer. Seronok sakan, maklum lah, lama tak jumpa kan. Sabar je lah.

Tgk gelagat dorang.

Wajah boring dina dlm baby carrier. Kalo lepas, mmg tak larat nak kutip lak. Senang dok dlm tu. Gilir2 ngan hubby. Hehe

Dah siap semua baju raya, nak beli kasut selipar raya lak. Dina dah mengantuk. Lagi pun dorang nak shopping brg dapur dulu. Kv pun blah dulu lah. Gi beli sandal raya utk dina kt al ikhsan. Nak yg adidas, tp takde saiz kaki dina. Takde choice la pulak. Tension sungguh la.

End up beli cap nike kaler kelabu. Gambar lupa nak snap. Kiranya merangkap hadiah harijadi lah tu. Hihi

Pastu balik singgah beli edlee FC. Makan kt rumah jer.

##################################

Hari rabu, cuti. Hubby kluar gi kedai hardware beli brg2 yg tukang mintak. Kami nak buat bangsal kecik kt belakang. Org kampung, lg2 org tua mmg nak ada dapur kayu. Senang dorang nak jerang air.

Lps zuhur, dlm pukul 2.30 gitu kami bertolak balik kampung. Bukannya jauh sgt pun, dlm 50 minit gitu. Tp jadi lewat jgk sbb singgah kt gerai2 ikan nak beli ikan siakap dan udang. Dah ptg gitu byk kedai yg dah habis stok. Last2 jumpa kt bandar pp gak.

Sampai rumah akak, dorang semua tgh syok tido. Huhu

Bila perasan kv sampai terus bangun. Wahahaha. Kalo tak, aku merajuk nanti!

Dina tido, kv ambik pluang kopek udang dulu. Ting tong ting ting. Sampai pkl 6, byk lg benda tak setel. Kak I sibuk nak kukus puding roti. Pastu gulung popia. Kak M plk sibuk nak panggang ayam kampung. Hihi. Kv sibuk ngan dina. Kakak ipar balik tanak nasik dan buat air karot susu (rumah dorang sebelah menyebelah jek).

6.30 baru goreng ikan. Tak cukup dapur katanya. Pastu kuih tak masak lg. Sos masam manis tak buat lg. Udang hup loong tak goreng lg. Popia pun tak goreng lg. Giler kelam kabut masa tu.

Masa ni tak berapa kecoh lg. Dlm 5.30 gitu. Semua org cool jer.

Budak2 pun tgh main atromen bagai lagih.



Nampak tu, kak M tgh pulun panggang ayam. Masa ni lepak2 lg tau. Hihi

Kv ngan dina plk sempat merayau rayau keliling rumah. Mcm2 pokok ada. Antara yg best..

Delima. Tgh berbuah tu.

Durian sayur @ durian belanda.

Jambu batu.


mmg syok sungguh mlm td. Makan besar keluarga katanya. Kecoh gamat, mcm2 ada.

Menu round pertama, udang hup long, popia udang, murtabak, puding roti, buah mulong (melaka), cendol campur cincau, locong dan sagu. Air lak, air kelapa, karot susu, dan tebu. Lps makan semua tersadai. Mandi dan solat maghrib, sambung round kedua. Hihi

Menunya, ikan siakap masam manis, air asam campur perut muda, limpa dan lidah, otak kerutuk, kerabu kaki ayam, ayam kampung panggang, ulam budu dan apa tah lg. Mmg kv lupa.

Sumpah kv tak dapat mkn semua. Tak larat. Mmg nasik pun 2-3 mulut je. Byk makan benda lain.

Lps tu lepak2 dan solat isya’. Ingat nak sambung makan colek buah lak bila depa balik terawikh. Tp dian menangis bagai nak rak. Tatau kenapa. Panik kami jadinya. Cepat2 bungkuskan lauk utk sahur (tulang masak singgang), terus balik jam 9.00.

Pastu perasan dina popo. Berenti basuh. Lps tu dia lena selena lenanya. Agaknya perut dia memulas kut. Huhu…kesian sungguh anak ku sorang.

p/s: gambar menu dan makan2 tak sempat nak ambik. Sibuk menggoreng dan sibuk makan. Hihi

BESOK CUTI

September 16, 2008

Besok cuti uols. Nuzul al quran. Negeri mana lagi ek yg cuti?

Program besok, bukak puasa kt kampung. Bestnya!!!

Semenjak mak ngan kak N takde ni, kv jarang blk kampung. Hari tu sibuk nak siapkan rumah. Dah tu sibuk pindah rumah. Pastu puasa. Bila bulan puasa, kak M sibuk meniaga pasar ramadhan. So, kalo balik aku sorang je terkontang kanting. Tak nak lah gitu,kan.

Dah la kakak kv yg sorang lg tu (kini hanya tinggal 3 perempuan adik beradik kami) tak boleh balik sbb mertua dia gi umrah awal puasa hari tu. So, hubby dia kena jaga nenek.

Semalam dia sms ajak balik bukak puasa kt kampung. MIL dia dh balik dr mekah. Besok, boleh la kumpul ramai2 mcm dulu.

Mlm ni lak, kv nak join dia bukak puasa kt pizza hut kut. Tu plan awal. Tatau la kut2 berubah nanti.

Benornya dia nak bawak anak2 arwah Kak N gi beli baju raya kasual. Baju kurung dan baju melayu kv dah belikan. So, giliran dia lah plk.

Ok, khamis nanti kv update lg.

Bestnya kalo ada streamyx kt rumah. Huhu..sedih aku!

MELEPEK

September 9, 2008

Huhu..kv ni punya la lembik. Alahan betul kalo puasa. Kena keraskan semangat ni. Hari2 mengantuk gila khinzir tau. Tersenguk senguk kt ofis. Tahan mata tak nak bagi tido. Sampai ke ptg ngantuk nya.

Lps berbuka terus flat. Hoho. Tak boleh jadi ni. Byk benda lg tak setel. Nama lg nak raya kan. Bunga tak abih buh dlm pasu lagi. Kaki lilin tembaga arwah mak kv tak brasso lg. Closet utk danish ngan dina tak beli lg. Byk baju2 budak2 dok dlm bakul jer. So bersepah sepah. Perabut bagai tak pi beli lg ni. Punya la malas nak gerak. Byk lg tak buat wei. Tp letih dan malas. Jam 9 tu mata dah kuyu tau.

Apa lah punya alahan bulan puasa ni. Tak kuat iman betul aku ni. Dah lah boleh kata selang sehari sakit perut. Tah pape. Org nyakit gastrik gini ler. Tapi, sila maklum, puasa tetap puasa, ok. Tp sungguh tak tahan sbb bila dok ulang alik masuk jamban tu mmg rasa nak pengsan meks! Dah la takleh minum teh pekat atau telan butir gucil (pil chi kit teck aun). Sungguh menyiksakan jiwa dan raga!

Bali keje, lps masak terus melepek depan tv. Dah lah dina ngan danish buas tak hengat. Punya la lasak hiperaktif bebudak ni. Geram tau!!

So, biarkan dorang main2 depan tv dulu. Maafkan suasana yg berkecah tu er. Tak larat nak kemas sbb askar berdua tu asyik menyepah je keje dorang!

Dah boring tu, turun kt laman pulak. Main lori, main kete dan main mcm2.

Dina tgh sibuk nak turun dari dukungan. Maaf kan dina yg tak berbaju tu yer. Budak tu rimas pakai baju. Menjerit jerit nak bukak baju tau. Sungguh memalukan mama ya!Ops…abaikan body abahnya yg sheksi itew. Lupa nak sensored! Haha

Boring sbb dina asyik mengamuk nak main kt bawah, pujuk dia pi kait buah jambu. Mmg dia suka sgt dgn buah jambu sbb dr kecik dulu kv suka makan jambu batu ni. Dia pun terikut sama.;P

The pokok jambu!

The buah jambu!

Oh ya, lupa nak bitau depan rumah kv tu ada makcik meniaga makanan. Dia mintak nak duk kt wakaf kami tu meniaga bulan puasa. Nampak tak makcik yg lepak tu? Sembang2 sambil membeli lah tu. 😉

Ha, ni nak tunjuk teratai yg kami pi ambik hari tu. Hidup segan mati tak mau la! Sedih no!

Ni lak, pokok air yg hidup bersama teratai tu kt dlm tali air. Encik hubby kutip gak. Takpe, annti wat kolam kita taruk pokok ni dlm kolam. Stok mudah diperolehi dan baaaaanyak sekali. Hihi

Hanya ini lah pokok bunga yg masih gah berdiri walo pun dihumban ke dalam semak selama 7 bulan. Ekeke. Bravo lah!

7 hari puasa

September 8, 2008

Semalam, kita berpuasa utk hari yg ke 7.

Ptg2 lps masak takdak keje nak buat. Nak pegi param pun risau kan dina yg kurang sihat. So, layan dina n danish main kt laman jelah.

Byk pokok2 bunga yg belum di tanam dan dipulihkan. Bila takde keje lain naik buat, tanam bunga lah jawapannya.

Tgk lah aksi minah kecit ni. Tak bagi org dukung or pegang. Semua nak buat sendiri. Masalahnya dia lembik2 lg nak jalan sendiri kt tanah. Asyik jatuh2 je. Kalo dlm rumah tu, kira ok la. Takpe nanti mandi kita sental dettol byk2.

Dua beradik yg sama2 gemar berkebun. Huhu.

Ni plk, abah dorang tgh trim bonsai. Pokok sinar org kelantan panggil. Kami baru pindahkan bonsai tu, harapnya hidup subur lah nanti. Sbb dudlu dia hidup dlm pasu jek. Baru ada 2 pokok. Nanti nak beli lg yg jenis kecik dan renek.

Nun kat sana lak, che tgh menyusun daun tembakau darat dia. Susun siap2 baru ricih. Che duduk tu di teres kedai runcit MIL dpn rumah kami. Kedai tu kami dah touch up sesikit, lbh elok lah dr mula2 terpisah ngan rumah lama.

Ni plk, MIL tgh nak kemas kan paip air lps siram pokok bunga. Hihi..satu keluarga ada keje masing2 ni. Kv pun sibuk tanam bunga gak. Tp takdak org nak snap kan gambar. Huhu.

Oh ya, sblm sibuk berkebun tu, kv masak2 kt dapur nun.

Akok ni bukan masak sendiri tau. Kawan kv bagi. Alhamdulillah, murah rezeki. Sedap jgk. Siap bagi kan kt jiran2 terdekat sbb byk bungkus.

Atas request MIL, kv masak tomyam campur. Semua taruk. Udang, sotong, daging, ayam, fish ball. Hah, amek kau, semua dlm esbok tu kv masukkan. wahaha.
Tgh berasap lg tu. Snap gambar dlm periuk je. Malas sbb ime berbuka nanti terus ngap, takdak masa dah nak snap bagai.

Oh ya, ketam yg kv tempah tu dh dpt semalam. Yeahuuu yabedabedu. Tp saiz B jek. Saiz A takdak. Tp ok lah sbb isi penuh dan ada telur. Mabeles sungguh. Syorrggaa!!!

Murah giler, sekilo 10 hengget je utk saiz B. Kalo saiz A rm 13. Taaaapii… kalo dlm pasar, saiz A RM 25 nkauuu!!! Giler nak cari untung lbh sampai mcm tu sekali.

Ok lah, takat 25 tu mmg kv boleh beli, tapi melampau lah tu. Rela aku tak makan ketam gini. Sanggup menunggu. Lg pun kalo yg tempah ni fresh. Rasa manis giler. Nanti nak order ikan tenggiri lak.


Kv masak simple jer. Tumis pedas serai (nama buh sendiri ok, tak bley blah! Wahaha)

PARAM

September 3, 2008

Ptg semalam, kali ke 2 pegi param. Aktiviti wajib belah ptg di bln puasa. Ekeke

Tp tk pegi yg jauh lg. Pegi yg dekat dgn rumah je dulu. Bonceng motor 4 beranak. Kalo naik kete haram nak dpt parking. Tak kuasa nak menapak jauh2.

Manusia punya lah ramai kt pasar ramadhan peringat. nak jalan pun susah. Sah kan nak tgk jualan. Hoho.. danish asyik bersungut letih. Geram betul mamat tu.

Nampak je ada ruang skt, kv snap gambar. Tapi maaf lh ye, mutu gambar kurang memuaskan. Pakai henfon norkiah cap sabun jek. Org tak perasan kv snap gambar. Wahaha



Hubby tgn beli gulai itik serati. Tp kurang sedap lak dari hari pertama. Cair je kuah dia. Hmm

Ni pulak tekak kv yg nak makan. Lok cheng atau sate ikan. Sedap.
Setakat ni byk beli lauk kt param jer. Malas dan ntah napa ek? Stok lauk mentah susah nak dpt la. Td sempat gak tempah ketam dr nelayan bot kecil. Ptg ni baru mendarat sbb dorang turun laut subuh td. Tgk besok lah dapt ke tdk ketam tu.

Sahur lak makan nasik dgn telur masin je. Tak selera nak makan benda lain.

Ops..ni hari pertama kv puasa tau. Hampeh tul!

BAJET, MERDEKA DAN PUASA

September 1, 2008

Salam merdeka buat seluruh warga malaysia.

Kv memula tu ‘bercita cita’ nak nengok bunga api kt stadium. Tetiba kawan lama hubby call ajak kluar minum. TErpaksa bagi can kt dia dulu. Siap bawak danish sekali tu. Jam 12 masih belum balik. Nyampah betul. Kv pun layan astro dgn dina.

Tp nasib baik tak kluar, dengar crita jem nya ya rabbi. Lg satu, bunga api takde sgt. Sikit je. Buang karan je kalo kluar. Hmm…seb baik aku tido.

Oh, cerita pasal bajet lak. Terima kasih lah pak lah sbb bagi bonus sebulan gaji. Punya lah excited nunggu kut2 pak lah umum kenaikan cola. Hmmm…hampeh!

Takpe lah, kv beli coca cola lah nanti.;P

Puasa? Hari ni 1 ramadhan. Eid mubarak buat semua kenkawan. Moga dpt menjalani ibadah puasa dgn penuh penghayatan.

Tahun lps kv tak berpeluang puasa sbb melahirkan irdina maisarah. Dgn hubby2 sekali kurang meriah puasa tahun lps. Bazaar ramadhan pun tak sempat dia pegi.

So, tahun ini insyaallah dapat puasa dgn lbh tenang dan harus aktiviti wajib mengunjungi pasar ramadhan. Bukan sbb nak membeli, tp merasai kemeriahan bazaar. Setahun hanya sebulan kan. Bukan selalu.