Archive for the ‘rakan’ Category

CERITA JUMAAT

November 9, 2008

Pagi2 paksa anak sarapan dan mandi sbb nak gi pasar. Lg pun diapers dina tinggai sekeping jek. Malas nak gi mintak rumah pengasuh. Kut ya pun mmg nk kena beli.

Kat pasar best sbb jumpa udang harimau besar yg murah. RM 18 jer sekilo. Mabeles sungguh! Pastu beli kerang sbb danish sibuk nak mkn kerang. Jumpa makcik jual hati ikan yu RM 1. Owh, bahagia!!!

Lps beli diapers dina balik rumah dan masak sambil lepak tgk tv. Terima sms dr kawan suh dtg rumah dia ptg nya. Ada wat birthday bash anak2 campur mak bapak sekali. Senang sekali harung. Haha

Antara gambar dgn tuan rumah dan anak2 yg sempat di snap. Hehe

Gambar memula tu dina takdak sbb tgh tido. Lps tu dia bangun terus snap gambar. Ahaha. Anak tgh mamai, mak sibuk nak bergambar. Huhu

Lps tu hubby ajak danish gi air port (sbb dh dekat sgt) nak tgk kapal terbang. Tapi nan ado. Tapi seb baik ada helikopter. Hehe.

Raya episod 8 – Kenduri doa selamat.

October 7, 2008

Akhirnya, sampai gak hari kenduri.

Ramai yg komplen, napa kv pilih hari minggu dan di musim perayaan.

Alasannya, musim raya semua org masih lg kt kampung, org yg dah keje pun (bkn perantau) boleh dtg. Masalah plg besar ialah jem sana sini. Huhu

Maaf sekiranya jemputan kv menyusahkan tetamu. Kv tau ramai yg gigih mengharungi jem, sampai gak ke rumah kv.

Maaf atas segala kekurangan pada hari tu. Dan mungkin layanan kv kurang sket. Ramai jemputan kan, semua nya nak kena layan. Harap nya jemputan memahami. Segala kekurangan tu atas kesilapan kv n co. Bukan nya org lain.

Kalo makan tak sedap ke, atau lambat tambah ke, harap maaf yer. Hihi

Walo macamana kelam kabut pun, suasana tetap meriah. Ramai jemputan yg hadir. Penatnya, belakang kira.

Kak PB n family, Fizzy n fren sampai masa kv takde kat rumah. Harap maaf.

Kv gi ambik kuih akok ni ha!!

Hubby tgh tgk dak Imi menuang akok dlm acuan. Kena tunggu dlm 15 minit gitu baru dapat sepenuhnya akok 400 biji tu.

Kebetulan anak2 buah kv lalu jalan tu, so kv tumpang dorang terus blk rumah. Kak PB call ckp dah duk bawah khemah. Aduyai.

Kv masih lg selekeh. Belum bersiap pun. Harap kak PB dan Fizzy tak ambik hati walo pun makan masa menunggu jugak lah untuk makan nasik gulai kawah tu. Harap maaf yer. Kenyang ke makannya?

Kak PB n family jugak Fizzy n fren sedang menjamu selera. Akak, jgn lupa emel gambar kt kv tau!

Pastu kak bie sampai. Sian salsabila mengantuk. Harap kak bie selesa kt rumah kv hari tu. Sian baby kepanasan.

Salsabila. Asyik senyum je tau!

Lps tu nono dtg. Sampai gak nono kt rumah akak. Tak sesat kan? Nanti nono dtg lg tau! Jgn serik okeh.

Mas ngn suami pun dtg gak. Lawa lah mas hari tu. Hati2, karang ada org lain tackle lak. Wakaka.

Pas tu ramai gak ex utm yg dtg. Alhamdulillah, sekian lama tak jumpa. Sampai beranak pinak. Akhirnya ada pertemuan. Syok sakan. Tp terkilan jugak la sbb tak leh nak borak pjg. Gambar pun tak byk kv snap. Nanti kv mintak dorang emel kan gambar2.








Suasana kenduri hari tu. Masa ni dah ptg. Dah lengang pun. Baru sempat snap gambar. Tu pun pakai henfon jek.

Dina plk dok rumah pengasuh. Dah ptg baru balik. Seronok kemain dia tgk org ramai. Tp main lori tak ble blah. Tgk tu!!

Main lori pakai baju kurung uols! Wahaha.

So, kesempatan ni, kv n co nak mintak maaf atas segala kekurangan, sama ada dari segi layanan, makanan, suasana dan sebagainya.

Jgn serik dtg rumah kv lg tau!

Syukur alhamdulillah akhirnya semua sudah selesai.

Lps ni misi tanam bunga lak. Huhu

WEEKEND

September 21, 2008

Pagi jumaat tu, awal2 lg bersiap nak gi bandar. Nak berebut parking katanya. MIL nak menyoping brg kedai dia ky mydin. Pukul 9.30 (hiks..awal ke tu?) dah full parking nya. Adoi…kena parking blkg pantai timur. Benci sbb tapak parking tu dorang buat tempat jualan borong ikan lps subuh. Baunya sungguh tak tahan. Mcm pasar basah lak.

Dekat mydin sementara menunggu hubby melayan mek dia shopping, kv ngan dina n danish pusing2 tgk barang. Beli songkok utk danish. Tak nak yg kosong, nak yg sulam. High taste lak dia. Tp gambar songkok takmo tempek lg sbb baju melayu dia blom siap. nanti kv tempek bersama. Lama gak kt mydin tu.

Pas tu gi pasar tgk2 lauk. Tp kv tak masuk dlm sbb selipar kv tu konfem licin. Tak nak lah tersembam dlm pasar ikan tu. Memula tu duduk dulu tgk org, tp dina boring lak. Terpaksa la bangun jalan2 pusing. Jumpa makcik jual ikan pari. Tertengok la ada hari ikan pari. Dah lama mengidam nak makan. Terus beli. Baik hati sungguh makcik tu. Dia bagi 1 ringgit je. Moga makcik terus murah rezeki.

Pastu hubby call ajak balik.

Sampai2 je kt rumah, anak buah call bagitau abg long kv dah tolong ambikkan petai kt tanah pusaka (milik kv skrg). So, dorang suh blk ambik. Bila tanya hubby nak ke tdk, hubby ckp kalo jual boleh simpan dlm tabung anak2. Tak pun wat bayar hasil. Atau pun kalo jeruk best jgk. Tp takde sapa pun kt rumah tu pandai menjeruk petai. Huhu…rindunya petai jeruk arwah mak.

Hubby ajak balik. Semangat betul dia. Kami tinggalkan dina ngan atuk dia. Bosan dok merengek nak tido. Baik dia tido kt rumah je. Lepa mata dia, berdesup kami naik kete. Wahaha…jahat betul.

Hubby park kete rumah kak M. Sbb dah nak masuk waktu solat jumaat. Kv jalan kaki je ke kilang masak kak M. Borak2 kt situ ssambil ambik kesempatan mengajak sepupu sepapat dtg rumah kv raya ni. Nanti kv wat en3 khas ajak kawan2 blog lak. Lambat lg nak raya kan. hihi

Pukul 2.30 kami kluar dr rumah akak. Pegi rumah abg tgh, pastu abng sulung, sepupu sepapat lg, terus melencong ke rumah mak saudara (kakak arwah mak). Kiranya ptg tu dah selesai menjemput sedara mara yg rapat sebelah kv. Alahamdulillah sbb dpt jumpa semua org yg kv nak jemput tu.

Singgah bandar pasir puteh jap sbb nak beli peluru pistol. Alah, yg merah2 tu, kalo kita tembak kluar api ngan bunyi sekali. Tak la merbahaya mana. Pistol mmg kalo musim raya, hangat di pasaran.

Balik rumah sampai jam 3.30 ptg. Dina baru bangun. Ahaha. Lama gak minah tu tido.

Rehat jap lbh kurang, masuk dapur. Antara menu yg best hari tu ialah:

Hati ikan pari bakar. Gambar setelah masak malas nak ambik. Bungkus dgn daun kunyit dan daun pisang. Wangi nya aduhaiiii…Before tu taruk garam kunyit. Kunyit tu tumbuk byk2. Best!!!

Pastu, goreng pedas udang ketok. Korang panggil udang ni apa yek. Mcm predator jek. Minggu lps kv dah suruh hubby beli masa kami gi kt pendaratan perahu kecil. Tp hubby takmo (nanti kv wat en3 pasal tu) sbb takut nak makan. Padahal mmg kami pernah makan pun. Tetiba lak dia gi beli masa dlm pasar siti khadijah tu. Rasanya mcm ketam. Sedap. Manis. Walla!!

Hari sabtu, kerja2 mendobi. Hubby lak tolong tukang angkat kayu utk wat trusses bangsal blkg rumah. Tunggu dina bangun tido baru nak kluar.

Nak solat zuhur baru dina bgn. So, pkl 1.50 tgh hari kami kluar. Seb baik cuaca mendung spjg hari. Misinya nak beli minyak tanah dan pelita. Wahaha..semangat nak raya ni. Kv pun ingat nak beli set buffet kaca tu. Ala, yg kecik tu je. Senang nak menghidang time raya.

Lps beli minyak tanah plan terus berubah. Wahaha. Singgah billion dulu. Saja nak tgk org.

Lalu bazaar depan billion. Mcm2 ada jual.


Pastu masuk dlm. Alamak, punya la ramai org sesak sungguh. Danish mintak beli kan dia wafer. Lapar lah tu.

Tu tgh syok makan.

Nampak tak leher baju dia yg gelebeh tu. Tension kv tgk. Semua baju dia jadi mcm tu. Salah mama dia lah, malas nak basuh pakai tgn. Bila basuh mesin herot petot abih semua. Huhu.. Masa mula2 dia pakai tak perasan, bila dh jln2 tu baru nampak gelebeh tu. Kena beli baju lain ni.

Dina masa kt billion.

Abih shopping kt billion, ingat nak terus gi pasaraya ten ten nak beli pelita punjut. Seringgit je satu. Murah sungguh. Tapi hubby ajak jalan2 kt kb mall dulu sbb masih awal. Blk rumah pun boring tatau nak buat apa. Layan je lah.

Memula sampai tu cari tiset untk ganti baju gelebeh danish tu. Segan kt org. Jumpa selai kaler merah. Terus gi toilet,tukar baju dia.

Tuu..baru kluar dari toilet lps tukar baju. Hihi

Ayya..nampaknya besar gak leher baju yg baru beli tu. Dah ambik saiz 4 pun. Tak boleh ambik saiz 5 sbb dia kurus sgt. Tp saiz 4 pun dh gelebeh. Ape kes. Mamat ni kurus sgt la.

Pastu pusing2 jalan2. Ramai gak org shopping keperluan raya. Err..tgk iklan kyros kebeb teringin lak nak berbuka puasa kt situ, tp awal sgt la. So tak jadi. Nanti2 lah. Byk hari g kan.

Dina happy jek. Asyik tepuk tgn.

Pastu pusing2 masuk pacific. Beli lg brg2. Terasa nak akan eskrem lak. Beli gak. Hihi.

Danish ngan dina dlm trolley. Kemain syok dorang.

Beli pelita baisa kt pacific sbb dah letih nak gi ten ten. Takpe, janji pelita.

Balik tu, 5.30 baru sampai. Lps solat asar, bersilat lak kt dpr. Masak ikan kerapu stim, goreng pedas ketam, bergedil daging, paru goreng. Arghh…penat.

p/s: Takziah utk keluarga sitilina atas pemergian tokpa menemui Penciptanya jam 3.33 am hari ini. Moga terus tabah. Doakan yg terbaik untuk arwah. Al fatihah.

SALSABILA

August 20, 2008

Alhamdulillah. Isnin lps kv sempat la menziarah baby kak bie. Salsabila.

Before gi tu sms koling2 dulu kut2 kak bie dok kt rumah MIL dia ke apa kan.

Hadiah yg kv beri kt salsabila.

Kak bie di samping salsabila.

Baby salsabila.

kami sesama.


Tak sempat pun borak panjang. Dina meragam nak tido. Danish lak sibuk nak balik. Hmm. Insyaallah ada masa jumpa lg ye kak bie. Hehe

SUNGGUH KENANGAN

July 16, 2008

Facebook telah menemukan kv kembali dgn kwn2 utm dulu. DBQ batch 96-99. Dgn tageline ‘right on time’. Huhu… sungguh perasan githu. Wah teringat fakulti alam bina yg very the vast.

Melayari facebook membuatkan kv makin seronok sbb makin hari makin bertambah rakan2. Ada yg dh jd pegawai tinggi kerajaan, ada yg keje swasta dgn gaji yg waaaaahhh, ada yg merantau ke nagara salji mengejar cita2, ada yg set up perniagaan sendiri (terus tinggal diploma n degree yg ada), ada jugak yg jadi kuli mcm kv. Wah, terlebih suda.

Kami dulu seramai 80 org, di bahagikan kpd 2 seksyen mengikut urutan abjad permulaan nama. Kiranya satu sekyen tu 2 kelas laa.

Dlm kelas, suka menjeling antara satu sama lain. Ramai yg mempunyai secret admirer. Ahaha. Tp rahsia la. Mana boleh dedah kan. Maluuu

Tp bila jumpa dlm facebook, dah takde control cun control macho mcm dulu dah. Dah beranak pinak dah msg2. Mature githu kan.

So, kami create group dlm facebook tu namanya QS UTM bacth 96. Kat situ nanti mcm aktiviti boleh dianjurkan. Reunion misalnya. Wah, tak sabar tunggu menda ni jadi. Mesti seronok.

Tp kan kv ni anak2 kecik (mcm la org lain takdak anak kecik, tp dorang ada bibik. Huhu). So, agak susah kalo ada event yg buat jauh2. Tp yg pasti nya mesti lah dorang buat kt kl. Hanya kv je la yg dpt pegi ke tdk. Insya allah kalo ada rezeki blh jumpa antara satu sama lain.

Dlm facebook kan kita blh gak chat wif kwn2 yg online. Masa tu mcm2 la soklan kluar. Mu kawen ngan sapa? Awat mu tak layan aku dulu? Bakpo mu tok royat nok ko aku? Aku malu. Wahaha. Contoh lah tu ek.

Tp saja2 gurau senda. Mmg seronok la jumpa kwn lama walo pun di alam maya.

Ramai gak kwn chinese yg kv lupa nama. Nama dorang kn lbh kurang lg pun tak rapat sgt. Just say hye hye bye bye githu. Sbb gambar dlm face mcm artis hong kong tau.

So, nak mengelakkan kv pening, kv rujuk buku ni. Senang nak ingat,;P

Buku ni mmg penuh makna pd kv. Semua ada gambar dulu2 kt dlm ni. Ekeke

Ni ler kv masa belajar dulu. Sememh sungguh.
Kalo korang perasan, yg kt bawah tu ada tertaip kerjaya pilihan. Kv pilih nak jadi juru ukur bahan. Wahaha. Cita2. Masalahnya, kv tak sambung2 degree sampai ke hari ni pun.

Entah la, selain faktor masa, keluarga adalah keutamaan kv. Maybe rezeki kv blom ada kut. Atau Tuhan nk bagi rezeki kv kut lain kan. Mana nak tau.

Lg pun kv ni jenis malas study. Kalo exam harus kv tension. Seb baik ptk kv yg tahap 1 tu dh lulus. huhu

MACAM MIMPI

June 24, 2008

(en3 ni kv taip pagi td, tp blogger hampeh tak leh nak publish)

Kv nk buat en3 ni semalam. Tp tak sempat kaedahnya. Belah pagi sibuk training boling (kjp lg pn nak pegi ni). Blk ofis dh ptg, tenet takdak line plk dah. Haru2. So taip cepat2.

Kv dulu, mcm mula2 berjinak dgn dunia blog (belum ada blog sendiri), mmg blok kak lady n kak sya jadi blog wajib singgah. Sampaikan kv pun paksa2 hubby suh create blog utk kv jgk. Sampai lah la ni pun hari2 kv singgah blog akak2 ni.

Tapi tak sangka, suati hari Tuhan jodohkan kv dpt jumpa ngan kak sya. Syukur. Tak percaya dan mcm mimpi.

mmg excited bila kak sya bagitau nak dtg kota bharu. Dah plan mcm2 cara nak jumpa kak sya. Ehehe. Tp rasa ralat jugak sbb dina n danish demam on n off.

Pagi jumaat ingatnya nak beli makanan kering nak nagi kt kak sya sbb senang dia nak bawak balik nanti. Tp bila risau takut2 tak de peluang nak jumpa, hubby sarankan kv beli menda lain.

Pagu sabtu dina ok. So hubby janji nanti ptg boleh kluar jumpa kak sya, tp kena tgk kondisi dina dulu cemana. Kemain seronok rasanya.

Dlm jam 5.45 hubby suh bersiap kalo nak pi jumpa kak sya (buat pengetahuan, hubby wajib jd driver bila kv nak jumpa kawan2, bukan dia tak percaya tp anak2 kv wajib bawak. Tak sampai hati nak tinggalkan dekat MIl. Lagi plk kv bukannya fasih sgt bab jalan2 ni).

Sms bagai ngan kak sya. Kami pun kluar. Kv sms kak bie nak tanya lokasi kak sya dok tu area mana. Senang nak terjah. Terima kasih kak bie kerna sedia tolong kv. Padahal dulu kv dah pernah jaga projek dlmm usm tu. Tp ingat2 lupa.

Kami lewat skt sbb hubby beli stok barang kedai runcit MIL. Tp alhamdulillah dapat jugak jumpa ngan kak sya. Seronok bukan main rasanya. Tatau nak celoteh apa. Tapi kak sya (mcm dlm blog la) peramah bukan main.

(sambungan)
ingatkan sudah publish habis apa yg kv taip semalam. Rupanya separuh. Adoyaiii

Rasa terkilan jgk sbb tak sempat beli apa2 brg buat kak sya terutamanya makanan kering. Tatau pulak yg kak sya penggemar tegar gelembung buaya. Huhu

Ingatkan nak bagi buah salak dr kebun sendiri pun kv lupa terus. Ya lah, nak kluar ari tu was2 sbb nak tgk dulu dina cemana (on d way tu pun dina vomit). Balik rumah baru teringat yg kv tak bawak pun buah salak tu. Huhu

Tp jumpa tak lama. Tak ajak pun kak sya minum. Satu susah ngan anak2. Dua dah ptg sgt. Dekat azan maghrib kami balik dr jumpa kak sya.

Dina pun separuh bogel jadinya sbb baju dia kena muntah kan. Kv terlupa bawak baju spare. Takpe lah, harap kak sya pun faham karenah budak2 kecik ni.

Hmmm… apa lg ek yg kv taip semalam. Kv pun dah lupa. Huhu

So, kalo ada jodoh dan rezeki harap boleh jumpa kak sya lg. Kak lady pun, kalo dtg kelantan, jemput dtg rumah kv. Kawan2 blogger yg lain pun. Insyaallah kalo takde aral. boleh kita bertentang mata.

Harap kak sya tak serik nak jumpa kv lagi. Ahahaha

SELAMAT PENGANTIN BARU

June 9, 2008

ehehe… selamat pengantin baru buat adik mas ngan cik asben dia (anuar) pada 4 jun 2008 (akad nikah).

Ceritanya bakal pengantin lelaki (masa tu ler) lewat sbb jalan semua jem gara2 pemburu minyak memenuhi jalan. Wakaka. Sejarah tu. Kenangan manis bila dikenangkan nanti.

Kv sempat pegi majlis persandingan dorang kat rumah mas di kampung kubang kacang. Tak ler jauh mana dari rumah kv benornya. Hiks.

Lawanya pengantin baru. Senyum sokmo. Manis sungguh.

Sori, gambar gegar gegar. Hiks

Dpt dua beg cenderahati dr pengantin. 😉
Perkasasan kt dlm paper bag tu.




Awat la zaman akak kawin dulu takdak benda2 yg comei2 gini. Ekeke. Padahal masa tu bajet ciput. Wakaka

Anyway, selamat pengantin baru buat masleeza dan anuar. Moga berbahagia kekal abadi. Cepat2 dapat baby tau!

CERITA HARI INI

May 21, 2008

Pagi ni, hubby ada appoinment kt HUSM. So, kena lah teman kan dia. Cakap lg isteri mistali kan. Baru jer beberapa meter kluar dr rumah, tayar kete rasa cam tak best jer. Hmmm… dah bocor plk dia. Malas nak pusing blk rumah, terus tukar tayar tepi masjid tu.

Encik hubby tgh tukar tayar.

Dah tau mesti makan masa lama menunggu proses kt spital tu, harus bawak bekal kan supaya kurang bosan. Wanita ni kv blum belek pun lg. So, bawak dia je lah.

Wanita bulan Jun.

Sesambil tu sms kak bie sama ada dia bizi ke tdk. Lps dpt nombor kt pendaftaran, gi daftar kat klinik plk. Masa ni lama sket sbb doktor yg kena check hubby tu round ward dulu. So, temankan hubby gi sarap sbb dia takleh makan lewat. Gastrik katanya.

Kak bie sms dia lewat skt. So, kv decided ikut hubby pi icu kjp jumpa sedara dia. Ye la, time tu bkn waktu melawat kan, jumpa waris je lah. Borak2 tanya khabar, kak bie sms bagitau yg dia dh turun. Kv escape dulu tinggalkan hubby kt icu. Tgh dok mencari kak bie tu, hubby dah turun pi klinik.

Alhamdulillah, dapat la jumpa kak bie secara langsung. Walo pun dok dekat ni. Hihi. Sori yer kak bie. Selama ni mcm takde masa nak jumpa kan?

Minum kat oren cafe sambil borak2 prung prang prung prang. Lama ke kita borak ek kak bie? Tak perasan pulak. Pastu kak bie masuk keje, kv pi kat hubby semula. Kebetulan hubby dh siap. So pi daftar kat farmasi nak ambik ubat.

Nombor hubby. Ramai betul org!

Suasana kat farmasi.

Pastu gi beli stok susu dina. Sempat sambar blouse 2 helai. Ekeke. Ingat nak beli baju dina, tp mcm tak best pulak. Terus balik. Singgah kat MBJ nak beli cat under coat utk frame pintu dan tingkap.

Sudah kat situ singgah SSF. Layan perasaan dan beli brg skt. Jugak carik idea nak hias rumah nanti. Hihi. Angan2 tak sudah ni.

Pastu masuk ofis dan menaip en3 ni. Habis.

p.s: Kak bie, jgn serik jumpa kv lg tau! Hahaha

APA APA HAL PUN JAWAB TAG DULU

May 20, 2008

Fuhh…kena tag lagi. Takpe, kita jawab dulu.

Mas n tiey tag kv pasai 5 hadiah impian dan sbb nya tu. Tp kv dah buat pun dulu. Cari sendiri lah ye sbb kv tak reti nak link. Huhu

ok, ni sambungan tag tu;

1. 5 Inspirasi terhadap org yg diminati (err…masalahnya hubby yg minat kv)
a. hensem (of course le supaya tido mlm tak lena, wakaka, perasan ni) Takde la. Sbb dia menerima kv seadanya. Baik dan buruk. Hodoh dan lawa. Hensem tu bukan penyebabnya tau. Biasa2 jer. Saja je kasi gempak. Hihi
b. Jaga solat (selalu kena leter sbb kdg2 sengaja melewatkan. Huhu. Bila la nak berubah)
c. Pembersih ( segan jugak tau sbb kdg2 angin malas tu mai sokmo)
d. Penyayang (selalu tunjuk dgn perbuatan)
e. Bertanggungjawab

2. Perkara hebat yg dilakukannya untuk anda
a. menyatakan dia menyintai ku dan berhasrat utk menikahi ku. Dibuktikan dgn akad (wakaka)
b. mengeraskan semangat menemani kv dlm labour room dan mengiringi kv ke bilik bedah (dah la masa tu dia sorang diri jer)
c. menjaga segala galanya ttg kv time kv sakit (berpantang dan sakit lain)

3. 5 ciptaan plg hebat (bukan hanya pasal teknologi)
a. hubby
b. danishn dina
c. internet
d. henfon
e. kapal terbang

4. Perkara yg plg dibenci
Kena ‘kencing’!

5. Tag sesapa
a. cikgu cik pokok
b. ctnik
c. maksu
d. cikguzue
e. intan rosnita

Ni pulak, nak jawab tag cendwanintim. Huhu..

Soalan 1
Apa yg anda suka ttg suami anda
1. seorang yg lembut (bukan gemalai tau) tak pernah tinggi suara or marah2. Geram dgn bini pun sentiasa ckp elok2.
2. penyayang. Mmg dia penyayang. Suka tunjuk dgn perbuatannya.
3. bekerja keras. Nak tambah pendapatan selain makan gaji. Yg ni mmg kv respek betul kat dia. Kv pulak suka membebel kalo dia sibuk sgt. Huhu. Padahal dia cari duit utk kv dan anak2 jugak.
4. ringan tulang. Apa saja hal terutama soal rumahtangga mmg dia sentiasa membantu. Tak payah mintak tolong.
5. peramah. Dia jenis tak kisah. Boleh masuk ngan sesapa jek. Keluarga kv dan kawan2 kv. Boleh borak mcm dah lama kenal.

soalan 2.
Adakah anda seorang yg romantika?
Tatau ler. Huhu. Kdg2 kut.

soalan 3.
Luahkan perasaan yg lahir dari hati yg ikhlas utk org tersayang (pjg nya wei)
aku cinta kamu dunia dan akhirat (ewaaahh)

soalan 4.
Apa yg anda mahu dari pasangan anda.
Terima kv seadanya dan syg kv sampai mati dan tdk curang (fuhh)

Tag sesapa;
1. masbusan
2. yusztiey
3. yatie dubai
4. kak bie
5. ijah@fariza

TAG LAGI

May 12, 2008

Apple, sebelum aku terlupa baik aku jawab tag hang dulu noks. Karang urat ingatan weng, jgn ler ko meroyan occay!

Sapa lah yg tag ko menda alah ni. Huhu

25 steps i repeat every day on normal working day.

1. Goncang2 hubby sbb alarm henfon berbunyi. Huhu. Malas nak matikan sendiri.

2. Paksa hubby gi mandi dulu.

3. Hubby dah nak solat subuh baru sibuk nak bangun. Dgn rambut mengerbang carik towel.

4. Berjalan terjungkit jungkit gi bilik air. Kaki sakit la. Seharian menampung tubuh yg berat tak berapa nak ideal. Huhu..plan nak diet asyik kantaoi jek.

5. Sangkut tuala. Bukak paip.

6. Capai berus gigi dan gosok.

7. Mandi 3-4 gayung. Huhu. Sejuk ok!

8. Ambik wujuk.

9. solat subuh

10. On iron

11. Cari iron board bawah cot dina

12. Cari hubby punya baju keje

13. Cari kv punya baju nak iron hat mana

14. Cari tudung

15. Iron baju2.

16. Pakai deodorant n parfume

17. Sikat rambut.

18. Basuh popo dina (setiap pagi occay, berjadual sungguh ebok tu)

19. Pakai diapers n baju dina

20. taruk dina dlm walker

21. Pakai baju

22. Mekap skt. Kalo rajin tenyeh la apa yg patut. Kalo malas pakai lipstik je. Sempoi kan?

23. Cari henbeg mana yg sesuai ngan baju. Ewaah

24. Bagi duit skolah danish

25. Cari kasut mana yg sesuai ngan henbeg

26. Cium dan babai anak2.

27. Naik kete. Of course la hubby yg drive kan. Nama lg keje satu ofis.

28. Singgah beli sarapan nasik lauk itik campur kaki ayam gulai kat kedai che muda gulai kawah.

29. Panak cerek. Masak air.

30. Sarapan ler. Pastu wat la keje

Tudiah, sampai 30 aku kasi apple woi. Ahaha. Aci dak?

So, kv nak tag :
1. Kak PB (lama dah tak menyusahkan dia)

2. Luna (sbb dia bizi sokmo)

3. oren (sbb dia mesti kalut ngan anak2 kecik)

4. cendawan (saja nak nyusahkan dia)

5. kirana (kes balas dendam sbb dia tag kv, ahahaha)

ok, sila buat yer kenkawan!