Archive for the ‘raya’ Category

SUASANA HARI RAYA

December 10, 2008

Layan gegambar okeh!

















Suasana raya haji kt kampung hubby.


Pastu jam 2 blk kg kv lak. Laaagi meriah. Masa sampai tu dorang baru tumbangkan 3 ekor kambing. Dinner mlm tu makan kambing kurma. Havoc dn kecoh. Tapi tak ambik gambar sbb sibuk. Kih kih kih.

Salam aidil adha uols!!

RAYA HAJI

December 7, 2008

Selamat menyambut raya haji tu all my frens.

Raya tahun ni kv korban lembu satu bahagian. Insyaallah.

Kalo ada sesapa yg melintas ke Peringat tu, jemput lah dtg rumah kv yer. Tp roger2 lah dulu. Mana la tau kut2 tuan rumah merendak ke lain pulak. Hihi

Jap lg (lunch hour) nak kluar pi beli jajan. Karang ada tetamu mai rumah nak kunyah apa plk yer?

Semalam pi kb mall. Ingat nak bei runner meja kopi. Kosong jer meja kopi i takdak hiasan bagai. Raya pose dulu terlupa nk beli. Hiks. Tapi..umat manusia punya lah ramai. Phobia ku tgk Q yg pjg berjela. Kalo sempat pegi hari ni, boleh lah beli. Kalo dak, mmg kosong lah meja tu.

Erkk..terpikir pulak, mana la aku letak runner meja makan. Adoyai. Kena balik carik dlm gobok ni!!

Ok lah, update pendek jer. Maybe hari khamis baru masuk keje. Sepatutnya rabu dh keje tapi ingat nak ambik cuti. Nak blk kampung lepak ngan anak2 buah. Hihi. Rancangannya anak2 tinggal kt rumah pengasuh. Baru best nak ngembeng. Jahatnya mak dorang (bkn selalu tau). Hihi

Bye. Salam aidil adha buat semua. (sambil wat lambaian ratu)

BAJU GANTI

November 24, 2008

Akhirnya, kv dh beli baju raya ganti untuk dina. Yippie.

Anak tadek pape, mama dia yg kecoh lebih. Haha

But i cannot help my self la!!!

Bila tgk baju budak pompuan cantik2 dan murah2, harus tak boleh nak tahan nafsu! Huhu. Mesti nak beli byk!

Ni baju harian dina. Beli baju jer sbb baju lah yg selalu kotor dan pudar. Sluar nya ok2 jer. Hik hik.

RAYA PERINGKAT NEGERI

October 28, 2008

Ahad lps, jamuan raya peringkat pejabat je. Ringkas dan tah pape. Malas nak upload gambar.

Hari ni plk sambung raya peringkat negeri. Semua jajahan berkumpul di daerah bachok. sEtiap jajahan perlu menyediakan menu yg telah di tetapkan. Kiranya ada mcm2 lah. Kami kena sediakan ketupat dan rendang. Senang jer. Ketupat tempah ngan makcik kedai. Nak berapa ratus bijik, sediakan duit jek.

Gambar tak ikut aturan k. Layan je lahh!!

Masa ni dah penat dah. Tak muat perut dah. Letih banget.

Pengunjung tengah berkerumun antara gerai2 yg ada kt situ. Plg best rojak buah. 2 kali kv tambah tau. Hihi

Ni lah gerai kami. Plg simple.

Masa ni baru sampai, tgh kemas meja.

Apa2 hal pun posing dulu. Ekeke

Layannn..

Ni pun tgh siapkan meja.

Geng pakai baju melayu tu, gerai dorang ada nasi kerabu. Tak sempat nak makan kenyang sesangat.

Menu lain pun byk. Satey, mee kari, lemang, gulai kawah, roti jala, puding segala mcm, nasik dagang, laksa dan laksam, apa lagi ek. Lupa daaa..

Air yg plg istimewa disediakan oleh tuan rumah ialah air kelapa. Bergelas gelas aku togok. Hihi

Setiap jahahan kena sediakan wakil utk persembahan. Kami upah anak staff je. Takde sorang pun yg layak naik pentas. Wakaka.

Raya episod 8 – Kenduri doa selamat.

October 7, 2008

Akhirnya, sampai gak hari kenduri.

Ramai yg komplen, napa kv pilih hari minggu dan di musim perayaan.

Alasannya, musim raya semua org masih lg kt kampung, org yg dah keje pun (bkn perantau) boleh dtg. Masalah plg besar ialah jem sana sini. Huhu

Maaf sekiranya jemputan kv menyusahkan tetamu. Kv tau ramai yg gigih mengharungi jem, sampai gak ke rumah kv.

Maaf atas segala kekurangan pada hari tu. Dan mungkin layanan kv kurang sket. Ramai jemputan kan, semua nya nak kena layan. Harap nya jemputan memahami. Segala kekurangan tu atas kesilapan kv n co. Bukan nya org lain.

Kalo makan tak sedap ke, atau lambat tambah ke, harap maaf yer. Hihi

Walo macamana kelam kabut pun, suasana tetap meriah. Ramai jemputan yg hadir. Penatnya, belakang kira.

Kak PB n family, Fizzy n fren sampai masa kv takde kat rumah. Harap maaf.

Kv gi ambik kuih akok ni ha!!

Hubby tgh tgk dak Imi menuang akok dlm acuan. Kena tunggu dlm 15 minit gitu baru dapat sepenuhnya akok 400 biji tu.

Kebetulan anak2 buah kv lalu jalan tu, so kv tumpang dorang terus blk rumah. Kak PB call ckp dah duk bawah khemah. Aduyai.

Kv masih lg selekeh. Belum bersiap pun. Harap kak PB dan Fizzy tak ambik hati walo pun makan masa menunggu jugak lah untuk makan nasik gulai kawah tu. Harap maaf yer. Kenyang ke makannya?

Kak PB n family jugak Fizzy n fren sedang menjamu selera. Akak, jgn lupa emel gambar kt kv tau!

Pastu kak bie sampai. Sian salsabila mengantuk. Harap kak bie selesa kt rumah kv hari tu. Sian baby kepanasan.

Salsabila. Asyik senyum je tau!

Lps tu nono dtg. Sampai gak nono kt rumah akak. Tak sesat kan? Nanti nono dtg lg tau! Jgn serik okeh.

Mas ngn suami pun dtg gak. Lawa lah mas hari tu. Hati2, karang ada org lain tackle lak. Wakaka.

Pas tu ramai gak ex utm yg dtg. Alhamdulillah, sekian lama tak jumpa. Sampai beranak pinak. Akhirnya ada pertemuan. Syok sakan. Tp terkilan jugak la sbb tak leh nak borak pjg. Gambar pun tak byk kv snap. Nanti kv mintak dorang emel kan gambar2.








Suasana kenduri hari tu. Masa ni dah ptg. Dah lengang pun. Baru sempat snap gambar. Tu pun pakai henfon jek.

Dina plk dok rumah pengasuh. Dah ptg baru balik. Seronok kemain dia tgk org ramai. Tp main lori tak ble blah. Tgk tu!!

Main lori pakai baju kurung uols! Wahaha.

So, kesempatan ni, kv n co nak mintak maaf atas segala kekurangan, sama ada dari segi layanan, makanan, suasana dan sebagainya.

Jgn serik dtg rumah kv lg tau!

Syukur alhamdulillah akhirnya semua sudah selesai.

Lps ni misi tanam bunga lak. Huhu

Raya episod 7 – Persiapan Kenduri

October 6, 2008

Ni kv tempek gambar masa persiapan kenduri.

Khemah dah siap pasang, cuma kerusi belum susun.

Dina main sorang2 sbb semua org byk keje. Hihi

Bawang, cili, halia bagai yg telah siap di kupas. Tunggu nak blend je.

Ni pulak pagi hari kenduri tu.

Pakcik tengah menaram umbuk kelapa nak campur dgn daging lembu.

Makcik makcik sibuk kat dapur. Nak buat acar lah, ayam masak merah la, solok lada la. Alhamdulillah, dorang byk menolong.

Pakcik pakcik kat bangsal belakang tgh menaram peha lembu. Masa ni tak penuh lg. Lps tu, kv tak sempat dah nak ambik gambar. Sibuk katanya. Hikhikhik

Raya episod 6 – open house cum birthday party

October 6, 2008

Raya ke tiga, kv balik kampung sekali lg sbb abang kv wat open house skali ngan birthday party anak bongsu dia. Kv tak sempat Jumpa Abang N sbb dia bertugas di hari raya. Demi untuk negara gitu. Wah!!! Tu yg gagah kan diri gak balik. Hihi

Rumah Abang N ni sebelah je rumah Kak M. 5-6 langkah gitu jek. So, time berkumpul ramai2, berebut bilik air bagai, rumah dia jadi penyelamat. Haha

So, korang layan gambar je lah yer. Penat nak taip. Byk episod lg ni. Wahaha.

Ops…menunya mee kari dan mee soto. Sedap!!!










Dina syok makan jelly.

Pastu kami berdesup pulang. Nak singgah pasar lg sbb nak beli axion dan nenas. Lg pun ayam yg kami tempah tu dah sampai. Kata nak berkenduri kan.

Raya episod 5 – Ziarah orang sakit

October 6, 2008

Walo pun kita bergumbira sakan di hari raya, namun yg tak dpt beraya jgn lah di lupakan. Tak gitu?. Lps jalan2 ke rumah kawan, kami singgah HUSM. Hajat hati nak jenguk anak kawan kami (kawan danish gak) yg terlantar dlm wad seminggu sebelum raya lg.

Firdaus ni sakit nya kv asyik lupa je nama penyakitnya. Tp kilang darah merah dia tak berjalan. Tiap2 bulan kena tambah darah gitu. Tp bukan anemia tau.

Tp, kali ni dia masuk wad sbb lelah. Masuk ICU lg sbb teruk sgt. Masa kami pegi ni dia dah pindah masuk wad, tp masih lg rawatan rapi. Kekanak kecik macam dina tak boleh masuk.

Hosiptal HUSM, Kubang Kerian.

Dina tersengih sengih dapat dukung oleh abahnya.

Sementara nunggu abah ke bilik ayaq.

Masa kat wad 6 utara tu (kalo tak silap, lupa plk dah), kv ngan dina tunggu dari luar. Danish ngan hubby jek masuk. Takut misi marah. Lg pun merbahaya untuk budak kecik mcm dina kan. Tak nak lah tanggung risiko. Tp kv masuk gak kjp, sentuh gak Firdaus tgh tido.

Bergenang air mata tgk dia terlena. Alatan wayar bagai penuh berselirat kt badan dia. Tak tahan sungguh menengoknya. huhu. Sbb dia kecik lg. Sebaya danish jer.

Sambil menunggu kat luar, dina main atas katil kosong. Seronok sakan dia.

Siap tepuk2 tgn lg tu.

Ni kv snap dar luar cermin. Hubby tgh berborak ngan ayah Firdaus.

Lps tu, naik tingkat 7 selatan jenguk sedara hubby yg baru semalaman masuk wad sbb kencing manis tinggi sgt. Borak2 kjp sambil beraya, kami turun tingat 4 selatan plk. Jenguk adik pengasuh dina yg tulang keting nya retak akibat ditetak oleh parang dgn sepupu sendiri. Ganas kan?

Ceritanya, jimmy ni takde masalah pun ngan sepupu dia. Tp 2 mlm before raya tu, sepupu dia bergaduh ngan org lain, tp jimmy pun ada kt situ. Jimmy lepak bersama kawannya yg menjadi musuh sepupu dia tu.

Bila sepupu dia kejar kawan jimmy tak dpt, dia singgah kt wakaf tempat bebudak tu lepak. Mulanya dia libas jeff adik si jimmy, bila tak kena, dia tendang lak mat jeff tu. Jimmy lak, bila tgk adik dia kena buli, terus bangun la nak sekat. Tak pasal2 dia nak lbas jimmy lak. Jimmy tendang dan sepupu dia jatuh. Kawan sepupu dia lak tendang jimmy kasi jatuh. Sepupu dia lak, bangun dan libas jimmy dgn parang. Sekali dpt elak, kali kedua kena kat tulang keting. Dah jadi kes polis pun.

Sampai ke hari ni tatau sepupu dia gi mana. Menyorok jadik komunis dalam hutan mana pun tatau la.

So, pagi raya tu senyap sunyi takde mat rempit sbb semua budak2 yg bajet gedebe takde. Dah lari menyorok. Hmmm… tak pasal2 kan?

Raya episod 4 – Jalan2 cari makan

October 6, 2008

Pagi raya ke 2 takde program nak gi mana2. Tunggu tetamu je kat rumah sambil layan tv.
Alin hantar sms;

“Mek, kalo nak makan ek, sila dtg rumah i tau. Hik hik”

Kv pun takde benda nak buat, ajak hubby gi jalan2 rumah alin. Lps zuhur kami gerak.
Sesampai je kawasan rumah dia kami konfuse. Hik hik. Kami tak penah lg berkunjung ke rumah sewa dia. Dulu dia dok ngan mama. Tp khabarnya dia menyewa sebelah jek rumah mama.
Dah syak, ada satu rumah kaler kuning tu rumah dia. Tp takde org lak berlegar legar kt luar. Tp civicnya ada. Karang aku masuk, tertukar rumah lak. Mana lah tau, kut2 dia tumpang letak kete kt rumah tu. Tak ke haru. Call berkali kali tak angkat.

Lama menunggu, baru nampak kelibat dia n cik abang sayang nya dari rumah mami. Adoiii…tensyen aku. Ni open house ke hapa. Gelak sakan dia.

Katanya, bukan open house, rumah tertutup. Ajak kawan2 tertentu jek. Sbb nya, tensyen rumah sendiri tak siap2. Dah berangan angan tahun ni nak wat open house kat rmah sendiri. Tp belum ada rezeki. Takpe lah Lin, tahun depan, insyaallah kan.

Makanan best gak, nasik minyak dan nasik dagang. Jgak kek dan puding plus air segera. Wahaha..kelas mu Alin oii.

Danish n hubby makan bertambah tambah. Lagi kami jek yg ada. Dina biasa lah, meneroka rumah org sampai ke dapur nu. Minah ni, wat malu mama je tau!

Hubby tgh menjamu selera di samping dina mengendeng nak nasik abangnya (danish terlindung dek abah)

Tuan rumah (suami alin). Sambil borak2 sambil menjawab call.

Dina malu2 kucing nak terima duit raya dari kawan syamsul (tuan rumah). Hihi

Bila dah kenyang makan, kami pun beransur dulu dari rumah Alin. Ingat nak singgah rumah kamceng kv sorang lg. Tak jauh mana pun dari rumah Alin. Tp Sukma takde kt rumah la plk. Baik beraya rumah mertua.

So, terus menuju ke rumah abang angkat kami. Seb baik ada kt rumah. Borak punya borak punya borak. Hik hik..mcm bertahun tahun tak jumpa ni. Sabor je lah.

Dina tgh tgk patung itik. Layann…

Gembira tgk ikan dlm kolam. Huhu.

Danish lak sibuk suh wat satu kat rumah. Ye lah, ada fulus, mama buat lah. Aduhai anak anak ku!

Dah jam 5, kami pun mintak diri. Nak gi tempat lain pulak.

Raya episod 3 – BALIK KAMPUNG

October 6, 2008

Balik kampung…ooooo…balik kampung…ooooo….balik kampung, hati girang.

Pukul 10 pg dah jegil2 mata kat hubby. Ish..buat2 tak paham isyarat yer. Majuk kang!!

Akhirnya, jam 11 baru boleh berangkat. Tak sabar nak suh sampai rumah akak cepat2. Kv kan dah yatim piatu. So rumah akak (Kak M) la yg jadi tempat berkumpul untuk tahun dan tahun2 selepas ni. Hihi.

Dina dah separuh bogel masa on d away balik tu. Rimas panas asyik merengek je kejenya. Kasi dia ‘bebas’ dulu. Karang dah sampai baru pakai baju semula. Tgk tu, syok dok kerjakan henbeg mama. ‘Rajin’ sunggu anak dara ku sorang. Huhu

Abang nya dah penat tak tahan. Mengantuk benget. Biar dia tido dulu.

Dlm sejam perjalanan (biasa 45 minit gitu), sampai lah ke kampung kv.

Ni lah rumah Kak M tempat kami berkumpul.

Masa kv sampai lg ramai lg family takde. Tp hall dah penuh tau! Ye lah kan, anak2 buah pun ramai yg dah berkeluarga.








Mula2 sampai tu, irdina maisarah masih belum betul tune. Terkejut tgk sedara mara ramai sgt kut. Wahaha…dia kan jarang balik kampung. Tak biasa sgt. Tp dlm 15 minit dah ok. Pas tu, mmg meneroka habis habisan la.

Tgk tu, menangis pun, muka sememeh makan satay. Ahaha

Kv dgn anak bongsu Kak M. Dulu kv la yg jaga dia malam2 sbb mak dia sibuk bisnes pasar malam. La ni dah darjah 5. kejap je rasa.

Lagi gambar family.

Kv n co sempat bergambar dgn anak bongsu arwah Kak N.

Lagi..

Dina wif abah.

Lps tu ramai yg dah sampai. Kecoh gamat semua ada. Masing sibuk bagitau anak aku brapa org. Takut tak dpt duit raya. Wahaha. Gambar lupa nak snap. Rugi sungguh.

Siap makan semua, bagi2 duit raya, kami pun balik dlm pkl 3.30 gitu. Dina naik kete 5 minit dah lentok. Bagusss!!

Malam nya, selain berehat, sesi mengira duit raya anak part 1. Wahaha. Syok ada anak weh. Nana, nono, fizzy, kawen cepat2 tau! Nanti boleh collect duit raya utk anak.