Archive for the ‘rumah’ Category

CERITA HARI SABTU

November 10, 2008

PEGOLA

Yay!!! Pegola kv dah siap. Tapi…belum siap sepenuhnya lah. Sbbnya, jaring hitam belum pasang, bumbung polycarbonate pun belum pasang. Orkid pun belum di beli lg.

Hari sabtu tu, kv mengecat tiang pegola. Panas terik oii, sakit belakang. Rasa hangus. Ekeke. Tapi, tetap gigih sbb bila dh keje mmg takde masa la. Hari minggu kena pulun habis2 lah.



TEMPAYAN SAKTI

Wah, sakti katanya. Hik hik.

Benornya, byk tempayan atok hubby keliling rumah tu. Kami pun ambik basuh dan jemur kasi kering. Karang boleh wat pasu hiasan atau letak kat laman.




Baru 3 bijik yg kami ‘kerjakan’. Ada lg tempayan besar dan yg lain2 belum dikeluarkan.

Sapa2 ada idea nak menghias tolong kv yer. Kv ni mmg mati kutu bab2 menghiaskan. Tangan keras katanya. Haha

Advertisements

BULU BIRI – BIRI

November 6, 2008

Dah lama dah nak beli hiasan bulu biri2. Dok tgk kat rumah org, mmg lawa jer. Tapi, asyik tak kesampaian jer.

Selalunya mmg kv cari kat kedai bundle jer. Kalo nak beli yg baru selain susah nak jumpa kt kota bharu ni, harga pun rasanya mahal jugak lah kan.

Time gi kedai bundle, susah nak dpt. Kalo ada pun mesti dpt kt org lain. Tak kuasa eh nak berebut bagai.

Pagi ni, kv ke pasar minggu. Terjumpa makcik bundle yg jual. Wah, best sbb byk pilihan. Tapi harga ‘terik’ sikit la. Tapi standard harga bundle je la. Lg pun mmg brg susah nak dpt ni harga mahal lah skt.

Tawar menawar yg kaw2 punya (takde dpt murah pun, tp dpt less byk dr harga asal) so, kv pilih yg panjang ni.

Nanti balik rumah nak hampar dekat hall.

Hehe.. seronok nya!!

MELEPEK

September 9, 2008

Huhu..kv ni punya la lembik. Alahan betul kalo puasa. Kena keraskan semangat ni. Hari2 mengantuk gila khinzir tau. Tersenguk senguk kt ofis. Tahan mata tak nak bagi tido. Sampai ke ptg ngantuk nya.

Lps berbuka terus flat. Hoho. Tak boleh jadi ni. Byk benda lg tak setel. Nama lg nak raya kan. Bunga tak abih buh dlm pasu lagi. Kaki lilin tembaga arwah mak kv tak brasso lg. Closet utk danish ngan dina tak beli lg. Byk baju2 budak2 dok dlm bakul jer. So bersepah sepah. Perabut bagai tak pi beli lg ni. Punya la malas nak gerak. Byk lg tak buat wei. Tp letih dan malas. Jam 9 tu mata dah kuyu tau.

Apa lah punya alahan bulan puasa ni. Tak kuat iman betul aku ni. Dah lah boleh kata selang sehari sakit perut. Tah pape. Org nyakit gastrik gini ler. Tapi, sila maklum, puasa tetap puasa, ok. Tp sungguh tak tahan sbb bila dok ulang alik masuk jamban tu mmg rasa nak pengsan meks! Dah la takleh minum teh pekat atau telan butir gucil (pil chi kit teck aun). Sungguh menyiksakan jiwa dan raga!

Bali keje, lps masak terus melepek depan tv. Dah lah dina ngan danish buas tak hengat. Punya la lasak hiperaktif bebudak ni. Geram tau!!

So, biarkan dorang main2 depan tv dulu. Maafkan suasana yg berkecah tu er. Tak larat nak kemas sbb askar berdua tu asyik menyepah je keje dorang!

Dah boring tu, turun kt laman pulak. Main lori, main kete dan main mcm2.

Dina tgh sibuk nak turun dari dukungan. Maaf kan dina yg tak berbaju tu yer. Budak tu rimas pakai baju. Menjerit jerit nak bukak baju tau. Sungguh memalukan mama ya!Ops…abaikan body abahnya yg sheksi itew. Lupa nak sensored! Haha

Boring sbb dina asyik mengamuk nak main kt bawah, pujuk dia pi kait buah jambu. Mmg dia suka sgt dgn buah jambu sbb dr kecik dulu kv suka makan jambu batu ni. Dia pun terikut sama.;P

The pokok jambu!

The buah jambu!

Oh ya, lupa nak bitau depan rumah kv tu ada makcik meniaga makanan. Dia mintak nak duk kt wakaf kami tu meniaga bulan puasa. Nampak tak makcik yg lepak tu? Sembang2 sambil membeli lah tu. 😉

Ha, ni nak tunjuk teratai yg kami pi ambik hari tu. Hidup segan mati tak mau la! Sedih no!

Ni lak, pokok air yg hidup bersama teratai tu kt dlm tali air. Encik hubby kutip gak. Takpe, annti wat kolam kita taruk pokok ni dlm kolam. Stok mudah diperolehi dan baaaaanyak sekali. Hihi

Hanya ini lah pokok bunga yg masih gah berdiri walo pun dihumban ke dalam semak selama 7 bulan. Ekeke. Bravo lah!

MISI MENCARI TERATAI

September 1, 2008

Hik Hik… punya la kv dok paksa hubby suh pi ambik pokok teratai kt tali air nun. Jauh gak dr rumah actually. Kena pi dgn kete.

Dah berkali kali janji ngan ofismate nak gi ambik. Asyik tangguh jek. Last2 hubby yg kena paksa. Hari ni kan dah puasa. Karang kena turun dlm air tak best pulak. Batal puasa lak.Hihi. Tu yg ptg semaam kecoh skt tu.

Ptg semalam, dgn gigihnya kv n co ke tali air tersebut. Dah la dekat dgn jalan. Seb baik org tak ramai lalu lalang. Wahaha.

Tp level air tinggi sgt la. Tu pun hubby try gak tarik2. Asyik gagal jek. Tercabut pokoknya, tp akar takdak.

Dapat la 2-3 pokok. Tp tak best sbb daun2 tertanggal.

Hubby tgh mengusyar level air. Hik hik

Cubaan pertama mencabut pokok teratai.

Cubaan seterusnya.

Dina kusyuk memerhatikan abahnya. Tatau la, kv selalu gagal dlm cubaan mengambil gambar sendiri. Huhu

Blk tu sempat lg singgah kedai runcit kemboja beli eskrem. Sakan anak beranak layan eskrem lak. Hihi

Sampai je kat rumah terus cari tanah liat dan masukkan dlm pasu. Masukkan air.

Tgk lah kalo teratai tu hidup, kv snap gambar. Kalo ‘uzur’, kena tunggu air kering lah, pi ambik yg lain. Haha

EKON

August 28, 2008

Akhirnya, ptg semalam selamat jgk pi beli ekon. Huhu…mula2 nak yg ada invertor (tatau nak eja). Kenkononnya jimat tenaga. Tp apek kedai tak kasi sbb caj pasang pun dh 400. Kalo yg lain percuma (padahal dok selam dlm harga ekon tu jugak). Lps tu dorang malas sbb slalu kena pi baiki. Jenis manja. So, ambik yg biasa je. Cuma jenis senyap. Harapnya mlm nanti dina dpt tido nyenyak lah. Mengada ngada sungguh minah kecik tu.

Si abah plk, asal anak dara dia kurang selesa, mesti lah dia pun kalut sama. Masa dlm pantang hari tu, berkali kali kv larang dia nak pi beli ekon. Hiks, org lain pantang dok dlm panas, ni dia nak suh dok dlm ekon. Ye lah, masa tu kan dh lah bulan puasa. Cuaca skrg mmg diakui panas gilerrr.

Tp kan, masa tu tunggu lps pantang je nak rombak separuh rumah (utk wat rumah baru). Dah lah bilik kami masa tu termasuk part yg kena rombak tu. Tak ke keje bodoh nak pasang sebulan pastu kena bukak balik. Tahan nafsu lah sikit kan.

Ops…janji ngan mamat siam (kami tak jadi beli kt kedai apek) suh pasang pagi tadi. Rasanya hubby balik tgk kut sbb kv tak nampak pun dia la ni. Hiks..malas nak sms tanya. Nak suh pasang ptg semalam gak tp bebudak kerja dah kluar gi pasang rumah org lain. So, tak dpt lah semalam.

Dah pegi kedai letrik tu harus la kv pun mengusyar benda lain. Bila lg kan nak pau suami sendiri. Wahahaha. Tgk2 thermo pot. Ye lah, kt rumah tu ada warga tua. Depa kan selalu minum ayaq panas. Kalo dulu tak jadik hal sbb ada dapur kayu. Guna kayu api. Rumah skrg belum buat dapur kayu. Lps raya ni baru nak buat. Asyik guna gas sepanjang hari merebus air. Rasa cam rugi lak. Dah la gas mahal. So, hubby pun setuju beli thermo pot tu. Setiap masa ada ayaq panas gitu.

Nak kluar kedai tu, teringat laks nak beli radio. Hihi…set hifi hubby dah sedekah kan kt pengasuh dina. Lg pun dh buruk dan out of date. Takde masa nak dengar kaset cd bagai eh. Kalo beli radio, selain nak dgr azan maghrib bulan puasa, MIL boleh gak dengar radio kt kedai dia. Takde lah dia boring sgt. Radio MIL dulu dah hancur dikerjakn danish. Nak baiki rasa mcm tak berbaloi lak.

Ok, semalam selamat beli 3 benda. Oh ya, lupa. Beli gak pasir hitam dan pasir berbaja. nanti2 nak tanam bunga lak. Lps bukak puasa lah. Hihi. Entah jadi entah tdk.;P

DULU DAN SEKARANG

August 27, 2008

Kalo dulu, ini pemandangan depan rumah kami. Rumah baru kt belakang tu nampak atap jek. Orang tak perasan pun kami buat rumah. Hiks. Dinding yg bercat kuning tu kedai runcit MIL.

Rumah papan yg sudah uzur.

Ini pemandangan rumah sekarang. Rumah papan kt depan tu kami dah robohkan. Baru sekarang orang perasan rupanya ada rumah kat situ. Wahaha
Kat depan tu, semalam baru kami tambun kasik sama level. Lps rombak rumah papan tu kawasan depan terlalu rendah. Jadik mcm kolam. Siap itik berenang bagai tu. So, semalam dah siap lamannya. Danish sibuk main lori dan dina laks sibuk nak berjalan jalan. Kalo hujan, wahahaha… lecah teruk nanti. Nanti nak tanam rumput kat depan tu dan boleh letak pokok buah buahan kt tepi tepi nya.

Ni pulak keadaan kedai runcit MIL. Dulu kedai ni sedaging dengan rumah. Bila rombak, tinggal dia je kat tepi jalan tu. Kami kena touch up sikit lg. Baru selesa MIL dan anak2 duduk siang hari.

HARI AHAD – PAGI

August 18, 2008

Hari ahad kami cuti. Kesian kt anak2 kan. 3 hari tinggal. Lg pun byk keje nak kena setel.

Sebelah pagi nya, setel kan boring air. Nak gali telaga, tp kawasan kampung hubby tu kan dekat ngan sawah bendang. So airnya walo pun nampak suci jernih tp bila peram lama2 mmg berkeladak dan merah. Kalo baju warna putih, sekali basuh je terus tukar jadik perang. Mmg sedih gilerr tgk tau. Sian kt kami.

Pastu hubby decided boring jer. Dapat dlm 50 kaki gitu. Tatau la berjaya ke tdk dpt air jernih. Kena tunggu 3-4 hari lg baru boleh test pasang enjin air. Kasi kelodak dia turun semua kan. Kalo tak berjaya gak mmg kena beli penapis ribu riban tu lah. Entah bila boleh beli tatau ler.:(


Pastu, kt depan rumah laks, org yg beli rumah lama kami tu dtg rombak kayu kayan. Byk gak kayu yg masih elok. Lg pun kayu dulu2 jenis gred A tu. Tu yg ada org nak beli. Ada lg separh yg kami belum jual. Dah ada 2 org yg tanya nak beli. Harapnya minggu dpt setel. So, minggu depan boleh clear kan laman.
Rumah lama, tinggal sejarah. Byk jasa pada kami.;)

DINA 11 BULAN

August 12, 2008

Hari ni genap usia dina 11 bulan. Lg sebulan dah cecah umur setahun minah tu. Dlm bulan puasa lak tu. Hihi.

Dah boleh bangun jatuh. Pinggang masih goyang2. Kalo melangkah selangkah terus nak duduk. Takut.

Sungguh tak suka pakai baju. Jenis panas berpeluh. Tergaru garu kepala dia. Gatal. Asyik berpeluh je kan. Tiap2 masa (kecuali keluar) mmg tak pakai baju lah. Dh tido (mlm) baru kv pakaikan baju.

Suka merayau rayau. Kt rumah baru ni mmg kv tak bimbang sgt. Sbb tutup semua pintu, dia main sendiri je. Tingkap pun ada grill kan. Jadi selamat lah sikit. Kdg2 panik tak jumpa cari dia kt mana. Haha. Suka je nak main dlm bilik air. Bahaya ni. Pintu bilik2 air sentiasa kena tutup.


Suka sgt nak memanjat. Suka main depan cermin. Perasan.

Dah pandai angkat tgn dan goyang bila org ckp babai. So, pagi2 mesti babai dulu nak pegi kerja.

Suka ‘membaca’ dan ‘menulis’. Pantang jumpa buku, harus nak baca. Pastu sibuk nak menulis sama bila abang buat homework. Dah pandai pegang pen/pensil dan conteng2.

Dah pandai hisap air dgn straw. Kalo beli soya kotak dah takleh nak syer ngan abang. Kena beli sorang satu. Huhu

Tp yg pastinya, hobi utama adalah makan, main dan membebel. Hihi

Perkara plg dibenci, TIDOOO. Sgt sukar tido dan skjp je tido siang. Org nak wat keje pun tak boleh.

Video kt bawah ni kv snap mlm td jugak. Kecoh nak join abah dia setelkan mesin basuh. Masa tu dh jam 11 mlm. Masih takmo pakai baju dan tido. Huhu

Err…abaikan suara mak budak yg serak tu yer. Suara yg hilang hari tu belum pulih la.

**************************************************

ni kv tunjuk skt gambar bucu rumah. Masa minggu lps kut snap gambar ni (tak ingat). Kalo perasan, ada rumah papan kt sebelah kanan tu. Itu lah rumah asal MIL. Sgt rapat ngan rumah baru. Bila buang rumah lama tu, baru rumah baru ada halaman.

SAKIT PEHA

August 11, 2008

Eh, peha ke paha ek? Mcm keliru je nak eja. Hmm… lantak la.

Kalo en3 semalam sakit keting, en3 ari ni sakit peha laks. Tatau la. Agaknya dok jalan tanpa henti kut. Tetiba mlm tadi, sakit2 lak peha nya. Hari ni mcm terhenjut henjut jalannya. Dah jd oku sementara ni.

Byk keje lg yg belum selesai. Brg blum abih2 lg pindah. Kemas pun belum. Bilik tamu mmg berkecah sungguh. Tak lalu kv nak tgk. Katil 3 nos, blum sampai pun lg. Dah lama beli, tp minggu lps dh gi pesan suh hantar. Masih blom berhantar lg. Katil lama lak kami tinggalkan kt rumah lama. Katil kawin tu. Hihi. Tp dh uzur sgt la. Beli je yg baru termasuk bilik MIL dan bilik tamu. Che n mak ambik katil MIL.

Perabut pun byk yg tak beli lg. Satu2. Penat pun masih belum hilang. Nanti2 kami kena gi survey skt2 barang yg nak kena beli.

Kabinet dapur blom siap. Pintu counter top blom ada. Suspended cabinet pun blom pasang. Janji before puasa nak kena setelkan. Harapnya jgn janji tinggal janji lah. Partition wall pun tak psg lg. Sekali ngan kabinet dapur.

Railing tangga dan grill wrought iron pun belum pasang. Tp railing tu kami tak bagi pasang dulu. Nak setelkan angkut brg2 dulu. Insyaallah before puasa setel lah.

Awning tambahan dgn pegola blom buat lg. Kayu pun blom gi beli. Ingat nak suh buat kan sekali pegola hiasan. Mana tau kv ternak orkid ke nanti. Ehehe

Rumah lama pun blom dirombak. Hari tu dah dua tiga org dtg tanya nk beli. Tp MIL ckp kami dh jual kat anak sepupu che. Bila che pi bitau anak sepupunya tu suh dtg rombak, tak jadi nak beli laks. Aduhh…tensyen lak rasanya. Ckp la awal2. Ni blom pindah berkali kali mai tanya bila depa boleh rombak. Haru betul. Satu hal lak nak mencari pembeli lain. Tp kalo 25 ogos ni masih belum setel, kami akan upah org utk rombak. Bila rombak rumah lama, baru org akan nampak rumah baru. Sebelum ni nampak atap je. Mmg terlindung terus. So, pemandangan rumah kv akan snap bila rumah lama dirombak. Hehe

Dah siap rombak rumah lama tu, kami nak ratakan tapak asalnya sbb dah jadi rendah pulak. Rumah baru kami naikkan aras sikit. Sama level ngan jalan.

Bangsal/stor masa buat rumah hari tu masih belum rombak. Kalo tukang lambat, rasanya kv ngan hubby buat sendiri lah. Tensyen nak menunggu.

Hmm…apa lagi yg belum setel tatau. Pening nak ingat semua. Letih nya aduyaiii. Oh, piring astro belum alih lg. Wayarnya saja yg hubby alihkan.

Tu je lah cerita hari ni. Hihi

MURAH REZEKI

July 31, 2008

Semalam, kv mengekor montot hubby pi kota bharu. Tujuan asalnya nak beli selak pintu utama. Ala, pintu yg belum siap2 dan menaikkan darah ku itu. Kononnya bila pintu sampai belah ptg, boleh la tukang psg besoknya (hari ni ler).

En. Hubby tgk kusyuk memilih selak pintu yg sesuai dgn poket nya. Kui kui kui

Pastu melencong ke kedai kain. Hik hik.. tu lah tujuan utama nak ngikut sgt montot hubby. Ehehe.

2-3 kedai gak pegi, tp hubby ckp beli kain yg kv dok aim. Kalo tak beli yg tu mesti asyik dok bersungut tu jea. Serabut plk dok dgr bebelan. Ahahaha…tau takpe.

So, pegi lah kedai kain yg tak jadi beli mlm sblm tu kan. Kv kurang berkenan kain yg hubby pilihkan ni. Ingat nak yg kaler hijau tu. Tp malas nak lwn ckp. Nama lg dia yg bayar kan. Harus lah mek menurut perintah gitu.

Mintak SA potong 4 meter. Bila diukur 4 meter, ada lbh lg 1 meter setengah. SA report kat tauke, so tauke bagi hadiah kat kv yg semeter setengah tu. Katanya kalo dia simpan pun takleh nak buat apa. Blh wat baju kurung utk dina. Wahaha…murah rezeki tul. Sib baik dengar ckp hubby. Merasa lah dina beraya sedonodon ngan mama. Sutera italy tu. Wahaha. Best best!!

Ni ha, walo pun tak lawa, tp best sbb dah la less 60%, dpt lg hadiah 1 1/2 meter.

Dah suka ati gitu, pi makan meehon celup belakang kb mall. Sedap sungguh!


Alhamdulillah murah rezeki.;)