Archive for the ‘shopping’ Category

BUNDLE

December 15, 2008

Lunch hour td, kv sempat gi kedai bundle.

Tak sedap duduk kalo tak gi menyibuk sama. Nak2 kalo hari brg turun (brg baru sampai la tu). Kih kih.

Oh ya, hari ni kv sempat beli kerusi rotan bulat ni. Dah lama dok mengidam nak kusi ni tapi susah la nak jumpa kt sini. Kalo ada mmg mahal la sgt.

Kusi ni mmg saiz besar bagak tau. Kalo kv duk 2 org ngan hubby pun muat okeh. Harga nya 40 hengget jer. Alhamdulillah, budak Miey tu bagi murah jer. Tawar 35 hengget di tak kasi.

Tapii..dia tak bagi kv bayar menda alah kt bawah ni. Kasut skolah bata b-first utk danish (masih baru), pembaris beratus ratus kpg dan 2 bijik cawan fine china ala2 vantage.

Dan kv beli gak kusi ni. Boleh letak kt hall atau kt bilik. Rm 18 hengget jer. Kayu solid lak tu. Kusyen dia pun gebu jek.

Itu jer lah brg yg kv beli. Benda lain malas nak memilih.;P

P/s: tgh terfikir nak muat apa la kusi tu nak bawak balik rumah nanti. Bawak blk ofis pun kawan yg tolong. Haha. Nanti2 lah fikir. Janji beli je dulu. Kan? Hehe.

MAMI JARUM PART 2

December 4, 2008

Keh keh keh…

En3 mami jarum lagi lah uols.

Gelang i dah siap. Hoyeh hoyeh.


Boleh wat raya.

Dapat hadiah kalendar sebijik dan hens begs yg gojes ini.

Siap berbungai bagai.

Mek soookaa!!


Itu je lah nak kompang. Hihi

PASAR MINGGU

December 4, 2008

Meh sini nak kompang.

Blog kv ni tak sah kalo tak menunjuk brg2 yg di beli.

Walopun hampeh, tetap nak menyohor. Hahaha

Tu dia, statement. Sendiri naik stage huh!

Semalam, baru lepas audit dalaman. Makanya, hari ni hari raya lah. Wahaha.

So, kv pun mengular ke pasar minggu sekejap. Manusia punya lah ramai. Nak raya katakan. Harus i pun menyibuks uols.

Meh tgk apa yg kv beli.

Hens begs uols. COACH lagik. Wakaka. Tak bley blah. Tapi kualiti dia mmg mebeles. Slalu dorang jual mahai gak. Dekat ratus2 sbb copy 100%. Tapi hari ni lelong RM 35. Hui.. harus i pun meroyan sakan. Mintak 30 pakcik tu tak kasik. Hampeh. Pas ni harus kena bebel ngan laki.;P

Beli ibu dapat anak katanya. Full pakej. Hihi.

Pastu, dah nama nak raya kan (walopun raya haji). Harus lah beli sumthin’ utk mak mertua ku. ;P

Tudung bawal no.1 (mmg no.1) dorang lelong ngn rege RM 10 satu. Mana nak dapat. Beli lah 2 lai. Siap bling2 tu weh. Slalu nya time2 nak raya gini harus dorang lelong.

Ni pulak, kes nak mencari sweater utk danish. Sibuk kemain. Malas nak beli yg baru sbb selain rege mahalnya boleh tahan, pakainya tdk. Tapi, tetap kecoh sbb anak jiran ada sweater. Solution nya, beli kt kedai bundle.
Sweater tu kaler merah. Cap tah pape. Alah 2 hengget jer. Tiset tu 3 hengget selai. Boleh la wat basahan.

Beli gak blouse selai. Lawa kan lengan dia. Lengan siti nurhaliza nama nya. Wakaka. Buh nama tak bley blah hokeh!

Dah pusing2 tu, lapar lah puloks. Harus beli jagung rebus dan ayaq sunquick. Heaven!!


Itu je lah nak kompang. :p

MENUNGGU SANG SUAMI

November 25, 2008

Hiks… tadi kv mengekor encik suami pegi ke kota bharu.

Malas nak join dia jumpa someone, kv di drop kan dekat kb mall sementara.

Kv benornya nak beli hadiah utk anak buah yg nak kawen ujung minggu ni.

Boring jalan sorang2, tekak pun dahaga. Pi minum kat food court.

Dok sensorang cenggitu rasa pelik pun ada.

Pemandangan depan kv.

Pemandangan sisi kv.

Bukan minum je tau. Siap beli croissant, chiken pai dan tart telur. Tapi makan chicken pie jer sbb lunch nanti nak pow encik suami.

Pusing2 beli hadiah utk anak buah yg baru lahir. Pah tu encik suami call ckp dh nak ambil. Terus gi tesco. Dah lapar dah pulak perut aku. Huhu

Masuk kenny rogers. Sbb berdua kan. Kalo ngan dina haram nak makan. Harus habis dia tawaf. tak kuasa eh.

Suasana.

Motif apa tatau letak penghadang besi ni.

Minuman dan muffin?

My meal.

Encik suami meal.

Pastu bergegas gi beli hadiah sbb nak kejar masa masuk ofis semula.

Dan update blog. Hihi

BAJU GANTI

November 24, 2008

Akhirnya, kv dh beli baju raya ganti untuk dina. Yippie.

Anak tadek pape, mama dia yg kecoh lebih. Haha

But i cannot help my self la!!!

Bila tgk baju budak pompuan cantik2 dan murah2, harus tak boleh nak tahan nafsu! Huhu. Mesti nak beli byk!

Ni baju harian dina. Beli baju jer sbb baju lah yg selalu kotor dan pudar. Sluar nya ok2 jer. Hik hik.

SAMA TAPI TAK SERUPA

November 19, 2008

Hadoyaii…macamana boleh tak perasan. Kv kononnya beli baju raya untuk dina n danish.

Tapi kan, tau2 lah bila bershopping ngan dina. Dia pun sibuk nak memilih sama. Capai mana2 yg patut ar.

Bila balik rumah, baru perasan yg baju nya patent sama. Warna jer lain.

Hoho…rasa bodoh lak! Sungguh!

Tambah2, baru kv perasan 2-2 lai tu saiz 3. Cemana boleh terlepas pandang. Masa ukur kt badan dina (dina dlm carrier). Nampak ok jer. Tp bila tgk saiz 3, sah konfem lah besar kat bahu. Huhu. Tahun depan baru leh pakai (umur 2 thn lbh).

Sabar je lah!!

Nak wat cemana, silap sendiri. 😦


Oh, kalo korang perasan, ada tiset sekali dgn dress tu. Tiset tu dorang bagi free.

Seb baik baju danish ok jer. Sbb beli baju utk danish mmg kena ukur betul2. Siap pakaikan kt badan nak tau muat ke tdk. Sbb mamat tu kurus kering. Susah nak cari saiz.

Makanya, kena pi cari baju lain lah utk dina. Hampeh!!

PARCEL KU SUDAH SAMPAI

November 13, 2008

Yay!!! Parcel ku udah sampei!!

Best2!!

Bukak plastik ada kotak hitam.

Isi dlm nya. Hehe

Closed up!

Hari ni dah pakai.

Oh, sungguh pink daku hari ini.;P

P/s: Maaf mutu gambar kurang memuaskan. Pakai henfon sajourk.

BULU BIRI – BIRI

November 6, 2008

Dah lama dah nak beli hiasan bulu biri2. Dok tgk kat rumah org, mmg lawa jer. Tapi, asyik tak kesampaian jer.

Selalunya mmg kv cari kat kedai bundle jer. Kalo nak beli yg baru selain susah nak jumpa kt kota bharu ni, harga pun rasanya mahal jugak lah kan.

Time gi kedai bundle, susah nak dpt. Kalo ada pun mesti dpt kt org lain. Tak kuasa eh nak berebut bagai.

Pagi ni, kv ke pasar minggu. Terjumpa makcik bundle yg jual. Wah, best sbb byk pilihan. Tapi harga ‘terik’ sikit la. Tapi standard harga bundle je la. Lg pun mmg brg susah nak dpt ni harga mahal lah skt.

Tawar menawar yg kaw2 punya (takde dpt murah pun, tp dpt less byk dr harga asal) so, kv pilih yg panjang ni.

Nanti balik rumah nak hampar dekat hall.

Hehe.. seronok nya!!

MAMI JARUM

November 6, 2008

WARNING: Entry ini sekadar catatan kenangan tuan blog. Tiada bermaksud yang lain selain daripadanya.

Semalam, hubby mengajak kv ke kedai emas. Sbb nya, dia serabut kv asyik dok mintak tukar rantai leher.

Hik hik.. mmg dh tabiat wanita kelantan. Tak kira umur tara mana pun, budak kecik baby sehingga tua bongkok, emas adalah pujaan hati. Selain bergaya ala mami jarum, emas adalah aset yg berharga. Kdg2 org kampung, dorang tak simpan duit tapi melabur beli emas. Mahal macamana pun, kedai emas tetap penuh org.

Kat sini takde emas putih bagai. Ada org jual, tp sambutan kurang menggalakkan sbb emas putih takde nilai sgt utk dijual semula. Kalo emas kuning ni mmg bila2 masa pun boleh jual.

Masa lps kawen ari tu, kv ada beli rantai leher tali timba dgn loket nya sekali. Pas tu jarang pakai. Dok simpan dlm lemari jek. La ni plk trend pesen lain tgh in. Kalo nak beli mmg byk duit lah nak kena keluar. So, hubby suggest kv tukar kan emas lama tu ke pesen baru yg kv nak tu. Kv pun, bila hubby bagi lampu hijau, harus on saja. Hihi

Tgk tu, hubby menilik pesen rantai, sungguh kusyuk sekali. Haha

Ni lah rantai lama tu.

Kertas untuk kira2. Tawar menawar harus kaw2 sket.

Kagum dgn tauke muda ni. Boleh bertukang sendiri tau. KV mintak dia sambung kan skt kasi panjang rantai tu.Tambah duit sikit jer. Bertukang sambil bergayut ngan supplier tu.

Loket ni asalnya tak nak jual sbb syg. Tp nak pakai dgn rantai yg baru tu, tak muat nak masuk pulak.

So, tgh menunggu adik tauke tu sambung rantai, kami mengushar benda lain lak. Bila tunjuk satu rantai tgn yg ada ukir nama (jawi). Terus hubby berkenan lak. Hihi..mandrem mak esah pun terus berjalan. Hubby setuju suh tempah. Ahaha…insyaallah sblm raya haji ni siap. Kalo dh siap nanti, kv wat entry mami jarum part 2, okeh. Ahaha

Sbb loket td tak muat ngan rantai baru, so kv tolak jgk buat bayar deposit utk rantai tgn tu. Takde tambah duit byk sgt kan.

Ha!! Ni lah rupa rantai nya.

Kv sibuk sgt nak kan rantai pesen tu sbb nak regu kan dgn rantai tgn yg hubby belikan dulu.

Dapat sekaki payung. Ok lah, boleh berteduh musim2 hujan ni. Hihi

Hari ni, kv jadik mami jarum. Haha

MY FIRST VANTAGE

November 5, 2008

Semalam, kv tak masuk ofis sbb ada course satu hari kt ridel hotel, kota bharu.

Masa dlm dewan tu, kv terima call dari nombor yg tk dikenali. Rupa2 nya staff gdex nak hantar parcel. Wah, teruja ni. So, call ofis suh org admin tolong terimakan utk kv.

Pagi ni semangat berkobar kobar ambik parcel kt admin. Sungguh girang. Ahaha

Parcelnya (dah bukak pun sbb ofismate nak tgk)

Isi dalam nya.

Tunjuk gambar piring je lah. Malas nak bukak semua. Hihi

Set teko vantage ni benornya kv tebus mata ganjaran minyak BP. Ada special redemption dorang offer. Dari bulan puasa hari tu lg terasa nak tebus tp biasalah, asyik tangguh jer.

Tak sampai 2 minggu tebus, dh dapat barang nya. Best2. Thank you BP!!!