Archive for the ‘tag’ Category

DAN LAGI TAG TIG TUG

November 25, 2008

Pagi ni nak lesaikan hutang jasfyra plk.

Syarat2nyer.. SILA BAGITAU
1. Berat sebelum mengandung

* masa danish dlm 58kg kut (aku mmg asal dh gemuk tau)
* masa dina dlm 61 kg kut (lupa daa) dengan ketinggian 161 cm (pun lupa gak ni sbb ukur kt lain tempat, lain bacaannya)

2. Berat terakhir mengandung sebelum bersalin
* masa danish dlm 60kg kut (mabuk teruk sampai ke 7 bln, lg pun danish kan lahir awal)
* masa dina dlm 75kg kot (agak2 jer..lupa weh). Gemuk giler!!

3. Berat selepas habis pantang
* Masa danish mmg kurus sesangat (tp lupa la namun lps tu mencanak canak naik, tak turun2. Huhu)
* Masa dina walo pun sebulan tak selera makan (dlm pantang)ntapi berat turun sket jer. Dlm 65kg kut. Haha

4. Apa yang korang suka makan masa mengandung
* masa danish semua tak lalu. Takdak selera sungguh.
* masa dina suka western food. Tgh mabuk boleh makan roti bakar jer.

5. Hospital mana anda bersalin
* masa danish bersalin kat HUSM, Kubang Kerian. Kes kecemasan. Lahir premature.
* masa dina bersalin kat Pusat Perubatan An Nisa’, Kota Bharu.

6. Tunjukkan gambar mengandung at least 5 kpg.. yg penting sekali gambar masa last pregnant

Gambar2 ni masa pregnant kan dina. Sayang sunguh masa pegnant kan danish takdak gambar. Mabuk teruk sampai tak terfikir pun nak bergambar. Rugi woo!!

Masa ni dlm 5 bln pregnant kut. Jalan2 ke terengganu. Time ni mabuk dah ok sket.


Ni pun pregnant 5 bulan lbh kurang. Bawak danish tgk burung unta.

Hah, masa ni mmg sarat benar. Tgh tunggu masa. Mmg buruk giler. Gemuk gedempol. Muka sembab, hitam (hangus), hidung besar. Haha. Sampai kena ejek ngan ofismate tau. Buruk sgt kaedahnya.

Ni pun satu lagi. Paksa gak hubby ambik gambar nak wat kenangan. Masa ni nak tgk cermin pun malas. haha.

Takpe lah, huduh ke, buruk ke, janji aku dah dpt baby girl. Hihi




Si bulu mata lentik ni ha!!!

ok, aku nak tag….

1. mama risya riana aka nonie
2. kak bie
3. kak ungku (ada tak gambar ngandungkan anjib??)
4. cendawan intim (lagi2 ko yg kena. Haha)
5. Sitilina (hiks, buat tau)

ok daaa!!

sapa lg yg telah tg kv??

sila bagitau yer!! Hehe

Advertisements

TAG TIG TUG

November 18, 2008

Pagi ni nak lesai kan hutang tag ngan mak ayra. Hihi. Kv tau, tag ni mak ziyyad yg mulakan. Layann..

Diaper bag aku.

Main bantai jer henbeg mana nak bawak. Ikut mood. Tu lah pasal kalo beli henbeg baru harus beli yg besar2. Senang nak sumbat byk brg.

Bukan takde real diaper bag. Tapi dina pun dh besar kan. Malas la nak bwk diaper bag dah.

Ni contoh je lah. Henbeg ku.;P

Isi dalam nya. Tp kdg2 ada, kdg2 takde. Pun ikut sukahati aku je. ;P

Kek atau biskut. Kalo tkda stok kt rumah pun harus berenti beli kt kedai runcit berdekatan. Sekali ngan air kotak. Soya ke, teh bunga ke, milo ke. Tp kv jrg beli milo sbb kotor baju. huhu

Ni keperluan asas la. Karang dina popo bagai, harus kecoh sket kan. Towel kecik ngn diaper. Tisu tu wat sapu hidung berhingus. Hik hik

Ha!! Ni wajib ada. Kalo lupa bawak susu takpe, janji puting jgn lupa. Harus tak boleh tido. Dan meroyan sakan!!

Ni bekas susu. Taruk je berapa sudu susu utk satu botol. Senang. Tp kdg2 kv buat susu siap2. SEnang tak yah bawak menda alah ni. Naik je kete, dina hisap habis sebotol. Balik rumah karang baru cari susu. Kdg2 tak cari langsung.

Ni botol nyonyot air masak. Tudung hilang tatau dina campak ke mana. Tp dia kurang suka minum pakai sipper, hisap ngan straw lg best lagaknya.

Ni pun botol nyonyot air masak. Tp dh jarang bawak. Dina kan lg suka minum pakai straw.

Buku2 yg kv beli kt bundle. Dulu dina selalu baca buku dlm kete. Ewah. Now, dah boring. So kv tak bawak dah. Hehe. Kurang skt berat beg aku!

Itu je lah kut. Lagi pun danish dah besar gajah. Dia tumpang makan biskut atau kek jer. Baju tambahan pun kdg2 kv ingat, bawak la. Kalo lupa, hehe. Nakbuat cemana. 😛

Ok, dah selesai hutang ku!!

Nanti nak jawab tag lain plk. Sapa lg yg mengetag ek?Lupa da!!

lupa da!!
kv kena tag 5 org, sapa ek yg ada baby kecik2 ni? Hmmm

1. shafa
2. tety
3. jasfyra
4. maryam n co
5. rina-san
6. tambahan NONIE (capslock lg tu). Kalo hang tak buat, aku babap montot!!!!!
Haha..korang buat tau

APA APA HAL PUN JAWAB TAG DULU

May 20, 2008

Fuhh…kena tag lagi. Takpe, kita jawab dulu.

Mas n tiey tag kv pasai 5 hadiah impian dan sbb nya tu. Tp kv dah buat pun dulu. Cari sendiri lah ye sbb kv tak reti nak link. Huhu

ok, ni sambungan tag tu;

1. 5 Inspirasi terhadap org yg diminati (err…masalahnya hubby yg minat kv)
a. hensem (of course le supaya tido mlm tak lena, wakaka, perasan ni) Takde la. Sbb dia menerima kv seadanya. Baik dan buruk. Hodoh dan lawa. Hensem tu bukan penyebabnya tau. Biasa2 jer. Saja je kasi gempak. Hihi
b. Jaga solat (selalu kena leter sbb kdg2 sengaja melewatkan. Huhu. Bila la nak berubah)
c. Pembersih ( segan jugak tau sbb kdg2 angin malas tu mai sokmo)
d. Penyayang (selalu tunjuk dgn perbuatan)
e. Bertanggungjawab

2. Perkara hebat yg dilakukannya untuk anda
a. menyatakan dia menyintai ku dan berhasrat utk menikahi ku. Dibuktikan dgn akad (wakaka)
b. mengeraskan semangat menemani kv dlm labour room dan mengiringi kv ke bilik bedah (dah la masa tu dia sorang diri jer)
c. menjaga segala galanya ttg kv time kv sakit (berpantang dan sakit lain)

3. 5 ciptaan plg hebat (bukan hanya pasal teknologi)
a. hubby
b. danishn dina
c. internet
d. henfon
e. kapal terbang

4. Perkara yg plg dibenci
Kena ‘kencing’!

5. Tag sesapa
a. cikgu cik pokok
b. ctnik
c. maksu
d. cikguzue
e. intan rosnita

Ni pulak, nak jawab tag cendwanintim. Huhu..

Soalan 1
Apa yg anda suka ttg suami anda
1. seorang yg lembut (bukan gemalai tau) tak pernah tinggi suara or marah2. Geram dgn bini pun sentiasa ckp elok2.
2. penyayang. Mmg dia penyayang. Suka tunjuk dgn perbuatannya.
3. bekerja keras. Nak tambah pendapatan selain makan gaji. Yg ni mmg kv respek betul kat dia. Kv pulak suka membebel kalo dia sibuk sgt. Huhu. Padahal dia cari duit utk kv dan anak2 jugak.
4. ringan tulang. Apa saja hal terutama soal rumahtangga mmg dia sentiasa membantu. Tak payah mintak tolong.
5. peramah. Dia jenis tak kisah. Boleh masuk ngan sesapa jek. Keluarga kv dan kawan2 kv. Boleh borak mcm dah lama kenal.

soalan 2.
Adakah anda seorang yg romantika?
Tatau ler. Huhu. Kdg2 kut.

soalan 3.
Luahkan perasaan yg lahir dari hati yg ikhlas utk org tersayang (pjg nya wei)
aku cinta kamu dunia dan akhirat (ewaaahh)

soalan 4.
Apa yg anda mahu dari pasangan anda.
Terima kv seadanya dan syg kv sampai mati dan tdk curang (fuhh)

Tag sesapa;
1. masbusan
2. yusztiey
3. yatie dubai
4. kak bie
5. ijah@fariza

TAG LAGI

May 12, 2008

Apple, sebelum aku terlupa baik aku jawab tag hang dulu noks. Karang urat ingatan weng, jgn ler ko meroyan occay!

Sapa lah yg tag ko menda alah ni. Huhu

25 steps i repeat every day on normal working day.

1. Goncang2 hubby sbb alarm henfon berbunyi. Huhu. Malas nak matikan sendiri.

2. Paksa hubby gi mandi dulu.

3. Hubby dah nak solat subuh baru sibuk nak bangun. Dgn rambut mengerbang carik towel.

4. Berjalan terjungkit jungkit gi bilik air. Kaki sakit la. Seharian menampung tubuh yg berat tak berapa nak ideal. Huhu..plan nak diet asyik kantaoi jek.

5. Sangkut tuala. Bukak paip.

6. Capai berus gigi dan gosok.

7. Mandi 3-4 gayung. Huhu. Sejuk ok!

8. Ambik wujuk.

9. solat subuh

10. On iron

11. Cari iron board bawah cot dina

12. Cari hubby punya baju keje

13. Cari kv punya baju nak iron hat mana

14. Cari tudung

15. Iron baju2.

16. Pakai deodorant n parfume

17. Sikat rambut.

18. Basuh popo dina (setiap pagi occay, berjadual sungguh ebok tu)

19. Pakai diapers n baju dina

20. taruk dina dlm walker

21. Pakai baju

22. Mekap skt. Kalo rajin tenyeh la apa yg patut. Kalo malas pakai lipstik je. Sempoi kan?

23. Cari henbeg mana yg sesuai ngan baju. Ewaah

24. Bagi duit skolah danish

25. Cari kasut mana yg sesuai ngan henbeg

26. Cium dan babai anak2.

27. Naik kete. Of course la hubby yg drive kan. Nama lg keje satu ofis.

28. Singgah beli sarapan nasik lauk itik campur kaki ayam gulai kat kedai che muda gulai kawah.

29. Panak cerek. Masak air.

30. Sarapan ler. Pastu wat la keje

Tudiah, sampai 30 aku kasi apple woi. Ahaha. Aci dak?

So, kv nak tag :
1. Kak PB (lama dah tak menyusahkan dia)

2. Luna (sbb dia bizi sokmo)

3. oren (sbb dia mesti kalut ngan anak2 kecik)

4. cendawan (saja nak nyusahkan dia)

5. kirana (kes balas dendam sbb dia tag kv, ahahaha)

ok, sila buat yer kenkawan!

5 perkara yg dok idam

May 11, 2008

Ana, akak lupa la tajuk sebenarnya eh. Boleh tak main hentam gitu. Agak2 lah yer.

1. henfon
dah lama nak henfon baru. Henfon cap norkiah sabun ni dah berkurun kv pakai. Mmg tahan lasak dan tak pernah beri masalah pd kv. Tp kamera nya kurang terang. Pemilik blog kan sibuk nak snap gambar sana sini. Tp ada tak model yg kamera gambar yn terang tp takdak flash. Segan aa, nanti org ckp apa lak bila kv dok sibuk snap sana sini.;). Lambat nya nak tunggu hubby belikan.

2. Perabut
Kata nak naik rumah baru kan (insyaallah). So, nak la perabut yg mabeles uols. Huhu…mana nak cari pitih ni. Semua pesen nak beli. Jati lah, rotan lah, lorenzo lah, cavenzi lah. Oh, angan2 ku tak sudah.

3. MPV
huhu..tak dpt dekat kv, dpt dekat hubby pun jadi lah. Dia kan supir. Kancil kv yg ada skang ni tak muat stroller dina. So, nak gi mana2 dukung dia guna baby carrier je. Fuh, nyesal beli stroller mahal2 tp tak leh nak guna. Sapa nak beli??

4. Orang gaji.
Huuhuu..kv penat lah nak uruskan rumah yg ada 2 budak kecik dan 3 org tua (tdk termasuk hubby tau). Kemas situ, sinun bersepah. Kemas sini, sana bersepah. Letih occay! Dah masuk rumah baru nanti, kena disiplin dorang cukup2. Kalo tak harus mcm kapal pecah. Tp situasi yg ramai org tua gini menidakkan hasrat kv nak pakai org gaji. Karang pening org gaji sbb terima arahan banyak sgt. Org tua kan, lu fikir lah sendiri (kata nabil).

5. Baucer tunai.
Huhu..alangkah bahagia nya jika menerima baucer tunai. Boleh la pi tebus utk shopping kasut dan henbeg yg menjad idaman. Bestnya. Best nya!