Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Hello world!

December 17, 2008

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Advertisements

PICCA

November 17, 2008

Korang pernah dengar pasai picca dak? Kalo kv, mmg pes taim la!

Dina kan selalu melepuh dlm mulut. Kdg2 lidah dia pun mcm melecur. Tapi tak sakit. Kami ramal tak sakit sbb dina boleh makan selamba jerk. Hihi

Tapi bila selalu ada putih dlm mulut dia, bimbang gak kan. Doc yg kami jumpa dulu ckp serawan. Ke picca ni mmg serawan ek? Sapa yg tau, tolong bagitau kv yach!

Makanya my hubby pun risau amat (sampai kv pun serabut perut tau!). Dia emel kt dr azwan. Mmg apa2 hal masalah kesihatan anak2 dia selalu tanya ngan dr azwan ni. Kalo tak silap kv, dr azwan ni ada gak blog/web, tp kv lupa lah link dia. Sorii!!

Ni lah emel jawapan dari dr azwan mengenai kemusykilan kami.

— Pada Khm, 13/11/08, abi teha menulis:
Daripada: abi teha
Subjek: Re: lepuh bibir,gusi dan lidah
Kepada: mn_7877@yahoo.com.my
Tarikh: Khamis, 13 November, 2008, 5:50 PM

pada pendapat saya anak tuan mungkin ada masalah picca (pikka) iaitu kekurangan zat besi. Ia juga boleh menyebabkan ulser di mulut dan memakan makanan yang pelik seperti pasir. Apa pun sementara tuan bawa ke pakar, tuan boleh beli syrup vidaylin dengan zat besi untuk makanan tambahan.

Lps baca emel dr azwan tu, my hubby gogel lg cari pasai masalah picca ni. Terjumpa lah dlm mesra.net. Katanya, masalah biasa bagi kanak2 berumur 6 bulan hingga setahun setengah akibat dari kurang menyusu. Kurang menyusu maknanya, kurang lah zat besi dlm tubuh kanak2 tersebut. Untuk mengesan masalah ini, kanak2 ni akan makan makanan pelik seperti kertas, pasir dan tanah.

Mmg dina kurang menyusu dan suka makan pelik2. Contohnya makan kertas. Kdg2 bila main kt laman, ada jgk sekali dua terserempak dia kutip pasir dan makan. Hohoho..

Ianya tdk bahaya. Boleh ditambah zat besi dgn memakan makanan seperti daging dan ayam. Atau lbh cepat dgn memakan vitamin dan zat besi tambahan contohnya keluaran abbot.

Kami dh cari dekat guardian dpn ofis ni. Tapi takdak yg jenis sirap. Ada bentuk jelly. Rasanya susah dina nak makan. Nanti dia buang2 jer. Nak kena pi cari kt kota bharu ni.

Oh ya, kalo masalah ni dah berat bagi seorang kanak2, doktor akan menyarankan supaya zat besi tambahan seperti perempuan menagndung makan.

Ok, itu jer kv nak share kt sini.

Sharing is caring kan? Hehe

SAMBUTAN ALA KADAR

September 14, 2008

Mula nya tak plan pun nak belikan dina kek. Kv dah bersungut dekat hubby. Tp hubby cakap tak payah lah sbb dina belum mengerti apa2. Lagi plk bulan puasa, katanya. Geram betul. Malas nak bergaduh, kv diamkan aje.

Tapi bila di’sound’ oleh pengasuh dina, tau lak malu hubby ku itu. Wahaha. Yg penting gambar kenangan tu kan. Besar besok, dapat lah dina tgk birthday party dia cemana. Betapa selekeh nya. Huhu. Yg penting niat, kan.

Bergegas gi kb mall nak cari kek. Nak gi kedai lain mmg tak boleh sbb hujan lebat giler siap taufan bagai ni dan jem kt kota bharu ptg tu sungguh mencabar jiwa dan raga.

Pusing2 cari kek, akhirnya terjumpa jgk lah dekat kekdai kek cintaku. Selamat. Pastu gi beli menda alah lain utk combined dgn kek tu. Walo pun kelam kabut dan berbuka puasa dlm kete (on d way balik) tp alhamdulillah sempat beli apa yg nak.

Jam 9.00 mlm, jiran2 terdekat (keluarga pengasuh dina dan keluarga sepupu MIL) datang. So bawak kluar kek dan segala menda lain. Terus tiup lilin dan potong kek. Senang, ringkas dan padat. wahaha

Kek yg sempat kami beli. Seb baik ada.

Menu utama, kerang rebus. Pastu jajan je lah. Semua dh kenyang masa berbuka. So, takde menu berat.

Dina excited tgk lilin menyala

Cubaan meniup lilin tak berjaya. Danish yg tolong tiup kan.

Tersengih sengih nak potong kek. Semua org gelakkan dia. Wahaha.

Walopun simple, namun kemeriahannya tetap ada. Hihi

Semoga dina sihat sokmo, berperangai baik, berguna utk agama, bangsa dan negara.

SAKIT KETING

August 10, 2008

Huhu…tau dak keting tu apa? Keting tu antara tumit dan betis. Hik hik. Agak2 lah ya!

Mulai khamis lps, kv n hubby mmg penat gilerrrrrr. Basuh lantai utuk kali yg terakhir. Berus ngan asid mozek dulu. Lapis ajax pulak, last skali air. Mcm nak patah pinggang ku yg tidak berapa ramping iniey!

Jumaat lps sarapan terus kerja ni. Punya la gigih! Kain baju, pinggan mangkuk semua kena buang dulu pindah ke rumah baru. Lps tu baru angkut almarinya. Walo pun dekat mmg byk benda. Sampah sarap pun byk. Takde bantuan sapa2. Hanya kv n hubby. Almari besar gedabak pun kami angkut dua org. Kalo berat sgt mintak bantuan atuk. Tp sekali dua je lah. Yg lain pulun laki bini. Dah siap letak lemari bagai tu kena masukkan balik brg2 nya. Memang letih mak aii.

Petang gi tesco jap nak beli udang sbb cadang mlm besok nak ajak org buat solat hajat naik rumah baru. Balik tu sambung lagi keje sampai tgh mlm. Mmg teruk betul keadaan rumah lama. Sedih gak mengenangkan tu mlm terakhir kami tido kt rumah lama.;(

Hari sabtu, hubby sambung keje piping. Geng lampu kipas masuk setel kan mana yg patut. Gi beli lauk dan ulam utk masak petang nanti. Lps tu pi beli frame buaian utk dina. Karang takleh tido minah tu plk kan. Beli gak lemari solek utk MIL. Pastu singgah nak survey rak tv kt kubang kerian. Terus sangkut dan beli. Beli gak cermin hiasan dan meja utk hall. Sofa dan meja makan kemudian cari. Ansur2. Hihi

Terus gerak ke pengkalan chepa. Rumah kawan kv sbb nak bayar hutang cermin. Kikiki. Ye lah, time suruh keje nak cepat aje. Dh siap keje harus lah kena bayar cepat2 kan. Borak punya borak dekat 2.30 kami balik. On d way blk tu beli brg2 lain. Dina dah tido. Kv termuntah muntah sampai pening. Gastrik dowh! Habis masuk angin perut aku!

Blk tu hubby pi tgk budak letrik wat keje dulu. Satu hal lak tunggu dia nak makan tgh hari. Pastu sambung masak. Menu simple jek. Hanya kv n MIL je tukang masaknya. Bantai je lah! Dlm 30 org makan. Org masjid campur jiran tentangga terdekat. Masak singgang ikan tenggiri, daging goreng, sambal udang, ulam, ikan tawar, durian dan budu. Hihi.

Pastu sambung lg punggah barang. Mmg letih gilerrrr. Tp alhamdulillah sebab mlm td dh tido kt rumah baru. Rasa mcm tak percaya impian kami akhirnya termakbul. Syukur!!!

Mlm td dekat pkl satu baru kami lena (agaknya). Balik karang byk lg barang2 yg tertinggal kat rumah lama kena pindahkan.

Apa pun, syukur alhamdulillah segala urusan kami dipermudahkan Allah swt.

HUBBY CUTI

July 15, 2008

Hari ni hubby cuti semata mata nak cuci sawang dlm kebun dia. Gigih noh!

Dulu be4 peknen kn dina kv slalu tolong hubby cuci kebun time durian gugur. Bila dh peknen nak jln tk larat, hubby pun automatik malas sama. Habih tu kami upah org jer.

Tp tahun tatau la hangin apa, rajin nya menjelma. Siap ambik cuti tu. Hihi. Lantak dia lah. Kalo jumaat sabtu mmg tak sempat kaedahnya. Byk agenda lain.

Td kv terima sms dr dia. ” Sedap nya isi durian kuning ni”. Oooo perli kv lah tu. Mcm la kv ni gemar sgt mkn durian.

Kv pun malas nk sms dia terus wat call.

Hubby : Hello. Hihihi (seronok sgt lah tu)

Kv : Oooo… sukahati je yer! Bi tau dak bos bi kat ofis ni nak mati!!!

Hubby : Hah! Bakpo??? Yo ko mama ni???

Kv : Ho lah!!

Hubby: Bakpo ma???

Kv : Bi tok tau ko ari ni ado penyerahan sub station? (projek dia jaga)

Hubby : Tok tau pon! Simi takdok ko??

Kv : Adoyaiii. Macamana bi ni? Takkan tatau langsung?

Hubby: Sungguh. mmg tatau. Dulu dah set date tp KIV. Abih tu simi (ofismate) tak tau jgk ker?

Kv: Dia ckp dia lupa (simi sibuk training volley ball sbb 2 hari lg ada macth)

Hubby : Pastu lagu mana? (bukan lagu rock tau)

Kv : Dah ok kut sbb dia tgk simi ada.

Ahahaha. Kv gelak sakan, tp mula nya panik jgk.

Hubby n me kan satu ofis tp lain department. Tp cerita dept. dia sampai gak ke telinga kv. Sbb bos dia pun baik ngn kv.

Masalahnya bos dia ni uzur sgt. Sakit buah pinggang tahap kronik, kencing manis, lelah dsb. Ada satu2 masa terpaksa pakai diapers mai keje sbb daya kemutan hilang gitu.

Agaknya dia terkejut (naik darah) bila tgk dua2 org harapan dia takde (hubby + simi). Dia ni kalo kena bambu dgn bigboss cemana sekali pun dia releks jer. Kluar bilik bos tu siap gelak2 lg. Tp tak marah ngan anak2 buah dia. Tp situasi gini (anak buah takdak) dia jd cemas dan panik. Nanar dan semput. Kesian dia. Hiks

Ye lah, cari hubby, hubby cuti. Cari simi, simi takdok. Dia tatau rupanya simi dah 2 minggu dok training volley ball kt blkg ofis ni. Huhu

Lps keadaan reda td, kv masuk gak intai2. Kv tgk dia dh rilek tp masih lemah. Hihi

Pastu dia ckp ngan anak buah dia yg pompuan;

“Kalo saya mati tadi awak semua lah yg bertanggungjawab”

Gelak guling2 kami dengar.

Sian dia kan.

JALAN JALAN CARI BARANG

June 10, 2008

Minggu lps mmg sibuk skt bagi kv n hubby. Byk barang rumah nak kena setel. Semua nak cepat kan sbb takut tak sempat masuk rumah before puasa. Mintak2 lah takde halangan. Huhu

So, kv ngan hubby sempat ke kedai cat. Nak beli cat utk dlm rumah dulu. Punya la pening nak putuskan cat mana yg berkenan dihati. Pening2 pun tetap kena pilih jgk kan. Huhu

Entah lah, suka ke, tak suka ke, cat dah pun selamat dibeli.;P

Encik hubby tgh sibuk memilih warna. Byk tone, sampai pening jadik nya.

Dah lesai putuskan nak kaler apa, tauke pun bancuh lah seperti yg kami nak kan tu.

Dah siap bayar semua, dapat 2 bijik beg pinggang ni sebagai saguhati. Asal free mmg kv suka!!

Lps ni pening plk nak pilih cat luar. Hoho. Kena pegi kedai nippon lak.

Lesai sementara bahagian cat. Bahgian down ligt plk. Budak2 pasang siling dah mintak nak tebuk down ligt. So, kena gi beli la cepat2.

Kami gi kedai kawan kv masa blajar kt utm dulu. Kedai suami dia benornya. Dia keje cikgu kat politeknik kb tu.

Bila masuk kedai lampu, sekali lg jadik pening. Padahal nak beli down light je dulu. Yg lain2 tu kemudian skt br nak kena beli kan.

Naik lenguh leher kv asyik mendongak ke atas.;P

Sukma tgh mengetest bulb nyala ke tidak. Padahal eksyen je tu. Staff dia yg buat kan.

Bini tauke tgh dok baca ayat nak kasi harga kaw2 punya!

Hehe.. sempat gak snap gambar bersama .

setelah siap bayar harga, Hihi…. Siap mintak maaf kalo bagi harga tak mengancam. Weh sukma, harga yg mu bagi tu mmg melert aaa. TQ. Bila lg kwn nak makan kwn kan? AhahahaSempat bergambar sebelum balik.;)

NAMA TIMANGAN

May 7, 2008

Korang ada nama timangan tak?

Hehe..kv takdak nama timangan ekceli. Tp anak2 ada. Hahaaha

Danish = Potet

Wakaka…pelik kan? Kv pun tatau apa maksud potet tu. Sepupu sepapat dia yg kasi. Kiranya nama manja lah tu. Maybe masa tu dia kecik sgt kut. Ye lah dia kan lahir tak ckp bulan.

La ni pun, kalo balik kampung mak, kalo jumpa sepupu2 dia (yg dah tua la) mesti dorang panggil potet, potet. Tp dia tau je dema tu panggil dia. Kikiki

Potet masa kecik.

La ni dah 5 tahun dan byk ragam sampai semua org tensyen.

Dina = ebot/ mek bok

Ahaha crazy teruk nama dia kan. Dina dpt gelaran ni sbb dia debab atau dlm bahasa kelantan di sebut debot ( huruf t tu ada sabdu tau).

Hehe… time geram grrr kt dia mesti panggil ebot.


Ebot tgh tunggu nak makan. Ekeke

Hubby pun kv ada nama ‘comei’ utk dia. Dalam henfon kv taruk nick name dia hubby butet. Aahaha. Dia tgk jer, tp tak pernah tanya. Napa ek? Oh, suami ku! Butet tu bagi kv comel, kiut dan sewaktu dgn nya. Tah cemana la dpt idea butet tu.

Anak buah kv pun ada nama timangan masing2. Biasa ah, pak/mak sedara jaat kan. Wahaha…sesdap jer memasing bagi nama gelaran.

Antara yg best Peat (fahmi anak bongsu arwah kak N). Tp kami eja pet jer. Dia dpt nama ni sbb masa baby dia suka meraung dan asyik bertempik saja kerja nya. So kami gelarkan dia pet. Ahaha. Sampai kan sepupu2 yg lbh muda hanya tau nama dia pet.

Korang lak cemana? Saja suka2 kan.

HARU

April 8, 2008

Tgh hari kelmarin kv mintak excuse ngan big boss kjp. Danish masih meragam. Dah tak popo. Tp asyik nak muntah dan start demam.

Segan jgk nak mintak blk sbb takut org fikir kita ni sengaja reka alasan kan. Tak tenteram sungguh rasanya.

Blk tu, kv ajak danish gi klinik semula. Dia langsung tak makan. Tak de selera kan. MIL bagi susu terus muntah. Lembik dia.

Doc ckp bukan wabak kut sbb ni bukan musim taun. Tatau ler, sbb mmg kawasan tu bebudak baya danish kena jangkitan ni. Kami syak maybe sbb masalah angin pasang dia. Tp doktor ckp, bukan. Huhu. Mati la tak nak percaya ckp doktor ni. Wahaha

Doc injek ubat tahan muntah. Masa kt klinik tu dia dh kebah demam. Kami injek kut montot before pegi klinik tu. Meraung sakan dia. Balik tu tido je. Pujuk suh minum milo, beberapa sudu je dia minum.

Mlm nya hubby bagi susu. Terus muntah. Teringat yg bebudak cirit birit tak elok minum susu. Terus kami stop. Bila urut perut dia, angin penuh satu perut tu. Grup grap, grup grap bunyi nya. Sampai pagi asyik berjaga sbb dia slalu rasa nak muntah. Dah kembung perut kan. Dua hari tak makan tu.

Entah la, di saat beku cuti begini anak pulak tak sihat. Mmg bercelaru fikiran. Kesian kan anak. Tanggung jawab keje lg. Masa depan kami jgk. Mintak lps hari ni jer baru lega skt. Bkn apa, senang nak cuti kalo apa2 hal.

Pagi td kv tgk danish cam aktif skt. Lemah tu biasa lh sbb dia tak mo makan kan. Sempat suap nasi 2 suap terus dia takmo. Kv pujuk suh minum teh o. Dia ckp tunggu sejuk dulu. So, kami tinggal kan dia begitu. Dgn doa semoga tak jadi apa2 yg membimbangkan pd dia lah.

Terima kasih atas pandangan dan doa kawan2. Hilang skt rasa risau kv ni.;(

PMS

April 3, 2008

Kv tatau napa sehari dua ni kv cepat sgt rasa bengang. Cepat terasa hati, geram, marah dan macam2. Sindrom PMS kah? Jahat sungguh PMS ni yer.

Benornya begini. Isu soother si dina tu. Masa baby, dina ada satu sifat suka nak menyonyot. Mula2 kv tak perasan. Lg pun mmg takde dlm perancangan kami nak bagi dia benda alah tu. Danish dulu pun tak pernah kenal soother tu.

Tp masa baby tu dina selalu nak menyusu. Lps menyusu kjp terus muntah. Tidur langsung tak nyenyak. Masa tu dia belum start melalak lg. Kami pun mati kutu sbb dia selalu muntah2. Apa taknya sbb menyusu sokmo kan.

Sampai sakit2 pinggang kv menyusu kan dia. Tak puas2. Last kv dok bincang ngan hubby. Kebetulan ada hanper baby yg ada soother. Kami try bagi. Dia terus nyonyot dan tido dgn lena sekali.

Sejak tu mmg kalo nak tido kena bagi soother tu baru dia nyenyak. Dlm 1/2 jam lena baru boleh cabut. Hehe. Tp kalo nak pi mana2 mmg kena bawak bekal la sbb takut dia meragam ke apa kan. Bukannya sengaja kami nak sumbat kan mulut dia tu. Mmg dia pun hanya nyonyot masa tido jer.

Nak jadi cerita, kv bawak dia gi pasar mlm mlm td. Dah ptg mmg dia akan meragam skt sbb ngantuk kan. So, bawak lah bekal. Tgh dok beli nasi kerabu tu, penjual tu tegur. Mengejek kami. Betul uols, nada dia mmg mengejek kami. Katanya anak dia, dia tak ajar hisap puting. Kv pun masih berbahasa lah, ‘takpe lah kalo budak nya jenis tak meragam byk’. Dia menjawab dan menjawab lg sampai hati kv jd panas. Tu kata si suami. Di sambung plk dgn si isteri. ‘Eh, org tak bagi lah benda ni kt beby, nanti mulut (mulut ke uols?) tak lawa’ sambil gelak2.

Waduh2. Geram kv nak sumpah seranah dia tau. Dlm perut kv “takpe, aku nak tgk sepandai mana ko ajar anak ko!!!” Geram weh.

Kami bkn sengaja bagi dina soother. Kami TERPAKSA!!!!. Mmg lah bagi org yg anak nya takmo soother, walo disua macamana sekali pun dia takkan mau. Tp dina ni mmg takkan tido kalo takdak soother. Kv nak wat macamana uols??

Dah la budak tu tido 2 kali sehari (siang hari) dan tempoh tido hanya sejam tau! Kalo tak bagi menda alah tu mmg meragam lah satu hari. Sapa yg sudi nak ngasuh kan anak kv sedang kan kv sendiri kdg2 mengeluh penat??

Eeeiii…memang naik darah betul lah!

Uols ada cadangan tak cemana kv nak free soother utk dina. Kv dah try tidor kn dia tanpa soother. Tp mmg dia melalak sakan lah. Dah bagi terus dia pejam mata dan tido.;(